Tuesday, July 9, 2013

PERIHAL KETELANJURAN GOLONGAN YANG MENOLAK KONSPIRASI SATANIK

Kerap saya temui akhir² ini golongan "anti konspirasi" yang menjadikannya sebagai satu... thumbnail 1 summary
Kerap saya temui akhir² ini golongan "anti konspirasi" yang menjadikannya sebagai satu isu. Ini kali pertama saya memberi respon setelah sekian lama memerhatikan sahaja. Di dalam kita menempelak sikap marhaen yang ada antaranya agak paranoid, jangan pula kita keterlaluan dalam menidakkan kewujudan perancangan-perancangan sulit dari pelbagai kabal satanik dalam kuasa pakatan Yahud-Kristian Zionis (Yakjuj Makjuj), pendokong dajjal & iblis laknatuLlah. Artikel (post) asal yang membawa kepada respon ini saya sertakan di penghujung artikel ini. -AF
Salam,

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

Mengapa benci? Kelihatan seolah-olah admin AFDS dilamun sindrom "denial" yang bercelaru, dan saling bercanggahan. Sat kata tak wujud. Sat wujud.

Sdr, konspirasi itu adalah istilah merujuk kepada perancangan jahat antara 2 pihak secara perorangan atau berkumpulan terhadap pihak yang disasar, sememanglah ia bukan suatu entiti. Entiti yang merancang itulah dinamakan konspirator. Perancangan itulah konspirasi.

Cukuplah satu ayat Al Quran yang saya beri sebagai bukti wujudnya konspirasi dari Kalam ALLAH SWT sendiri yang Maha Benar. Pelbagai peringatan yang diberi oleh Rasul SAW di dalam hadits2 Baginda SAW tentang perancangan musuh-musuh Islam itulah konspirasi.

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ الدَّجَّالِ حَدِيثًا مَا حَدَّثَهُ نَبِيٌّ قَوْمَهُ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّهُ يَجِيءُ مَعَهُ مِثْلُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَالَّتِي يَقُولُ إِنَّهَا الْجَنَّةُ هِيَ النَّارُ وَإِنِّي أَنْذَرْتُكُمْ بِهِ كَمَا أَنْذَرَ بِهِ نُوحٌ قَوْمَهُ

Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW telah bersabda;

"Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.

(Hadis riwayat Muslim)

Sistem satanik inilah yang telah menghasilkan sekularisma, satanisma, liberalisma, plularisma, komunisma, kapitalisma, dan segala bentuk kesesatan dan penyelewengan sehingga ummah menuju kearah lembah penghinaan, melalui agenda konspirasi pelbagai mekanisma, instrumen dan organisasi.
 
Ada sesiapa disini yang ingin mempertikaikan  peringatan ALLAH SWT serta hadits Nabi SAW di atas? Maka berhati-hatilah dalam kelantangan kita, jangan sampai menolak Al Quran dan Hadits Rasul SAW..

Apakah fobia anda terhadap istilah konspirasi itu, sepertimana paranoia sebahagian yang lain pula, menolak keperluan untuk kita sentiasa peka dengan perancangan musuh-musuh agama? Kerugian besarlah bagi kedua-dua kamu yang jatuh dalam golongan ini.

Maksud dari kita mendalami konspirasi musuh adalah supaya kita sentiasa mengenali para pelakon, proksi, modus operandi, serta organisasi² yang menjalankan operasi agenda dajjal serta iblis laknatuLlah yang menyesatkan dan memecahbelah ummah.

Pada masa yang sama kita sentiasa berusaha kearah menghayati Islam sepertimana yang disarankan oleh Al Quran dan Sunnah sehingga lahirnya golongan para Sohabah RA 'ajmain yang mulia.

Dan telah berkata akan Imam Malik bin Anas:

لأن يصليها أخري هذه أمه إلا ما أصلها أولها

Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha

“Tidak sekali-kali boleh dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada baikpulih ummah yang terdahulu (iaitu para Sohabah RA).” [ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh, (2/676)]

Kami bergerak dalam konteks ruh dan semangat perjuangan yang telah dinyatakan, bukan dalam menghasilkan natijah fobik maupun paranoid terhadap konspirasi. Penafian konspirasi bukanlah jalan yang harus dipilih. Sebaliknya penilaian semula serta penghayatan dalam kerangka yang tepat sewajarnya kita sampaikan kepada marhaen. WaLlaahu a'lam. Wassalamu.

_______________


#Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Saya sebenarnya benci apabila orang menyentuh konspirasi Illuminati, Freemason, New World Order. Sebenarnya, mereka tidak wujud pun. Itu adalah hakikat sebenar. Ini bila tengok lepat pisang kata itu sendi Ariel Sharon. Nampak orang rambut Afro kata konspirasi George Bush. Nampak International Space Station kata itu tulang mata Obama (jangan tanya saya apa itu tulang mata).

Yang wujud adalah Bank Dunia. Yang wujud adalah IMF. Yang wujud adalah United Nations. JANGAN TAKUT untuk menyebut nama-nama serigala ini semua. Untuk apa nak selindung disebalik nama konspirasi? Anda tahu apa itu Illuminati? Ianya sebuah gerakan. Anda tahu apa itu New World Order? Ianya sebuah matlamat. Anda tahu apa itu Freemasons? Ianya sebuah organisasi (pengikut gerakan Illuminati).

For the last time, SEBUT MEREKA DENGAN NAMA MEREKA, bukannya propaganda atau konspirasi. Jangan kata saya serigala lapan tangan Benjamin Netanyahu pula.

-- AFDS --

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”