Saturday, August 6, 2016

MALAYSIA DALAM RENUNGAN DAJJAL ( 2016 - 2018 )

IT'S A ZERO SUM GAME WHERE ALL THE PLAYERS PLAY TO BE PLAYED. "It's a zero sum gam... thumbnail 1 summary
IT'S A ZERO SUM GAME WHERE ALL THE PLAYERS PLAY TO BE PLAYED.

"It's a zero sum game, where all the players play to be played. Care to join them? Sebelum bermain, saya beri sedikit peringatan. Hanya ada jalan masuk, tiada jalan keluar." - AF
 https://www.facebook.com/groups/antikons/

Lenin menukilkan: “Cara yang terbaik untuk mengawal penentangan (opposition) adalah dengan mengetuainya sendiri.." (Lenin noted: “The best way to control the opposition is to lead it ourselves”.)

Dengan cara yang sama, kaedah yang paling cepat dan paling berkesan untuk mendapat kepercayaan orang bahawa anda adalah "anti zionis jew" ialah dengan menyalak ke sana sini untuk bertahun-tahun lamanya, sehinggalah seluruh dunia dan orang kebanyakan percaya anda adalah "penentang zionis" yang paling tegar.

Malangnya, bukan semua orang percaya dengan wayang sulit dan lakonan sandiwara tersebut. Ini adalah "taktik rahsia" yang sudah lama diketahui oleh kalangan pengkaji kabal-kabal zionisma dan isma2 ciptaan proksi2 dajjal." Sepertimana dengan bertahun-tahun lamanya penipuan ini diteruskan, dengan sekelip mata juga boleh di"tukar" dan di"ubahsuai" halatujunya kepada arah yang samasekali bertentangan. Kerana itu mereka-mereka yang pakar di dalam perlaksanaan taktik controlled opposition ini, lazimnya di lihat sebagai seorang paradoks yang percakapan dan perbuatannya kerapkali saling bertentangan.

Jika dahulunya kita ada AI sebagai "anak emas" (darling) Deep State @haluan kiri, maka masanya sudah tiba untuk sang ikon "controlled opposition" itu (MM) memain peranan sebagai proksi "Deep State" haluan "kanan".

Ada penganalisa yang mengatakan Mahathir bertindak untuk "berkerjasama" dengan instrumen/elemen "Deep State" AS kali ini demi nasib hayat politik anaknya Mukhriz agar dengan manipulasi perebutan kuasa ini, Mukhriz akan dinobatkan sebagai No 2 Malaysia. Sehingga beliau sanggup menelan segala retorik dan polisi anti barat, anti yahudi, anti Israel, anti Amerika Syarikatnya dahulu. Tidak bagi saya. Unfortunately, it's much much more than Mukhriz. Mahathir has been at the center of EVERY single major conflict the country ahs ever had, pre-dating back to the May 13th Tragedy. Mahathir to me was pre-designed to destroy Malaysia. If he live through this maneuver, he has one more major conflict or several more in his pocket should he be allowed more time to his exceptionally long life.

MM sejak dari mula adalah pemain "controlled opposition" dan sepanjang hayat politiknya telah digunakan secara sengaja dan terancang sebagai seorang pemimpin yang kelihatannya "Anti Barat". Apakah beliau pada ketika ini sedang dimainkan untuk peranan globalis2 proksi dajjal yang berpihak kepada CHINA? Masa akan menunjukkan semua ini secara berperingkat.

Apakah senario-senario yang mungkin terungkai dari konflik perebutan kuasa negara ini? Dari kehuru-haraan yang bakal meletus, yang pertama diharapkan ialah Mukhriz naik jadi No 2. Siapa No 1? Anwar Ibrahim mesti dibebaskan untuk naik sebagai No 1 sekiranya Najib dapat ditumbangkan melalui senario huru-hara. "Deep State" Amerika Syarikat nampak pada dasarnya tidak akan menerima selain daripada Anwar Ibrahim sebagai No 1. Apakah Mahathir sudah mencapai kesepakatan dalam hal ini asalkan saja Mukhriz dapat takhta No 2?

Bagaimana kalau rencana sebenarnya bukan Anwar sebagai No 1. Lalu siapa? Melalui senario huru-hara yang menjahanamkan, apakah mungkin yang sebenarnya disasarkan untuk menguasai tampuk pemerintahan negara era akhir zaman ini adalah puak-puak Christian Evangelis, baca DAP? Bagaimana huru-hara perkauman dan keagamaan yang mungkin meletus dari senario tersebut?

Apakah huru-hara yang sebenarnya dirancang untuk negara ini? Apakah ia pada kadar huru-hara sektarian, perkauman atau jauh lebih dasyat lagi yaqni huru-hara keagamaan? Baca pro ekstremis Islam, baca ISIS lawan pro ekstremis Kristian Evangelis?

Apakah akan berlarutan kepada peperangan dan campurtangan luar kuasa-kuasa asing. Baca CHINA lawan AMERIKA SYARIKAT? Apa kesudahannya dengan semua senario-senario kekusutan yang melata seperti ini? Atau tiada kesudahannya sekadar kemusnahan demi kemusnahan? Bagaimana dengan sekutu-sekutu mereka?

Kuasa asing yang manakah akan dikorbankan kali ini jika berlarutan kepada senario peperangan? China atau Amerika Syarikat? Kalau dahulunya, Jepun memasuki Malaya dan akhirnya "ditewaskan" oleh Barat. Siapa akan main peranan "Jepun" jika peperangan dirancang sekali lagi? Siapa akan main peranan "Komunis" pula di zaman ini?

Apakah tahap kasualti kepada semua kemusnahan sebegini? Mungkin sememangnya semua inilah yang kita kehendaki dan minta-minta selama ini sehinggakan tidak nampak lagi sebarang kewarasan di kalangan umat di negara ini dalam menyemai permusuhan dan sengketa sesama sendiri atas nama perebutan kuasa dengan pelbagai acuan dan istilah sebagai halwa telinga.

Hanya manusia-manusia bersifat kaldai yang bodoh saja akan mengatakan semua ini kerana isu Najib, BN, 1MDB, atau apa saja alasan justifikasi ini dan itu yang pelbagai. Ini adalah kegilaan proksi-proksi dajjal memburu agenda-agenda mereka dengan dibantu oleh rakyat jelata yang sudah dirasuki kegilaan yang satanik.

#malaysia #deepstate #endgame 

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”