Tuesday, June 18, 2013

TPP: Apa kerajaan sorok?

  DS Najib pernah berkata bahawa ERA KERAJAAN TAHU SEGALANYA SUDAH BERAKHIR.. Apakah benar sudah... thumbnail 1 summary
 

DS Najib pernah berkata bahawa ERA KERAJAAN TAHU SEGALANYA SUDAH BERAKHIR.. Apakah benar sudah berakhir?
(27/11/2011) - Datuk Seri katakan tadi rakyat Malaysia sudah semakin matang, termasuk dalam pertimbangan politik dan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2008. Apakah langkah yang diambil oleh Datuk Seri untuk memastikan kedudukan Umno dan BN akan terus kekal sebagai peneraju kerajaan?

NAJIB: Apa yang kita telah buat selama dua tahun setengah ini ialah usaha untuk menyakinkan rakyat bahawa kita ini mendengar kehendak rakyat. Ini yang saya kata sejak awal bahawa era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir, dan kita mesti merasai denyut dan nadi rakyat.

Jika benar mengapakah MITI di bawah Dato' Sri Mustapa Mohamed dilihat sebagai begitu bias kepada TPP dan sangat protektif terhadapnya sehingga mengakibatkan MTEM bertindak keluar mesyuarat bersama MITI sebagai langkah membantah pada pertemuan 14 Jun yang baru lepas?

Beliau memberikan gambaran seolah-olah Malaysia terkongkong pada konsensus kesemua negara yang terlibat dalam perundingan sedangkan negara seperti Thailand telah dengan sendirinya menolak serta keluar dari perundingan TPP tanpa memerlukan sebarang konsensus negara lain.


TPPA: MTEM DI KOTA BHARU

TPP: Apa kerajaan sorok?
FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
18 Jun 2013

MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Kami kesal ia tidak didedahkan sedangkan rakyat yang akan terima kesan buruk jika ia dimeterai. Perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai secara rahsia dan terlindung dari pengetahuan orang awam.

“Rakyat berhak tahu dan beri pandangan bila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup,” menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Apa disembunyikan?

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), iaitu antara NGO paling giat memperjuangkan isu ini menganggap kerahsiaan melampau dalam perbincangan perjanjian itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Jika TPP ini perjanjian yang begitu bagus, kenapa kerajaan perlu rahsiakan butirannya?,” soal Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar.

Persoalan Mohd Nizam itu dikongsi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kerajaan mendedahkan teks perjanjian untuk diteliti orang ramai jika benar perjanjian FTA seperti itu memberi manfaat kepada rakyat.

“Mengapa kerajaan bersembunyi di sebalik perjanjian kerahsiaan (antara semua negara perunding)? Jaminan daripada kerajaan sahaja tidak cukup,” menurut CAP dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Selain Malaysia dan AS, sembilan lagi negara yang menyertai rundingan TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam manakala Jepun dijangka menjadi negara ke-12 menyertai TPP semasa rundingan seterusnya pada 15 hingga 25 Julai di Malaysia.

Ubat naik harga, petani terjejas

Melalui dokumen bocor yang diperolehi, TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan.

Kajian MTEM menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sekarang.

“AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan memberi pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu," menurut laporan MTEM mengenai kesan TPP kepada rakyat.

Sementara itu, menurut Mapim, penekanan kepada hak IP hanya akan memberi keuntungan kepada syarikat gergasi kerana ubat generik, iaitu ubat lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasaran negara peserta TPP.

“Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal, menyebabkan kos ubat sangat mahal,” kata Mohd Azmi.

Beliau menambah, TPP juga akan memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi tinggi oleh kerajaan negara itu dipasarkan di Malaysia.

“Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPP dimeterai,” menurut Mohd Azmi.

Bulan lalu, Kesatuan Kerjasama Pertanian Pusat Jepun turut menentang keputusan kerajaan negara itu menyertai rundingan TPP kerana petani Jepun dikhuatiri terpaksa bersaing dengan AS melalui penghapusan cukai produk pertanian.

AS sembunyi agenda, Miti tutup mulut?

Minat AS kepada rantau ini bukanlah satu rahsia. Obama dalam ucapannya di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November 2011 berkata, tiada rantau lain yang boleh membantu membentuk masa depan ekonomi AS selain Apec.

Mohd Nizam mendakwa, AS kini memberi tekanan kepada negara peserta supaya mempercepatkan tarikh menandatangani perjanjian itu yang dianggap penjajahan ekonomi ke atas Malaysia dan bakal menggadaikan
kedaulatan negara.

Mohd Nizam turut mempersoal dakwaan kerajaan AS memberi kebenaran kepada wakil syarikat antarabangsa gergasi di negara itu untuk meneliti teks rundingan serta memberi cadangan kepada Washington berhubung butiran perjanjian.

“Miti gagal menjawab pertanyaan ini semasa pertemuan kami dan jika ianya benar, mengapa AS boleh memberi akses kepada wakil industri, tetapi tidak di Malaysia?,” soalnya lagi.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”