Bila "Melayu" makin kemaruk dengan "perjuangan hak asasi memegang anjing." Isu sebenarnya bukan pada fiqhnya, kita bukan bodoh, tetapi pada agenda jarum-jarum liberal yang disuntik peringkat demi peringkat pada "Melayu". Itulah khutuwwat syaithan sejak azali. Dia tak bagi serentak. Dia masuk sedikit demi sedikit.
Khutuwwat asy syayathin ini melaksanakan agenda mereka melalui istidraj (beransur-ansur) menarik sasaran ke dalam kesesatan dan tipudaya bukan dengan serentak atau sekaligus.
1. Tadlil: Kaedah menyesatkan sehingga orang merasa benar padahal salah.
2. Shaddun: Memalingkan manusia sehingga lebih suka bermaksiat daripada beribadah.
3. Takhwif : Menanamkan perasaan takut menegakkan kebenaran.
4. Talbis: Mencampur aduk antara kebenaran dengan yang salah.
"Iblis menjawab, 'kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dai kiri dan dari kanan mereka, Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)" (Surah Al-A'raf 7: 16, 17)
Syaitan tidak akan pernah jemu cuba menghalangi manusia dari jalan yang sesat, Dia akan berusaha mencari segala titik kelemahan kita untuk dia sesatkan. Mungkin tentera-tentera Iblis dari kelompok syayathin ini tidak akan mendatangi kita dengan menghasut melakukan zina, meminum arak, berjudi dan sebagainya, kerana dia tahu kita pasti menolak.
Pastinya di sini, mereka memasukkan jarum-jarum kesesatannya dengan menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang dianggap remeh-temeh atau yang banyak melibatkan khilaf, sedangkan sasaran utamanya ialah untuk menyuntik fikrah liberal kedalam jiwa-jiwa orang Islam.
Kedudukan Anjing Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya
Kedudukan Anjing Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya
Pautan PDF versi Box Net
https://app.box.com/s/h1l423tttivaoshtru0v
Pautan PDF versi Box Net
https://app.box.com/s/h1l423tttivaoshtru0v
Dari Leya Omar
Assalamualaikum. Nak comment pasal #iwanttouchadog tu.
1. MEMANG Anjing tak haram utk disentuh. TAPI, Haram "najis"nya utk disentuh. Sertu? Taharah? Rasanya sempurnakah sertu tu? Taharah tu? Air liur or kencing or najis or sentuh dlm keadaan basah-basah ada amik berat x? Terkena baju x? Tudung? Jam? Hp? Handbang? Wallet? Kasut? Stokin? Siap peluk2 lagi tu.. Kalau sertu x sempurna..istinjak pun x sah. Tahu? Istinjak/bersuci xkan sah kalau najis mughalazah x disertukan betul2.
Pakaian dan brg2 lain tu da rendam/cuci sekali x dgn 6 kali air mutlak n 1 kali air tanah tu? Or pkai taharah? Sggup rendam hp kau? Huhuhu
So camne tu kalau nk bwa g beribadat? Sucikah pakaian tu?
2. Kaedah yahudi nak sesatkan orang islam. Mula2 bg sentuh. Lama2 nak bela pula.Tengok sendiri caption dlm gmbar ni pn leh tau pe akn jadi org islam lama2 nnti bila da slalu bg belai n manja kan anjing. Da xde da rasa utk ikut tuntutan dan penjagaan dlm islam. Nnti yg haram jadi halal n yg halal jd haram. Kita cuma blh sentuh anjing dgn sbb 2 perkara je. Satu, utk dgunakan ketika pergi memburu. Dua, utk menjaga keselamatan/ ihsan kpd haiwan. Anjing bkn haiwan jahat. Tp ia bukan utk dibelai2 dan dimanja2. Keterangan lanjut sila rujuk dgn byk2 ustaz ye. Xdapat la nk terang smua kt dlm ni. Diam! Fikir!