Imamul Mahdi
Berdasarkan firman Allah:
Maka
tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu)
kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba ( baghtah ). (Muhammad:18)
Maka dalam kitab Alamat Kiamat oleh Syeikh Jalaluddin di antaranya dituliskan begini:
Ulama-ulama
mengira bilangan huruf " baghtah " itu ialah sebanyak 1407 tahun.
Ertinya tempoh berlaku kejadian alamat kiamat yang besar dengan turunnya
ayat ini ialah 1407 tahun. Atas dasar inilah Imam Sayuti
rahimahumullahu taala dalam kitabnya “Kasyaf” membuat ijtihad
bahawa kedatangan Imam Mahdi (Mujaddid akhir zaman) sebagai satu tanda
alamat kiamat yang besar itu ialah pada tahun 1407 Hijriah. Dengan kata
lain, mujaddid itu akan lahir di awal kurun ke 15 Hijrah. Untuk
menyaksikan benar tidaknya ijtihad ini, kita lihat pula apa kata lmam
lbnu Hajar dalam kitab: Al Qaulul Mukhtasar fi ‘alamatif Mahdi Muntazar
tentang tanda-tanda hampir kedatangan Mahdi, berdasarkan hadis-hadis. Di antaranya ialah:
1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan banyak gempa.
2.
Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan
peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji.
Orang-orang haji dirampas di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hinggalah
mengalir darah di Jumrah.
ltulah antara yang disebut oleh lbnu Hajar sebagai tanda terdekat kemunculan Imam Mahdi.
Tentang
perselisihan dan gempa bumi, memang sudah jadi perkara biasa saja dalam
kehidupan kita hari ini. Selalu ada berita dalam akhbar berlakunya
gempa bumi di negeri-negeri di dunia ini. Berita yang terbaru kita
dengar ialah dua gempa bumi yang tiap- tiap salah satunya berlaku di Los
Angeles (Amerika).
Tentang pertumpahan darah dan pembunuhan di
musim haji pun nampaknya sudah bermula dan Insya-Allah rasanya akan
berterusan. Ayatollah Khomeini telah mengisytiharkan yang Iran akan
membalas dendam kepada Arab Saudi kerana membunuh orang Iran di musim
haji yang lalu. Dari itu mungkin berlaku pada musim-musim haji yang akan
datang. Sebab Iran yang menganut fahaman Syiah itu, memang berhajat
untuk menawan Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah. Supaya bumi itu berada
dalam pentadbiran mereka.Syiah menganggap hanya mereka yang layak
memiliki Makkah, sebab hanya Syiahlah aqidah yang benar. Mazhab-mazhab
lain salah dan kafir belaka. Atas keyakinan itulah Iran tunjuk perasaan
di Makkah. Kemungkinan ini akan diulang di setiap musim haji. Kalaulah
Arab Saudi atau sesiapa juga menentang maka akan berlakulah lagi
pembunuhan dan pertumpahan darah. Untuk kejadian ini berlaku di Mina dan
di Jumrah adalah tidak mustahil. Dan sekiranya terjadi demikian, maka
itulah saat hampir munculnya lmam Mahdi. lnilah yang dikatakan oleh lbnu
Hajar dalam Al Qaulul . Sebelum dia (Imam Mahdi) dibai’ah antara
rukun dan maqam berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah
pada bulan Zulkaedah (haji) dan berlakunyya rampasan orang haji di Mina.
Berdasarkan
alasan-alasan di atas, maka saya rasa Mujaddid kurun ke 15 ini ialah
Imam Mahdi. Rasulullah S.A.W mengisyaratkan kedatangan Imam Mahdi dengan
sabda baginda:
Jika
tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T
memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari
keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku,
dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan
keadiian dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaiiman dan kekejaman.
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
Ertinya :
Dunia
tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang
lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku. (Riwayat Abu
Daud).
3. Sementara sepotong hadis yang lebih terkenal dengan nama Hadis Panji-panji bermaksud:
Dari
Abdullah yang, berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah S.A.W
tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda, dari kalangan Bani Hasyim.
Apabila terpandang akan mereka maka kedua mata .Rasulullah S.A.W
berlinang airmata dan wajah baginda berubah, aku pun bertanya,
“Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?”
Baginda menjawab, ‘Kami ahlul-bait telah dipilihkan oleh Allah S.W.T
akan akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah
timur dengan membawa bersama-sama mereka panji- panji berwarna hitam
setia meminta kebaikan tetapi mereka tidak diberikannya. Maka mereka pun
berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta
itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menolaknya kepada
seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi bumi dengan
keadilan sebagaimana la dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara
kamu yang sempat menemuinya maka datanglah mereka walaupun mereka
merangkak di atas salji. ” (Riwayat lbnu Majah).
4.
Ertinya:
Dari
Abu Said Al Khudri dari Nabi S.A. W yang bersabda, “‘Di antara
khalifah-khalifah kamu ialah seorang khalifah yang mencurahkan harta
benda tanpa mengira-ngira. ” (Riwayat Muslim).
