Tuesday, March 14, 2017

FORUM KIAT 3 : PENYELESAIAN HAKIKI

CHANNEL TELEGRAM KIAT 3 https://telegram.me/kiat3   Pautan Grup KIAT ٣ https://t.me/joinchat/AAAAAEDLiPwFE9oVw_OAjw S... thumbnail 1 summary

CHANNEL TELEGRAM KIAT 3

Pautan Grup KIAT ٣

Statemen permasalahan:
 
"Mohon pencerahan mengenai keluhan rasa dari kawan seperjuangan saya yg duduk berhampiran dengan saya di Johor."
________________________

BISMILAHHIRAHMANNIRRAHIM

APAKAH ISTANA JOHOR AKAN MENEMPELAK KENYATAAN PRESIDEN DPMM, DATUK SYED ALI AL ATTAS INI:

Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas. Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian. Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.
 
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini ~ The Malaysian Insider
Ishhhh.. macam mana boleh jadi macam tu pulak?

Pemimpin UMNO kata mereka memperjuangkan nasib bangsa Malayu tapi apahal pulak dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia Melayu boleh jadi paling miskin dalam Malaysia. Kalau di Penang pencacai UMNO kata Melayu terpinggir angkara DAP, di Johor ni UMNO yang berkuasa.. apahal pulak Melayu di Johor boleh terpinggir? Kesimpulan dari laporan di atas adalah ianya perlu bagi UMNO untuk menjadikan Melayu-melayu yang tinggal di negeri UMNO paling kuat dalam dunia itu kekal miskin dan semakin miskin. Ini penting buat pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa kerana kemiskinan akan menghalang Melayu-melayu yang miskin itu dari punya capaian terhadap internet bagi membolehkan mereka membaca berita selain dari yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan.
________________________

|| KIAT ٣ ||

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)

Dalam lafazh lain disebutkan,

عَنْ عَبَّاسِ بْنِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ الزُّبَيْرِ عَلَى الْمِنْبَرِ بِمَكَّةَ فِى خُطْبَتِهِ يَقُولُ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ النَ
ّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَقُولُ « لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِىَ وَادِيًا مَلأً مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ أُعْطِىَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا ، وَلاَ يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Dari Ibnu ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad, ia berkata bahwa ia pernah mendengar Ibnu Az Zubair berkata di Makkah di atas mimbar saat khutbah, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Seandainya manusia diberi satu lembah penuh dengan emas, ia tentu ingin lagi yang kedua. Jika ia diberi yang kedua, ia ingin lagi yang ketiga. Tidak ada yang bisa menghalangi isi perutnya selain tanah. Dan Allah Maha Menerima taubat siapa saja yang mau bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6438).

Manusia tidak pernah puas dengan harta. Itulah sifat dan watak orang zaman ini kecuali yang Allah beri taufik untuk menyikapi harta dengan benar. Ada yang menghabiskan waktunya hanya untuk urusan dunianya, sampai lupa melakukan ketaatan dan lalai akan kehidupan kekal di akhirat.

Kebanyakan dari kita, dari mula lahir sampai dewasa dan ke umur tua telah melihat dan memahami hanya satu jalan utama untuk menyelesaikan masalah. Dari umur yang kecil kita lihat diri kita hidup dalam sebuah negara yang ada kerajaan. Kemudian dari masa ke semasa, masalah2 akan timbul, masalah ekonomi, masalah sosial, masalah pendidikan, masalah agama dsbnya. Kemudian kita lihat manusia saling bertekak. Di akhbar2, di television, media dan lebih2 lagi sekarang di media sosial. Kemudian masalah samada diselesaikan sebahagian darinya, atau bertambah buruk, atau disapu bawah karpet tak bagi nampak.

Kemudian masalah2 ini timbul kembali dalam bentuk2 yang baru pula, atau masalah yang sememangnya baru pula timbul dan seterusnya. Hakikatnya, tiada penyelesaian kepada kebanyakan perkara masalah, konflik yang silih berganti.

1. Polemik (Semua masalah dijadikan isu untuk berdebat, bertekak dan dipertikaikan)

2. Politik

3. Pentadbiran/Pemerintahan

Kenapa sebenarnya di polemikkan? Sebenarnya untuk pihak2 yang berkepentingan dan paling kuat menyalak tentang sesuatu hal itu meraih sokongan awam. Kemudian dipolitikkan agar samada yang anti kerajaan dapat menumbangkan pro kerajaan atau supaya kerajaan dapat membenamkan yang menentang mereka. Jadi maksud dari semua ini ialah apa?

