Thursday, November 16, 2017

BAYAN SUBUH NIZAMUDDIN 30102017

◾ #Nota ◾ Mesyuarat Malaysia 2017 - #Nizamuddin ◾ Bayan Subuh ◾ Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu Umat ini perlu tah... thumbnail 1 summary
◾ #Nota ◾ Mesyuarat Malaysia 2017 - #Nizamuddin ◾ Bayan Subuh ◾ Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu

Umat ini perlu tahu apa asbab2 pelindung api neraka. Satu orang yang sakit akan cari asbab untuk hilangkan kesakitannya. Bila datang musim sejuk manusia mencari asbab untuk lindungi diri dari kesejukan. Dunia darul asbab tapi yang menghairankan ialah asbab dunia ini adalah asbab yang tidak perlu diyaqini. Akhirat adalah perkara yang haq dan ada asbab yang perlu diusahakan. Asbab untuk pelindung Hari Akhirat adalah asbab yang perlu diyaqini.


Asbab dunia yang tidak perlu diyaqini kita usaha bersungguh2 untuk mendapatkannya. Namun asbab Akhirat yang perlu diyaqini kita tidak usahakan. Dalam Al Quran ALLAH bersumpah dgn masa bahawa ada 4 perkara menjadi pelindung api neraka. ALLAH bersumpah dengan zaman. Zaman adalah perkara yang sentiasa dengan manusia, tidak terputus darinya. Supaya manusia tahu bahawa 4 perkara ini bukan untuk zaman Nabi dan para Sahabat sahaja bahkan 4 pelindung ini adalah untuk sehingga akhir zaman iaitu hingga hari Kiamat.

Hari ini kita faham iman dan amal soleh sahaja sebagai pelindung azab di akhirat.
ALLAH sebut 4 perkara. 4 perkara tersebut ialah iman, amal soleh, watawasaubilhak/dakwah manusia kepada Iman dan watawasaubissobr/dakwah manusia kepada berterusan dalam amal. Ini adalah asbab2 yang diyaqini. Keperluan utama manusia sebagai pelindung di hari akhirat. Hari ini manusia hanya ambil 2 perkara dan tinggalkan 2 perkara lagi. Quran memberitahu 4 perkara tetapi manusia beramal dengan 2 perkara sahaja. Bila azab ALLAH datang, hanya orang yang menjalankan dakwah sahaja yang terselamat. Ini bukan perkara main2. Terpulang hendak buat atau tidak buat. Tidak! Ini bukan pilihan. Terpulang, hati mahu buat atau tidak mahu. Tidak! Ini bukan Persatuan.

Selagi umat tidak buat dakwah, maka selagi itulah umat tidak diterima oleh
ALLAH. Dakwah ialah syarat untuk perlindungan Allah. Lihat dalam Quran dan Hadith. Dakwah adalah pelindung dari azab ALLAH. Dalam Quran ALLAH cerita, selagi Nabi2 buat dakwah pada kaumnya, maka ALLAH lindungi mereka. Bila umat mengingkarinya, maka ALLAH amkan azabNya. Kena ada orang yang mendakwahkan manusia kepada kebesaran ALLAH.

Ada orang kata kerja ini bagus, tapi maksiat telah terlalu banyak maka tidak dapat hendak mengatasinya. Orang yang berpendapat sebegini, apabila
ALLAH turunkan azab, maka mereka dahulu akan kena azab ALLAH. Dakwah adalah tanggungjawab. Dakwah untuk menghalang manusia dari berterusan melakukan maksiat. Orang yang lihat umat buat maksiat dan berputus asa, maka orang sebegini tidak akan ditarbiyah. Bila ada amalan Nubuwwah pasti ada tarbiyah dan hidayat.

Bila kita fikir perlu buat gasht hari ini? Dah lama buat gasht, tidak ada pun orang dengar. Dengar atau tidak, terima atau tidak, usaha ini bukan pengalaman. Dalam apa jua keadaan gasht perlu dijalankan. Sebagaimana ibadat adalah amalan harian umat ini. Samada suka atau tidak, ibadat tetap diteruskan. Demikian juga dengan dakwah ILLALLAH.