5.
Ertinya:
Dari
Abu Said Al Khudri yang berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,
" Mahdi ialah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia
akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ianya
dipenuhi kezaliman dan kekejaman dan ia memerintah selama tujuh tahun. ”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim).
6.Dari kitab Ahlul Kahfi yang ditulis oleh Muhammad Taisir Zibyan pada muka surat 24, terdapat hadis dari lbnu Abbas di mana Rasulullah S.A.W bersabda:
Ashabul Kahfi itu adalah pembantu-pembantu Al Mahdi.
Untuk mengetahui secara detail tentang Imam Mahdi, mari kita tengok dalam kitab Al Qaulul Mukhtasar fi alamatil Mahdi Al-Muntazar oleh lbnu Hajar.
Berikut adalah petikan Kitab:
Al Qaulul Mukhtasar Fi Alamatil Mahdi Al Muntazar oleh lbnu
Hajar Al Haitami. Petikan ini, ialah sebahagian daripada kesimpulan
(intipati) yang dibuat oleh Imam lbnu Hajar tentang Mahdi, berdasarkan
hadis.
A. Sifat peribadi Imam Mahdi
1. Keturunannya ialah dari ahlil bait Rasulullah.
2. Nasab keturunannya ialah Sayidina Hassan bin Ali
3. Namanya Muhammad dan nama bapanya seperti nama bapa Rasulullah iaitu Abdullah.
4.
Namanya seperti nama Rasulullah, tubuhnya seperti Rasulullah. Akhlaknya
juga seperti akhlak Rasulullah dan gelaran yang diberikan ialah Abu
Abdillah
5. Warna kulitnya warna Arab, saiz tubuhnya seperti tubuh
Israel. Di pipi kanannya ada tahi lalat; seolah-olah bintang yang
bercahaya. Keningnya lengkung, hidungnya mancung, giginya jarang dan
renggang antara dua pehanya.
6. Umur Mahdi 40 tahun. Lama masa
pemerintahannya menurut riwayat yang paling banyak dan paling masyhur
ialah 7 tahun. Riwayat lain mengatakan 19 tahun beberapa bulan, ada yang
kata 20 tahun, 40 tahun, 24 tahun dan riwayat lain daripada atas
mengatakan 30 tahun.
7. Mahdi memakai serban di kepalanya. Ada
malaikat di atas kepalanya dan menyeru, “Sesungguhnya inilah Mahdi,
hendaklah kamu mengikut akannya.”
8. Menetap di Baitul Maqdis.
9.
Imam Mahdi ialah umat Rasulullah menjadi seorang khalifah akhir zaman
yang akan meraup harta dengan tangannya tanpa mengiranya.
10. Imam
Mahdi akan keluar pada umat Rasulullah. Allah akan mengutusnya kekayaan
bagi manusia. Umat dalam nikmat. Binatang ternak berkembang biak. Bumi
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia membagi harta dengan saksama di
kalangan manusia.
11. Dia merupakan safwatullah di kalangan makhluk.
12.
Dia keluar pada bulan Muharram, menyerulah penyeru daripada langit,
ketahuilah olehmu bahawa safwatullah dari kalangan makhluk ialah polan
itu (Mahdi). Hendaklah kamu dengar dan taat padanya. Keluar Safiani
sebelumnya.
B. Tanda-tanda (alamat-alamat) kedatangan Imam Mahdi

2. Dia akan datang sesudah terbitnya bendera hitam di sebelah Timur.
3. Ada seruan daripada langit yang mengatakan sesungguhnya pemimpin kamu ialah polan itu (Mahdi).
4.
Bila kamu melihat panji-panji hitam dari pihak Khurasan, hendaklah kamu
mendatanginya sekalipun merangkak atas salji kerana pada mereka ada
khalifah Allah.
5. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah
didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan
sesudahnya hinggalah ke musim haji. Dirampas orang haji di Mina. Banyak
berlaku pembunuhan hingga mengalirlah darah di Jumrah.
6. Sebelum
dia dibai’ah antara rukun dan maqam berlakulah perselisihan di kalangan
beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah (haji) dan berlakunya rampasan
orang haji di Mina.
7. Dia bersembahyang subuh di Baitul Maqdis
bersama orang mukmin, tiba-tiba Nabi Isa turun. Dia mempersilakan Nabi
Isa menjadi Imam. Nabi Isa meletakkan dua tangannya antara dua bahunya
lantas berkata, “Ke depanlah, sembahyanglah, sesungguhnya bagi engkaulah
(imam) sembahyang ini.”