Perebutan kuasa pentadbiran dan pemerintahan negara. Bukan itu yang selama ini kita telah diprogramkan?

Selama ini itu saja jalan yang kita faham. Penyelesaian masalah melalui sistem politik negara melalui 3 step tadi, polemik > politik > pemerintahan.

Malangnya masalah tidak pernah selesai dan keadaan kita menjadi semakin buruk walau pada zahirnya nampak maju. Jurang perpecahan & perbezaan semakin besar dan permusuhan sesama sendiri semakin kritikal. Yang kaya makin bakhil. yang miskin semakin tidak bersyukur.

Pemerintah semakin zalim dan yang nak menumbangkan pemerintah pun 2 x 5 keserigalaan mereka. Semua orang semakin kuat merungut, menyalahkan orang ini dan orang itu sedangkan kesalahan sendiri tidak pernah bermuhasabah dan dihisabnya.

Semakin ramai menuntut hak sehingga hak tidak mampu lagi ditunaikan, belum lagi kelompok2 yang merampas hak orang lain menjadi hak bagi diri mereka. Sedangkan para sahabat Nabi ﷺ semuanya di kalangan yang susah sekalipun, merekalah yang paling kuat melepaskan hak mereka. Sambil yang kaya2 antara mereka paling kuat menunaikan hak sahabat2 mereka. Semua kecelaruan ini adalah hasil dari penyelesaian mengikut sistem politik yang ringkasnya sekali lagi terdiri dari?

1. POLEMIK

2. POLITIK

3. PEMERINTAHAN (KUASA PENTADBIRAN NEGARA)

Jadi bagi mereka2 yang seperti kawan yang mengeluh tadi, sekiranya mereka ingin berterusan dengan keyakinan2 palsu mereka terhadap sistem penyelesaian tersebut bolehlah teruskan dan kamu akan lihat bahawa akhirnya kamu akan gagal segagal gagalnya.

1 golongan akan terus ta'assub dengan fikrah pro kerajaan mereka sehingga yang salah pun akan dikatakan benar. 1 golongan akan terus ta'assub dengan fikrah anti kerajaannya dan terus menerus berebut kuasa sehingga akhirnya semua akan rentung. 1 golongan terus berkecuali samada dalam kebingungan yang amat sangat atau mereka mempunyai jalan yang sebenar benarnya menjamin kejayaan yang hakiki.

Jadi masing2 boleh fikirkan dan pilih nak duduk di mana. Saya cuma berkata dan menasihatkan semua bahawa akhirnya dan masa sudah semakin hampir, sistem2 penyelesaian berteraskan ekonomi riba, sosio budaya serta percaturan politik ala pakatan yahud-nasrani yakjuj wa makjuj ini bakal tumbang. Saya bukan setakat menjawab keseluruhan dari teks beliau, malah telah memberi keseluruhan world view yang berganda keatas permaslahan yang beliau bangkitkan.
 
KL3 HARIZ AK: Sehingga dlm group family sy sendiri masuk benda2 politik/pas la pan la umno la..masing2 ego dengan pegangan masing2

kiat ٣: Jika ia sekadar permainan dan igauan politik beliau maka saya nasihatkan agar beliau bersungguh2 mengamati kata2 saya dan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk jaga dari lamunan pada kadar segera. sampai bila2 pun begitu. Pandai2lah.

Kelompok liberal, kelompok konservatif, ultra kanan, supremasis ultra melayu ultra kiasu ultra rasis, dengan kelompok komunisnya lah, kelompok politik "islamis" nya lah, kelompok radikalis ektremisnya lah KESEMUA mereka ini walau dengan apa sahaja penjenamaan yang mereka gantungkan dileher mereka sebenarnya berkongsi satu keyakinan berteraskan acuan yang sama. Iaitu keyakinan bahawa penyelesaian adalah dalam sistem politik mereka. 

Dan semua mereka ini akan gagal. Selagi ia berteraskan kepada jalan politik, mereka akan gagal.
 
Tunggu dan lihat. Mereka akan berhentaman sesama mereka dan akhirnya musuh2 Islam yang telah memperdayakan mereka masuk kedalam perangkap politik dunia itu akan membenamkan mereka.

