Tuesday, February 3, 2015

NARATIF JEPUN DALAM KERANGKA LAKONLAYAR TERBARU ISIS

Grafik 1
Dari false flag Charlie Hebdo ke Jepun; mengulas peranan Jepun dalam naratif ISIS yang hanyalah merupakan instrumen terorisma geopolitikal ciptaan bersama "3 Setan Bersaudara" iaitu Amerika Syarikat, Israel dan Great Britain.

Saya memberi amaran berdasarkan beberapa "false-flag" yang dicatur satu demi satu dalam jalurmasa yang rapat ini memberi isyarat yang semakin jelas bahawa sesuatu yang lebih besar dari insiden 911 sedang dirancang dan nama Malaysia nampaknya sedang turut dikait kedalam konspirasi ini. Maka dinasihatkan hendaklah menjauhi samasekali dari terlibat dengan fitan-fitan yang terancang dan tersembunyi ini.

Muhd Apiz: Salam tuan, boleh terangkan secara ringkas tentang golongan ISIS, IS ni, perlu disokong atau ditentang? Siapakah dyeorang ? Adakah dyeorang boneka jugak tuan?
TOYOTA HILUX - TOYOTA ISIS
Toyota penaja rasmi kenderaan terorisma geopolitikal Mufsidun? Pada bulan April Jabatan Negara Amerika Syarikat meneruskan penghantaran "bantuan tidak berbahaya (non lethal aid)" kepada barisan pemberontakan Syria yang "moderat" (juga yang lebih masyhur sebagai Free Syrian Army") dan ini termasuklah 43 buah trak Toyota (pada peringkat permulaan dan ditambah kemudiannya secara berperingkat). Ironisnya, pemilikan trak tersebut akhirnya beralih ke ISIS. Mungkin TOYOTA ISIS kurang sesuai berbanding HILUX, tapi dari segi nama TOYOTA ISIS lebih tepat.. - Al Faedah

"The Hilux, a pickup truck Toyota has built since the late 1960s, isn't available in the US, but it's popular around the globe, including with insurgent groups such as the Taliban, al-Qaeda and Boko Haram."

1. Obama Talks Big While ISIS Drives Around Syria in Taxpayer Purchased Toyota Hilux Trucks
http://rightwingnews.com/top-news/obama-talks-big-isis-drives-around-syria-taxpayer-purchased-toyota-hilux-trucks/
2. This one Toyota pickup truck is at the top of the shopping list for the Free Syrian Army — and the Taliban

Grafik 2

Leaf Clover: Assalamualaikum, boleh tak siapa2 dlm ni beri pandangan sikit ttg insiden charlie hebdo.
 
Grafik 3

Grafik 4: Musuh-musuh perlu dicipta dan dikekalkan supaya naratif perang dan konflik dunia yang berterusan dapat laksanakan dengan jayanya bagi mencapai maksud-maksud dan kepentingan geopolitikal Rangkaian Mufsiduun yang menjalankan peranan bagi pihak/proksi Dajjal

 Grafik 4
NARATIF JEPUN DALAM KERANGKA LAKONLAYAR TERBARU ISIS: 2 WARGA JEPUN DI"PENGGAL"

A. Beberapa qa'idah

Darihal qa'idah-qa'idah umum yang menjadi prinsip untuk memahami percaturan terorisma geopolitik dengan menggunakan topeng Islam yang berlaku di seluruh dunia dalam kerangka naratif basirah. Oleh kerana kita sedang membincangkan Al Qaedah dan ISIS yang mana ISIS itu sendiri merupakan jelmaan dari Al Qaedah dengan penjenamaan baru (sepertimana TTP Tahreek-i-Taliban Pakistan merupakan jelmaan dari Taliban yang semua mereka ini merupakan anak-anak kelahiran dari Al Qaedah ciptaan Trio Setan Bersaudara iaitu AS-GB-Israel) maka;

1. Terlebih dahulu saya akan memberi beberapa qa'idah yang mana TANPA qa'idah ini, amat sukar bagi orang-orang awam yang tidak mempunyai penguasaan terhadap percaturan geopolitik globalis yang mufsiduun untuk memahami naratif konflik yang disusun oleh mereka keatas seluruh dunia hari ini.

