Wednesday, May 8, 2013

REVOLUSI WARNA: SIAPA DIBELAKANG KAMU?

AYYUHAL AHBAB YANG DIMULIAKAN ALLAH SWT. BERSATULAH DAN KASIHILAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARAMU DENGAN SEBENAR-BENARNYA. JAUHILAH PERSENGKE... thumbnail 1 summary

AYYUHAL AHBAB YANG DIMULIAKAN ALLAH SWT. BERSATULAH DAN KASIHILAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARAMU DENGAN SEBENAR-BENARNYA. JAUHILAH PERSENGKETAAN SEBELUM NEGARAMU TERBENAM DALAM MUSIBAH DAN BALA' BENCANA YANG TIADA SUDAHNYA.


Kings Likes Queens: Setiap dikorbankan untuk pemujaan syaiton yg dilakukan Israel ?

Al Faedah Israel dan Zionisma tidak lebih dari Komunisma dan Kapitalisma. Israel dan Zionisma bukan kemuncak pada hierarki kuasa ini. Yahudi sendiri kena kuda sepertimana Kristianiti dikuda. Semua sedang dilaga-lagakan.

Fahami percaturan dengan jelas. Yahudi-Kristian-Islam semua sedang dilaga-lagakan. Kemuncak pada kuasa Imperialis adalah penyembahan setan dibawah hierarki Dajjal dan bos besaq Iblis.. kalau nak selamat sentiasa carik susun galur dan urutan hubungkait.

Apabila kamu bertemu titik dengan mana-mana agentur depa, putuskan rantaian kamu. Jangan terbuai dengan naratif sentimen yang melaga-lagakan ummah. Melayu-Islam mesti bersatu bawah payung Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menolak dari terbabit dengan faham sektarian Islamik jihadis yang sedang diracuni oleh mereka.

Khilafah Islam akan dibawa oleh Imam dan Nabi Isa AS yang berjuang dengan pimpinan dan petunjuk ALLAH SWT, bukan kita yang penuh bernafsu dan gila kuasa. Pertahankan kepimpinan Negara kamu yang sedia ada demi mengelakkan pertumpahan darah rakyat marhaen yang sedang dikaldaikan oleh pelbagai musuh dari luar dan dalam.

Kaum Cina sedang dikaldaikan sepertimana kaum Melayu juga. Damaikan antara mereka. Payungi bawah akidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang asal. Berpegang teguhlah pada tali ALLAH SWT.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”