C. Corak pemerintahan Imam Mahdi
1. Keluar manusia daripada pihak timur menyerahkan kekuasaan untuknya.
2. Membangunkan urusan agama di akhir zaman secara keseluruhan sepertimana didirikan oleh Rasulullah di awalnya.
3. Hidup manusia bersamanya sebagaimana hidupnya lebah dengan rajanya (erat dan penuh kasih sayang).
4. Imam Mahdi menghukum dan membawa keadilan. Memecah salib dan membunuh babi.
5. Mengubah suasana dunia iaitu memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana penuh dengan kekejaman.
6. Membahagi harta dengan adil dan sama rata pada segenap manusia.
,
7. Hati umat Muhammad S.A.W di zaman Mahdi dipenuhi kekayaan.
8. Orang baik mahu pun jahat, di zaman Mahdi mendapat nikmat yang tidak pernah dirasai sebelumnya.
9. Mahdi memiliki dunia sepertimana dimiliki oleh Raja Zulqarnain dan Nabi Sulaiman as.
10. Mahdi berperang ikut sunnah sepertimana Nabi S.A.W berperang ikut wahyu.
11.
Bilangan mereka yang membai’ah lmam Mahdi iaitu 313 orang. Ada
perempuan. Maka lmam Mahdi dapat menguasai setiap diktator hinggalah
merasa keadilan. Beliau memerintah selama 7 tahun.
12. Mahdi penutup bagi agama Allah S.W.T sepertimana Allah membuka agamanya dengan Nabi Muhammad S.A.W
13. Selepas dibai’ah, satu utusan tentera daripada Syam yang diutus untuk memeranginya telah ditenggelamkan di Zilhalifah.
14. Pemegang panji-panjinya ialah seorang pemuda puak Tamimi yang datang dari Timur.
15. Mahdi memerangi Rom dalam masa 3 hari. Dapat kemenangan di hari ke 3. Hingga dapat membuka Al Konstantiniah
Demikianlah
sebahagian di antara Khulasah yang dibuat oleh lbnu Hajar tentang Imam
Mahdi. Susunan dan alih bahasa yang terdapat di atas adalah dibuat untuk
memudahkan para pembaca untuk memahaminya.
Dalam kitab Adduratun Nafi’ah Fi Isy Ratus Saa’ah
oleh Syeikh Osman Jalaluddin terdapat lagi keterangan yang detail
tentang lmam Mahdi. Berikut ialah daripada kitab tersebut yang dibuat
dari muka surat 3 ke muka surat 22.
Imam Mahdi - Sifat dan Tabiatnya
Sesungguhnya Imam Mahdi
itu mempunyai nama yang serupa dengan nama Nabi kita iaitu Muhammad bin
Abdullah. Beliau berketurunan daripada Hassan Hussein iaitu cucu Nabi
Muhammad S.A.W. Tubuhnya sederhana, warna kulitnya putih
kemerah-merahan, jarang bulu dua pelipisnya, hidungnya mancung,
keningnya melengkung, mukanya memanjang, luas dua matanya yang bercelak,
giginya berkilat-kilat lagi putih, pada pipi kanannya terdapat tahi
lalat hitam, mukanya berseri-seri, janggutnya tebal dan ia mempunyai
satu tanda umpama cop “Khatamun Nubuwwah” pada belikat Nabi Muhammad
S.A.W. Pehanya renggang dan ia memakai baju belah dada yang berwarna
putih lagi pendek.
Mengenai tabiatnya pula ialah, ia tidak
membangunkan orang tidur kecuali apabila masuk waktu sembahyang. la
tidak menumpahkan darah yang tiada halal, memerangi orang yang
meninggalkan sunnah Nabi S.A.W dan orang kafir musyrik. Beliau juga akan
menghapuskan segala perbuatan bid’ah yang menyimpang dari pegangan atau
iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Imam Mahdi juga akan menjadi raja yang
memerintah seluruh dunia seperti Zulqarnain dan Nabi Sulaiman a.s. Di
samping itu ia akan memusnahkan segala salib Kristian dan membunuh babi.
Imam
Mahdi sangat penyayang dan pemurah kepada sekelian muslimin. Imam Mahdi
di redhai setiap yang hidup di langit dan bumi sehinggakan sekelian
burung-burung, binatang liar di hutan dan ikan-ikan di laut akan
menyukainya. Kekayaannya melimpah-ruah dan menyeru kepada sesiapa yang
berhajat untuk mengambilnya. Tetapi hanya seorang sahaja yang
menyahutnya kerana di waktu itu semua orang kaya-raya (boleh jadi kaya
hati). Lelaki itu pun mengaut harta-harta sekehendak hatinya tetapi
kemudiannya mengembalikan semula kepada Imam Mahdi.
Pakaian lmam Mahdi
Sewaktu zahir ke dunia Imam Mahdi memakai satu serban dengan malaikat di atasnya. Malaikat itu akan menyeru:
“lnilah
Mahdi khalifah Allah, ikutilah ia dengan ikhlas dan yakin.” Kemudian
akan keluar daripada serban itu satu tangan mengisyaratkan satu bai’ah
kepada Imam Mahdi. Imam Mahdi memiliki baju Rasulullah S.A.W , satu
pedang, satu bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu yang
bertulisan “Bermula perjanjian itu bagi Allah” berwarna hitam. Selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W baju itu tidak pernah dipakai kecuali apabila
zahir Imam Mahdi.
Kelebihan Imam Mahdi
Imam Mahdi akan menanam sebatang kayu
kering ke dalam tanah yang kering lalu kayu itu tumbuh dan berdaun
hijau. Apabila imam Mahdi mengisyaratkan dengan tangannya kepada burung
di udara, burung itu akan jatuh ke atas tangannya. Kemudian ada seruan
dari langit yang mengatakan,
“Wahai manusia! Bahawasanya Allah
akan mengutus beliau kepada orang-orang yang degil dan munafik dan ia
akan memerintah kamu semua. ”
Pemerintahan Imam Mahdi Di Dunia
Imam Mahdi sangat gagah
perkasa dan sekelian manusia mengharapkan pertolongan dan perlindungan
serta keamanan daripadanya. Allah akan mengurniakan sebanyak 3000
malaikat yang akan memukul setiap orang yang menentang lmam Mahdi.
Malaikat Jibril dan Mikail juga akan turun bersama pada waktu itu.
Suasana
aman ketika itu hingga membolehkan harimau dan kambing berhimpun di
satu tempat. Kanak-kanak akan bermain dengan segala ular dan kala tanpa
bahaya. Orang-orang yang membuat perhumaan dan bersawah padi cukup
makmur malah benih semaiannya tumbuh dengan hasil yang digandakan oleh
Allah sebanyak 700 cupak.
Di masa pemerintahannya lagi, ia akan
memadamkan segala fitnah dan menghapuskan maksiat umpamanya riba,
perzinaan, minum arak dan sebagainya. la akan melaksanakan segala yang
diamanahkan dan mewujudkan keamanan di seluruh alam ini, sehinggakan
orang-orang perempuan yang pergi haji akan bersama-sama jemaah perempuan
sahaja kerana mereka tidak takut sesuatu apa pun kecuali kepada Allah.
Alamat Yang Hampir Zahir Imam Mahdi Ke Dunia
Ada beberapa alamat sebelum kezahiran lmam Mahdi, antaranya ialah:
1. Pecahnya sungai Furat (sungai yang besar di dalam negeri Baghdad) masuk ke laut Farsi.
2.
Gerhana bulan pada awal malam bulan Ramadhan dan gerhana matahari di
awal Ramadhan. Kedua-dua gerhana itu belum pernah berlaku sebelum ini.
3. Gerhana bulan berlaku sebanyak dua kali dalam bulan Ramadhan.
4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
5. Terbit bintang berekor yang cerah dari timur
6. Zahir api besar selama 3 ataupun 7 malam dari timur.
7. Zahir kelam pada langit.
8. Zahir langit merah yang berlainan dari biasa.
9. Terdapat seruan dari langit yang difahami oleh semua manusia yang mengatakan bahawa lmam Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam kampung Khuristan di dalam negeri Syria.
11.
Seruan dengan nama Imam Mahdi yang sangat kuat dari langit yang
didengari oleh semua manusia. Waktu itu orang tidur akan terjaga, yang
berdiri akan terduduk dan yang duduk akan berdiri disebabkan
terperanjat.
12. Zahir suatu jemaah lelaki di bulan Syawal.
Kemudian kedengaran suara membatalkan peperangan di dalam bulan
Zulkaedah. Setelah itu berlaku peperangan dalam bulan Zulhijjah dengan
kejadian samun ke atas jemaah haji serta pertumpahan darah di atas
Jumratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Berlaku gempa bumi.
14.
Kedengaran dua seruan dari langit, seruan pertama menyebut bahawa lmam
Mahdi yang zahir itu sebenarnya keluarga Muhammad S.A.W. Suara kedua
pula mengatakan bahawa lmam Mahdi itu daripada keluarga Isa a.s.
Fitnah-Fitnah Yang Berlaku Sebelum Zahir Imam Mahdi
Terdapat 5 kejadian fitnah yang berlaku sebelum zahirnya lmam Mahdi iaitu:
1. Sewaktu pecah sungai Furat, keluarlah emas daripada bukit yang
berdekatan. Akibatnya berpuak-puaklah manusia kepada 3 kumpulan untuk
mendapatkannya. Salah satu daripada kumpulan yang lebih hampir dengan
timbunan emas itu berkata, “Demi Allah kami akan membunuh sekelian
manusia kerana jika kami biarkannya nescaya habislah ia (harta).”
Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diingini sehingga berlakulah
pembunuhan yang besar di mana hanya seorang sahaja dalam setiap seratus
orang yang hidup.
2. Keluar seorang daripada keturunan
Sufyani yang kafir daripada anak Khalid bin Sufyan dalam negeri Syam,
yang akan menyebabkan peperangan yang besar.
3. Berlaku peperangan
yang berpunca daripada puak Ibqa’. Ibqa’ ini ialah suatu yang ada
padanya warna putih dan hitam dari negeri Mesir.
