Hasil kajian: Yahudi Eropah (Jew) bukan bangsa Semitik!
Research Article: The Missing Link of Jewish European Ancestry: Contrasting the Rhineland and the Khazarian Hypotheses - Dr Eran Elhaik
وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.-(Surah Al Baqarah:42)
Hasil keputusan kajian genetik terbaru yang diterbitkan dalam jurnal British "Genome Biology and Evolution" mendakwa Yahudi Eropah (Ashkenazi) tidak termasuk dalam 12 puak semitik Israel (12 Lost Tribes of Israel).
Mereka sebenarnya adalah campuran keturunan genetik yang menjangkau lebih jauh dari sangkaan awal iaitu dari keturunan Kaukasus (antara Eropah Timur dan Asia Kecil).Ashkenazi menurut kajian ini juga berasal dari Slav, Bulgar, Iran dan suku kaum Turk yang telah mengasaskan Empayar Khazar di lingkungan kawasan-kawasan tersebut.