Bila kita solat dan hajat tidak tertunai, apakah kita akan tinggalkan solat? Tentu sekali tidak! Kita buat amal bukan untuk natijah. Buat amal sebab ia adalah perintah
ALLAH. Dakwah adalah perintah ALLAH. Jangan lihat keburukan daripada dakwah. Jangan tengok apa natijah/faedah dari dakwah. Dakwah patut dijadikan amalan yang sebati dengan kehidupan manusia. Ini perintah ALLAH. Ada Nabi dihantar tapi tiada pengikut. Nabi tetap buat dakwah walau tiada seorang pun yang ikut. Nabi ini tidak gagal. Nabi ini berjaya. Tidak ada Nabi yang gagal. Semua Nabi berjaya kerana tanggungjawab para Nabi2 ialah usaha atas hidayat. Usaha tetap dijalankan samada orang ikut atau tidak, ada natijah atau tidak, samada beriman atau tidak.

Dakwah tetap dijalankan dalam setiap keadaan. Bila azab datang, orang yang buat dakwah akan dilindungi. Imam syafie kata Surah al-Asr ini sudah cukup untuk hidayat umat ini bila umat ini amalkan 4 perkara tersebut. Dalam surah ini ada 4 perkara menjadi pelindung bagi manusia: Iman, Amal Soleh, Dakwah kepada Iman, Dakwah kepada Amal.

Kita faham hari ini dakwah untuk Islah/baiki orang lain. Orang yang boleh Islah orang lain hanyalah orang Soleh. Kalau ia sendiri belum diislahkan. Macam mana hendak dakwah orang lain sedangkan kita sendiri belum beramal. Khayalan ini menjadi rintangan pada kita untuk dakwah orang lain. Inilah rintangan dakwah paling besar. Kesilapan paling besar manusia ialah meninggalkan 4 pelindungan ini. Perintahkanlah kepada kebaikan walau kamu belum beramal dengannya. Kita berhajat pada dakwah. Dakwah untuk diri sendiri. Orang yang meninggalkan dakwah kerana belum beramal seumpama orang yang tidak berpuasa kerana tidak solat. Puasa hukum yang berlainan dan solat hukum yang berlainan. Beramal hukum yang berlainan dan dakwah kepada amal adalah hukum yang lain.

Agama seumpama satu jasad. Mana2 anggota yang sakit maka seluruh badan akan menanggungnya. Kaki luka tapi sakit seluruh badan. Seluruh umat di dunia seumpama satu badan. Seluruh umat seumpama satu kapal. Bila kapal tenggelam semua akan tenggelam. Kita usahakan 4 asbab perlindungan terhasil dalam kehidupan kita. Kita sediakan setiap umat supaya mereka juga ada 4 perlindungan ini kerana kita belayar dalam satu kapal.

Dalam kapal ada banyak golongan. Golongan yang ingin minum air dengan cara menebuk kapal perlu ditegah. Tidak memadai orang yang berada di atas melihat sahaja. Perlu diberi peringatan. Tabligh bukan persatuan. Bukan tempoh untuk kursus. Dakwah adalah amalan harian umat ini. Ini perintah dari ALLAH. Tidak ada kaitan dengan hati. Hati suka kita buat, hati tidak suka kita tinggalkan. Tidak! Ini perintah
ALLAH untuk bawa manusia kepada ALLAH. Orang yang tidak beramal pun dipertanggungjawabkan untuk dakwahkan agama. Bila dakwahkan agama maka amalan agama akan datang dalam kehidupan.

