Sunday, June 16, 2013

DPMM gesa kerajaan kaji semula penglibatan Malaysia dalam TPP

KOTA BAHARU : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan mengkaji semula penglibat... thumbnail 1 summary
KOTA BAHARU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam perbincangan pembentukan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Setiausaha Agung DPMM Hanafee Yusoff berkata ini penting bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan oleh para peniaga, khasnya di kalangan orang Melayu, kerana ia juga bakal membuka pasaran kepada 2.7 bilion penduduk di rantau itu.


"Kajian itu juga penting bagi mengurangkan keraguan pengusaha Bumiputera dari segi jangka panjang selaras dengan dasar Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan negara-negara lain," katanya kepada pemberita.


Hanafee berkata FTA mewujudkan perdagangan bebas dengan mengurangkan halangan perdagangan bagi mengeksport produk Malaysia selain mengimport bahan-bahan mentah serta produk perantaraan yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan industri.


Beliau berkata perdagangan Malaysia yang dilaksanakan di bawah FTA merangkumi 62 peratus daripada perdagangan global Malaysia.


TPP mirip kepada FTA tetapi melibatkan perdagangan pelbagai hala dengan banyak negara, oleh itu kerajaan perlu lebih berhati-hati sebelum melaksanakan dasar itu sebelum ia dilihat lebih merugikan peniaga, khasnya Bumiputera dalam negara, katanya.


Akhbar baru-baru ini melaporkan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendesak kerajaan menarik diri daripada TPP kerana perjanjian itu bakal memudaratkan ekonomi negara.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar dipetik sebagai berkata, perjanjian tersebut yang mahukan ekonomi setiap negara terlibat dibuka kepada syarikat asing dilihat akan memberi ancaman kepada syarikat dan peniaga tempatan, khususnya Bumiputera.


Perbincangan bagi membentuk perjanjian TPP yang melibatkan 12 negara itu kini telah memasuki pusingan yang ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013.

Negara terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”