Thursday, November 3, 2016

Cabaran geopolitik selepas 49 tahun

ASEAN ditubuhkan tanggal 8 Ogos 1967 oleh lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Fil... thumbnail 1 summary
ASEAN ditubuhkan tanggal 8 Ogos 1967 oleh lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, antaranya bagi membendung kemaraan kuasa komunis dari pelbagai arah. Jika di Indonesia pada waktu itu, Partai Komunis Indonesia (PKI) telah mula diperangi susulan peristiwa rampasan kuasa 30 September 1965, di sebelah utara pula Perang Vietnam yang membabitkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Kesatuan Soviet (Russia) turut kencang berlangsung.

Lalu selepas 49 tahun ditubuhkan, bagaimanakah cabaran geopolitik dalaman dan luaran ASEAN pada masa kini? Dari perspektif geopolitik dalaman, kemasukan Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja ke dalam ASEAN adalah berpunca tamatnya Perang Dingin. Perbezaan ideologi tidak lagi menjadi dinding penghalang.

Pemimpin ASEAN melihat potensi untuk kewujudan bersama antara negara Asia Tenggara.


Pada masa yang sama, kerjasama semua 10 negara dijangka dapat memangkin kewujudan Komuniti ASEAN yang aman dan makmur. Perbezaan sistem politik dalam kalangan 10 negara ASEAN cukup ketara.

ASEAN memberi kebebasan kepada setiap negara untuk mengamalkan sistem politiknya sendiri.

Maka kini ASEAN dianggotai Myanmar yang baru sahaja dalam transisi daripada junta tentera ke sistem demokrasi (terhad), Laos (republik Sosialis), Vietnam (Sosialis separa-autoritarian), Malaysia, Thailand dan Kemboja (Raja Berperlembagaan; demokrasi berparlimen), Singapura (republik-demokrasi berparlimen), Indonesia dan Filipina (republik-demokrasi berpresiden) dan Brunei (Monarki mutlak).

Di sebalik kerancakan trajektori ASEAN dalam menuju sebuah entiti Komuniti Politik, cabaran geopolitik luaran kembali menghadirkan dilema. Jika pada era Perang Dingin aktor yang terbabit ialah AS, Soviet dan China, kini fokusnya ialah kepada As-china. Pada awalnya, AS menerusi sekutunya Jepun sudah membentuk sebuah ‘jaringan kebergantungan kompleks’ di antara AS-JEPUN-ASEAN.

Dalam jaringan ini, AS dan Jepun membekalkan modal pelaburan manakala negara Asia Tenggara membekalkan bahan mentah dan tenaga buruh yang murah bagi memproses pengeluaran barangan yang sebahagian besarnya dieskport ke AS.

Segalanya mula berubah pada pertengahan 1980-an apabila masalah ekonomi AS melemahkan komitmen perdagangannya di rantau ini, manakala China pula di bawah Deng Xiaoping sudah mula mengadaptasi sistem pasaran pada 1978. Hasilnya, pada 2010 sahaja China menjadi negara ekonomi kedua terbesar di dunia di belakang AS dan juga negara pengeksport ketiga terbesar di dunia.

Eksport ASEAN ke China antara 1996 hingga 2002 sahaja meningkat 138 peratus manakala eksport ke AS dan Jepun menurun. Indonesia, Vietnam dan Malaysia juga menandatangani Perkongsian Strategik Komprehensif dengan China, di samping seluruh negara ASEAN turut terbabit dalam rundingan Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang membabitkan China.

Fokus Perang Afghanistan dan Perang Iraq serta krisis sub-prima 2008 mengurangkan komitmen Washington di Asia Tenggara. Namun kemunculan Presiden Barack Obama telah mengalihkan kembali komitmen AS ke Asia menerusi pengumuman ‘Paksi Asia’ bagi mengimbangi kebangkitan pengaruh China.

Siri kerjasama bilateral


Impaknya, hanya dalam tempoh lima tahun AS telah memesatkan siri kerjasama bilateral (dua hala) dengan anggota ASEAN seperti Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Singapura, sedang dalam masa sama merapatkan hubungan dengan Filipina. Dari segi perdagangan pula, Malaysia, Singapura, Vietnam, dan Brunei turut menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-pasifik (TPPA) yang turut membabitkan AS.