Semua Nabi ada keinginan yang sama iaitu seluruh kaum datang kepada hidayat. Nabi s.a.w juga ada keinginan yang sama. Di Taif, malaikat datang tawarkan khidmat untuk himpit kaum Taif. Malaikat hendak lagakan 2 gunung. Nabi doa, agar anak cucu cicit mereka dapat hidayat. Setiap Nabi ada doa khusus. Semua Nabi2 sudah gunakan doa tersebut. Ada Nabi gunakan doa untuk perolehi kerajaan.
ALLAH bagi kerajaan yang tidak ada sebelum dan selepasnya. Ada Nabi gunakan doa untuk hancurkan kaum mereka, maka ALLAH hancurkan kaum tersebut. Kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Luth, apa jadi dengan semua mereka ini? Hancur binasa disebabkan doa Nabi2 mereka. Nabi s.a.w juga diberi doa yang mustajab ini. Nabi simpan doa ini untuk digunakan pada hari kiamat. Untuk seluruh umat Nabi s.a.w.

Ibarat Imam seorang musafir dan makmum bermukim. Iman solat 2 rakaat tapi makmum kena solat 4 rakaat. Imam tunggu makmum habis solat barulah angkat tangan dan doa. Demikianlah Nabi s.a.w, Nabi terakhir, Nabi telah selesai solat, Nabi sudah bagi salam tetapi seluruh umat Nabi masih lagi dalam solat. Nabi saw menunggu kita di sana untuk berdoa.

Dakwah adalah pelindung umat ini.
ALLAH perintah org beriman supaya beriman. Orang kafir didakwah masuk Islam. Dakwah orang beriman supaya beriman. Supaya mukmin menjadi org yang mentaati perintah ALLAH. Inilah tuntutan daripada Iman. Wahai orang yang beriman, taatilah kamu segala perintah ALLAH. Lihat cara sahabat bagaimana mereka sempurnakan perintah ALLAH. Mereka hidupkan di masjid halaqah2 iman dan mereka panggil sahabat2 lain ke masjid. Agar duduk dalam halaqah iman.

Masjid bukan sekadar tempat untuk solat. Masjid juga tempat untuk muzakarah Iman. Masjid tempat berkumpul untuk cerita tentang Iman dan Tauhid.
ALLAH telah isytiharkan Iman para Sahabat adalah Iman yg sempurna, tapi masih lagi mereka duduk dalam halaqah Iman. Sahabat jadikan amalan harian mereka bawa orang ke masjid dan duduk dalam halaqah Iman. Wa tawa sau bil haq, ialah menghidupkan halaqah Iman dan Yaqin di masjid.

Hari ini kita hanya berzikr tentang
ALLAH tetapi tidak bertazkirah tentang ALLAH. Secara umum orang berzikir LAA ILAAHA ILLALLAH tapi org tak bertazkirah tentang lailahaillallah. Jadikanlah kalimah ini sebagai kalimah dakwah supaya terkeluar dari hati kita kecintaan pada makhluk. ALLAH ajar nafi terlebih dahulu. Selain dari ALLAH, engkarkan - Laa ilaaha - Kalau tidak engkar selain dari ALLAH, maka Ghairullah akan masuk antara kamu dan ALLAH. Ini hal yang pasti.

Ghairullah datang dalam berbagai gambaran. Dulu dalam bentuk berhala tapi sekarang dalam pelbagai bentuk. Orang dulu yaqin ALLAH yang buat, tapi perantaraannya ialah patung ini. (Ketika itu) orang yang sembah berhala pun kata ALLAH yang cipta langit.

Kisah Dhimad hendak mengubati Nabi. Bila Nabi buat dakwah, kaum musyrikin kata Nabi gila. Dhimad datang jumpa Nabi saw dan kata saya boleh ubati penyakit gila. Saya buat tapi syifaq di tangan ALLAH. Apabila tidak menafikan makhluk, maka Ghairullah akan berada antara manusia dan ALLAH.

Hari ini, berbagai-bagai gambaran Ghairullah telah wujud. "Yakin kepada kedai, tetapi yang akan bagi keuntungan ALLAH". Ini percakapan orang (yang kononnya) beriman. Kudrat ALLAH diikatkan dengan kedai. Sebaliknya kita kena engkar dengan seluruh gambaran asbab yang ada, dan sebaliknya mengiyakan hanya kudrat ALLAH. ALLAH SWT tidak berhajat pada asbab. Patung dari tanah dan kedai juga daripada tanah. Gambaran sahaja yang berlainan, tetapi fungsinya tetap sama. Kita kena nafikan makhluq.

