Inilah naratif sebenarnya untuk YEMEN secara ringkas. Selain dari itu hanyalah penelitian keatas data mengenai fakta-fakta yang disebutkan tadi. Perebutan Gulf of Aden adalah bagi penguasaan mutlak keatas laluan Lautan Hind. Dengan yang demikian hendaklah kita memahami kemana halatuju sebenarnya pergolakan di Yemen ini. Ia bukanlah perkara kecil dan remeh temeh kerana ia merupakan salah satu "pre-cursor" utama kepada konflik yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia sekali lagi.
Admiral Alfred T. Mahan (1840-1914) pakar geostrategik tentera laut AS: “..whoever attains maritime supremacy in the Indian Ocean [will] be a prominent player on the international scene.”.(Indian Ocean and our Security).
“This ocean is the key to the seven seas in the twenty-first century; the destiny of the world will be decided in these waters.” - AL FAEDAH
Untuk
jimat masa saya akan mengulas, kemaskini dan buat rujukan terus di
ruang komen. Dah selesai baru saya susun pada entri dan akhirnya di
blog. Saya akan ringkaskan ulasan sudut geo politik khususnya
berhubungan polemik puak Houthi yang menjadi pertikaian.
Mereka yang online dan rasa nak pintas sambil kemaskini dilengkapkan
boleh bincang sama di sini dan kalau relevan saya akan terus masuk
kepada perkara yang dibangkitkan.
Saya
sentuh secara ringkas sahaja polemik HOUTHI kerana bagi saya kebanyakan
naratif, komen dan pertanyaan membabitkan YEMEN menjurus kepada polemik
HOUTHI dan ini bukan isu sebenarnya samasekali dan merupakan tipudaya
yang nyata ditelan mentah2 oleh marhaen.
Hendaklah memberati akan urusan gerhana ini dan bergegas melaksanakan solat khusuf pada malam ini. Sedangkan Rasulullah sallallahu ...
10 years ago
Hendaklah memberati akan urusan gerhana ini dan bergegas melaksanakan
solat khusuf pada malam ini. Sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam sendiri berasa takut dan bergegas-gegas melakukannya darihal
khawatir akan kiamat, apatah lagi kita umat Baginda sallallahu 'alaihi
wasallam yang sudah pun berada di ufuk senja akhir zaman. Lalu hendaklah
kita merasakan kehebatan ALLAH ta'ala melaluinya dan berdoa agar ALLAH
ta'ala menghilangkan ketakutan kita darinya, memohon keampunanNYA dan agar dijauhi dari segala bala' dan fitan akhir zaman.
Dari hadits riwayat Abu Musa radhiallahu 'anhu ia berkata: Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai beliau menuju mesjid. Beliau melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan solat seperti itu. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya. (Sahih Muslim #912, Jilid 10, Hadits #26)
Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha
Telah berkata Imam Malik bin Anas (RA): "Tidak akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada cara pemulihan ummat yang terdahulu. [Ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh (2/676)]
Imam Malik rahmatullahu 'alaihi said: "This latter ummah cannot be reformed except by that way which has reformed the earlier one (The Companions of RasuluLlah SAW).”
║▌║▌║█│▌alfaedah║▌║▌║█│▌
Ada orang yang bodoh, dan tidak tahu dirinya bodoh. Inilah orang yang jahil. Ada orang yang bodoh, tapi merasakan dirinya pandai. Inilah orang yang perasan. Ada orang yang pandai, tapi merasakan dirinya bodoh. Inilah orang yang 'alim.
Orang yang pertama memiliki sifat jin dan setan. Yang kedua mewakili sifat iblis. Yang ketiga mewarisi sifat malaikat.
Hendaklah kita belajar untuk jadi bodoh, bukan belajar untuk jadi pandai. - Al Faedah