Wednesday, February 3, 2016

POLITIK KIRI KANAN MALAYSIA

Ketika Mahathir Minta Osman Aroff Letak Jawatan, Istana Kedah Langsung Tidak Campurtangan Tan Sri Osman Aroff berkata, beliau pernah menga... thumbnail 1 summary
Ketika Mahathir Minta Osman Aroff Letak Jawatan, Istana Kedah Langsung Tidak Campurtangan

Tan Sri Osman Aroff berkata, beliau pernah mengalaminya dahulu apabila Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu mahukan dirinya meletakkan jawatan MB walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Kata beliau yang juga bekas ADUN Jitra itu, ketika waktu tersebut pihak Istana Kedah langsung tidak pernah campur tangan dan terus berkecuali hingga isu selesai dengan pengundurannya atas dasar mengikut arahan ketua.

“Di pihak mana sekali pun, jangan guna nama istana kerana setahu saya istana tidak pernah masuk campur. Sultan Kedah (Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah) malah tidak ikut campur hal politik, baginda berkecuali,” katanya.

Osman juga berkata, jentera pentadbiran Kedah kemungkinan bakal berhadapan dengan masalah besar jika Mukhriz terus kekal MB tanpa mendapat sokongan dan dokongan majoriti pemimpin parti di negerinya sendiri.

No comments

Post a Comment