Ada juga org kata ALLAH lakukan melalui Ahlullah. Jumpa dengan Ahlullah dan minta dengan Ahlullah. Ahlullah jadi perantaraan mereka. Putus asa dengan amalan sendiri dan bergantung harap dengan amalan orang lain. Setiap kenderaan bergerak dengan lampu sendiri. Kenderaan yang bergerak dengan lampu kenderaan lain akan jadi susah dan eksiden. Setiap orang berharap dengan amalan sendiri dan tidak mengharap pada amalan orang lain. Bila tidak menafikan makhluk maka kita akan tengok pada karomah orang lain pula. Karomah adalah kurniaan ALLAH SWT. Karomah yang ada pada para wali adalah kerana amalan dia. Kamu juga beramal agar ALLAH SWT beri karomah pada kamu. Jangan menumpang karomah yang ada pada orang lain. Jangan jadikan dia perantaraan antara kamu dan ALLAH SWT. Karomah adalah menjadi milik orang yang beramal.

Orang yang yakin dengan asbab akan kata hanya melaui asbab akan perolehi sesuatu. Kedua-dua gambaran tersebut tidak boleh mengambil manfa'at secara langsung dari ALLAH SWT. Hanya ada dua jalan sahaja untuk dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH SWT:

1. Berputus harap selain dari ALLAH SWT
2. Taat hanya kepada ALLAH SWT

LAA ILAAHA ILLALLAH menafikan ghairullah. Menaruh harapan hanya pada
ALLAH. Agama adalah perantaraan. Kebendaan tidak boleh dijadikan perantaraan. Tiada perantaraan berbentuk tanah, ladang, kedai, kilang. Kebendaan dunia tidak boleh memberi menafaat atau mudharat. Kebendaan dunia tidak boleh dijadikan harapan. Tanpa kebun dan ladang ALLAH boleh bagi rezeki pada para sahabat. Kebanyakan sahabat perolehi rezeki dari cara yang ghaib. Jadi pelik apabila perolehi sesuatu dari jalan yang sedia ada.

Abu Bakar ra perah susu dari kambing yang sudah tua. Yang tidak mampu keluarkan susu lagi. Asbab adalah amalan agama. Tidak mungkin makhluk jadi asbab perantaraan kerana makhluk kosong.
ALLAH yang buat segala-galanya. Hari ni kita faham dunia adalah perantaraan, kalau ada tanah baru ada tanaman. Ini hanya pengalaman.

Seorang sahabat, dalam uncang ada 17 biji kurma. Setiap kali orang datang bagi makan kurma. Jumlah yang dia sudah bagi makan ialah sebanyak 1 tan. 1 tan terhasil cuma dari uncang yang ada 17 biji kurma. Tapi akhirnya uncang telah hilang. Sahabat tiada tanah ladang, cuma ada uncang. Kerana umat yang berdosa dan tidak taat maka Allah hilangkan keberkatan uncang.

Asbab hanya dalam Muhammadur Rasulullah. Nafikan seluruh makhluk. Amalan sunnah Nabi saw itulah perantaraan hampir dengan
ALLAH. Dengan perantaraan amalan sunnah akan dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH. Dalam asbab dunia tiada janji dan tiada kudrat. Janji hanya disisi ALLAH. Kudrat hanya disisi ALLAH. Jangan kita meletak harapan pada kebendaan yang tiada janji dan kudrat ALLAH di dalamnya.

Tijarah/perniagaan bukan asbab rezeki. Tijarah bukan asbab keuntungan. Tetapi berkata benar/tidak menipu dan jujur dlm tijarah adalah asbab keuntungan dalam perniagaan. Kuasa dalam kerajaan bukan asbab kemuliaan, tetapi amal agama dalam pemerintahan adalah asbab kemuliaan. Kalau tidak, pemerintahan yang ada akan jadi asbab kehinaan. Janji
ALLAH bersama 'Amal. Dalam janji ALLAH ada kudrat ALLAH. Kita kena beramal dengan yaqin kepada janji-janji ALLAH. ALLAH tunaikan permintaan saya dengan kudratNya.

