Monday, June 17, 2013

TPPA: MTEM bertindak keluar mesyuarat bantah MITI

"Pada 2 Jun 2013 bekas ketua perunding Chile untuk perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ... thumbnail 1 summary


"Pada 2 Jun 2013 bekas ketua perunding Chile untuk perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Rodrigo Contreras telah membuat suatu kenyataan umum yang menggemparkan. Beliau telah menggesa rakan-rakan negara Amerika Latin untuk bekerja bersama-sama untuk mempertahankan kepentingan mereka terhadap tuntutan negara-negara kaya dalam rundingan.

Contreras memberi amaran bahawa jika mereka tidak menghalang tuntutan-tuntutan yang terkandung dalam TPPA, ia akan menjadi 'satu ancaman bagi kedaulatan negara-negara kita: ia akan menyekat pilihan kita untuk pembangunan dalam kesihatan dan pendidikan, dalam kepelbagaian biologi dan budaya, dan dalam reka bentuk dasar-dasar awam dan transformasi ekonomi kami'."


KLIP VIDEO TPPA-MTEM di Kota Bahru [12 JUN 2013]

15 Jun 2013 - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).

"Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".

NONEMTEM telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.

Nizam berkata meskipun MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam rundingan tersebut, tetapi tegasnya mungkin tidak ada rundingan yang bermakna jika kerajaan enggan mendedahkan sebarang maklumat, kerana sokongan terhadapnya akan akhirnya menjejaskan pengguna dan perniagaan di Malaysia.

"MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak industri, tetapi apa yang anda maksudkan dengan perundingan? ... Jika teks (perjanjian itu) tidak didedahkan, maka perundingan tidak boleh diadakan...," kata Nizam dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, walaupun mereka tidak dapat memberi teksnya, tetapi mereka sekurang-kurangnya perlu memberitahu pihaknya perkara penting yang sedang dirundingkan.

Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

Menurutnya, semasa mesyuarat itu, para pegawai MITI mempersalahkan "NGO" yang didakwa telah mengelirukan pihak media dan pembangkang mengenai perjanjian perdagangan itu, tetapi ia tidak secara khusus menyebut MTEM.
_____________________ 

Sidang akhbar MTEM pada 4 JUN 2013 menyatakan tidak bersetuju dengan penglibatan Malaysia dalam TPPA.

TPPA Memberi Kesan Negatif - MTEM

MITI akan memberi jawapan bertulis dalam tempoh dua minggu mengenai tuntutan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersekutu(MTEM) mengenai rundingan perjanjian Trans-Pasifik (TPPA). Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar berkata mereka telah mengutarakan 16 persoalan yang menuntut jaminan serta jawapan daripada MITI mengenai rundingan itu.

VIDEO SIDANG MEDIA MTEM 4 JUN 2013

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”