KL3 M MUJIB: Allahuakbar... Terima kasih byk tuan. Atas nasihat ini.

kiat ٣: Fikirlah sendiri sedalam2nya. Hanya satu jalan yang akan membawa kepada kejayaan. Jalan yang menepati kehendak ALLAH Ta'ala, dengan cara dan sunnah Rasulullah SAW sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sohabah ridhwanullahu 'ajmain. Ini saja jalan yang akan membawa kepada kejayaan. Walau jamaah2 yang kecil, maupun yang besar, walau mereka bertebaran di mana sekalipun, firqah2 yang berjalan di atas risalah dan jalan ini tidak akan bergeseran sesama mereka kerana mereka sesungguhnya sangat2 menjauhi jalan politik perpecahan acuan dan ciptaan puak yakjuj wa makjuj al mufsidun.

kiat ٣: Kamu tidak akan melihat samasekali mereka ini berebutan kuasa pemerintahan. Mereka tidak mengalami segala permaslahan yang di alami oleh manusia sejagat yang hidup berteraskan penyelesaian politik dan mereka samasekali tidak memusuhi sesiapa, melainkan sentiasa mengajak semua orang kepada Jalan Allah dan Rasul saw serta para Sohabah. Ini acuan yang perlu dibawa dalam setiap kelompok2 yang mengaku benar.

kiat ٣: Kalau kita jawab ikut alur fikrah mereka, sampai bila pun takkan selesai. Esok isu lain mai. Pesen lain pulak. Itu yang jadi. Tahun demi tahun. Makin lama makin parah. Itu yang saya lihat setiap hari. Tiada kesudahan permaslahan2 yang dibangkitkan. Akhirnya membawa kepada persoalan yang sama, pro kerajaan, anti kerajaan atau berkecuali lah. Saya lihat perpecahan dan permusuhan di mana2. Kita tidak mahu menjadi sebahagian dari mereka.

Hari ini manusia berebut-rebut nak memerintah. Berkuasa. Pengaruh. Yang memerintah dengan yang berebut untuk memerintah sama saja. Allah ta'ala mengangkat pemimpin2 yang bodoh untuk rakyat yang jahil. Pemerintah yang zalim untuk rakyatnya yang zalim. Jadi siapa yang kita kutuk sebenarnya?

Kita mendapat pemerintah yang sesuai dengan ahwal kita. Sebab di sisi ALLAH TA'ALA kita belum layak medapat Pemimpin yang LAYAK. Jadi ahwal siapa yang patut kita ubah? Ahwal pemimpin atau ahwal kita? Sangat aneh manusia yang tidak mengusahakan perubahan ahwal diri mereka tetapi pada masa yang sama berebutan kuasa pemerintahan.

Nabi Ibrahim as pergi ke Namrud bukan untuk ambil kuasa pemerintahan Namrud tetapi untuk bawa Namrud kepada jalan ALLAH TA'ALA. Nabi Musa as pergi ke Firaun bukan untuk rebut kuasa Fir'aun tetapi untuk bawa Fir'aun kepada jalan ALLAH TA'ALA. Bila kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita tetapi sebaliknya berterusan samada berebut kuasa pemerintahan, atau mempolemikkan segala suatu permaslahan untuk maksud kepentingan politik kita sendiri, atau kita memilih untuk menjadi kambing-kambing sembelihan dengan menjadi faktor-faktor menyokong atau membangkang segala macam polemik yang bertebaran, maka ALLAH TA'ALA memberikan kepada kita masalah demi masalah yang menjadi bala' atas diri kita AGAR kita KEMBALI pada JALANNYA YANG SEBENAR. Semoga kita faham perkara ini.

Jon: Apakah jalan yg patut saya duduk?

kiat ٣ : Turun gelanggang. kita berjalan atas risalah. silat hanya wadah platform. soalnya risalah dan jalan penyelesaian. Melainkan kamu ada jalan yang lebih baik, maka teruskan jika sudah pasti. Kenali terlebih dahulu apa permasalah2 kita di akhir zaman ini sebenarnya. kenali terlebih dahulu ciri2 apakah dalam kelompok2 yang menyebabkan semua perpecahan dan permusuhan sekarang ini. Kita mengajak semua orang melalui platform silat ini untuk perkara tersebut. Bukan kita terlompat2 dalam gelanggang semata2 nak jadi pendekar ini dan itu. Silat ialah jalan berjamaah bagi kita. Kita bercakap tentang gusti dan beladiri contohnya. Faham dak asbabul wurud hadis gusti Nabi ﷺ?

