Mahathir sepatutnya menyerah
kalah pada 15 September 2016 apabila Yang di-Pertuan Agong ‘tunjukkan
pintu keluar’ kepadanya. Tetapi kemudiannya, selepas gagal dengan Agong,
Mahathir tetap mencuba nasibnya sekali lagi dengan Majlis Raja-Raja. Dan skor
kini 8:1 terhadap Mahathir. Nasib yang malang! #countercoup1msia
14 Oktober 2016 - Kira-kira 30 tahun yang lalu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membuat gerakan beliau mengenai Raja Berperlembagaan, skor adalah 5: 4. Pada asasnya ini bermakna empat Raja-Raja dengan Mahathir manakala lima menentang.
Saya tidak akan menyebut yang mana lima
negeri dan yang empat tersebut. Mereka yang tahu tidak perlukan saya
menyebut negeri manakala yang tolol akan meminta bukti dan akan bertanya
kepada saya untuk membuktikannya dan sebagainya. Oleh itu marilah kita
hanya membuat kesimpulan dengan mengatakan jika anda tidak tahu, maka
anda bukanlah orang yang berpengetahuan atau bukanlah sebagai seorang
yang celik politik seperti yang anda bayangkan tentang diri anda selama
ini.
Menyimpang sedikit dari topik untuk
mereka yang kurang berpengetahuan, Malaysia mempunyai sembilan
Raja-Raja: tujuh Sultan, satu Raja (Perlis) dan satu Yang di-Pertuan
Besar (Negeri Sembilan). Kemudian kita mempunyai satu Yang di-Pertuan
Agong dan seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sembilan Raja-raja
negeri mengambil giliran secara bergilir-gilir untuk menjadi Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Walau bagaimana pun, kembali kepada isu
ini: hari ini, 30 tahun kemudian, apabila Mahathir membuat gerakan
beliau ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, skor masakini
telah bertukar kepada 8:1. Lapan Raja-Raja bersama dengan Najib
berbanding satu menyokong Mahathir.
Sudah tentu, maka kita ada yang
kesepuluh, yang akan menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tetapi kita biasanya mengira hanya sembilan negeri, tidak termasuk Agong
(melainkan jika Agong dan Pemangku Raja negeri tersebut ‘turun takhta’,
yang kadang-kadang berlaku – Secara peribadi, saya tahu satu peristiwa
ianya berlaku).
Hakikatnya, tidak ramai Raja-Raja yang
menyokong Mahathir pada 1980-an berubah dan kini tidak menyokongnya.
Pada 1980an mereka adalah kumpulan Raja-Raja yang berbeza (kecuali dua
negeri) dan hari ini kita mempunyai Raja-Raja dari generasi baharu yang
sedang menduduki takhta. Dan Raja-Raja sekarang adalah pengganti atau
pewaris (atau sedang bersekolah) ketika tahun 1980an dan mereka melihat
apa yang Mahathir lakukan. Jadi sekarang adalah masa ‘membayar balik’,
Mahathir sedang berhadapan dengan karma.
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan
Idris Shah, Permaisuri Johor, berkata perkara yang sangat menarik di
Facebook beliau (sesuatu yang kita tidak ada pada tahun 1980an, untuk
makluman):
“Ramai, secara kurang tepat, memikirkan
bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak.
Namun, ini adalah tidak benar. Seri Paduka, sepertimana raja
berperlembagaan yang lain, seperti Ratu Elizabeth II, menunaikan
tanggungjawab rasmi sebagai ketua negara namun tidak mempunyai hak
menentukan bagaimana negara ini ditadbir.”
Secara kebetulan, suami Raja Zarith
Sofiah itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menolak tawaran
untuk menjadi Agong seterusnya (kata Malaysiakini). Jadi Duli Yang Maha
Mulia Sultan Kelantan akan menjadi Agong seterusnya dan Duli Yang Maha
Mulia Sultan Perak sebagai Timbalannya.
Jadi, soalan yang anda mungkin bertanya,
adakah lapan Raja-Raja yang saya sebutkan menyokong Najib adalah
sebenarnya menyokong Najib atau menentang apa yang Mahathir lakukan?
