Sunday, June 2, 2013

1BN PULAK DAH! UMNO TUBUH MAKMAL KHAS

Soalan pertama. Apakah "MAKMAL KHAS" yang dicadangkan sama seperti "BILIK PERAN... thumbnail 1 summary


Soalan pertama. Apakah "MAKMAL KHAS" yang dicadangkan sama seperti "BILIK PERANG" saban hari? Seram sejuk...

Agak menghairankan logik pemikiran barisan kepimpinan UMNO-BN bilamana sebaik saja pasca PRU13, dari apa yang dijangka sepatutnya perlaksanaan satu post-mortem keatas prestasi BN secara keseluruhan, tiba-tiba sudah menjadi makmal khas untuk mengkaji satu "penyelesaian" atau "proposal" untuk tajuk besar 1BN. Kita boleh faham sekiranya 1BN ini menjadi salahsatu dari pelbagai penyelesaian, namun mewujudkan makmal khas semata-mata untuk membincangkan satu "penyelesaian" sedangkan masih belum ada pun satu sesi rasmi untuk menilai prestasi keseluruhan, sudah tentu dipandang aneh!

Ada yang kata ini hanyalah kaedah ambil hati parti-parti komponen yang kalah teruk PRU13. Ada yang berpendapat ini satu kaedah penyelesaian bagi pemimpin yang malas berfikir.
1Malaysia pun telah digadai banyak hak-hak Melayu inikan pula 1BN? Mengapa tidak diperbetulkan saja UMNO dari dalam sebelum menjurus pada 1BN.

Walau apa pun, ambil lah hati banyak-banyak sekadar yang boleh, apa salahnya kita usahakan sampai mati untuk "puaskan hati SEMUA pihak", tambah-tambah lagi pihak yang TAK memainkan peranan. Lewat-lewat ini, seolah-olah sindrom ambil hati, toleransi, akomodasi, beralah, dan "reconcilliatory" telah menjadi sinonimos dengan pentadbiran negara.

Mungkin saja ia sekadar muslihat politik. UMNO TIDAK akan dibubarkan menjadi satu parti tunggal. Makmal yang dicadangkan hanya satu alasan untuk menemui semua akar umbi dan mendapat pandangan kemana arah tuju UMNO selepas ini. Lebih lagi memandang kepada Mesyuarat Agung akan datang yang akan memilih pucuk pimpinan.

Makmal ini adalah cara terbaik untuk Najib mengeluarkan "feelers" beliau dan mengesan nadi akar umbi. Dengan cara ini UMNO diperhatikan prihatin kepada cadangan dari pihak luar UMNO, sekadar "PR exercise.."

Mungkin saja pemimpin atasan dan akar umbi sudah membuat keputusan UMNO tidak akan berubah, akan terus dikekalkan. Makmal ini semata mata gerak geri politik dalaman. Pengstrukturan dan percaturan kronis ala "The Game of Thrones", dan pengagihan bakal dana kepada lebih 150,000 perwakilan.
Namun UMNO dikatakan muncul sebagai parti yg terkuat di kalangan parti yg bertanding di pru13. Satu perbandingan, pemanis kata, penyedap rasa. Adakah UMNO tidak sekuat ini dahulunya?

Najib tidak tunduk kepada Cina! Tidak tunduk pada akar umbi, tidak tunduk pada Majlis Tertinggi, malah tidak tunduk kepada sesiapa sekalipun. Dia pemimpin besar... Cuma dia dipengaruhi Sang Penasihat?

Justeru itu terpulanglah kepada agenda Penasihat dan mahu condong ke mana? Begitu kah atau bagaimanakah?

Awal-awal lagi Tun M kata strategis BN perlu dipersalahkan. Diikuti pula oleh Tun Daim. Pecat terus penasihat dan barisan strategis "BILIK PERANG" pencipta PROGRAM REALITI PRU" yang sangat "menghiburkan". Di Jepun ketika ditanya, Tun M kata BN akan terus sokong Najib sebab tidak ada alternatif! Nak kata "endorsement" kah, atau bagaimana ini harus ditafsir. Tapi bagi kalau dilihat pada satu sudut tentang kedua-dua Tun yang amat mahir dengan kaedah "double-speak".... Baik kita fokus pada Daim sudah. 

Penasihat kena pecat. Ya memang mudah digarap, tapi menimbulkan suatu soalan yang lebih utama sebenarnya. Penasihat yang diletak untuk menasihati siapa ya? Sebagai rakyat marhaen, saya tak ada masalah bab pecat penasihat. Why not pecat yang mengikut kata penasihat? Ke camna? Blurr...

Walau apa sekalipun lah justifikasi sebenar makmal kaji 1BN ini, akar umbi mesti menolak mentah-mentah idea yang pelik-pelik begini.

Bekas editor New Straits Times (NST) A Kadir Jasin mengatakan dalam blognya, hanya parti komponen BN majoriti Cina yang “nazak” seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu.

“Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh “memujuk” kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!” kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

A. Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat.

“Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlangan prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu,” katanya.

“Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?” soalnya.

Najib malam tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata parti itu masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS,” kata Najib kepada pemberita.

A. Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu.

“Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam,” katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum.

Mengulas perkara itu, A. Kadir menegaskan, masalah pokok BN bukan organisasi atau struktur, tetapi imej dan persepsi kepemimpinan BN yang negatif.

Perubahan struktur parti tanpa mengubah kualiti dan integriti kepemimpinan jelas A. Kadir tidak akan menjadikan BN lebih diyakini dan disokong oleh pengundi.

Justeru, beliau turut berkata; “Umno perlu membezakan yang mana satu pokok dan yang mana satu hutan belantara.”

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”