Rukanah adalah seorang ahli gusti yang tersohor di jazirah Arab zaman Nabi ﷺ. Satu hari Nabi ﷺ telah kata, alangkah baik kalau Rukanah ini masuk Islam. Lalu Nabi ﷺ telah pergi kepada Rukanah dan mereka ajak Nabi ﷺ bergusti. Nabi ﷺ telah menerima pelawaan. Dalam setengah2 riwayah mengatakan Rukanah telah membanting Nabi ﷺ. Kemudian Nabi ﷺ telah membalas membanting Rukanah. Dan akhirnya Rukanah telah tewas. Lalu menjadi asbab untuk Rukanah beriman dan masuk Islam.

Nabi ﷺ telah menjadikan gusti itu sebagai dakwah kepada Rukanah hingga menjadi asbab baginya masuk Islam. Kalau gusti beladiri menjadi sebahagian dakwah Nabi saw, maka tidakkah patut Silat kita dijadikan medan dakwah di akhir zaman ini? Walau apa sekali wadah dan platformnya, tetap risalah menjadi teras kepada usaha kita. Bukan gusti, beladiri, silat itu sendiri. Maksud ialah untuk bawa diri kita dan semua orang pada taat kepada ALLAH TA'ALA. Itu maksud silat.

Dalam riwayat al-Baladzuri disebutkan bahwa #Rukanah lah yang menentang Rasulullah ﷺ bergulat. Ia dikabarkan tentang Nabi ﷺ. Lalu Rukanah menemui beliau di salah satu bukit di Mekah. Rukanah mengatakan, “Wahai anak saudaraku –karena sama-sama bani Abdu Manaf-, telah sampai kabar tentangmu kepadaku. Aku tidak mengenal engkau sebagai pembohong. Jika engkau mengalahkanku (dalam gulat), maka aku yakin engkau orang yang benar”. Nabi ﷺ pun bergulat dengannya sebanyak tiga kali.

Abu al-Yaqzhan mengatakan: Ketika Rukanah datang kepada Nabi ﷺ untuk memeluk Islam di hari Fathu Mekah, ia berkata, “Demi Allah, aku mengetahui jika engkau bergulat denganku, engkau akan mendapat pertolongan dari langit”. Kemudian ia pindah ke Madinah dan tinggal di sana hingga wafat di awal pemerintahan Muawiyah radhiallahu ‘anhu (Ansabul Asyraf oleh al-Baladzuri, 1: 155, 9: 392-392. Ia memiliki penguat dalam riwayat at-Tirmidzi 1784, Abu Dawud 4078, dan al-Hakim 5903).

Anak Rukanah Bergulat dengan Nabi

Selain bergulat dengan Rukanah, Nabi ﷺ pun pernah berduel dengan orang-orang selain Rukanah. Di antaranya adalah anak dari Rukanah. Namanya Yazid bin Rukanah. Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma mengisahkan, “Yazid bin Rukanah datang menemui Nabi ﷺ dengan membawa 300 ekor domba. Ia berkata, ‘Wahai Muhammad, apakah engkau mau duel gulat denganku?’

Nabi ﷺ menjawab, ‘Apa hadiahnya jika aku mengalahkanmu?’
‘100 domba ini’, jawabnya. Keduanya pun bergulat. Dan Nabi ﷺ yang menang.
Yazid kembali menentang Rasulullah. Ia berkata, ‘Maukah engkau adu gulat (sekali) lagi?’

Nabi ﷺ menjawab, ‘Apa imbalannya?’

Yazid menjawab, ‘100 domba lainnya’. Keduanya pun bergulat. Lagi-lagi Nabi mengalahkannya. Disebutkan bahwasanya keduanya bergulat sampai tiga kali.
Yazid berkata, ‘Wahai Muhammad, sebelumnya tidak ada yang mampu membuat perutku menempel dengan tanah kecuali dirimu. Dan tidak ada yang paling aku benci pula selain dirimu. Namun sekarang aku bersaksi bahwasanya tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah kecuali Allah. Dan engkau adalah utusan Allah’.