ASEAN masih sebuah entiti antara-kerajaan dan bukannya bersifat supranasional seperti EU. Maka, kuasa negara anggota masih mendominasi. Demikianlah yang terjadi dalam ketiadaan kesepakatan ASEAN seperti kes Laut China Selatan di mana Kemboja, Laos dan Myanmar agak pro-beijing manakala Vietnam, Filipina, dan Singapura pula lebih kritis.

Disebabkan nilai dagangan ASEAN dengan China sebesar AS$367 bilion (RM1.482 trilion) manakala dengan AS pula bernilai AS$212 bilion (RM856 bilion) pada 2014 sahaja, maka Russia dilihat sebagai sebuah lagi harapan untuk ASEAN mengimbangi gelora geopolitik semasa. Meskipun hubungan dagang ASEAN-RUSSIA pada 2014 hanya bernilai AS$22 bilion (RM88.8 bilion), reaksi positif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada gagasan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) ketika Sidang Kemuncak ASEAN-RUSSIA di Sochi pada Mei 2016 memberikan dimensi baharu buat masa hadapan geopolitik ASEAN.

Laporan bertajuk ‘ASEAN dan Russia: Sebuah Perkongsian Strategik Multidimensi Berorientasikan Masa Hadapan’ yang diterbitkan ketika sidang berkenaan berpotensi untuk mengeratkan komitmen keamanan Moscow di rantau ini yang sudah sekian lama menyepi selepas runtuhnya Tembok Berlin.

Berita Harian 8 Aug 2016 


||||||||||||||||

CABARAN GEOPOLITIK 49 TAHUN ASEAN

Oleh: Abdul Muein Abadi*

*Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1. Amerika Syarikat (AS) ialah kuasa TERBESAR dunia dengan perbelanjaan ketenteraan hampir USD600 bilion, China kuasa KEDUA dengan perbelanjaan sekitar USD200 bilion, manakala Rusia pula di tangga KEEMPAT dengan jumlah melebihi USD65 bilion (Sumber: https://www.sipri.org/databases/milex).

2. Negara Asia Tenggara (ASEAN) pula secara keseluruhannya membelanjakan sekitar USD42 bilion untuk ketenteraan pada 2015 sahaja, LEBIH TINGGI daripada Jepun (sekitar USD40 bilion), Jerman (USD39 bilion), Australia (USD23 bilion), dan Israel (USD16 bilion).

3. ASEAN ditubuhkan tanggal 8 Ogos 1967 oleh lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand antaranya bagi membendung kemaraan kuasa Komunis dari pelbagai arah.

4. Jika di Indonesia pada waktu itu, Partai Komunis Indonesia (PKI) telah mula diperangi susulan Peristiwa rampasan kuasa 30 September 1965, di Utara pula Perang Vietnam yang melibatkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), China, dan Kesatuan Soviet (Rusia) turut kencang berlangsung.

Lalu selepas 49 tahun ditubuhkan, bagaimanakah cabaran geopolitik dalaman dan luaran ASEAN pada masa kini?

5. Dari perspektif geopolitik dalaman, kemasukan Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja ke dalam ASEAN adalah berpunca tamatnya Perang Dingin. Perbezaan ideologi tidak lagi menjadi dinding penghalang. Pemimpin ASEAN melihat potensi untuk kewujudan bersama antara negara-negara Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, kerjasama kesemua 10 negara dijangka dapat memangkin kewujudan Komuniti ASEAN yang aman dan makmur.

6. Perbezaan sistem politik dalam kalangan 10 negara ASEAN cukup ketara. ASEAN memberi kebebasan kepada setiap negara untuk bebas mengamalkan sistem politiknya tersendiri. Maka kini ASEAN dianggotai Myanmar yang baru sahaja dalam transisi daripada junta tentera ke sistem demokrasi (terhad), Laos (republik Sosialis), Vietnam (Sosialis separa-autoritarian), Malaysia, Thailand, dan Kemboja (Raja Berperlembagaan; demokrasi berparlimen), Singapura (republik-demokrasi berparlimen), Indonesia dan Filipina (republik-demokrasi berpresiden), dan Brunei (Monari mutlak).