4. Muncul puak Ashab. Ashab ialah sesuatu yang bercampur warna putih dan merah.
5. Muncul puak A’raj yang mana A’raj itu ialah orang yang berjalan capek dari Maghribi.
Berlakulah peperangan di antara puak-puak itu selama setahun di mana
kemenangannya di pihak Sufyani. Kemudian muncul pula seorang raja dari
negeri Maghribi yang membunuh semua lelaki, menawan perempuan lalu
menunggu di bumi Arab untuk memerangi puak Sufyani yang sedang
mengalahkan puak Quraisy. Walau bagaimanapun, pihak Raja Maghribi
dikalahkan oleh puak Sufyani sehingga habislah harta bendanya dirampas.
Pihak Sufyani meneruskan peperangan dengan pihak Rom dan Turki di mana
berlakunya berbagai-bagai penganiayaan umpamanya perut perempuan yang
mengandung dibelah ,dan kanak-kanak dibunuh. Lelaki-lelaki pihak Quraisy
yang melarikan diri ke Turki dituntut secara paksa dan setengah
daripada mereka berjaya lari ke Khurasan setelah dipukul dan disiksa di
Damsyik.
Di dalam perjalanan memburu saki-baki orang-orang
Quraisy itu, angkatan berkuda puak Sufyani membinasakan kota-kota
negeri, memasuki kota Baghdad dan membunuh seramai 100,000 jiwa. Apabila
memasuki Kufah, mereka membunuh 60,000 jiwa lagi serta menawan
kanak-kanak dan perempuan. Manakala sampai ke negeri Khurasan,
bertambah-tambah lagi kekejaman mereka. Setiap keluarga Nabi Muhammad
S.A.W dan Bani Hasyim dari penduduk Khurasan itu ditangkap lalu dibunuh
di tempat itu juga. Separuh ahlul bait itu dihantar ke Kufah. Kemudiah
puak Sufyani itu memasuki kampung-kampung dan merata-rata tempat.
Setelah
berlaku kelima-lima perkara tadi, zahirlah Imam Mahdi tetapi tidak
diketahui di mana ia menzahirkan diri. Semasa berlaku huru-hara itu, ia
berserta dengan pembantunya dan tujuh orang lagi melarikan diri dari
Madinah dan bersembunyi di Makkah. Manakala mendengar berita itu, Raja
Madinah pun mengutus surat kepada Raja Makkah memberitahu kedatangan
lmam Mahdi dan menyebut nama-nama jemaahnya. Raja Makkah sangat gembira
mendengar khabar itu lalu menjemput Imam Mahdi beserta jemaahnya menemui
baginda. Imam Mahdi dan jemaahnya menemui Raja Makkah dan meminta
perlindungan politik lalu dibenarkan tinggal di Makkah dengan aman.
Tetapi
Raja Makkah menipu dengan memanggil dua orang utusan Imam Mahdi lalu
membunuh salah seorangnya di satu tempat antara rukun Hajarul Aswad dan
maqam Ibrahim. Seorang lagi telah berjaya melarikan diri dan memberitahu
Imam Mahdi. Bersiaplah Imam Mahdi untuk memerangi Raja Makkah yang
dimurkai Allah dan segala isi langit, lalu berkhemah di Taif di satu
bukit, lalu bergabung dengan penduduk di situ. Berperanglah buat pertama
kalinya Imam Mahdi dan jemaahnya dengan Raja Makkah. Imam Mahdi berjaya
mengalahkan mereka sementara Rajanya pula dibunuh. ltulah perang
pertama dari 6 peperangan.
Peperangan kedua ialah
memerangi negeri Turki Konstantiniah yang mana Imam Mahdi turut dibantu
oleh para auliya’. Ada dua sebab negeri itu diperangi, pertama mungkin
ia akan jatuh ke tangan orang kafir pada akhir zaman umpamanya Rusia,
kedua, ialah kemungkinan mereka telah keluar dari pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah. 7 tahun setelah peperangan itu, barulah keluar dajal
laknatullah yang kemudiannya dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi di
Baitul Maqdis.
Pada 1343 H, semasa berada di Madinah penulis
(Syeikh Jalaluddin) telah berjumpa dengan seorang soleh dari negeri
Turki yang berkata, “Negeri Turki sekarang dalam kacau bilau dalam hal
agama, orang-orang muda semuanya keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah
kecuali orang tua yang masih berpegang teguh dengan agama.” Pada tahun
1342 H, sewaktu pemerintahan Syarif Husein di Makkah seorang guru yang
bersyarah di Masjidil Haram menceritakan kezahiran lmam Mahdi yang akan
memerangi Makkah dan Turki. Apabila penulis menanyakan mengapa kedua
negeri itu diperangi sedangkan kedua-duanya negeri Islam, ia menjawab,
“Barangkali pada akhir zaman, penduduk kedua-dua negeri itu keluar
daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
Berkata
Sohibul Qamus jatuhnya Konstantaniah oleh pihak muslimin itu adalah
satu tanda kiamat. Tinggi kota Konstantiniah itu ialah lebih kurang 21
hasta dan gereja-gerejanya sangat tinggi. Di sini gereja itu terdapat
beberapa tiang yang ukur lilitnya 4 depa.
