Tuesday, May 21, 2013

BAPAK ANWAR IBRAHIM LAWAN BAPAK ZAHID HAMIDI

Apa main-main bapak neh? Eh berapa punya bapak la? Ini negeri.. BAPAK AKU PUNYA DAA! "Ya, negeri ini pun bukan bapak Anwar ... thumbnail 1 summary

Apa main-main bapak neh? Eh berapa punya bapak la? Ini negeri.. BAPAK AKU PUNYA DAA!

"Ya, negeri ini pun bukan bapak Anwar punya" kata Zahid. Zahid menurut laporan Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Anwar ketika berucap di Seremban pada 18 Mei berkata gesaan Zahid agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.


|| MELAYUKITA FB PAGE: Like ✔ Tag ✔ Share ✔ ||


"Kamu ingat negara ini bapak kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu. Dalam sidang media 20 Mei pula, Zahid menjawab, "Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia. "Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Baguslah tu main bapak-bapak. Jangan sekadar retorik dan main wayang macam filem P Ramlee sudah.. Zahid ini dahulu anak didik Anwar... Sekarang dah main bapak-bapak lak depa dua. Apa kata Zahid buktikan "once and for all", bahawa beliau sudah bersedia meninggalkan stigma "trojan horse Anwar" buat selama-lamanya dengan tindakan-tindakan yang bukan sekadar kata-kata retorik?

Labu: Ini kepala bapak engko, ini pulak kepala bapak aku. Kalau ko anak jantan, engko berani. Ko pijaklah kepala bapak aku...

Labi: Ini kepala bapak engkau ya? Sekarang kau pijak kepala bapak aku!

Labi: Haaa? Engko lanyak-lanyak kepala bapak aku sampai jadi roti canai ya?