2.Pada hakikatnya Al Qaedah, ISIS dan yang sewaktunya "tidak wujud". Yang digelar Ad-Dawlah al-Islāmīyah fī al-‘Irāq wash-Shām yang membawa kepada singkatan Da‘ish atau DAESH itu, pada hierarki tertinggi mereka dikuasai oleh para operatif dan aset perisikan trio setan bersaudara iaitu AS-GB-Israel (CIA-MOSSAD-MI6/MI5) dan setiap agenda dan operasi yang dilaksanakan di bawah pelan mereka adalah dikuasai oleh kehendak-kehendak dan kepentingan kuasa-kuasa yang mengawal mereka.

Pada hierarki yang rendah/bawahan mereka terdiri dari kambing-kambing hitam yang telah melalui proses radikalisasi dan orang-orang awam yang dirasuki ketaksuban dan kejahilan berteraskan doktrin-doktrin Zionisma yang dicampur adukkan dengan nilai-nilai Islamik.


3. Setiap dari komponen Pakatan Trio Setan Bersaudara itu iaitu Amerika Syarikat, Great Britain dan Israel secara politiknya dikuasai oleh SEKURANG-KURANGNYA 2 (dua) atau lebih kuasa-kuasa yang saling bertentangan secara dalaman sesama blok-blok kuasa mereka dan masing-masing mempunyai kepentingan dan prioriti geopolitik.

Ini yang kita gelar sebagai Polemik Kiri Kanan dan pertentangan antara kuasa-kuasa kiri dan kanan ini bukan sahaja berlaku pada AS-GB-Israel malah merupakan ciri dominan pada sistem politik sedunia yang dikawal oleh agentur-agentur Dajjal dan Iblis pada hierarki-hierarki tertinggi mereka. Dengan lain perkataan ia berlaku pada SETIAP negara di dunia ini. Dengan itu masing-masing negara dalam dunia moden ini adalah dipengaruhi samada secara langsung maupun tidak langsung dengan percaturan-percaturan konflik oleh kuasa-kuasa mufsidun dalam hierarki tertinggi sistem politik global.

4. Dengan wujudnya struktur polemik kiri kanan ini maka perlaksanaan setiap konspirasi untuk mencetuskan konflik-konflik sedunia adalah bertujuan untuk memperkasakan kepentingan-kepentingan geopolitik puak-puak yang saling bertentangan ini bukan sahaja melalui prinsip PECAH & PERINTAH (divide & rule) malah kebanyakan masanya, melibatkan doktrin PECAH & MUSNAH (divide & destroy).

5. Dengan yang demikian, perang atas terorisma yang dikatakan para "Islamis" itu sendiri adalah semata-mata rekayasa Trio Setan Bersaudara yang tertakluk dalam konfigurasi polemik kiri kanan mereka kerana setiap terorisma itu sendiri berpunca dan dicipta oleh kuasa-kuasa berkepentingan yang mengawal struktur Trio Setan Bersaudara ini.

6. Saya mengatakan bahawa bila kita berkata mengenai polemik kiri dan kanan ia adalah satu istilah perumpamaan. Pada minima dan utamanya ia melibatkan sekurang-kurang 2 agentur kerosakan yang masing-masingnya mengaku berada atas jalan kebenaran.

