Friday, September 22, 2017

IMAM MAHDI MENURUT PANDANGAN AHLUS SUNNAH

BAYAN LINNAS SIRI 43 : Oleh Mufti Wilayah Persekutuan, 21 Disember 2015 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1437 H. Mukadimah Baru-baru in... thumbnail 1 summary
BAYAN LINNAS SIRI 43 :

Oleh Mufti Wilayah Persekutuan, 21 Disember 2015 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1437 H.
Mukadimah
Baru-baru ini seorang lelaki warganegara Indonesia bernama Muhammad Zubir Amir Abdullah telah mendakwa bahawa dirinya adalah Imam al-Mahdi. Dirinya dikatakan telah dibaiah oleh para pengikutnya dalam satu upacara di Makkah pada bulan Julai yang lalu.Dalam usaha memberi penjelasan kepada masyarakat umum, Bayan Linnas kali ini akan memfokuskan dengan lebih khusus berkenaan hakikat sebenar Imam Mahdi menurut sudut pandang Ahli Sunnah wal Jamaah.

Hadis-Hadis Berkaitan Al-Mahdi
Berkata guru kami Fadhilat al-Syaikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad hafizahullah: Aku telah meneliti kebanyakan hadis-hadis berkaitan al-Mahdi dan aku telah mendapatinya sebagaimana yang telah dikatakan oleh al-Syaukani, Ibn al-Qayyim dan selainnya: Padanya hadis-hadis yang sahih, hasan, hadis dhaif yang boleh dikuatkan, dan terdapat juga hadis-hadis palsu berkaitannya (Al-Mahdi). Memadailah bagi kita hadis-hadis yang elok sanadnya. Sama ada ia sahih lizaatih atau sahih lighayrih. Begitu juga sama ada ia hasan lizaatih atau hasan lighayrih dan demikian jugalah hadis-hadis dhaif yang apabila ia digabungkan akan menguatkan antara satu sama lain maka ia juga turut menjadi hujah di sisi para ulama. Kebenarannya, sesungguhnya majoriti ahli ilmu bahkan ia adalah satu kesepakatan bahawa sabitnya khabar berkenaal al-Mahdi bahkan dia adalah benar dan akan keluar pada akhir zaman. Adapun, mereka yang syaz dari kalangan ahli ilmu dalam hal ini maka tidak diberi perhatian pada pendapatnya dalam hal tersebut.[1]

Berikut kami nyatakan beberapa hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kemunculan al-Mahdi dan kekhalifahannya:
1- Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
Maksudnya: Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku.
Riwayat al-Tirmizi (2230) Beliau berkata: Hasan Sahih.

2- Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‏‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا
Maksudnya: Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.
Riwayat Abu Dawud (4282)

3- Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
Maksudnya: Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.
Riwayat Abu Dawud (4285)

4- Dari Ummu Salamah R.Anha berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ
Maksudnya: Al-Mahdi dari itrah(keturunan) ku dari anak Fathimah.
Riwayat Abu Dawud (4284)
5- Dari Saidina Ali bin Abi Thalib R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ 
Maksudnya: Al-Mahdi dari kalangan kami - ahli bait - yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.
Riwayat Ibn Majah (4085)
Kata al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah: Iaitu Allah mengampunkannya dan memberi taufiq kepadanya serta Allah memberi ilham dan petunjuk kepadanya sedangkan dia tidak diberikan perkara tersebut sebelumnya. Lihat Al-Nihayah fil Fitan wal Malahim (1/29).

6- Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا رَأَيتُمْ الرَّايَاتَ السُّودِ قَدْ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ خُرَاسَانَ فَأتوهَا، فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَة الله المَهْدِي
Maksudnya: Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/502)

Demikianlah hadis-hadis di atas merupakan antara hadis-hadis sahih yang diriwayatkan berkaitan dengan al-Mahdi dan kemunculannya. Hadis-hadis tersebut telah disepakati dan dikuatkan kesahihannya oleh majoriti para ulama Islam. Pada keseluruhan hadis di atas, ia merupakan tanda penguat dari Rasulullah SAW bahawa al-Mahdi akan keluar di akhir zaman dan tidak ada syak lagi padanya. Beliau akan keluar dan menguasai keseluruhan bangsa Arab serta akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan saksama. Kekuasaannya juga selama tempoh tujuh tahun sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis.
Kata Samahah al-Syaikh Abd Al-Aziz bin Abd Allah bin Baaz Rahimahullah: Isu al-Mahdi adalah perkara yang diketahui. Hadis-hadis yang berkaitan dengannya sangat banyak bahkan ia mutawatir yang saling menguatkan. Kebanyakan ulama telah menyatakan bahawa ia sampai ke tahap mutawatir dan mutawatirnya ia adalah mutawatir maknawi disebabkan banyaknya jalan periwayatannya. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa individu yang dijanjikan ini akan benar-benar muncul pada akhir zaman kelak. Beliau adalah Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib Radhiallahu anhum. Imam ini (al-Mahdi) adalah di antara rahmat Allah kepada umat yang keluar pada akhir zaman lalu dia akan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menghalang kezaliman dan kejahatan. Allah akan menaburkan dengannya panji kebaikan ke atas umat serta menjadi hidayah dan taufiq serta memberi petunjuk kepada sekalian manusia.[2]

Kelahiran Al-Mahdi
Para Ulama telah berbeza pendapat tentang tempat kelahiran Imam Mahdi kepada beberapa pendapat. Di dalam kitab al-Tazkirah, al-Imam al-Qurthubi menyebut bahawa kelahiran Imam al-Mahdi adalah di negara Maghrib. Sebahagian pula berkata bahawa al-Mahdi dilahirkan di Andalus. Adapun pendapat yang paling tepat dan sahih ialah pendapat yang diriwayatkan dari Abu Nu’aim dari Hammad dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu anh bahawa al-Mahdi dilahirkan di Madinah.[3]

Tanda-Tanda Al-Mahdi
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada diri al-Imam al-Mahdi[4]:
  • Di bahagian bahunya ada tanda yang sama pada bahu Nabi SAW.
  • Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa A.S dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya.
  • Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar.
  • Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.

Sifat-Sifat Keperibadian Imam Al-Mahdi
Di antara sifat-sifat keperibadian al-Imam al-Mahdi A.S adalah seperti berikut[5]:
  • Beliau merupan seorang anak Adam.
  • Dahinya luas dan hidungnya mancung.
  • Kedua-dua matanya bercelak.
  • Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.
  • Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.
  • Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuh badannya seperti tubuh orang Israel.
  • Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.
  • Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi S.A.W.

Waktu Keluarnya Imam al-Mahdi
Di dalam kitab al-Fitan wal- Malahim, al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah berkata: Aku menyangka bahawa keluarnya al-Mahdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa A.S.
Ini berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا ‏.‏ فَيَقُولُ لاَ ‏.‏ إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ ‏.‏ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الأُمَّةَ
Maksudnya: Isa bin Maryam S.A.W turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini.
Riwayat Muslim (247)

Beberapa Pendapat Tentang Imam Mahdi

Di dalam membicarakan berkenaan kemunculan Imam al-Mahdi, para ilmuan terbahagi kepada beberapa pendapat:
Pendapat pertama: Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) sesame mereka dalam isu al-Mahdi. Akidah mereka sama dan bertepatan dengan hadis-hadis sahih yang telah kita nyatakan. Di sisi Ahli Sunnah, Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini.
Berkata al-Allamah Ibn Khaldun: Ketahuilah bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya, bahawa tidak boleh tidak di akhir zaman kelak akan kemunculan seorang lelaki dari kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan, dan diikuti oleh kaum muslimin, dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan-kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai al Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya.[6]
Pendapat kedua: Terdapat juga golongan yang menisbahkan diri mereka kepada Ahli Sunnah akan tetapi mereka tidak mempunyai tangan yang panjang (keluasan ilmu) dalam mentahqiqkan nas-nas serta mengetahui selok beloknya dengan baik. Justeru, mereka menolak kewujudan al-Mahdi dan menafikan kemunculannya pada akhir zaman.