Sudah tentu anda boleh berhujah bahawa yang menyokong Najib dan yang
menentang apa yang Mahathir lakukan adalah dua perkara berbeza. Hanya
kerana mereka menentang Mahathir bukannya bermakna mereka menyokong
Najib. (seperti mereka yang menentang hukuman mati tidak menyokong rogol
atau pembunuhan).
Benar, sekiranya lapan Raja-Raja jika
tidak menyokong penyingkiran Najib itu tidak bermakna mereka menyokong
Najib. Ia sebenarnya bermaksud mereka ingin mengatasi politik dan ingin
mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dan Raja
Zarith Sofiah telah menjelaskan dengan baik di Facebook beliau.
Walau bagaimanapun, apapun alasan
kelapan Raja-Raja mempunyai pendirian mereka, hasil keputusannya tetap
sama, di mana Raja-Raja tidak akan menyokong Mahathir untuk singkirkan
Najib. Dan itulah keputusan akhir yang diambil kira.
Tambahan pula, mengenepikan aspek-aspek
undang-undang dan perlembagaan untuk menggulingkan Najib,apa yang perlu
diambil kira ialah sebab kenapa ingin singkirkan Najib. Di dalam Islam,
niat (hasrat atau motif) adalah sama atau lebih penting dari perlakuan
itu sendiri. Niat adalah paling utama dan Raja-Raja adalah ketua bagi
umat Islam bagi negeri masing-masing mesti mengambil kira kepentingan
prinsip Islam tersebut.
Pendek kata, Raja-Raja mempertimbangkan
motif Mahathir ingin menggulingkan Najib sebagai ‘mala fide’ dan
bukannya ‘bona fide’. Dan inilah tamparan sebenar kepada Mahathir. Untuk
mengatakan bahawa undang-undang atau Perlembagaan tidak membenarkan
mereka menyokong Mahathir untuk menggulingkan Najib adalah satu perkara.
Itu adalah satu tamparan sendiri. Tetapi untuk mengatakan bahawa mereka
enggan menyokong Mahathir untuk menggulingkan Najib kerana Mahathir
mempunyai motif tersembunyi bukan sekadar satu tamparan hebat tetapi
sebenarnya adalah satu “tumbukan yang membunuh”.
Bagaimanapun, Mahathir tidak perlukan
Raja Zarith Sofiah atau Raja Petra Kamarudin untuk mengajarnya tentang
tugas, tanggungjawab dan had Raja Berperlembagaan. Mahathir tahu dengan
tepat bagaimana sistem ini berfungsi. Jadi, jika Mahathir tahu bahawa
Raja-Raja tidak boleh dari sisi undang-undang untuk singkirkan Najib,
mengapa dia bersusah payah untuk mengambil laluan itu?
Jawapannya mudah. Ia adalah sama seperti
“Deklarasi Rakyat” yang mempunyai antara 1,300,000-1,400,000
tandatangan, hampir satu juta daripada mereka tandatangan palsu. Ia
adalah hanya untuk menunjukkan dan memberi gambaran bahawa dia sedang
lakukan progres. Jika dia tidak melancarkan “Deklarasi Rakyat” dan
mendapat lebih daripada satu juta tandatangan dan menghantarnya kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka apa yang telah Mahathir
capai? Apa keuntungan dia lakukan?
Orang akan mengatakan bahawa Mahathir
tidak mendapat apa-apa dan tidak memenangi sebarang peperangan. Sejak
beliau mula menyerang untuk singkirkan Najib, Muhyiddin Yassin telah
hilang pekerjaannya (dan keahlian Umno beliau), Mukhriz Mahathir telah
hilang pekerjaannya (dan keahlian Umno beliau), Shafie Apdal telah
hilang pekerjaannya (dan keahlian Umno beliau), Peguam Negara telah
hilang kerjanya, ketua SPRM telah hilang kerjanya – pada dasarnya, semua
ahli konspirasi untuk menggulingkan Najib telah dipecat.
Jadi kelihatannya seperti Mahathir telah
gagal di setiap langkah. Tarikh 29 Julai 2015 rampasan kuasa gagal.
Oktober 2015 undi tidak percaya di Parlimen juga gagal. Disember 2015
undi tidak percaya dalam perhimpunan agung Umno gagal. Kemudian ada
sidang akhbar yang gagal pada Julai 2016.Tiada satu pun yang berjaya.
