Monday, September 17, 2012

Mahdi Syi'ah ialah al massihud dajjal?

IMAM 12 SYIAH Tajuk ini menjadi sensitif kepada penganut Syiah Melayu serta kalangan mereka ya... thumbnail 1 summary
IMAM 12 SYIAH
Tajuk ini menjadi sensitif kepada penganut Syiah Melayu serta kalangan mereka yang pro-Iran dan Syiah yang masih meyakini firqah Syiah masih sebahagian daripada agama Islam. Artikel ini juga akan mendedahkan  peranan Iran yang berfahaman Syiah, dalam kejatuhan Afghanistan dan Iraq. Artikel ini mendapat sambutan yang agak baik bagi mereka yang memahami betapa hujah-hujah ini diambil dari riwayat-riwayat dari kitab Syiah sendiri.

Sementara ada kalangan pembaca yang sudah terjerat dengan permainan retorik ‘permusuhan palsu antara Iran-Amerika’ serta ‘keperwiraan’ Iran dalam menentang musuh nombor satu umat Islam ketika ini – Zionist Amerika dan negara Yahudi di Jerusalem membantah kajian ini dengan pelbagai hujah rapuh yang menunjukkan mereka tidak pernah mengenal agama Syiah sebenarnya. Bagaimana mungkin mereka mampu membangkang tulisan ini sedangkan mereka tidak pernah menyentuh dan membaca sebuah pun kitab Syiah lebih-lebih lagi kitab paling utama di sisi agama Syiah – al-Kafi, karangan al-Kulaini - yang dianggap lebih sahih berbanding daripada Sahih al-Bukhari diketahui umum sangat ketat dalam memilih sanad-sanad dan riwayat dalam karyanya.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”