Friday, May 31, 2013

DOKUMENTARI PRA-SEJARAH FINAS-JABATAN WARISAN NEGARA MENANG ANUGERAH ANTARABANGSA

UNBURYING THE PAST: Jika akses internet cepat, lebih baik guna format HD 720/1080 untuk paparan visual video terbaik. 'Unburying... thumbnail 1 summary
UNBURYING THE PAST: Jika akses internet cepat, lebih baik guna format HD 720/1080 untuk paparan visual video terbaik.


'Unburying the Past' rangkul dua anugerah antarabangsa

KUALA LUMPUR: Filem dokumentari terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) “Unburying the Past” telah berjaya menerima dua anugerah di Festival Arkeologi Filem dan Video Antarabangsa di Eugene, Oregon, USA yang bermula dari 7-11 Mei 2013.




Filem arahan Harun Rahman dari Novista Sdn Bhd telah merangkul anugerah dalam kategori  “Best Public Education” dan  “Best Narration”. Filem tersebut juga telah muncul sebagai tiga filem teratas untuk anugerah Filem Terbaik daripada 79 buah filem dari 22 negara yang menyertainya.

Wakil yang menyertai Festival tersebut terdiri dari Puan Subaidah Md Top, Pengarah Produksi FINAS, Encik Rizal Mat Yasin, Pegawai Eksekutif FINAS dan Puan Lara Ariffin, Penerbit dari Novista Sdn. Bhd.

“Dokumentari  ‘Unburying the Past’ telah mendapat pujian dari pihak juri dari segi kualiti penerbitan, pengisiannya dan grafik. Dengan pengiktirafan antara tiga filem terbaik, ia membawa makna bahawa, filem penerbitan Malaysia telah mencapai taraf antarabangsa.”

“Dengan menghadiri Festival tersebut, Warisan Arkeologi Malaysia dapat diangkat ke mata dunia,” Subaidah.

Dokumentari ini telah diterbitkan atas cetusan idea dari Menteri Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan mendapat kerjasama dari Prof Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, Pesuruhjaya Warisan Malaysia.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 28, 2013 11:00 (MYT)

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”