Semuanya hancur berkecai.
Jadi Mahathir perlukan “Deklarasi
Rakyat” dan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Itulah
yang diperlukan Mahathir sebagai kemenangan atau kejayaan. Tanpanya
Mahathir tiada apa-apa. Kosong! ‘Zilch’! Habok!
Tidak dapat dinafikan lagi, sebagai
bekas Perdana Menteri, Mahathir tidak benar-benar terfikir bahawa Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan memanggil mesyuarat tergempar
Majlis Raja-Raja dan mencadangkan supaya Najib digugurkan sebagai
Perdana Menteri. Mahathir benar-benar tidak terfikir bahawa pada
keesokan paginya Najib akan menerima surat dari Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja menyatakan kepada beliau “Bro, anda dipecat sebagai Perdana
Menteri. Anda hanya ada masa 24 jam untuk kosongkan meja anda dan
tinggalkan Seri Perdana”.
Ya, Mahathir mungkin bisu tetapi dia
tidak bodoh (atau adakah ia sebaliknya?). Beliau tahu perkara tersebut
tidak akan terjadi. Apa yang Mahathir hendak adalah untuk menunjuk. Ia
adalah satu langkah yang bijak. Ia bertujuan untuk memberikan gambaran
bahawa beliau melangkah ke hadapan walaupun beliau sebenarnya
terperangkap. Itulah semua bunyi irama dan lagu serta tariannya.
Hasrat Mahathir adalah untuk memalukan
Najib. Sebaliknya, Mahathir termalu apabila Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong bertitah mengenai peranan seorang Raja Berperlembagaan
(dan kini Raja Zarith Sofiah juga menjelaskannya). Dan sekarang kita
semua tahu bahawa lapan daripada sembilan Raja-Raja tidak bersama dengan
Mahathir. Dan jika Mahathir mahu mempertikaikannya dan menggelarkan
saya penipu maka berikanlah kepada saya nama Raja-Raja yang menyokong
beliau.
Malah, dua hari lalu, Datuk Salehuddin
Saidin, seorang peguam kepada seorang Raja (yang saya tidak boleh
namakan), berkata, “Majlis Raja-Raja Tiada Kuasa Pecat PM” ((READ HERE)).
Itu adalah sebenarnya petunjuk kepada apa yang akan berlaku hari
ini.Jika ada sesetengah peguam yang mengatakan bahawa kita boleh
singkirkan maka itu adalah pandangan peribadinya. Tetapi apabila peguam
tertentu ini mengatakan maka anda boleh yakin bahawa ianya datang dari
“kedudukan tertinggi” (dan saya tidak maksudkan Umno).
Mesej yang Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sampaikan kepada Mahathir pada 15hb September
sepatutnya cukup kuat untuk Mahathir.Tetapi beliau enggan mendengar dan
teruskannya. Tidak cukup dengan kemahuan supaya Agong campurtangan, bila
Agong enggan, beliau mahukan Raja-Raja pula masuk campurtangan. Dan
Mahathir tersentak dengan angka nisbah keputusan 8:1 menentangnya. Lebih
teruk dari apa yang terjadi pada 15hb September 2016.
Mahathir telah banyak lakukan kesilapan
dan tindakan bodoh saya mula tertanya-tanya sama ada dia bermain dengan
“keseluruhan kad yang ada”. Dan dia di kelilingi oleh badut dan ‘joker’
untuk menjadikannya sebuah sarkis. Dan kerana perlakuan bodohnya maka
ramai orang di sekeliling serta keluarga mereka menderita.
Ini mengingatkan saya tentang ‘Quote of the Year’.
Mahathir membuat banyak kesilapan
dan dia kelihatan hidup dalam penafian dan telah kehilangan hubungan
dengan realiti. Beliau telah membawa kebodohan ke tahap yang baru dengan
melakukan perkara-perkara yang membuat orang sekelilingnya merasa
jijik.
Masalahnya ialah semua kebodohan ini menyakitkan orang lain lebih daripada menyakitkan Mahathir. Dan ini adalah apa yang tidak disedari oleh Mahathir. Sehinggakan keluarganya malu dan tidak lagi boleh berjalan dengan megah dan mendabik dada.
