Wednesday, September 4, 2013

MENGAPA SYRIA MESTI DITUMBANGKAN

Fakta kekayaan sumber asli Lembangan Levant/Syria Mengapa Syria harus ditakluki dan Mesir d... thumbnail 1 summary
Fakta kekayaan sumber asli
Lembangan Levant/Syria

Mengapa Syria harus ditakluki dan Mesir dipecahbelahkan. Saya mengemukakan artikel ini di dalam blog pada 30/10/2012 namun kebanyakan dari kita masih tidak memahami bahawa serangan yang dilakukan keatas Syria bermula sekitar tahun 2011 itu sebenarnya didorong oleh faktor yang tiada kena mengena dengan konflik sektarian Sunni-Syi'ah. Namun disebab kenaifan mentaliti umat Islam, mereka dengan mudahnya menelan dengan mentah-mentah naratif yang disogok pada mereka oleh musuh.
Oil and Gas find offshore Syria motive for US Israeli mercenary uprising and bloodshed in Syria
http://al-faedah.blogspot.com/2012/10/oil-and-gas-find-offshore-syria-motive.html
Apa yang diharapkan ialah semua umat Islam yang sedar supaya sama-sama bangun dan menyedarkan saudaranya yang lain supaya memahami sedikit sebanyak percaturan musuh keatas kita semua.

Hari ini Israel dan Amerika Syarikat menaja teroris-teroris "Jihadis-Islamis" dan kelompok bawahan pengikut-pengikut mereka yang bertaqlid buta masih tidak menyedari bahawa mereka hanya mampu menjadi barua Zionis atas idealisma Islam mereka yang tersasar itu bagi tujuan destabilisasi sesuatu rantau yang disasarkan musuh. Sikap fanatik membabi buta dan kedangkalan minda mereka yang seperti lembu dicucuk hidung, menjadi penghalang bagi mereka untuk menggarap agenda-agenda musuh yang tersembunyi.

Badan kajian geologi Amerika Syarikat melaporkan Lembangan Levant/Syria (Levant Basin) yang merangkumi Israel, Syria, Lubnan, Cyprus dan Palestin mengandungi 122 trillion kaki padu sumber gas asli dan sekurang-kurangnya simpanan berkapasiti 1.7 billion tong minyak.

Rancangan kerajaan Israel adalah bagi membina sebuah terminal gas asli terapung dilengkapi dengan sistem radar pertahanan di perairan Mediterranean, sambil membentuk angkatan pertahanan laut untuk mempertahankan hak telaga gas pesisir pantainya. Namun Syria, Lubnan, Cyprus dan Palestin semua turut memegang hak keatas carigali simpanan sumber gas dan minyak di Lembangan Levant. Maka hak-hak negara ini mesti dicabuli melalui destabilisasi supaya Israel dan Kuasa Globalis dapat menguasai sumber-sumber ini secepat mungkin.

Menurut Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perundangan Lautan, sesebuah negara pesisiran pantai berhak menjalankan carigali minyak pada zon ekonominya yang merentasi 200 batu nautikal (370 kilometer).

Laporan oleh badan Kajian Geologi Amerika Syarikat itu melibatkan pesisiran pantai Palestin, Lubnan dan Syria. Maka kesemua negara tersebut mempunyai hak yang sama. Laporan ini serta penemuan terbaru pada tahun 2010 telah menjadi sebab utama yang mendesak Israel dan Amerika Syarikat berusaha keras untuk menguasai rantau Levant ini melalui agenda keganasan dan penaklukan yang terselindung.

Pada bulan Jun 2010, Lembangan Leviathan/Syria (Leviathan Basin) yang merupakan sumber simpanan gas asli dan minyak terbesar di timur lautan Mediterranean yang merentang dari Mesir ke Syria telah ditemui oleh NOBLE ENERGY syarikat AS yang berpengkalan di Houston, Texas. Dalam penemuan terbaru itu, kapasiti sumber simpanan gas asli di perairan Palestin, Lubnan dan Syria dianggarkan 25 trillion kaki padu! (TCF: Trillion cubic feet).

Pakar penganalisis turut menganggarkan simpanan minyak pada 600 juta tong. Dan bukan itu saja. Kajian turut menunjukkan kehadiran sumber asli yang setara di sepanjang perairan Greece, Turki, Cyprus dan Syria. Penemuan terbaru tersebut dengan laporan muktamadnya sekitar tahun 2010 telah menghasil konsekuen geostrategi politik yang amat dasyat. Ia menjadi asas kepada pergerakan menyusun agenda destabilisasi Mesir melalui agensi Ikhwan Muslimun bermula dari Dataran Tahrir. Ia menjadi asas pergolakan politik dan sosio ekonomi di Greece, seterusnya polisi serangan keatas Syria dan hentakan destabilisasi secara umum keatas setiap negara pada rantau yang terbabit.

Pada bulan Disember 2010, ketika sudah nampak kemungkinan krisis di Greece boleh diselesaikan tanpa sebarang langkah bailout atau penswastaan, Kementerian Tenaga Greece telah membentuk kajiselidik sumber minyak dan gas asli keatas perairan Greece. Kajian tersebut menunjukkan jumlah simpanan minyak melebihi 22 billion tong di Laut Ionian barat Greece dan 4 billion tong di utara Laut Aegean. Jumlah anggaran untuk simpanan gas asli Greece saja mencapai 9 trillion US dollar! Keupayaan kapasiti simpanan sumber minyak dan gas asli Greece ini sudah lebih dari memadai untuk menolak sebarang pergantungan terhadap Bank Dunia ataupun IMF. Oleh kerana itulah Greece telah diserang habis-habisan oleh kuasa Globalis-Zionist yang sama.

[*Nota: Perhatikan bahawa ketiga-tiga negara CYPRUS, GREECE dan SYRIA adalah negara yang berteraskan Kristian Ortodoks sepertimana Rusia. Fakta ini bakal menyumbang terhadap persoalan yang membabitkan suatu pakatan dengan tentera-tentera Islam dibawah kepimpinan Khilafat Imam Mahdi yang kita akan bincangkan dalam masa yang diizinkan.]

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”