7. Di sebalik kerancakan trajektori ASEAN dalam menuju sebuah entiti Komuniti Politik, cabaran geopolitik luaran kembali menghadirkan dilema. Jika pada era Perang Dingin dahulu aktor yang terlibat ialah AS, Soviet, dan China, kini fokusnya ialah kepada AS-China.

8. Pada awalnya, AS menerusi sekutunya Jepun telah membentuk sebuah ‘jaringan kebergantungan kompleks’ antara AS-Jepun-ASEAN. Dalam jaringan ini, AS dan Jepun membekalkan modal pelaburan manakala negara Asia Tenggara membekalkan bahan mentah dan juga tenaga buruh yang murah bagi memproses pengeluaran barangan yang sebahagian besarnya dieskport ke AS.

9. Segalanya mula berubah pada pertengahan 1980-an apabila masalah ekonomi AS telah melemahkan komitmen perdagangannya di rantau ini, manakala China pula di bawah Deng Xiaoping telah mula mengadaptasi sistem pasaran pada 1978.

10. Hasilnya, pada tahun 2010 sahaja China telah menjadi negara ekonomi kedua terbesar di dunia di belakang AS, dan juga negara pengeksport ketiga terbesar di dunia. Eksport ASEAN ke China antara 1996 hingga 2002 sahaja meningkat sebesar 138 peratus manakala eksport ke AS dan Jepun menurun.11. Indonesia, Vietnam, dan Malaysia juga menandatangani Perkongsian Strategik Komprehensif dengan China di samping seluruh negara ASEAN turut terlibat dalam rundingan Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang melibatkan China.

12. Fokus Perang Afghanistan dan Perang Iraq serta krisis sub-prima 2008 telah mengurangkan komitmen Washington di Asia Tenggara. Namun kemunculan Presiden Barack Obama telah mengalihkan kembali komitmen AS ke Asia menerusi pengumuman ‘Paksi Asia’ dalam usaha untuk mengimbangi kebangkitan pengaruh China.

13. Impaknya, hanya dalam tempoh lima tahun AS telah memesatkan siri kerjasama bilateral dengan anggota ASEAN seperti Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Indonesia, Vietnam, Malaysia, dan Singapura sedang dalam masa yang sama merapatkan hubungan dengan Filipina. Dari segi perdagangan pula, Malaysia, Singapura, Vietnam, dan Brunei turut menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan AS.

14. ASEAN masih merupakan sebuah entiti antara-kerajaan dan bukannya bersifat supranasional sebagaimana EU. Maka, kuasa negara anggota masih mendominasi. Demikianlah yang terjadi dalam ketiadaan kesepakatan ASEAN seperti kes Laut China Selatan di mana Kemboja, Laos, dan Myanmar agak pro-Beijing manakala Vietnam, Filipina, dan Singapura pula lebih kritis.

15. Disebabkan nilai dagangan ASEAN dengan China sebesar USD367 bilion manakala dengan AS pula bernilai USD212 bilion pada tahun 2014 sahaja, maka Rusia telah dilihat sebagai sebuah lagi harapan untuk ASEAN mengimbangi gelora geopolitik semasa.

16. Meskipun hubungan dagang ASEAN-Rusia pada 2014 hanya bernilai USD22 bilion, namun reaksi positif Perdana Menteri Najib Razak kepada gagasan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia di Sochi Mei 2016 memberikan dimensi baru buat masa hadapan geopolitik ASEAN.

17. Laporan bertajuk ‘ASEAN dan Rusia: Sebuah Perkongsian Strategik Multidimensi Berorientasikan Masa Hadapan’ yang diterbitkan sewaktu sidang berkenaan berpotensi untuk mengeratkan komitmen keamanan Moscow di rantau ini yang telah sekian lama menyepi selepas runtuhnya Tembok Berlin (Rujuk: http://asean.org/?static_post=asean-russia-future-oriented-multidimensional-strategic-partnership).

18. Walau bagaimanapun, Rusia masih bergelut untuk membangunkan ekonominya yang kini di tangga keempat belas dunia dari segi KDNK (USD1.1 trilion) berbanding AS (USD18 trilion) dan China (USD11 trilion).

19. Demikian juga fokus komitmen Moscow di Asia Barat (berdepan ISIS) dan Eropah Timur (peluasan NATO dan EU) masih membataskan potensinya untuk terlibat di rantau Asia Tenggara dalam jangka masa terdekat.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”