Pada kepala tiang itu
ada gambar kuda daripada tembaga yang ditunggang oleh seorang lelaki
sambil memegang buah yang bulat dari emas dan sebelah tangan lagi
terbuka anak jarinya seperti orang memberi isyarat. Orang itulah...
-page 70 tidak ditemui-
...munafik, sepertiga lagi mati syahid dan sepertiga lagi tiada difitnahkan ke atas mereka selama-lamanya.
Selepas
itu puak Rom dan muslimin memerangi Parsi dan menang serta menawan
segala kanak-kanak mereka. Kemudian orang Rom meminta harta rampasan
lalu diberikan oleh orang muslimin segala harta dan anak-anak kafir
Parsi itu. Mereka meminta juga anak-anak kaum muslimin orang Parsi,
tetapi tidak diberikan. Ini menggembirakan orang-orang Rom kerana
orang-orang Islam telah melanggar janji lama iaitu memberi lebih kepada
mereka kerana bilangan mereka lebih ramai, alat perang yang lebih
sempurna dan mereka lebih kuat. Lalu mereka pun mengadu kepada Raja
Turki dan meminta untuk memerangi orang Islam.Permintaan mereka ditolak
oleh Raja Turki kerana orang Islam itu ialah puak yang sentiasa menang
dan kuat. Orang-orang Rom itu pun memberitahu Raja Rom, lalu
berangkatlah angkatan perang Rom dengan 8 jemaah yang setiapnya
mempunyai seramai 12,000 askar melalui jalan laut.
Apabila mereka
berhenti berlabuh di pelabuhan Syria, segala kapal-kapal dibakar dan
menawan seluruh bumi Syam kecuali bandar Damsyik dan Mu’taq. Apabila
melihat orang-orang Syam diperangi Raja Turki pun menyiapkan angkatan
perangnya melalui jalan darat iaitu Qansarian dalam negeri Syam lalu
bergabung dengan penduduk di situ yang seramai 300,000 kemudian ditambah
lagi dengan kekuatan tentera Yaman seramai 1,000 orang dan 40,000 orang
bangsa Humair. Dalam peperangan itu orang Islam telah berjaya.
Kemudian
orang-orang Yaman dan Humair berhimpun di satu bukit di negeri Syam
sementara pihak muslimin lain berkumpul pula di tepi Sungai Ariat
sedangkan pihak musyrikin pula di tepi Sungai Rokiah yang hitam. Lalu
berlakulah perang antara tentera Islam dengan pihak musyrikin. Di dalam
peperangan itu terbunuhlah pihak muslimin seramai sepertiga, sepertiga
lagi berundur dan tinggallah sepertiga lagi.
Selepas itu tentera
Muslimin berpecah kepada 3 puak. Puak pertama ingin terus menyerah dan
mengatakan bahawa kalau agama ini ada kegunaan dan kemuliaannya nescaya
dibantu oleh Allah. Puak kedua pula tetap yakin bahawa orang-orang Rom
tidak akan mengalahkan mereka selama-lamanya lalu menganjurkan supaya
melalui kawasan orang Badwi (yang jauh daripada negeri dan kampung)
negeri Iraq, Yaman dan Hijaz yang belum dibinasakan oleh tentera Rom.
Puak yang ketiga pula menasihati kedua-dua pihak tadi supaya tidak
taksub dengan kumpulan masing-masing kerana Allah tidak akan membantu
dan menyeru mereka supaya bersatu semula. Akhirnya mereka bergabung
semula dengan mengangkat perjanjian perang.
Apabila melihatkan
gabungan mereka yang terlalu kecil, bergembiralah Raja Rom lalu
diserulah mereka bahawa salib itu boleh memberi bekas. Tetapi pihak
Muslimin menafikan kata-kata itu kerana yang memberi kemenangan dan
kejayaan itu hanyalah dengan pertolongan Allah dan wali-waliNya. Selepas
itu dengan kuasa Allah turunlah 200,000 malaikat berserta Mikail dengan
pertolongan para auliya’. Dengan azab siksa yang diturunkan juga
matilah sebahagian orang kafir dan orang-orang Islam memperolehi
kemenangan. Kemudian tentera Muslimin memasuki bandar Rom dan diminta
keamanan dengan perjanjian bayaran jizyah oleh orang-orang Rom. Mereka
kemudiannya diberikan keamanan.
Mereka (orang-orang Rom)
mendustai orang-orang Islam itu dengan mengatakan bahawa Dajal telah
datang untuk merosakkan orang-orang Islam. Sebenarnya mereka mengambil
kesempatan menakut-nakutkan orang Islam itu untuk menghapuskan
kesemuanya lelaki dan perempuan Muslim dari muka bumi Rom itu. Berita
ini telah sampai ke pengetahuan orang-orang Arab Islam di tempat lain.
Orang-orang Rom dibunuh sementara perempuan dan kanak-kanaknya ditawan,
segala harta dirampas dan seluruh kota Rom ditawan dalam masa tiga hari.
Kemenangan ini disambut dengan puji-pujian takbir dan tahlil kepada
Allah sehingga ke waktu Subuh tanpa tidur.
