Saturday, September 14, 2013

RAHSIA AS TIDAK SERANG SYRIA TERBONGKAR

Pencerobohan AS-ISRAEL berakhir sebaik saja peluru berpandu dilancarkan Memecah persoalan di sebalik naratif 3 September 2013 yang me... thumbnail 1 summary
Pencerobohan AS-ISRAEL berakhir sebaik saja peluru berpandu dilancarkan

Memecah persoalan di sebalik naratif 3 September 2013 yang meragukan tentang laporan radar Rusia yang mengesan pelancaran dua peluru berpandu di Laut Mediterranean yang didakwa oleh Israel & AS sebagai ujian pelancaran.


 
Russia's radars detect missile launches in Mediterranean Sea from Melayukita on Vimeo.

[Video klip laporan 03/09/13]

Sumber diplomatik yang dipercayai memaklumkan kepada akhbar As-Safir bahawa "perang AS ke atas Syria telah bermula dan berakhir sebaik saja kedua-dua peluru berpandu balistik telah dilancarkan, meninggalkan kesan maklumbalas yang tidak konsisten, dimana Israel menafikan manakala Rusia mengesahkan. Akhirnya satu kenyataan Israel telah dikeluarkan mendakwa peluru berpandu tersebut dilancarkan dalam konteks latihan bersama Israel-AS lalu jatuh ke dalam laut, dan menafikan penglibatan Israel dengan krisis Syria."

Sumber itu memberitahu harian Lubnan bahawa "tentera AS telah melancarkan kedua-dua roket itu dari sebuah pengkalan NATO di Sepanyol, yang mana telah dikesan dengan serta-merta oleh radar Rusia dan menyebabkan tindakbalas responsif sistem pertahanan udara Rusia. Salah sebuah roket telah diletupkan di ruang udara, manakala sebuah lagi telah dilencongkan kearah laut.

Dalam konteks ini, sumber itu menegaskan bahawa "kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia, menyatakan pengesanan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan kearah Timur Tengah, dengan sengaja mengabaikan dua perkara terpokok;

1. Pertama: Lokasi dari mana dan halatuju pelancaran kedua-dua roket itu.
2. Kedua: Tentang penjatuhan kedua-dua peluru berpandu yang dilancarkan tersebut.

Mengapa? Kerana sebaik saja operasi ketenteraan penuh dilancarkan, Ketua Perkhidmatan Perisikan Rusia telah menghubungi perisikan AS dan memaklumkan mereka bahawa implikasi "menyerang Damsyik bermakna menyerang Moscow, dan kami telah mengeluarkan istilah "menjatuhkan dua peluru berpandu yang telah dilancarkan" dari kenyataan rasmi, demi memelihara hubungan dua hala dan untuk mengelakkan peningkatan konfrontasi. Oleh itu, anda mesti segera menimbang semula dasar, pendekatan dan niat anda mengenai krisis di Syria, kerana anda seharusnya yakin sekarang bahawa anda tidak boleh menafikan kehadiran kami di perairan Mediterranean."

"Konfrontasi secara langsung yang spontan antara Moscow dan Washington ini telah menimbulkan kecelaruan pada pentadbiran Obama dan kepastian bahawa pihak Rusia telah bersedia untuk bertindakbalas sehingga ke peringkat akhir mempertahankan Syria, dan Amerika Syarikat tidak mempunyai jalan keluar daripada kebuntuan itu kecuali melalui satu inisiatif Russian yang akan menyelamatkan airmuka Amerika. " katanya.

Mulai titik waktu itu, sumber diplomatik tersebut menjelaskan bahawa "untuk mengelakkan kecelaruan selanjutnya bagi Amerika Syarikat, dimana Israel mendakwa pelancaran roket itu di luar pengetahuan mereka (yang memang benar), Washington telah mendesak Tel Aviv untuk mengaku membuat ujian tembakan peluru berpandu bagi menyelamatkan airmuka mereka di hadapan komuniti antarabangsa, manakala AS pula membuat kenyataan mereka menjatuhkan kedua roket tersebut. Terutama sekali kerana kedua-dua roket berkenaan adalah isyarat permulaan pencerobohan AS ke atas Syria dan pengumuman awal bagi operasi ketenteraan mereka. Selepas serangan roket tersebut Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang sepatutnya pergi ke Sidang Kemuncak G20 (5 September) di Rusia untuk merundingkan nasib Presiden Syria Bashr Al-Assad, sebaliknya terpaksa mencari jalan keluar dari kebuntuan yang dialaminya dari kegagalan serangan tersebut."

Sumber tersebut lagi menyatakan bahawa "selepas konfrontasi roket AS-Rusia itu, Moscow bertujuan untuk meningkatkan bilangan pakar tenteranya di Syria, untuk diserap ke dalam angkatan kapal pemusnah dan unit militernya untuk meningkatkan kehadiran ketenteraan di perairan Mediterranean.

Ia juga menetapkan masa untuk mengumumkan mengenai inisiatif bagi menghentikan pencerobohan ke atas Syria selepas Sidang Kemuncak G20. Kerangka penyelesaian telah dibentuk pada sesi sampingan di sidang kemuncak itu yang diikuti oleh dua lawatan berturut-turut oleh Menteri Luar Iran, Hussein Amir Abdul Lahyan, dan Menteri Luar Syria, Walid Al-Moallem. Sebuah rangka jalan penyelesaian telah dipersetujui dengan pihak Rusia, dan ia termasuk pengumuman Syria meluluskan inisiatif Russian mengenai cadangan meletakkan senjata kimia Syria di bawah pengawasan antarabangsa dan menyediakan Syria untuk menyertai  perjanjian pengawalan senjata antarabangsa (Non-Proliferation Treaty/NPT).

Akhir sekali, sumber berkenaan menegaskan bahawa "Salah satu hasil keputusan pertama konfrontasi ketenteraan AS-Rusia tersebut ialah penolakan British House of Commons untuk mengambil bahagian dalam peperangan ke atas Syria. Ini diikuti juga oleh pendirian Eropah, dan yang paling ketara, pendirian Jerman sendiri yang diumumkan oleh Canselor Angela Merkel. "

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”