Friday, February 19, 2016

Russia beri amaran Perang Dunia Ketiga bakal meletus

Sumber foto: AP MOSCOW, Ahad – Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev memberi amaran perang dunia baru akan meletus sekiranya ... thumbnail 1 summary
Sumber foto: AP



MOSCOW, Ahad – Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev memberi amaran perang dunia baru akan meletus sekiranya Arab Saudi dan sekutu Amerika Syarikat (AS) di negara Teluk yang lainnya meneruskan rancangan mereka untuk menyerang Syria.


Dmitry dan juga Presiden Syria, Bashar Al-Assad yakin bahawa Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Turki sedang merancang serangan besar-besaran Syria untuk menjatuhkan Assad daripada jawatannya.


Terdahulu, dilaporkan bahawa Arab Saudi telah mengumpulkan 350,000 tentera, 20,000 kereta kebal, 2,450 pesawat pejuang dan 460 helikopter tentera ke Turki untuk latihan ketenteraan yang dikenali sebagai “Northern Thunder” yang dianggarkan oleh penganalisis sebagai persediaan penuh untuk serangan itu.


Justeru, Russia dan Syria membuat spekulasi bahawa tentera dari Arab yang kini berada di Turki bagi menjalani latihan ketenteraan adalah bukanlah semata-mata untuk latihan tersebut.


Sebaliknya, ia adalah persediaan untuk mengambil alih daerah yang dilanda perang itu dari kerajaan Syria sekarang.


Kedua-dua Amerika Syarikat dan Russia telah menggesa untuk melakukan gencatan senjata antara tentera kerajaan Assad dan pemberontak Syria supaya negara-negara yang komited untuk memerangi ISIS boleh muncul dengan pelan yang baik untuk menjatuhkan kumpulan pengganas.


Namun begitu, Arab Saudi dan negara Teluk lain mempunyai satu lagi rancangan mereka tersendiri kerana mereka telah menyatakan hasrat mereka untuk menghantar tentera darat ke Syria.


Terdapat spekulasi bahawa Arab Saudi dan Turki menyokong kumpulan pemberontak yang sedang menentang tentera rejim Assad, yang juga disokong oleh Russia dan Iran.


Laporan mengatakan bahawa Russia telah mengebom kem pemberontak dan lokasi ISIS disyaki di Syria.


Seluruh masyarakat di dunia kini berharap bahawa semua negara yang terlibat mampu mencari jalan untuk menyelesaikan konflik ini dengan cara yang diplomatik.


Ini berikutan perang antara kuasa-kuasa besar akan menjadi bencana besar bukan sahaja untuk negara-negara yang terlibat tetapi juga ke seluruh dunia. – Agensi

No comments

Post a Comment