PROGRAM TV REALITI BOGEL, CHANEL DISCOVERY "NAKED AND AFRAID" LAKUKAN PENGGAMBARAN DI MALAYSIA
Saya ditanya mengenai perkara ini dan sebenarnya saya pun tak tahu mengenainya, dan bagaimana sebuah rancangan yang memaparkan kebogelan boleh dibenarkan penggambarannya (Hutan Royal Bellum, Perak). Episod ini dengan mudah boleh dicapai di Youtube dan juga laman web program tersebut. Saya pun tak tahu nak kata apa dan apa nak jadi dengan negara kita. Saya tak tengok TV. Mungkin semua orang dah tau mengenai perkara ini kecuali saya. Saya pun tak pasti bala' apa yang hendak diundang dengannya. - Al Faedah
"Bro.. Just want to share. Td buka youtube.. Discovery channel ad buat shooting prog naked and afraid kt msia.."
KUALA LUMPUR, 24 Jun: Setelah negara dikejutkan dengan penggambaran satu babak bogel program realiti tv ‘Survivor Robinson Ekspeditionen’ di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor, kini satu lagi rancangan berbentuk sama turut membuat penggambaran di Malaysia.
Program ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan oleh Discovery Channel dalam episod ‘The Pain Forest’ yang disiarkan pada 13 April 2014 di Amerika Syarikat turut menjalankan penggambaran di Malaysia.
Walaupun rancangan terbabit hanya untuk tayangan di Amerika Syarikat, namun klip promo rancangan terbabit tersebar luas di laman YouTube.
Rancangan itu yang kini masuk musim kedua selepas ditayangkan pada 23 Jun 2013 itu mudah diakses menerusi laman web terbabit.
Difahamkan, rancangan berbentuk survival itu memaparkan dua peserta lelaki dan wanita yang dipertemukan buat kali pertama dan mereka dikehendaki tinggal bersama di hutan selama 21 hari dalam keadaan bogel.
Dua peserta Samantha dan Fernando bertemu buat pertama kali dalam rancangan ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan dalam Discovery Channel.
Mereka dikehendaki hidup bersama, mencari sumber makanan dan minuman serta mencari tempat perlindungan di dalam hutan.
Penggambaran rancangan terbabit dipercayai dijalankan di hutan Royal Belum, Perak berdasarkan logo sebuah syarikat ternama pada bot yang digunakan oleh peserta.
Apa yang mengejutkan, ini ialah kali kedua penggambaran rancangan tersebut dibuat di Malaysia di mana pada episod sebelumnya lokasi penggambaran adalah di kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak).
Dalam siri pertama bertajuk ‘Breaking Borneo’ yang disiarkan pada 21 Julai 2013, telah menampilkan pasangan Puma Cabra dan Julie Wright mengharungi cabaran tinggal di hutan Borneo manakala dalam siri kedua bertajuk pula, menampilkan Fernando Calderon bersama seorang ibu tunggal, Samantha Pearson.
Selain itu, penggambaran untuk program realiti TV berunsur lucah juga didakwa pernah dijalankan di Taman Negara Kuala Tahan pada tahun 2010 hingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.
Biarpun mereka bukan warga tempatan, namun timbul persoalan adakah penggambaran untuk program seumpama itu dibenarkan di Malaysia. - Laporan TRP
http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/06/24/berbogel-di-malaysia/