Beberapa Contoh Individu Yang Pernah Mendakwa Mereka Adalah Al-Mahdi

Dalam sejarah Islam, telah terlalu banyak golongan pembohong yang mendakwa mereka adalah Al-Mahdi al-Munthazar (yang dinantikan). Justeru, tidak pelik jika terdapat mana-mana individu dari seberang atau dari negara kita sendiri yang mengeluarkan dakwaan seperti ini. Di antara individu yang membuat dakwaan batil tersebut adalah:

1- Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah. Lahir pada tahun 259 H dan meninggal pada tahun 322 H. Datuknya merupakan seorang Yahudi yang dinisbahkan kepada keluarga Majusi. Dinisbahkan secara palsu dan jahat bahawa mereka dari keturunan Rasulullah S.A.W. Mereka adalah pembesar Rafidhah al-Qaramithah al-Bathiniyah yang memusuhi agama yang berselindung di sebalik penisbahan kepada keluarga Rasulullah.  Dia juga merupakan pengasas Daulah Fathimiyah.[7]

2- Muhammad bin Tumart. Lahir pada tahun 485 H dan meninggal dunia pada tahun 524 H. Seorang lelaki munafik lagi pembohong. Dia membuat dakwaan jahat lagi dusta bahawa dirinya adalah al-Mahdi al-Muntazhar. Dia juga merupakan seorang yang sangat zalim.[8]

3- Mahdi kelompok Kaisan. Mereka menyangka bahawa al-Mahdi adalah Muhammad bin al-Hanafiah. Dia dikatakan sedang hidup dan bermukim di bukit Radhwa. Dia juga dikatakan berada di tengah-tengah dua ekor singa yang menjaganya.[9]
Malangnya, ada juga umat Islam di nusantara ini yang mengaku sebagai Imam Mahdi.

Fatwa Institusi Agama Di Malaysia Tentang Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
1- Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-81 pada 19 April 2012 telah membincangkan dan memutuskan bahawa ciri-ciri ajaran sesat yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ia adalah sesat dan menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar serta haram dilakukan. Antaranya ialah : Mendakwa sebagai Imam Mahdi.

2- Di Malaysia, setiap individu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi telah difatwakan sebagai ajaran sesat. Ini boleh dilihat dalam kes pengharaman ajaran sesat Qadiani[10], Al-Arqam atau Rufaqa[11], dan juga kelompok Syiah yang mengatakan Muhammad bin Hasan al-Askari sebagai Imam Mahdi[12].

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, selesai sudah satu pengamatan berkenaan dengan Imam Mahdi berasaskan kepada nas serta kefahaman daripadanya. Jelas menunjukkan kepada kita dakwaan yang dikemukakan oleh saudara Muhammad Zubir Abdullah sebagai Imam Mahdi adalah tertolak dan tidak benar sama sekali. Ini kerana, segala muwasafat berasaskan kepada nas-nas nabawi yang telah dibincangkan amat menyeleweng daripada yang terdapat pada watak, syakhsiah, nama, fizikal, serta bangsa yang dimiliki oleh saudara Muhammad Zubir.
Justeru, saya menyeru kepadanya supaya kembali kepada Islam yang sebenar tanpa membuat sebarang dakwaan. Begitu juga kepada masyarakat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakwaan seperti ini. Sebaliknya, rujuklah kepada sumber yang sahih lagi benar iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasulullah S.A.W serta melihat kepada tafsir-tafsir dan syarahan para ulama yang Rabbani lagi mendalam ilmu mereka.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita perbaharui tekad dan azam kita untuk mempelajari ilmu dan beriltizam dengan syariat Islam yang sebenar. Amin.


Akhukum Fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
21 Disember 2015 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1437 H.

