Saturday, October 22, 2016

Apa pengajaran yang sebenarnya? - Dakwaan kes pecah amanah keatas anak-anak yatim kemalangan #DUKE

Di dalam pendakwaan pecah amanah anak yatim terhadap bapa saudara mereka ini, saya ingin membuat komen yang serba ringkas. Sememang tidak... thumbnail 1 summary
Di dalam pendakwaan pecah amanah anak yatim terhadap bapa saudara mereka ini, saya ingin membuat komen yang serba ringkas. Sememang tidak dapat dinafikan samasekali pada dasarnya kes ini tersangat tragik dan menyedihkan, jika benar berlaku seperti yang didakwa.
Namun dalam waktu yang singkat kes ini telah diviralkan, begitu banyak cemuhan dan kutukan yang kita baca. Sepatutnya kita sama-sama sedar bahawa negara ini ada undang-undang dan prosedur undang-undang sudahpun digerakkan.
Maka sewajarnya kita memberi laluan seadanya agar proses perundangan dijalankan dengan baik dengan doa dan harapan bahawa pihak yang teraniaya menerima keadilan yang sewajarnya, sambil pihak yang menganiaya menerima pengadilan yang saksama jika didapati bersalah. Adalah tidak wajar kita menyumpah seranah dengan penuh emosi.
Alhamdulillah, pihak Mufti Kuala Lumpur ada bersuara dengan jelas. Tetapi yang lebih ketara bagi saya adalah sumpah seranah dan cemuhan-cemuhan yang agak keterlaluan. Pelbagai pihak media samada arus perdana mahupun media sosial nampaknya seperti biasa, sangat ghairah mensensasikan keadaan.
Apakah semua kemarahan yang membuak-buak ini benar-benar wajar dan mencerminkan akhlaq kita sebagai umat Islam? Apakah mereka yang begitu beriya-beriya bersuara dengan lantang menempelak yang tertuduh telah turut membantu keadaan anak-anak yatim tersebut ketika ditimpa musibah kehilangan keluarga mereka dahulu? Saya tiada statistik mengenai itu tetapi rasa-rasanya besar kemungkinan tidak. Pokok persoalan di sini ialah berpada-padalah dalam reaksi kita dalam hal-hal yang sebegini.
Selain statemen yang mulia tuan Mufti kita, setakat ini saya masih belum terjumpa lagi pandangan yang benar-benar bernas dalam menangani isu tersebut. Mungkin 'feed' berita saya telah jauh berkurangan sejak saya mengurangkan secara drastik senarai 'friends' saya. Jika ada di luar radar saya, bolehlah kemukakan rujukannya pada saya.
Bagi saya pengajaran sebenar dari insiden ini adalah betapa longgarnya pemantauan dan kawalan terhadap kes-kes yang melibatkan derma orangramai terhadap mangsa-mangsa kes sedemikian. Sebagai orang awam yang kurang arif mengenai prosedur undang-undang secara terperinci, sehingga kini saya masih tidak mendengar sebarang penjelasan dari pakar-pakar undang mahupun pihak berwajib dan kerajaan mengenai urusan-urusan pemantauan kes sebegini.
Daripada kita memaki hamun tak tentu hala dan mengapi-apikan keadaan, bukankah lebih baik jika 'feeds' berita-berita yang kita terima dipenuhi dengan pembahasan dan makluman tentang mekanisma-mekanisma preventif yang sudah wujud untuk memangani isu pecah amanah dalam pendermaan orang awam terhadap mangsa-mangsa kes sebegini, serta jalan-jalan penyelesaian yang sepatutnya dilaksanakan pada kadar segera.
Jika tidak, perkara ini akan terus berulang-ulang dan kita seharusnya ingat, bukan semua kes adalah berprofil tinggi dan menerima pendedahan yang begitu meluas seperti kes ini. Mungkin saja ada banyak lagi kes-kes sebegini yang terpinggir dan terbiar tanpa pembelaan sewajarnya semata-mata kerana tidak mempunyai "news value" (nilai berita) setinggi kes yang sedang hangat dibicarakan ini.
Sekian, terima kasih. Semoga ALLAH ta'ala memberikan kewarasan kepada kita untuk berubah kepada sikap yang lebih mendatangkan manfaat. - Al Faedah

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”