Tuesday, December 20, 2016

Duta Besar Rusia Ditembak Mati di Ankara

Memerhatikan dengan teliti akan siri² provokasi dan insiden² FF ("false flags"/bendera palsu) yang sedang disusun secara sistem... thumbnail 1 summary
Memerhatikan dengan teliti akan siri² provokasi dan insiden² FF ("false flags"/bendera palsu) yang sedang disusun secara sistematik untuk saling laga melagakan kuasa² serta negara dunia di titik² panas seluruh dunia sehingga akhirnya peperangan demi peperangan akan meledak."
Ankara, 19 Dis - Duta Rusia ke Turki Disahkan Maut Selepas Ditembak

Dalam satu sidang media, kementerian luar Turki berkata Andrey Karlov telah menerima rawatan di kawasan kejadian dan tidak dihantar ke hospital seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut saksi yang juga seorang jurufoto agensi berita AP, kejadian itu berlaku di sebuah pameran foto bertajuk 'Russia through Turks' eyes di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, penembak telah berjaya dinaturalisasikan dalam babak tembak-menembak antara polis dan penyerang, lapor akhbar tempatan. Karlov ditembak mati sebelum dia menyampaikan ucapan di pameran foto tersebut.

Sementara itu, stesen tv swasta NTV mengatakan tiga orang lainnya juga terluka dalam serangan itu. Saluran ini juga melaporkan bahwa penyerang ditembak mati dalam operasi polisi di lokasi kejadian. Tiga orang yang terluka dibawa ke Rumah Sakit Güven di pusat Ankara, CNN Türk melaporkan.

Perwakilan Hurriyet di Ankara Deniz Zeyrek mengatakan penyerang suspek menembak ke udara dan kemudian menembak duta Rusia itu dari belakang.

Penyerang dilaporkan meneriakkan “Jangan lupakan Aleppo! Jangan lupakan Suriah! Selama saudara-saudara kami tidak aman, Anda tidak akan menikmati keamanan”, menurut sebuah rakaman dari situs Belanda nos.nl.

“Sesiapa pun yang memiliki bahagian dalam penindasan ini akan membayarnya satu persatu,” tambahnya.

“Hanya kematian akan membawaku pergi dari sini.” Dia juga dilaporkan meneriakkan takbir sebelum berbicara dalam bahasa Turki. Sementara itu, Kremlin mengatakan bahwa Presiden Vladimir Putin sedang mengkaji laporan tentang serangan itu.

Serangan itu datang sehari sebelum Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, dijadualkan untuk melawat Moscow bagi membincangkan mengenai isu Syria dengan rakan sejawatnya dari Rusia dan Iran.













No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”