Pada hakikatnya ia melibatkan lebih dari 2 kuasa agentur kiri-kanan, iaitu depan, belakang, hatta dari atas dan dari bawah. Ringkasnya kuasa-kuasa yang berperanan merasuk umat ini maknanya di sini mengelilingi umat dan sudah pun mengepung kita. Maka saya menjelaskan "polemik kiri kanan" dalam kerangka Al Quran dan hadits seperti berikut:

i. POLEMIK KIRI KANAN DARI PETUNJUK AL QURAN & HADITS

Darihal mengikuti Jalan Yang Lurus. Di antara bentuk tipu-daya dan jerat-jerat Syaithan terhadap manusia adalah dengan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan mereka dari jalan yang benar serta agama yang benar. Sehinggalah akhirnya manusia, malah umat Islam pun menjadi berpuak-puak dan berpecah-belah kerana menyimpang dari jalan yang haq.

Dan memang inilah yang telah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dalam pelbagai ayat dan dalil-dalil al-Qur’an mahupun hadis-hadis. Maka beruntunglah mereka yang mampu memahami hal ini sekaligus beringat dan berusaha sedaya-upaya mereka untuk bersikap ikhlas dalam menjalankan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ


“Iblis menjawab: “Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah al-A’raaf, 7: 16-17)

Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هذا أَمَامَهُ فَقَالَ: هَذَا سَبِيلُ اللهِ عز وجل وخط خَطًّا عَنْ يَمِينِهِ وخط خَطًّا عَنْ شماله وقال هَذِهِ سَبِلُ الشَّيْطَانِ، مَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ


“Dahulu kami pernah duduk-duduk di sisi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau membuat suatu garisan (lurus) seperti garisan ini di hadapannya. Lalu beliau bersabda:

“Ini adalah jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”

Kemudian beliau membuat garis di sebelah kanannya dan membuat garis di sebelah kirinya lalu bersabda lagi:

“Ini adalah jalan-jalan Syaitan.”

Kemudian beliau meletakkan tangannya di garisan yang tengah sambil membaca ayat ini:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah al-An’aam, 6: 153).” (Hadits sahih. Musnad Ahmad, no. 15277.)

Konspirasi Bendera Hitam ISIS dan yang sewaktu dengannya
B. Mengapa konsep Daulah Islamiyah itu kita katakan tersasar dari prinsip sejati Islam dan Da'ish (Ad-Dawlah al-Islāmīyah fī al-‘Irāq wash-Shām) serta yang sewaktu dengan mereka adalah pengibar-pengibar bendera hitam yang palsu.

i. Asal usul istilah Daulah Islamiyah 

Dinasti Abbasiyah itu didirikan pada tahun 750M/132H oleh Abdullah Al-Saffah Ibn Muhammad Ibn Ali Ibn Abdullah Ibn Al-Abbas , salah seorang keturunan paman Nabi Muhammad, Al-Abbas. Asal usul Dinasti Abbasiyah diawali oleh pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan oleh keturunan Abbas, paman Nabi, yaitu Muhammad ibn Ali, kemudian Ibrahim ibn Muhammad sampai Abu Al-Abbas yang bergelar As-Saffah, terhadap pemerintahan Dinasti Bani Umayyah. Pemberontakan-pemberontakan tersebut dilakukan secara terus-menerus dan terorganisasi sehingga pada akhirnya terjadi revolusi menumbangkan Dinasti Bani Umayyah. Pendiri Dinasti Abbasiyah Abu Al-Abbas As-Saffah, namun Pembina sebenarnya adalah Abu Ja’far Al-Mansyur yang memerintah selama 21 tahun sejak 754 M/136 H – 775 M/ 158 H. Abu Al-Abbas hanya memerintah selama 5 tahun sejak 750 M/ 132 H – 754 M/ 136 H.

Pertama sekali entri ini samasekali bukan bermaksud memburuk-burukkan Dinasti Abbasiyah maupun menafikan kebaikan-kebaikan yang terhasil darinya. Cuma pengistilahan Daulah Islamiyah (yang lazimnya selepas era Khalifah Al Rasyidun, adalah diwarisi secara keturunan) yang rata-rata dinisbatkan kepada Dinasti Abbasiyah bukan berasal dari Quran dan Hadits dan sememangnya tiada sebutan maupun anjuran bagi menubuhkannya terutama sekali dalam konteks KERAJAAN apatah lagi bila diwarnakan dalam bentuk revolusi atau pemberontakan.

