Saturday, July 16, 2016

Silap mata Pokemon Go Erdomon

SILAP MATA POKEMON GO ERDOMON https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1767872416802947/ Bergegarlah sat Media Sosial &... thumbnail 1 summary
SILAP MATA POKEMON GO ERDOMON https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1767872416802947/

Bergegarlah sat Media Sosial & Internet kes cubaan rampasan kuasa "coup de tat". Ramai jugaklah kamben-kamben reaksioneri dari awal pagi dah mengembek sana sini, yang pada dasarnya bukan paham pun hujung pangkal geopolitik Turki dan Erdogan.

Begitulah mudahnya kena getah dan dibuai naratif-naratif ‪#‎falseflags‬ yang pelbagai ragamnya di akhir zaman ini.

Padahal ianya semata-mata "bendera palsu" yang dilakonlayarkan oleh tidak lain dan tidak bukan Sultan Erdomon sendiri. Tunggulah lepas ni giliran kamben-kamben hitam & para penentang beliau kena sembelih.. Kunyah boleh, telan jangan. Tapi maaf cakaplah ya, sey kunyah pun tidak kalau setakat persembahan ‪#‎ff‬ tahap amatur sebegini.. Sey kesian tengok kamben-kamben reaksioneri saja.

#ff ‪#‎turki‬ ‪#‎coup‬ ‪#‎erdogan‬ ‪#‎erdomon‬
‪#‎kemaskini1


Muhd Faez: CUBAAN RAMPASAN KUASA TURKI, SATU PEMERHATIAN AWAL

 Oleh: HARIS ZALKAPLI
July 16, 2016 9:00 am


Cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki dapat dilihat sebagai satu usaha untuk menyekat kemaraan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang semakin memusatkan kuasa pada dirinya.
Cubaan masih berlangsung dan keadaan merosot menjadi kacau bilau, dengan kedua-dua pihak tentera yang terlibat dan Presiden Erdogan bertegas mereka memegang kekuasaan.
Pertembungan lebih besar melibatkan pihak tentera – atau sekumpulan dalam tentera – yang mempertahankan sekuralisme republik Turki dengan Erdogan yang semakin melemahkan kuasa tentera.

Era Erdogan menyaksikan usaha pertama kali seumpamanya dan paling kuat dalam sejarah, melibatkan tindakan terhadap tentera, yang dikenali sebagai episod Ergenekon.

Usaha rampasan kali ini menurut Erdogan didalangi oleh gerakan Gulen, yang pemimpinnya Fethullah Gulen kini menetap di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Kumpulan ini satu masa dulu ialah sekutu kuat Erdogan dan AKP dan berperanan melonjakkannya ke puncak kuasa.
Hakikat bahawa Erdogan tidak ada di ibu negara semasa rampasan berlaku memperlihatkan perancangan yang rapi pihak perampas, yang memutuskan dan melambatkan hubungan presiden dengan menteri dan penasihat-penasihat semasa krisis ini.

Pemusatan kuasa dan pengaruh pada Erdogan berpotensi menyukarkan usaha menentang perampas, sekiranya pembuatan keputusan masih terlalu bergantung pada Erdogan.
Asas ideologi perlu diperhatikan lagi berhubung usaha rampasan kuasa ini (misalnya sekularisme lawan Islam) kerana faktor persaingan kuasa yang besar dan mungkin mengatasi isu ideologi.
Rampasan berlaku tidak lama selepas Ankara memulihkan hubungan dengan negara Zionis dan Rusia, dan dalam usaha memulihkan hubungan dengan Mesir dan Iraq.

Perubahan dalam trajektori dasar luar negara anggota Nato ini walau bagaimanapun masih awal untuk dinilai, dan kemungkinan tidak akan menyaksikan perubahan besar.

Sekutu Turki, kuasa besar Amerika Syarikat dijangka akan menilai sikapnya berdasarkan perkembangan dari masa ke masa, tetapi seperti yang disebut Setiausaha Negara John Kerry, Washington mengharapkan kelangsungan dapat dipastikan.

Kedudukan sebagai negara yang geografinya penting di rantau Asia Barat dan Eropah menjadikan Turki penting kepada negara-negara sekitar dan kuasa besar termasuk AS, Rusia dan kuasa serantau seperti Qatar dan Arab Saudi.

Perkembangan terkini, media melaporkan cubaan telah berjaya dipatahkan, atau telah mula reda. Perkembangan selepas ini akan mencetuskan debat yang panas, berhubung demokrasi, pemusatan kuasa, dan mungkin yang paling panas, mengenai teori bahawa rampasan ini satu drama politik demi populariti dan survival Erdogan.
 
16 Julai 2016

*Artikel ini sekadar sisi pandang analisis daripada penganalisis politik antarabangsa dan ia bukannya kenyataan rasmi daripada pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia).

No comments

Post a Comment