Friday, February 19, 2016

Russia beri amaran Perang Dunia Ketiga bakal meletus

Sumber foto: AP MOSCOW, Ahad – Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev memberi amaran perang dunia baru akan meletus sekiranya ... thumbnail 1 summary
Sumber foto: AP



MOSCOW, Ahad – Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev memberi amaran perang dunia baru akan meletus sekiranya Arab Saudi dan sekutu Amerika Syarikat (AS) di negara Teluk yang lainnya meneruskan rancangan mereka untuk menyerang Syria.


Dmitry dan juga Presiden Syria, Bashar Al-Assad yakin bahawa Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Turki sedang merancang serangan besar-besaran Syria untuk menjatuhkan Assad daripada jawatannya.


Terdahulu, dilaporkan bahawa Arab Saudi telah mengumpulkan 350,000 tentera, 20,000 kereta kebal, 2,450 pesawat pejuang dan 460 helikopter tentera ke Turki untuk latihan ketenteraan yang dikenali sebagai “Northern Thunder” yang dianggarkan oleh penganalisis sebagai persediaan penuh untuk serangan itu.

Thursday, February 11, 2016

BAYAN ILMU - HADHRAT MAULANA SA’AD KANDHLAWY

الحمد لله وحده, والصلاة والسلام على من لا نبي بعده, اللهم صل على سيدنا ومولانا محمد كما صليت على سيدنا ومولانا ابراهيم في العالمين ان... thumbnail 1 summary

الحمد لله وحده, والصلاة والسلام على من لا نبي بعده, اللهم صل على سيدنا ومولانا محمد كما صليت على سيدنا ومولانا ابراهيم في العالمين انك حميد مجيد. انما يخشى الله من عباده العلماء (فاطر:28)
وقال الله سبحانه وتعالى: كنتم خير امة اخرجت للناس (ال عمران: 110)
Hadirin yang mulia,
Ilmu adalah salah satu dari sifat-sifat Allah Subhanahu wa ta’ala. Tetapi sifat itu hendaknya kita wujudkan dalam diri kita. Untuk itu wujud, taqwa adalah syaratnya. Dalam sebuah hadits disebutkan ilmu itu ada 2 macam:
1. Ilmu di lisan
2. Ilmu dalam hati
الْعِلْمُ عِلْمَانِ : فَعِلْمٌ فِى الْقَلْبِ فَذَلِكَ الْعِلْمُ النَّافِعُ ، وَعِلْمٌ عَلَى اللِّسَانِ فَذَلِكَ حُجَّةُ اللَّهِ عَلَى ابْنِ آدَمَ
“Ilmu itu ada dua macam, pertama adalah ilmu di lisan, kedua adalah ilmu dalam hati.”
Ilmu dalam hati adalah ilmu yang bermanfaat. Sedangkan ilmu di lisan adalah hujjah terhadap manusia. Satu adalah hakekat ilmu, sedangkan yang satu lagi adalah tulisan ilmu.
Hakikat berhubungan dengan hati. Mulai keimanan, hingga ibadah, hubungannya adalah dengan hati.
Maka, bila ada hubungannya dengan hati, akan menimbulkan ketaatan. Keimanan juga akan menimbulkan ketaatan. Ilmu juga akan menimbulkan ketaatan.

Wednesday, February 3, 2016

POLITIK KIRI KANAN MALAYSIA

Ketika Mahathir Minta Osman Aroff Letak Jawatan, Istana Kedah Langsung Tidak Campurtangan Tan Sri Osman Aroff berkata, beliau pernah menga... thumbnail 1 summary
Ketika Mahathir Minta Osman Aroff Letak Jawatan, Istana Kedah Langsung Tidak Campurtangan

Tan Sri Osman Aroff berkata, beliau pernah mengalaminya dahulu apabila Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu mahukan dirinya meletakkan jawatan MB walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Kata beliau yang juga bekas ADUN Jitra itu, ketika waktu tersebut pihak Istana Kedah langsung tidak pernah campur tangan dan terus berkecuali hingga isu selesai dengan pengundurannya atas dasar mengikut arahan ketua.

“Di pihak mana sekali pun, jangan guna nama istana kerana setahu saya istana tidak pernah masuk campur. Sultan Kedah (Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah) malah tidak ikut campur hal politik, baginda berkecuali,” katanya.