Thursday, June 27, 2013

Patung artifak sejarah Mesir kuno bergerak sendiri

Apa nak jadi dah akhir zaman ni.. 23 Jun 2013 - Media UK mula melaporkan fenomena patung sphinx... thumbnail 1 summary
Apa nak jadi dah akhir zaman ni..

23 Jun 2013 - Media UK mula melaporkan fenomena patung sphinx di sebuah muzium di Manchester, Great Britain, bergerak dengan sendiri.

Patung khazanah peninggalan era Mesir kuno itu dikatakan berumur 4,000 tahun. Ia diletak dalam sebuah kotak pamiran gelas dan membuat pusingan sempurna. Dengan ketinggian berukuran 10 inci, ia telah dipamirkan pada khalayak ramai selama 80 tahun.

Menurut kajian akeologi, patung tersebut digunakan sebagai salahsatu bahan sembahan kepada "dewa/tuhan" Osiris yang turut dipercayai di zaman itu sebagai tuhan kematian.

Hanya beberapa orang staf sahaja yang mempunyai akses kepada kotak pamiran gelas tersebut di Muzium Manchester.


 
Patung artifak sejarah Mesir kuno bergerak sendiri from Al Faedah on Vimeo.


Salah seorang kurator Artifak kuno Mesir yang bernama Campbell Price 29, merupakan orang yang pertama menyedari tentang pergerakan posisi patung tersebut.

Dr Price berkata: "Kebanyakan Egyptologis tidak mempunyai kepercayaan karut. Saya hairan siapa yang mengubah posisi patung tersebut tanpa pengetahuan saya."

"Namun pada waktu lain saya lihat ia menghadap sekali lagi pada posisi yang berbeza, dan sehari kemudian pada posisi yang lain pula.

"Tiada pergerakan dicatit pada objek-objek yang lain di muzium. Sangat pelik."

Beliau menambah, "Kaum Mesir kuno mempercayai bahawa patung seperti ini merupakan rumah alternatif bagi ruh orang yang ia wakili, sekiranya mayat tersebut reput atau rosak."

Patung itu merupakan replika seorang rahib bergelar “Neb-senu”. Ia telah dihadiahkan kepada muzium tersebut oleh seorang wanita Annie Barlow dari Bolton pada tahun 1933.
"Dengan itu orang Mesir tidak akan terkejut sekiranya patung sedemikian bergerak dengan sendiri," sambung beliau.

Justeru itu, staf muzium tersebut telah meletakkan sebuah kamera yang diprogram untuk merakamkan patung tersebut bagi setiap minit selama minggu. Melalui gabungan frame gambar yang telah di ambil sebuah video video fotografi "time-lapse" (bersela masa) telah dihasilkan untuk merakamkan fenomena tersebut.

Sekiranya berita ini merupakan suatu manipulasi dari pihak muzium Manchester untuk meraih publisiti sensasi, maka ia bakal menggadaikan kredibilitinya dan reputasinya sebagai sebuah institusi.

Sekiranya tiada penjelasan saintifik tidak dapat dikemukakan, maka kita sebagai orang Islam tidaklah menghairankan sekiranya ia merupakan gerak kerja para jin dan syaitan, tambah lagi bilamana membabitkan suatu zaman Firaunik di mana sihir amat berleluasa.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”