Apabila terbir fajar,
orang-orang Islam melaungkan takbir dengan suara yang sehabis kuat, lalu
runtuhlah kota Rom. Kejadian itu menakjubkan orang-orang Rom di mana
akhirnya mereka mengakui bahawa memerangi orang-orang Islam bererti
memerangi Allah. Emas dan tawanan dibahagi-bahagikan sehinggakan
masing-masing memperolehi 300 orang anak dara. Selepas itu timbullah
Dajal sebagai alamat hampir kiamat.
Imam Mahdi akan memerangi
negeri India dan membunuh semua orang kafir dan orang-orang Islam yang
terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di dalam hadis ada menyebutkan
bahawa terdapat 72 golongan yang masuk neraka dan mereka inilah yang
akan diperangi oleh Imam Mahdi kelak.
lmam Mahdi akan memerangi semua pendapat bid’ah tersebut walau di mana sekalipun mereka berada.
lmam Mahdi memerangi puak Sufyani dan segala tenteranya.
Memerangi
penduduk Bandar Qati’. Bandar Qati’ ini terletak di satu daratan yang
hijau pada bahagian laut. Panjang bandar itu 1000 batu dan lebarnya 500
batu, mempunyai 360 pintu yang dikawal oleh seramai 1000 askar pada
setiapnya. Sewaktu ketibaan Imam Mahdi dengan tenteranya dari
Konstantiniah Al Kubra, mereka melaungkan takbir sebanyak 3 kali lalu
runtuhlah dinding bandar Qati’. lmam Mahdi dan tenteranya akan memerangi
mereka dan membunuh 1,000 000 orang.
Setelah selesai
peperangan itu, Imam Mahdi berserta tenteranya menuju ke Baitul Maqdis
dengan 1000 buah kapal. Apabila sampai ke bumi Syam Palestin di antara
tempat bernama ‘Aka, Shur dan Ghazza, mereka memperolehi beberapa harta
yang banyak dan melimpah ruah. Imam Mahdi dan tenteranya tiba dan
tinggal di Baitul Maqdis sehinggalah keluar Dajal.
Dalam kitab Al Hawi lil Fatawa terdapat keterangan tentang lmam Mahdi. Berikut adalah terjemahan kitab tersebut yang dipetik dari muka surat 145.
"lmam
Mahdi lahir di dalam lingkungan tentera seramai 313 orang lelaki iaitu
bilangan tentera Badar, bukan secara berjanji untuk bertemu. Mereka itu
adalah ruhbanul bil lail, fursan bin nahar. Ertinya ahli ibadah di waktu malam, singa-singa di waktu siang."
Daripada
lbnu Masud dia telah berkata apabila telah terputus perdagangan dan
segala jalan-jalan dan banyaknya berlaku fitnah akan keluarlah 7 orang
ulama daripada beberapa pelusuk dunia tanpa janji (mereka saling tidak
kenal mengenal). Setiap seorang di kalangan mereka akan dibai’ah oleh
300 orang dan beberapa belas orang lelaki. Mereka semuanya akan
berhimpun di Makkah. Ketujuh- tujuh orang itu akan bertemu. Sesama
mereka akan bertanya, mengapa kamu datang? Jawab yang lain, kami mencari
(lelaki) orang yang agar di atas tangannya fitnah ini akan tenang dan
Kistantiniah itu akan dibuka. Sesungguhnya kami tahu namanya, nama
bapanya, nama ibunya dan tenteranya. 7 orang itu pun sepakat. Mereka pun
sama-sama mencari. Maka mereka bertemu di Makkah.
Demikianlah
keterangan tentang Imam Mahdi. Ulama-ulama telah menghurainya dengan
panjang lebar berdasarkan hadis-hadis tentangnya. Umat Islam sepatutnya
mengambil kenyataan ini sebagai satu berita besar dan
menggembirakan.Yang penting dan menanti-nanti agar ianya segera berlaku.
Sebab agama Islam dan umat Islam hari ini sudah begitu lemah dan
hinanya. Maksiat dan mungkar jadi mainan dunia. Manusia bertuhankan hawa
nafsu dan syaitan. Allah dan RasulNya dibuat macam tidak ada, atau
kalau ada pun, macam Al Quran buruk sahaja. Iman dan ukhwah Islamiah
hancur bak air batu di bawah matahari terik. Musuh sedang meratah umat
Islam bagai memakan makanan dalam satu dulang. Alangkah malangnya!
Masakan kita tidak sedih melihatkan itu semua! Masakan kita tidak ingin
melihat dunia ini kembali pada tangan Islam. Di mana maksiat dan mungkar
sangat berkurangan. Hati manusia penuh dengan Iman dan ghairah kembali
membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah. Kemewahan merata, harta
melimpah ruah.