Ilmu dan Iman. Dua perkara yang lazim. Hari ini kita lalai dalam kedua-duanya. Sebab itu kita beramal tanpa mengharap apa2 dari
ALLAH. Kita buat amal tapi harapan/sandaran kita pada makhluk dan kebendaan. Sebab itu amal kita tidak meghasilkan bantuan dari ALLAH. Ilmu dan Iman adalah perkara yang asal. Setiap kali beramal kita kena lihat apa tuntutan Ilmu.

Ilmu ialah tariqah/cara/jalan untuk beramal. Ilmu dengan ikhlas yang tidak akan jadi hujjah atas kita pada hari Akhirat. Ilmu ada dua. Satu di lidah dan satu di hati. Amalan kita kena bersandar pada ilmu. Barulah ada janji
ALLAH dalam amalan tersebut. Fardu 'Ain bagi lelaki dan wanita mempelajari ilmu agama. Mempelajari Iman juga Fardu 'Ain. Ilmu dan Iman tidak boleh berpisah. Melalui dakwah bawa Ikhlas dalam Ilmu. Dalam Ilmu ada Ikhlas.

Ahli bathil kata semua pengetahuan yang ada adalah Ilmu. Kita pelajari kejahilan dan faham bahawa ia adalah ilmu. Semakin belajar, semakin bertambah kejahilan. Orang yang belajar sains, sains mereka menjauhkan manusia daripada Khaliq. Pengetahuan mengenai makhluk ialah kemahiran bukan Ilmu. Ilmu hanya kenalkan manusia pada Allah. Belajar bertahun2 untuk dapat kemahiran. Kalau diangggap Ilmu ia satu kejahilan.

Ilmu adalah perintah Allah. 3 soalan dalam kubur.

1. Maa Rob buka – Siapa Tuhan kamu?
2. Maa Nabiy yuka – Siapa lelaki/Nabi kamu?
3. Maa diin nuka – Apa Agama kamu?

Ilmu ialah mengenalkan manusia pada
ALLAH. Ittibaq sunnah/sunnah Nabi akan kenalkan kita pada Nabi s.a.w . sebanyak mana kita amalkan sunnah maka sebanyak itulah kita akan kenal Nabi dalam kubur nanti. Bukan pengetahuan mengenai Nabi bahkan amalan Nabi saw. Bezakan Ilmu dengan kemahiran (fun). Kita jadikan diri kita orang yang boleh menjawab soalan dalam kubur nanti. Dalam kubur, Ilmu hanya penyuluh sahaja, sedangkan jawapan adalah berasaskan pada Iman.

Dalam kubur, Umar ra ditanya malaikat, "Siapa Tuhan kamu?" Dengan keyakinan yang ada pada Umar ra, beliau tanya malaikat kembali, "Siapa Tuhan kamu?" Ini tahap iman 'Umar ra. Padahal malaikat dihantar untuk bertanya tapi malaikat pula yang telah ditanya. Kalau tidak usaha atas Iman, maka kita akan susah dalam alam kubur.

Orang Islam hanya belajar kemahiran. Tidak belajar Ilmu. Inilah kejahilan yang paling besar. Ahli bathil paparkan kemahiran duniawi kepada orang Islam dan katakan ini adalah Ilmu. Menggunakan kemahiran yang pada hakikatnya kejahilan sebagai pengenalan diri. Saya Doktor. Saya Professor. Saya Engineer!

Alim ialah orang yang mana ALLAH SWT kurniakan 'ilmu kepadanya. 'Alim ialah orang yang berilmu. 'Ilmu yang mengenalkan manusia kepada ALLAT SWT. Seorang sahabat minta dari Nabi doakan supaya diberi sedikit kekayaan supaya dengannya kami dapat usaha atas agama. Nabi saw kata pada sahabat, kemiskinan kamu hari ini adalah jauh lebih baik dari kekayaan kamu kelak. Hari ini kita pun faham dengan banyak asbab mudah untuk buat usaha agama. Sebenarnya tidak. Orang yang banyak asbab terkebelakang dalam usaha agama. Sahabat yang paling maju dalam usaha agama semuanya faqir. Dalam kefaqiran mereka buat usaha agama, maka sandaran hati mereka adalah pada ALLAH SWT. Dalam kekayaan buat usaha agama, maka sandaran hati diletak kepada harta.