Maka menjelang kehadiran Imam Mahdi, banyak kelompok membuat bendera hitam dengan tujuan menjadi pembela Imam Mahdi, padahal hakikatnya mereka ini adalah pemalsu-pemalsu agama yang bertopengkan ISLAM, sebagaimana dikatakan oleh al-Hafidz Ibnu Katsir Rahmatullahu 'alaihi:

(ثُمَّ تَطْلُع الرَّايَات السُّود)
 قَالَ اِبْنُ كَثِيرٍ هَذِهِ الرَّايَاتُ السُّوْدُ لَيْسَتْ هِيَ الَّتِي أَقْبَلَ بِهَا أَبُو مُسْلِمٍ الْخُرَاسَانِيّ فَاسْتَلَبَ بِهَا دَوْلَةَ بَنِي أُمَيَّة بَلْ رَايَاتٌ سُوْدٌ أُخَرُ تَأْتِي صُحْبَةَ الْمَهْدِيّ

(Darihal) Hadis (kemudian, muncul bendera hitam...), Ibnu Katsir Rahmatullahu 'alaihi berkata: “Bendera hitam ini bukanlah bendera yang dibawa oleh Abu Muslim al-Khurasani yang kemudian mengganti Dinasti Bani Umayyah, namun bendera hitam yang lain, yang akan datang mengiringi kedatangan al-Mahdi” (Hasyiah as-Sindi 7/446)


Siapakah Abu Muslim al-Khurasani yang dimaksudkan oleh Ibnu Katsir di sini?

Abu Muslim Abd al-Rahman ibn Muslim Khorasani atau al-Khurasani (أبو مسلم عبد الرحمن بن مسلم الخراساني‎, c. 700 – 755), dikenali juga dengan nama Farsinya Vehzādān Pour Vandād Hormoz (Farsi: وهزادان پور ونداد هرمزد‎).

Beliau merupakan jeneral dalam perkhidmatan dinasti Abbasiyah yang memimpini Revolusi Abbasiyah sehingga tumbangnya dinasti Umayyah. Beliau berketurunan Farsi dari keluarga bangsawan keturunan Iran dan merupakan seorang maulā (kelompok mawali/ajam) suatu puak bangsa Arab ketika itu.

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّوْدَ فَالْزَمُوْا الْاَرْضَ وَلَا تُحَرِّكُوْا أَيْدِيَكُمْ وَلَا أَرْجُلَكُمْ  ثُمَّ يَظْهَرُ قَوْمٌ ضُعَفَاءُ لَا يُؤْبَهُ لَهُمْ ، قُلُوْبُهُمْ كَزُبُرِ الْحَدِيْدِ ، هُمْ أَصْحَابُ الدَّوْلَةِ ، لَا يَفُوْنَ بِعَهْدٍ وَلَا مِيْثَاقٍ ، يَدْعُوْنَ إِلَى الْحَقِّ وَلَيْسُوْا مِنْ أَهْلِهِ ، أَسْمَاؤُهُمُ الْكُنَى وَنِسْبَتُهُمُ الْقُرَى ، وَشُعُوْرُهُمْ مِرْخَاةٌ كَشُعُوْرِ النِّسَاءِ حَتَّى يَخْتَلِفُوْا فِيْهَا بَيْنَهُمْ ثُمَّ يُؤْتِي اللهُ الْحَقَّ مَنْ يَشَاءُ

