Tuesday, May 1, 2012

Menjelang PRU14 2017 Institusi Melayu akan dirobohkan

April 27, 2012 Rahsiakan dari Pengetahuan PAS - PM pertama Kristian Anak-anak Melayu sibu... thumbnail 1 summary
April 27, 2012

Rahsiakan dari Pengetahuan PAS - PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sesia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. 

Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan permulaan untuk pelaksanaan Rancangan Kristianisasi Malaysia yang bakal membuahkan kejayaan pada PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan kerja provokasi memastikan momentum pertentangan rakyat terhadap pemerintah Melayu Islam akan terus berlaku.

Begitu dasyat penipuan
Dajjal hari  ini sehingga
ummat Melayu Islam tidak
lagi dapat membezakan
antara perjuangan yang
berteraskan atas Islam & Sunnah
dengan perjuangan yang bercampur
baur dengan agenda songsang
Bersih 3.0 dan LBGT
Bukankah sesuatu yang luar biasa bila DAP seringkali bertindak menghina dan mencemuh UMNO berbanding musuh sebangsa mereka iaitu MCA dan Gerakan. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa wujudnya rancangan tersebut, malah amat diyakini mereka mendapat sokongan dari luar negara. Bantuan pakar politik dari para pelobi antarabangsa (Yahudi dan Nasrani).

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting kepada mereka. Keupayaan Anwar memecahbelahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Kemana hala tuju mereka sebenarnya?
Parti Islam ini tidak begitu penting dalam strategi ini selain dari digunakan sebagai alat untuk memecah belahkan perpaduan Melayu dan Islam. Tidak mustahil PAS akan diketepikan bila usaha mereka berjaya kelak. PAS tidak pernah terfikir mengenainya.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mereka mencapai tujuan sebenar, mengambil alih kuasa.

Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka (Raja Melayu) akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.
 
Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

siapa avtivis wanita ini, juga seorang siswi?
Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal sendiri masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya, walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Mereka masih berahsia mengapa mereka berkorban dengan melantik Anwar sebagai ketua walaupun mereka mempunyai lebih kerusi di Parlimen malah mereka juga tahu Anwar terlibat dengan masalah moral.

Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara, masalah moralnya akan diketengahkan. Tidak mustahil Anwar bakal dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya.

Lee Kuan Yew (Li Bloodline) Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.


Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor.

Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan akan dipaksa menyerahkan pemerintahan negara kepada bangsa asing dan disokong pula oleh kuasa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam.  Ini Rahsianya, bacalah dengan serius..

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira (besar) dari mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU (dari pertubuhan Kristian luar negara).

budaya siapa yang
mereka bawa? Islam?
3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti,  pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat  di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

Demo era baru sempat posing & bersantai
5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia (Tian Chua) terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing.  Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah ke sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja. 

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura  untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber 

Andai Melayu  masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
It's kool to rebel. Sambil berjuang
sambil bercandai

Keadaan semakin gawat.  Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus bermusuhan antara satu sama lain (pastinya melalui muslihat Anwar Ibrahim). Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rasis dan rakus.

Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Menghalang kuasa skular mutlak dan memaksa UMNO turut sama menjaga agama. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”