Kemudian Rasulullah ﷺ mengembalikan semua dombanya.” (Ibnu Abdil Bar dalam al-Isti’ab 2770, Ibnul Atsir dalam Asadul Ghabah 5544, Ibnu Hajar dalam al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah 9279, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam Irawa’ al-Ghalil 1503).

Rizal Jalani Rizal Jalani: Jauh pandangan saudara...semakin jelas siapa musuh, siapa kawan...sia-sia kalau kita perjuangkan wadah politik yg menguntungkan Yahudi Nasrani...

kiat ٣: Boleh saja dipertikaikan & sememangnya sentiasa dipertikaikan apa yg kita kata di sini. Sebab itu sey cuma bercakap di platform2 sy sendiri. Jarang sekali hampir tiada sey bercakap di luar dari medan sendiri melainkan memang diminta oleh mereka2 yg hatinya sudah terbuka untuk menerima atau sekurang2nya menilai semula pemahaman yg selama ini dianutinya.

Contoh sey cakap menggunakan istilah "sosio politik". Apa maksud saya sosio politik? Saya maksudkan kepada gerakan2 NGO (Non Governmental Organisations). Tunjukkan pada kita mana NGO yang tidak dipengaruhi oleh elemen2 politik?

Sebab itu adalah menjadi Usul yang tidak akan berubah samasekali bahawa dalam Kiat 3 kita menolak NGO.

Dulu dalam harakah2 Islamik NGO dipengaruhi oleh fikrah2 politik.

Sekarang hatta persilatan sekalipun sudah dipengaruhi kuat oleh elemen2 politik.

Jadi kita cakap kepada mereka ini tak perlu berdebat kerana perdebatan yang menjurus kepada menegakkan faham masing2 dan bukan untuk mencari kebenaran adalah sia2.

Teruskan jalan masing2 dan kita tengok nanti bagaimana kesudahan perjuangan masing2. Tak perlu kita bertekak sesama kita.

Ikhwan Muslimin telah mempengaruhi begitu banyak harakah2 politik dan NGO. PAS, ABIM, mana gerakan Islamik yang tidak dipengaruhi oleh Ikhwan? Hizbut Tahrir satu kelompok yang nampak sgt diam di Malaysia tapi sangat besar dan bahaya. HT juga pecahan fikrah Ikhwan. Apa sudah jadi pada Ikhwan sekarang? Menjadi platform ekstremis salafi.

Syiah pun ada. Sunni ekstremis pun ada. Kemana halatuju mereka sekarang? Dalam harakah2 yang menaungi mereka habis semua berselerak dan berpecahbelah. ISMA juga pengaruh Ikhwan. ISMA sekarang nampak Islamik dengan menjurus kepada fikrah2 pro ultra Melayu / perkauman.

Jadi apa yang kita perhatikan kesemua mereka ini menjadi instrumen2 kiri kanan. Asal ada saja isu yang berkaitan atau yang mempunyai ruang untuk mereka bersuara maka akan dipolemikkan. Bukan saban hari sentiasa riuh rendah senario dalam negara dengan pelbagai polemik/konflik  yang kononya di"bincang"kan oleh mereka2 ini?

Hasilnya apa? Perpecahan atau kesatuan ummah? Sekarang kita lihat sekian lama dalam gerakan2 persilatan yang bergabung atas macam2 gabungan NGO. Ada persilatan2 ini mengalami tajdid dan pembaharuan dalam amalan mereka? Amalan2 khurafat masih menebal tetapi didiamkan. Lesen besar sebab nama2 pun "besar" duduk bergabung dengan dipengaruhi politik.

Gabungan2 persilatan yang ada sekarang begitu kuat dipengaruhi oleh fikrah2 ultra Melayu. Asal bergabung jadi ok. Tak perlu ditegur. Assobiyyah perkauman. Sebab sudah bergabung maka tidak perlulah ditegur kemungkaran2 yang masih ada dalam perjalanan mereka. Sebab sudah jadi puak kita, maka tak apalah. Biarkan saja.

Apa poin saya di sini? Bahawa harapan untuk penyelesaian keluar dari kemelut konflik ummah ini khususnya Melayu Malaysia Nusantara tidak akan di bawa oleh mereka2 yang dipengaruhi oleh kuasa2 kiri dan kanan geopolitik dunia yang berteraskan kabal-kabal rahsia yahud nasrani yakjuj wa makjuj al mufsidun.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”