“Jika kalian melihat bendera hitam, maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah yang tidak dihiraukan (rendahan). Hati mereka seperti batangan baja (kaku, keras). Mereka (mengaku) pemegang daulah (Islamiyyah). Mereka tidak menepati janji dan kesepakatan. Mereka mengajak kepada kebenaran sedangkan mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunyah dan nisbat mereka menggunakan nama daerah. Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih diantara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang Allah kehendaki” (Riwayat Abu Nuaim. Kanz al-Ummal 11/283)

C. Kegilaan dan Obsesi Umat dengan pengistilahan serta konsep Daulah Islamiyah adalah fahaman yang asing dari akar umbi Islam dan lebih menyerupai kegilaan dan obsesi bangsa Yahudi yang berfahamkan Kabbalah

i. ISLAMIC STATE & STATE OF ISRAEL; adalah wacana radikalisasi akhir zaman dari tipudaya agentur Dajjal dan Iblis yang telah berjaya menyesatkan begitu ramai umat manusia era moden.

Sila kaji dan fahamkan bagaimana identiti Yahudi khususnya dan bani Israel telah dirampok oleh kalangan Yahudi pemberontak. Mereka ini melakukan pelbagai penipuan dan kerosakan terhadap agama ahli kitab yang bersumber dari langit. Mereka ini sentiasa berkomplot dan akhirnya membuat pakatan dari kalangan ahli kitab Nasrani dan melakukan lebih banyak penipuan atas kitab yang asli. Kemudian mereka berkomplot dengan kelompok keturunan Yakjuj Makjuj yang kemudiannya dikenali sebagai Yahudi Eropah. Akhirnya Kabbalah yang merupakan fahaman dan ideologi sesat yang bersumberkan dari Iblis dijadikan pegangan puak-puak satanik ini dan dengannya mereka menguasai seluruh dunia peringkat demi peringkat. Dengan tertubuhnya negara haram Israel hasil dari pakatan majoriti puak Anglo Saxon ini maka radikalisasi keatas kaum Yahudi dilengkapkan, bahkan diperkukuhkan sejak berdekad-dekad lamanya selepas penubuhan negara Israel, melalui apa yang dikenali sekarang sebagai pakatan Judeo-Kristiani sedunia dan seluruh mekanisma dan instrumen ciptaan mereka.

Melalui tindak tanduk mereka, kebencian antara golongan ahli kitab dan Islam disemai secara sistematik. Sehinggakan pada hari ini, rata-rata umat Islam sendiri tidak mampu membezakan antara ahli kitab Yahudi/Bani Israel yang masih berpegang kepada ajaran yang asal dengan Yahudi Radikal/Pemberontak yang mengamalkan faham Kabbalah. 

Sedangkan pada hakikatnya, ramai dari golongan ahli kitab yang tulen menyanggah dengan kuat penubuhan apa yang digelar sebagai "THE STATE OF ISRAEL" kerana mereka sangat mengetahui bahawa ianya bertentangan dengan seruan asal Allah ta'ala melalui ajaran kitab mereka yang asal.  Dan sesungguhnya dari kalangan mereka yang menolak Zionisma dan Kabbalah, akan ada antara mereka yang bakal menyambut seruan Islam dengan kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa 'alaihis salam.

Rata-rata umat Islam hari ini, khususnya mereka yang kononnya mempunyai kecenderungan kepada penghayatan Islam sendiri tidak memahami bagaimana proses radikalisasi ini dijalankan atas Yahudi dan Bani Israel. Mereka terus lupa bahawa sepertimana agenda radikalisasi keatas Yahudi dilaksanakan secara berperingkat sehingga tertubuhnya "THE STATE OF ISRAEL", dengan cara yang sama mereka sedang lakukan atas slogan 'THE ISLAMIC STATE".