Masalahnya ialah semua kebodohan ini menyakitkan orang lain lebih daripada menyakitkan Mahathir. Dan ini adalah apa yang tidak disedari oleh Mahathir. Sehinggakan keluarganya malu dan tidak lagi boleh berjalan dengan megah dan mendabik dada.
Sebagai contoh, Mahathir menggunakan Wall
Street Journal dan Sarawak Report untuk menyerang Najib. Adakah Mahathir
tidak sedar bahawa orang Melayu, terutamanya orang Melayu Umno, tidak
mempercayai Wall Street Journal dan Sarawak Report? Mereka melihat Wall
Street Journal dan Sarawak Report sebagai musuh Umno, orang Melayu dan
Islam. Apa-apa yang datang dari Wall Street Journal dan Sarawak Report
segera ditolak sebagai fitnah.
Tidak syak lagi bahawa Pakatuns dan Cina
DAP percaya dan yakin kepada Wall Street Journal dan Sarawak Report.
Tetapi Mahathir cuba untuk menggulingkan Najib dari dalam Umno. Dia mahu
Umno menyingkirkan Najib untuk ‘selamatkan Umno dan Barisan Nasional.
Jadi Mahathir harus meyakinkan orang Melayu Umno, bukan Pakatuns dan
Cina DAP. Dan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah “kenderaan”
yang salah digunakan untuk meyakinkan orang Melayu Umno.
Reputasi Clare Rewcastle Brown di
kalangan orang Melayu Umno adalah “zero”, kosong. Anda perlu membaca apa
yang orang Melayu Umno kata tentang beliau dan nama-nama mereka
gelarkan beliau. Malah saya tidak berani mengulangi apa yang mereka kata
tentang Clare. Dan ini adalah orang yang Mahathir menggunakan untuk
menyerang Najib dengan harapan orang Melayu Umno akan menendang Najib
keluar.
Mengambil langkah untuk pergi ke
mahkamah untuk bertemu Anwar Ibrahim pada 5 September 2016. Adakah
Mahathir berkata Anwar adalah mangsa tuduhan palsu? Adakah Mahathir
berkata Anwar tidak adil dipenjarakan? Adakah Mahathir berkata Anwar
perlu diampunkan dan dibebaskan? Adakah Mahathir berkata Anwar harus
menjadi pilihan pembangkang bagi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan
memenangi pilihan raya umum akan datang?
Tidak, Mahathir berkata Muhyiddin adalah
pilihannya untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang
pilihan raya umum akan datang (dan kemudian berubah kisahnya untuk
mengatakan ia adalah terlalu awal untuk menamakan bakal Perdana Menteri –
bermakna dia tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri akan datang).
Dan kemudian Mahathir berkata, beliau memaafkan Anwar dan telah melupakan perkara yang lepas. Hello! Anda belasah Anwar dan anda memaafkannya dan berdamai dan lupakan perkara yang lepas? Itu seperti Bill Clinton mengampuni Monica Lewinsky berhubung apa yang telah dilakukan kepadanya. (Clinton sepatutnya mengatakan ini dan Amerika yang pasti akan menjadikan Trump sebagai Presiden seterusnya).
Kadang-kadang saya tidak pasti sama ada Mahathir tahu sama ada beliau akan datang atau pergi. Ketika anda fikir dia akan menuju ke satu arah, namun anda akan melihatnya menuju ke arah yang berlainan. Membingungkanlah! - RPK MALAYSIA TODAY
Dan kemudian Mahathir berkata, beliau memaafkan Anwar dan telah melupakan perkara yang lepas. Hello! Anda belasah Anwar dan anda memaafkannya dan berdamai dan lupakan perkara yang lepas? Itu seperti Bill Clinton mengampuni Monica Lewinsky berhubung apa yang telah dilakukan kepadanya. (Clinton sepatutnya mengatakan ini dan Amerika yang pasti akan menjadikan Trump sebagai Presiden seterusnya).
Kadang-kadang saya tidak pasti sama ada Mahathir tahu sama ada beliau akan datang atau pergi. Ketika anda fikir dia akan menuju ke satu arah, namun anda akan melihatnya menuju ke arah yang berlainan. Membingungkanlah! - RPK MALAYSIA TODAY
No comments
Post a Comment