Namun manusia berhati zuhud terhadap dunia dan
sangat menyintai akhirat. Maka terjadilah kasih sayang yang tulin dan
erat antara umat. Dunia aman damai lagi makmur dan mendapat keampunan
dan kasih sayang dari Allah. Keadilan merata dan orang kafir pun tunduk
pada Islam dengan cara sanggup membayar jizyah. Alangkah indahnya hidup
dalam keadaan itu. Segala sistem ekonomi, politik, pelajaran dan
pendidikan, ketenteraan dan apa juga, semuanya berjalan mengikut
lunas-lunas Islam. Tidak sebagaimana sekarang, ekonomi ribanya menindas,
politik demokrasinya kotor, pelajarannya liar, tidak mengarah kepada
menegakkan hukum-hukum Allah. Manakala pendidikan membentuk
manusia-manusia yang rasuah, sombong, bakhil, tipu, zina, judi, rogol,
arak dan 1001 macam mungkar lagi.
Siapa juga yang cintakan
kebenaran dan keadilan, sepatutnya rindu menanti kedatangan Imam Mahdi.
Hanya dia pemimpin yang mampu, dengan izin Allah, untuk mengganti
kejahilan manusia-manusia ini dengan Islam. Sebagaimana mampunya
Rasulullah menumbangkan jahiliah untuk digantikan dengan hukum-hukum
Allah. Kalau bukan Mahdi, kita tidak ada seorang pun pemimpin dunia kini
yang boleh menghentikan peperangan, penindasan dan kezaliman,
menumpaskan maksiat, mencetuskan perpaduan, menundukkan orang kafir,
menyamakan pembahagian harta, menegakkan hukum Islam, menumbangkan
pemerintahan yang zalim, mengujudkan keamanan dan seterusnya untuk
menegakkan negara Islam di seluruh dunia.
Kebanyakan pemimpin
Islam hari ini bukan sahaja tidak mampu untuk mengamankan negaranya atau
harakahnya, rumah tangganya sendiri pun kucar kacir. Demikian juga
halnya dengan ulama-ulama kita. Hukum Islam bukan sahaja tidak
dijalankan di pejabat atau di qariahnya, dalam rumah sendiri pun tidak
berlaku. Saya berkata begitu bukanlan bermaksud hendak mematikan
semangat juang pejuang-pejuang Islam hari ini. Jangan pula mereka
berkata, “Kalau begitu kita tak payah berjuanglah. Sebab kalau berjuang
pun tak dapat negara Islam.”
Jihad fisabilillah adalah termasuk
perintah Allah dan hukumnya adalah wajib. Jadi setiap umat Islam yang
mukallaf wajiblah perjuangkan Islam. Tapi ingat, niat dan matlamat kita
menunaikan perintah Allah ialah bukan untuk mendapatkan negara Islam
tetapi ialah kerana Allah ada dan untuk mendapat keampunan Allah di
padang Mahsyar nanti. Samada berjaya atau tidak, itu tidak menghalang
kita dari terus berjuang. Seseorang yang bila diberitahu hanya Mahdi
yang boleh mengembalikan Islam ke seluruh negara dan dunia, bukan kita
terus mengambil keputusan untuk pencen dari berjuang, menunjukkan
perjuangannya selama, ini bukanlah kerana Allah. Samalah dengan seorang
yang sembahyang kerana hendak kaya, tapi bila tidak kaya-kaya
juga dia pun malas nak bersembahyang. Orang ini tidak ikhlas namanya.
Tidak
boleh juga kita berjuang kerana hendak jadi pengikut Imam Mahdi atau
hendak menunggu lmam Mahdi. Nanti kalau Imam Mahdi lambat datangnya, dia
pun tidak mahu berjuang lagi. ltupun tidak ikhlas namanya. Imam Mahdi
datang ke tak datang ke kita tetap berjuang kerana Allah. Biar kita mati
dalam berjihad fisabilillah, moga-moga syahid.
Hakikat penantian
Imam Mahdi yang sebenarnya ialah mengharapkan pembelaan Allah S.W.T.
terhadap agamanya yang kita cintai ini. Moga-moga bila Imam Mahdi
datang, tegak kembalilah Islam di bumi ini. Perasaan dan harapan itulah
yang mendorong kita untuk mendoa, menyebut-nyebut, mengingat-ingat dan
bercakap-cakap tentang lmam Mahdi ini.
Ini jugalah yang dibuat oleh lmam Bukhari dalam keluhan rasanya pada Tuhan:
dada bumi mengharapkan
turunnya tangkisan ghaib dari udara
turunnya tangan kuat
yang kuasa menyapu kegelapan
dan mengangkat kaum-kaum yang lemah di bumi.
Sebab
kalau bukan seorang yang benar-benar didatangkan oleh Allah, yang ada
berkat dan karamah serta ilmu dan kekuatan yang bertaraf mujtahid dan
mujaddid, mustahil rasanya umat ini dapat dipimpin kepada Islam. Maka
marilah kita sama-sama mengharapkan lahirnya lmam Mahdi. Jika takdirnya
kita dapat bertemunya, maka berikrarlah untuk mengalu-alukan dan memberi
bai’ah padanya. Agar kita dapat bersamanya mengembalikan kebenaran dan
keadilan di bumi Allah ini.

No comments
Post a Comment