Dengan doa sahabat, kaldai yang mati hidup kembali. Kami nak safar, tiada kenderaan lain. untuk dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH, syarat pertama ialah putuskan harapan kepada makhluk. Hati tidak berharap langsung kepada makhluk. Sejauh mana kita harap pada makhluk maka sebanyak itulah kita akan jauh dari ALLAH. Harapan kita kena letak hanya kepada ALLAH SWT.

Zikr bukan hanya tasbehat. Zikr bukan hanya menyebut nama ALLAH bahkan seluruh perintah ALLAH adalah Zikr. Para Ulama' adalah ahli Zikr, bukan ahli 'Ilmu. Beramal dengan perintah ALLAH adalah Zikr. Ahli Zikr bukan orang yang sentiasa berzikr. Ahli Zikr ialah orang yang ada pengetahuan Agama dan mereka beramal dengannya. Zikr digunakan untuk Solat. Zikr juga digunakan untuk 'Ilmu. Zikr digunakan utk mu'amalat. Ikhlas juga adalah Zikr. Zikr digunakan untuk Dakwah. Enam sifat Sahabat semuanya adalah Zikr.

Tuntutan LAA ILAAHA ILLALLAH adalah sentiasa mengingati ALLAH. Afdhal zikri bukan hanya menyebut LAA ILAAHA ILLALLAH tetapi Meyaqini bahawa makhluk tidak boleh buat apa2. Sebaliknya yang buat hanyalah ALLAH SWT semata-mata.

Dalam Quran disebut Zikr dan Iman, yaqni Solat dan Iman. ALLAH perintah pertukaran Qiblat dari Baitulmuqaddis ke Baitullah. Solat juga adalah Iman. Dalam Quran ALLAH kata bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan iman kamu yang dahulu yaqni ALLAH tidak akan mensia-siakan solat kamu yang dahulu. Tidak ada zikir yang lebih besar selain Solat. Maksud Zikr Akbar ialah Solat. Kalimah adalah Zikir, Solat adalah Zikr, Ilmu adalah Zikr.

Mengetahui perintah2 agama bukan Zikr tetapi beramal dengan perintah2 Agama itu adalah Zikir. Sekadar maklumat bukan Zikr. Ilmu yang dipelajari akan menjadi zikr hanya bila ia diamalkan. Ingat ALLAH SWT pada setiap waktu. Oleh itu, keta'atan adalah Zikr. Mentaati perintah ALLAH SWT adalah hakikat Zikr. Zikr bukan hanya kerja lidah. Seluruh anggota badan manusia adalah alat untuk ianya berzikr. Jangan lihat perkara yang haram adalah Zikr. Jangan makan makanan yang haram adalah Zikr. Jangan mengumpat adalah Zikr. Lidah hanya satu perantaraan alat untuk berzikr. Zikr sebenarnya di dalam hati.

Ahli Zikr adalah ahli 'Ilmu. Ilmu adalah Zikr. Beramal dengan 'Ilmu yang dipelajarinya adalah Zikr. Orang yang beramal dengan perintah2 ALLAH SWT maka mereka berada dalam keadaan berzikr. Zakir adalah nama bagi penzikir iaitu hatinya yang sentiasa berzikr. Zikr bukan hanya di lidah. Zikr di hati. Kalau hanya zikir di lidah ianya tidak dipanggil Zakir tapi dipanggil Ghafir, orang yang lalai. Kalau Zikr hanya kerja lidah, maka anggota badan yang lain akan langgar perintah ALLAH.

