Monday, November 14, 2016

WAKTU YANG SEMAKIN DERAS

Sungguh sudah pun ku rasakan kini, seminggu bagai sehari. Perlukah ku tunggu selangkah dua lagi ... thumbnail 1 summary
Sungguh sudah pun ku rasakan kini, seminggu bagai sehari. Perlukah ku tunggu selangkah dua lagi dimensi masa memecut sebelum aku membenarkan kalam Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dengan serentak akan kata, perbuatan dan hatiku? Sadaqa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.. الله المستعان - Alfaedah

1521. Zaman terasa ringkas dan tidak panjang angan-angan

ما جاء في تقارب الزمان وقصر الأمل
حَدَّثَنَا عَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْعُمَرِيُّ عَنْ سَعْدِ بْنِ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَسَعْدُ بْنُ سَعِيدٍ هُوَ أَخُو يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ

 Telah menceritakan kepada kami ‘Abbas bin Muhammad Ad Dauri telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad telah menceritakan kepada kami ‘Abdulloh bin ‘Umar Al ‘Umari dari Sa’ad bin Sa’id Al Anshari dari Anas bin Malik dia berkata bahwa Rasululloh Sallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi sampai waktu terasa pendek (ringkas), satu tahun menjadi seperti satu bulan, satu bulan menjadi seperti satu jum’at (seminggu), satu Jum’at (seminggu) menjadi seperti satu hari, satu hari menjadi seperti sesaat dan sesaat menjadi seperti sambaran api.”

Abu Isa berkata: Hadits ini gharib dari jalur sanad ini, adapun Sa’ad bin Sa’id dia adalah saudara Yahya bin Sa’id.

Telah menceritakan kepada kami Hasyim berkata; telah menceritakan kepada kami Zuhair berkata; telah menceritakan kepada kami Suhail dari bapanya, dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya): "Kiamat tidak akan datang hingga waktu saling mendekat, setahun seakan sebulan, sebulan seakan sepekan (seminggu), sepekan (seminggu) seakan sehari, sehari seakan satu jam, dan sejam seakan selembar daun kurma." (Musnad Ahmad : #10521)


No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”