Hampir 20 tahun setelah peristiwa 9/11 (11 September) tahun 2001, dunia disajikan sekali lagi oleh para pemain belakang tabir yang sama, dengan suatu lagi krisis berskala mega melalui suatu peristiwa yang dikodkan sebagai #Event201 #CoronaVirus
Jika difahamkan 201 sebagai Januari 2020, saya katakan hampir 20 tahun kerana peristiwa pada awal tahun 2020 ini kelihatan sebagai suatu "mega drill"/latihan persiapan dalam mengawal dan mengekang populasi marhaen sedunia untuk suatu siri beberapa peristiwa krisis yang lebih besar lagi sepanjang tahun 2020 ini.. Bersiap siagalah..
Seluruh dunia nampaknya sudah terjebak dengan percaturan ini.
Ahli agama pun nampaknya sudah terkena tempias fitan yang sangat besar ini.
Tetapi di antara mereka itu, bukan semua sudah terperangkap. Ahlul Haq akan keluar dari fitan ini.
Terjebak bukan semestinya bermakna terperangkap dan tidak dapat keluar...
Kita berhadapan dengan musuh yang sangat pakar dalam kaedah menyediakan hujan sebelum payung, dengan mensasarkan mangsa yang tidak pernah belajar untuk sediakan payung sebelum hujan.
Mangsa-mangsa yang tidak pernah belajar dari sejarah permaslahan dan krisis-krisis yang dicipta untuk mengawal manusia demi kuasa dan pentadbiran aset dunia yang sementara.
Dengan lain perkataan, kebanyakan dari mangsa percaturan dunia ini adalah ibarat kambing-kambing sembelihan yang menunggu giliran untuk dikorbankan.
Soalnya di sini sudahkah anda bersedia untuk dikorbankan atau anda mungkin ada sesuatu pelan tindakan yang berkesan untuk keluar dari percaturan ini?
Terlalu ramai orang yang bijak pandai sekarang. Oleh itu, nasihat saya, pandai-pandailah.
Yang pastinya, anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah serta gelombang fitan yang bakal mendatang kelak di Facebook dan media sosial.
Semua orang bercakap tentang solusi dan penyelesaian mengikut naratif yang telah disogokkan. Nampaknya setakat ini keadaan semakin teruk dan berlanjutan menurut skrip yang dikehendaki.
Sedangkan, masalah itu sendiri, telah direkayasa oleh mereka yang menyuapkan penyelesaian ke mulut mangsa yang #reaksioner.
PROBLEM - REACTION - SOLUTION
Penyelesaian sebenar tidak boleh dicapai dengan semata-mata berdasarkan reaksi, melainkan kita memahami jalurmasa kronologi peristiwa-peristiwa krisis sebelumnya, serta motif pihak-pihak yang mencetuskannya.
Namun, pada realitinya, kebanyakan orang sudah terperangkap dalam permainan perang #biowarfare Globalis keturunan Yakjuj Makjuj dan akan terus membantu perlaksanaan agenda #TatananBaruDunia yang pelbagai.
No comments
Post a Comment