Thursday, August 21, 2014

JADIKAN TRAGEDI AMBON SEBAGAI PENGAJARAN

Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA January 14, 2010 Puncanya mudah saja. Hampir 10 tahun lalu, atau lebih tepatnya pada 19 Januari 1999, seorang lel... thumbnail 1 summary




Mengimbas Kembali Awal Tragedi Ambon Berdarah (2/2)

Oleh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari Pengganas Kristian tetap mengamok di kota Ambon. Habis kampung orang Islam di kota Ambon dibakar dal... thumbnail 1 summary


Oleh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari

Pengganas Kristian tetap mengamok di kota Ambon. Habis kampung orang Islam di kota Ambon dibakar dalam masa setengah jam. Ketika itu api sudah menghampiri masjid Al Fatah. Fikir mereka, kali ini habislah masjid tersebut.

Dengan kuasa Allah Yang Maha Gagah, secara tiba-tiba angin bertukar arah dan tiupannya begitu keras. Arah api berpatah balik lalu membakar sebuah gereja. Namun apabila gereja terbekar, dua buah kereta bomba sudah tersedia untuk memadamkannya sedangkan ketika rumah, pasar dan kedai orang Islam terbakar, pihak bomba buat tidak tahu. Begitulah siksanya orang-orang Islam di bawah pemerintahan orang kafir sedangkan orang bukan Islam hidup aman di bawah pemerintahan orang Islam. Suatu ketika bekalan elektrik di seluruh Ambon terputus, boleh jadi juga sengaja diputuskan oleh pengganas Kristian.

Mengimbas Kembali Awal Tragedi Ambon Berdarah (1/2)

Oleh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidn... thumbnail 1 summary
Oleh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.

Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini.