Friday, November 23, 2012

Antara Nurul Izzah dan Dr Musdah: Realiti sebalik tabir tudung & hijab

Prof. Dr. Siti Musdah Mulia meraih penghargaan sebagai “Women of the Year 2009″ dari Il Premio In... thumbnail 1 summary
Prof. Dr. Siti Musdah Mulia meraih penghargaan sebagai “Women of the Year 2009″ dari Il Premio Internazionale La Donna Dell ‘Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009. Upacara penyerahan penghargaan berlangsung di Hotel Grand Billia, Saint Vincent, Aosta, Italia (27/11/2009), dihadiri oleh sekitar 200 undangan dan wartawan.
Kemanakah halatuju umat Melayu Islam menjelang PRU13 agaknya jika masih tidak mampu lagi membezakan agenda kesesatan yang dipaparkan secara terang-terang di depan mata mereka sendiri? Terang dan nyata sokongan yang dibuat oleh Nurul Izzah yang jelas sekali mengalu-alukan orang Melayu untuk bebas memilih agama, dan menyokong agar umat Islam bebas untuk Murtad dan memilih agama lain.


Nurul Izzah tegar menyokong pluralisme dan liberalisme di Malaysia, sama seperti bapanya yang menyokong hubungan sejenis dan menyokong kebebasan Lina Joy untuk murtad. Kemanakah pergi tokoh-tokoh PAS seperti Hadi Awang, Nik Aziz, yang lantang bersuara "mempertahankan" Islam tetapi senyap sepi tidak berani mengatakan atau menegur Nurul Izzah sekeras-kerasnya. 


Yang terkini semasa persidangan Muktammar PAS ke-58 ‘Timbalan Ketua Muslimat’ PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud, mengeluarkan kenyataan:
“Adalah satu tuduhan yang tak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu Murtad."
Mereka jelas mempertahankan bahawa Nurul Izzah tidak bersalah, tidak menyokong ke'murtad'an dan tidak menggalakkan orang Melayu beragama Islam Murtad, kerana pada mereka orang yang bertudung, menutup aurat, beserban, pasti tidak akan mengajak orang melakukan kejahatan, mereka ini tidak akan melakukan dosa, mereka ini pada tanggapan PAS itu sempurna tanpa ragu-ragu lagi.

Tidakkah mereka tahu golongan ini ada antaranya hanya hipokrit, munafik, berlakon dengan tudung dan hijab, memesongkan serta menyesatkan umat Islam yang lain?

Individu diatas berhijab dan menutup aurat, dan seringkali tampil didalam forum serta pentas antarabangsa mengenai isu yang berkaitan dengan Islam. Individu tersebut bernama Dr Siti Musdah.

Didalam satu artikel yang bertajuk "Ada Apa dengan Kebebasan Agama?", Dr Siti Musdah menyebut

hak kebebasan beragama bersifat mutlak, berada di dalam forum internum yang merupakan wujud dari inner freedom (freedom to be), dan itu termasuk hak non-derogable (tak bisa ditangguhkan pemenuhannya oleh negara dalam keadaan apa pun)”

Walaupun Dr Siti Musdah menutup aurat dan memakai Hijab. Beliau merupakan penyokong kuat pergerakan Islam Liberal. Prof Dr. Siti Musdah Mulia menerima anugerah Wanita Antarabangsa Anugerah Keberanian pada tahun 2007 atas usaha beliau untuk menyokong hak asasi manusia dan liberalisme, mendakwa bahawa Islam menerima kebebasan dalam agama.  Artikel terpesong dan menyesatkan ini telah diutarakan di The Jakarta Post bertajuk 'Siti Musdah Mulia: A Courageous Woman'

Wanita yang bertudung menutup aurat ini jugalah yang pejuang dan aktivis tegar LGBT (Komuniti lesbian, gay, bisexual, and transgender).

Apakah tidak jelas lagi bahawa fahaman yang cuba dibawa Nurul Izzah ini semata-mata pecahan daripada pemikiran liberal dan plural Dr Musdah. Dan sedarlah wahai rakyat Malaysia beragama Islam, tidak semestinya mereka yang bertudung, menutup aurat, sopan santun, dan lemah lembut ini sentiasa membawa ajaran yang benar.

Malah mereka ini hanya bermain wayang agama untuk menyesatkan dan memesongkan sepertimana Nurul Izzah cuba memesongkan akidah orang Melayu beragama Islam dengan mengeluarkan kenyataannya melalui forum tersebut.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”