Maka saya katakan inilah antara kejayaan agentur-agentur Dajjal dan Iblis yang paling utama setakat ini, di mana radikalisasi umat Islam sudah hampir lengkap kearah pembentukan sebuah lagi agenda berteraskan "kenegaraan dan daulah" dilaksanakan tetapi kali ini dengan acuan yang "ISLAMIK". Betapa tertipunya umat Islam dan seluruh dunia hari ini dan betapa jauhnya mereka dari Kehendak dan Keredhaan ALLAH ta'ala kecuali mereka yang berada pada naratif basirah yang melihat dengan terang dan jelas akan tipudaya ini. Pembentukan fahaman kenegaraan dua bentuk radikalis ini adalah supaya kemuncak pertembungan dan kemusnahan global antara penganut-penganut ajaran agama samawi yang menjadi sasaran utama dapat dilaksanakan bagi kedatangan Dajjal laknatullah dengan penyelesaian-penyelesaian konfliknya dalam keadaan umat manusia berada pada kehuru haraan yang teramat sangat.

ii. Kepada pentaksub daulah Islamiyyah, tunjukkan di mana duduknya anjuran untuk menegakkan daulah/kerajaan melainkan kalian samada dianggap sebagai perampas kuasa ataupun pemalsu Khilafat?

SEBARANG KHILAFAT SEBELUM KEDATANGAN IMAM
ADALAH PERAMPAS KUASA DAN FITNAH ATAS UMAT


a. Dari kitab Tarikh al-Khulafa', karya al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi, hal. 13, isinya bahwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (mafhumnya): "Khilafah sesudahku hanya 30 tahun. Setelah itu, umat Islam akan dipimpin oleh sistem penguasa/kerajaan."

Tiga puluh tahun tersebut, adalah masa-masa pemerintahan Khulafaur Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali dan hari-hari pemerintahan Sayyidina Hasan bin Ali.



b. IMAM AL-SYAFI'I RADHIYALLAHU 'ANHU: KHILAFAH ITU LIMA

Menurut al-Imam al-Syafi'i, bahwa para khalifah itu hanya lima orang, yaitu Khalifah Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz radhiyallahu 'anhum".

Hal ini menunjukkan bahwa sebagian besar penguasa Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, dan Bani Utsmaniyah, bukan para khalifah yang Rasyidah, tetapi para penguasa atau raja yang berkuasa.



c. ULAMA SALAF, MENGANGGAP KHILAFAT PADA MASA SEKARANG TIDAK AKAN DAPAT DIWUJUDKAN

Dari Kitab Manaqib al-Syafi'i, yang mengutip pernyataan al-Imam Sufyan al-Tsauri, bahwa "para khalifah itu hanya ada lima, yaitu Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz radhiyallahu 'anhum. Sedangkan selain mereka adalah para perampas kekuasaan."

Pernyataan tersebut, menyimpulkan bahwa selain lima khalifah tersebut adalah bukan khalifah yang rasyid, akan tetapi perampas kekuasaan.

Hal ini berarti membuka tabir, barangsiapa yang ingin menjadi penguasa hatta di atas nama khilafah sekalipun tetap seorang penguasa kerana Khilafah sebelum kedatangan Imam Mahdi adalah pemalsu Khilafat yang bukan di tangan mereka.

Dari zaman Nubuwwah kepada Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah, Mulkan A’dhan, Mulkan Jabbariyan, dan kembali berulangnya pada period Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah yang disepakati jumhur 'ulama dinisbatkan kepada Imam Mahdi dan Nabi 'Isa 'alaihis salam.

Dari Nukman bin Basyir, katanya, ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang para pemerintah?’

Huzaifah
Radhiallahu 'anhu lalu segera menjawab.” Aku hafal akan khutbah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda (mafhumnya): “Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam,”

(Hadits diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.]



