Tuesday, May 7, 2013

NIK AZIZ LEPAS JAWATAN MB KELANTAN

NIK ABDUL AZIZ LEPAS JAWATAN MB ATAS FAKTOR USIA DAN KESIHATAN KOTA BAHARU, 6 Mei (Bernama) -- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepas... thumbnail 1 summary

NIK ABDUL AZIZ LEPAS JAWATAN MB ATAS FAKTOR USIA DAN KESIHATAN

KOTA BAHARU, 6 Mei (Bernama) -- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan PAS Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am PAS membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan PAS Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota DUN mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota DUN Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

-- LAGI

AHMAD-NIK AZIZ 2 (AKHIR) KOTA BAHARU

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, PAS menguasai 32 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi. Ahmad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan, menang kerusi DUN Pasir Pekan dengan mengalahkan calon BN Nik Noriza Nik Salleh dengan majoriti 5,644 undi.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”