Sumber foto: AP
MOSCOW,
Ahad – Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev memberi amaran perang
dunia baru akan meletus sekiranya Arab Saudi dan sekutu Amerika Syarikat
(AS) di negara Teluk yang lainnya meneruskan rancangan mereka untuk
menyerang Syria.
Dmitry dan
juga Presiden Syria, Bashar Al-Assad yakin bahawa Amerika Syarikat,
Arab Saudi dan Turki sedang merancang serangan besar-besaran Syria untuk
menjatuhkan Assad daripada jawatannya.
Terdahulu,
dilaporkan bahawa Arab Saudi telah mengumpulkan 350,000 tentera, 20,000
kereta kebal, 2,450 pesawat pejuang dan 460 helikopter tentera ke Turki
untuk latihan ketenteraan yang dikenali sebagai “Northern Thunder” yang
dianggarkan oleh penganalisis sebagai persediaan penuh untuk serangan
itu.