Memerhatikan dengan teliti akan siri² provokasi dan insiden² FF ("false flags"/bendera palsu) yang sedang disusun secara sistematik untuk saling laga melagakan kuasa² serta negara dunia di titik² panas seluruh dunia sehingga akhirnya peperangan demi peperangan akan meledak."Ankara, 19 Dis - Duta Rusia ke Turki Disahkan Maut Selepas Ditembak
Dalam satu sidang media, kementerian luar Turki berkata Andrey Karlov telah menerima rawatan di kawasan kejadian dan tidak dihantar ke hospital seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut saksi yang juga seorang jurufoto agensi berita AP, kejadian itu berlaku di sebuah pameran foto bertajuk 'Russia through Turks' eyes di sini sebentar tadi.
Dalam pada itu, penembak telah berjaya dinaturalisasikan dalam babak tembak-menembak antara polis dan penyerang, lapor akhbar tempatan. Karlov ditembak mati sebelum dia menyampaikan ucapan di pameran foto tersebut.
Sementara itu, stesen tv swasta NTV mengatakan tiga orang lainnya juga terluka dalam serangan itu. Saluran ini juga melaporkan bahwa penyerang ditembak mati dalam operasi polisi di lokasi kejadian. Tiga orang yang terluka dibawa ke Rumah Sakit Güven di pusat Ankara, CNN Türk melaporkan.
Perwakilan Hurriyet di Ankara Deniz Zeyrek mengatakan penyerang suspek menembak ke udara dan kemudian menembak duta Rusia itu dari belakang.
Penyerang dilaporkan meneriakkan “Jangan lupakan Aleppo! Jangan lupakan Suriah! Selama saudara-saudara kami tidak aman, Anda tidak akan menikmati keamanan”, menurut sebuah rakaman dari situs Belanda nos.nl.
“Sesiapa pun yang memiliki bahagian dalam penindasan ini akan membayarnya satu persatu,” tambahnya.
“Hanya kematian akan membawaku pergi dari sini.” Dia juga dilaporkan meneriakkan takbir sebelum berbicara dalam bahasa Turki. Sementara itu, Kremlin mengatakan bahwa Presiden Vladimir Putin sedang mengkaji laporan tentang serangan itu.
Serangan itu datang sehari sebelum Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, dijadualkan untuk melawat Moscow bagi membincangkan mengenai isu Syria dengan rakan sejawatnya dari Rusia dan Iran.
No comments
Post a Comment