D. Mengapa saya katakan Jepun terlibat secara langsung dalam lakonlayar ini dan bagaimana?

2 comments

  1. Halo orang
    Saya ingin berkongsi kesaksian ini dengan anda
    Saya telah diuji HIV POSITIF dengan jumlah 90 CD4
    Setelah berpisah dengan mantan saya dan tidak berada dalam hubungan selama 4 tahun
    Saya telah membuat keputusan untuk kekal tunggal dan menumpukan pada kerjaya saya dan pertumbuhan masa hadapan
    Maka HIV datang bersama
    4 tahun ke bawah garis ini adalah kejutan dan pukulan dan dimasukkan ke meds dengan serta-merta
    Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh memikirkan mengapa dan bagaimana dan bila sudah ada di sini bersama kami
    Saya menerimanya sebagai salib saya
    Satu hari yang setia saya jumpa kesaksian yang disiarkan oleh salah seorang adam mengenai bagaimana Dr Muli Jonathan menyembuhkannya dalam hiv dalam masa 14

    hingga 21 hari mengambil ubat herba afrika tradisional saya tidak mempunyai pilihan
    Saya menghubungi beliau Setelah mentadbirkan dadah herba selama 14 hari, saya memutuskan untuk memeriksa kiraan CD4 saya untuk mengetahui sama ada dadah itu

    berfungsi
    Saya dapati bahawa CD4 saya adalah 810 Saya meneruskan dengan ubat untuk 14 hari yang lain menjadikannya 21 hari saya seorang wanita gembira hari ini kerana

    saya berani mengatakan saya HIV NEGATIF ​​Semua terima kasih kepada Dr Muli Jonathan Masih ada masa depan yang hebat di hadapan untuk semua orang yang

    Dijangkiti Sila jangan mati dalam kesunyian
    Saya bersaksi hari ini kerana saya berjanji kepadanya bahawa saya akan mengumumkannya kepada dunia jika dia dapat menyembuhkan saya dari Hiv
    Hubungi Dr Muli Jonathan sekarang di e-mel ini mulijonathanherbal@gmail.com
    Whatsapp: +2349038544302
    LAMAN WEB: https://mulijonathanherbalhome.yolasite.com

    ReplyDelete
  2. Halo orang
    Saya ingin berkongsi kesaksian ini dengan anda
    Saya telah diuji HIV POSITIF dengan jumlah 90 CD4
    Setelah berpisah dengan mantan saya dan tidak berada dalam hubungan selama 4 tahun
    Saya telah membuat keputusan untuk kekal tunggal dan menumpukan pada kerjaya saya dan pertumbuhan masa hadapan
    Maka HIV datang bersama
    4 tahun ke bawah garis ini adalah kejutan dan pukulan dan dimasukkan ke meds dengan serta-merta
    Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh memikirkan mengapa dan bagaimana dan bila sudah ada di sini bersama kami
    Saya menerimanya sebagai salib saya
    Satu hari yang setia saya jumpa kesaksian yang disiarkan oleh salah seorang adam mengenai bagaimana Dr Muli Jonathan menyembuhkannya dalam hiv dalam masa 14

    hingga 21 hari mengambil ubat herba afrika tradisional saya tidak mempunyai pilihan
    Saya menghubungi beliau Setelah mentadbirkan dadah herba selama 14 hari, saya memutuskan untuk memeriksa kiraan CD4 saya untuk mengetahui sama ada dadah itu

    berfungsi
    Saya dapati bahawa CD4 saya adalah 810 Saya meneruskan dengan ubat untuk 14 hari yang lain menjadikannya 21 hari saya seorang wanita gembira hari ini kerana

    saya berani mengatakan saya HIV NEGATIF ​​Semua terima kasih kepada Dr Muli Jonathan Masih ada masa depan yang hebat di hadapan untuk semua orang yang

    Dijangkiti Sila jangan mati dalam kesunyian
    Saya bersaksi hari ini kerana saya berjanji kepadanya bahawa saya akan mengumumkannya kepada dunia jika dia dapat menyembuhkan saya dari Hiv
    Hubungi Dr Muli Jonathan sekarang di e-mel ini mulijonathanherbal@gmail.com
    Whatsapp: +2349038544302
    LAMAN WEB: https://mulijonathanherbalhome.yolasite.com

    ReplyDelete

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”