Zikr adalah mengingati ALLAH SWT dalam setiap keadaan masa dan ketika. Hakikat Zikr ialah apabila melihat sang Zakir yaqni orang yang berzikir maka hati kita teringat kepada ALLAH SWT. Bila melihat manusia mentaati perintah ALLAH, maka kita juga akan mentaati perintah ALLAH SWT. Oleh itu, jadilah manusia yang mengingati ALLAH begitu sekali sehingga manusia melihat kita pun akan turut ingat kepada ALLAH SWT. Ahlullah ialah bila orang lihat pada dia, maka orang lain akan turut ingat kepada ALLAH SWT dan kepada Sunnah Nabi s.a.w.

Ikram ialah Zikr yang besar. Mengingati ALLAH SWT dalam menyempurnakan hak saudara kita yang lain. Kita kena sempurnakan hak makhluk ALLAH kerana ALLAH. Sempurnakan hak saudara supaya kita terlepas dari disoal di akhirat nanti.

Ikhlas adalah Zikr. Setiap amalan kita dibuat kerana ALLAH SWT. Niat adalah Zikr. Syaitan cuba untuk membolak-balik Niat manusia. Orang yang keluar di jalan ALLAH SWT dan berjuang habis-habisan, tetapi mengharap panah mengenai dirinya, maka di akhirat dia akan dapat panah sahaja.

Syaitan cuba merosakkan Niat manusia. Barangsiapa berhijrah untuk ALLAH dan Rasul maka hijrahnya untuk ALLAH dan Rasul. Barangsiapa berhijrah untuk dunia, akan dapat dunia. Barangsiapa berhijrah untuk wanita akan dapat wanita!

Mujahid ialah org yg keluar di jln Allah atas maksud hidayat semata-mata, tiada maksud lain. oleh itu, niat juga adalah zikir. Saat kita lupa Allah maka syaitan akan masuk dan rosakkan niat kita. Org yg ada maksud lain sentiasa akan kebelakang. Org ikhlas akan maju.  

Satu orang telah keluar di jalan ALLAH dan memperolehi peluang untuk berniaga. Jual beli barang dan dapat keuntungan. Wang diperolehi digunakan untuk belanja di jalan ALLAH. Semasa perang dia mati. Mati ketika berjihad. 'Umar ra kata jangan panggil dia Syahid. Kerana niat telah berubah. Syahid ialah orang yang keluar di jalan ALLAH dan tidak ada keinginan lain melainkan agama ALLAH semata-mata. Semasa menunaikan haji dibolehkan berniaga. Dengan syarat tidak mengganggu urusan hajinya.

Yusuf a.s keluar dari penjara dan Allah lantik sebagai raja. Orang yang ikhlas ALLAH akan majukan. ALLAH hanya ambil usaha dari Mukhlisin. Kita kena tanya diri kenapa kita lakukan setiap amal? Wanita yang bagi minum kepada anjing yang kehausan, maka ALLAH telah majukan dia. Tiada syak dalam perbuatannya. Tiada riak dalam perbuatannya.

Sebaliknya Nabi saw kata aku lihat Quzman di dalam neraka. Dalam perang uhud, Quzman telah bunuh 8 org musyrikin. Semua orang memuji Quzman begitu hebat melawan musyrikin. Dia pun cedera teruk. Sahabat hairan bagaimana Quzman boleh masuk neraka. Quzman kata, aku buat semua ini untuk kaum aku. Dia ambil panah dan letak dileher dan tekan. Ia membunuh diri. Jika kita membantu sesiapa, kita kena tahu kenapa kita membantu. Mungkin kerana kenalan, mungkin kerana kekeluargaan, semua ini bantuan yang diberi bukan kerana ALLAH SWT. Jika kita bantu kerana ALLAH, umat ini akan bersatu. Bila kita beri bantuan atas sebab perkara lain maka umat akan berpecah. 

Dakwah adalah perintah ALLAH SWT. Maka jadilah Muhajir. Muhajir ialah berhijrah daripada melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT. Bangun bagi nama. 4 bulan untuk negara jauh. 2 bulan untuk khidmat Nizamuddin. Setiap tahun bagi masa 6 bulan.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”