Nota hujung:
[1] Kitab al-Radd ‘Ala Man Kazaba Bil Ahaadith Al-Waaridah Fil Mahdi, Abd al-Muhsin Abbad. Hlm. 157.
[2] Asyrath al-Sa’ah, Maher Ahmad al-Sufi. Hlm. 30. Cet. Al-Maktabah al-Asriyyah, Beirut.
[3] Ibid. Hlm. 36
[4] Tanda-tanda ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim Al-Asfahani di dalam kitab al-Sa’ah Li Asyrath al-Sa’ah. Hlm. 85
[5] Kitab al-Isya’ah Li Asyrath al-Sa’ah, Muhammad bin Rasul Al-Husaini al-Barzanji. Hlm 85.

[6] Muqaddimah Ibn Khaldun. Hlm. 555
[7] Rujuk : Minhaj al-Sunnah, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. (Juz.49 No.318)
[8] Rujuk : Bahas tulisan Fadhilat al-Syeikh Hamud bin Abd Allah al-Tuwaijiri edaran Idarah al-Buhuuth al-Ilmiyyah.
[9] Rujuk : Al-Manar al-Munif, Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Hlm. 153.
[10] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-ahmadiahqadiani
[11] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/usaha-usaha-menghidupkan-semula-al-arqam-melalui-syarikat-rufaqa-corporation-sdn-bhd
[12] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-fahaman-syiah

KESAHIHAN HADITS MUJADDID SETIAP KURUN

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daawud As-Sijistaaniy rahimahullah : حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ... thumbnail 1 summary

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daawud As-Sijistaaniy rahimahullah :
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ عَنْ شَرَاحِيلَ بْنِ يَزِيدَ الْمُعَافِرِيِّ عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِيمَا أَعْلَمُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Telah menceritakan kepada kami Sulaimaan bin Daawud Al-Mahriy, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb, telah mengkhabarkan kepadaku Sa’iid bin Abi Ayyuub, dari Syaraahiil bin Yaziid Al-Mu’aafiriy, dari Abu ‘Alqamah, dari Abu Hurairah –radhiyallaahu ‘anhu-, yang mana aku mengetahuinya dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”
[Sunan Abu Daawud 6/349, Daar Ar-Risaalah Al-‘Aalamiyyah]
Diriwayatkan pula oleh Ibnu ‘Adiy (Al-Kaamil fiy Adh-Dhu’afaa’ 1/205)Al-Haakim (Al-Mustadrak 4/516)Al-Baihaqiy (Ma’rifatus Sunan wal Atsaar no. 109)Ath-Thabaraaniy (Mu’jam Al-Ausath no. 6527)‘Utsmaan Ad-Daaniy (As-Sunan Al-Waaridah no. 364)Ibnu ‘Asaakir (Tabyiin Kadzib Al-Muftariy no. 34, 35; Taariikh Dimasyq 51/338)Al-Khathiib (Taariikh Baghdaad 2/399)Al-Harawiy (Dzammul Kalaam 2/111), semua dari jalan Ibnu Wahb, dari Sa’iid bin Abu Ayyuub dan seterusnya secara marfuu’.
Disebutkan pula oleh Ibnu Katsiir dalam Thabaqaat Asy-Syaafi’iyyah 1/33 dengan sanadnya dari Al-Khathiib, dan Yuusuf Al-Mizziy dalam Tahdziibul Kamaal 12/413 dan 24/364 dengan sanadnya dari Abu Nu’aim Al-Ashbahaaniy.
Keterangan para perawi Abu Daawud :
1. Sulaimaan bin Daawud bin Hammaad bin Sa’d Al-Mahriy, Abu Ar-Rabii’ Al-Mishriy. Seorang yang tsiqah, termasuk thabaqah ke-11, wafat tahun 253 H. Dipakai Abu Daawud dan An-Nasaa’iy. [Tahdziibul Kamaal no. 2508; Taqriibut Tahdziib no. 2551]
2. ‘Abdullaah bin Wahb bin Muslim Al-Qurasyiy Al-Fihriy, Abu Muhammad Al-Mishriy Al-Faqiih. Al-Haafizh berkata bahwa ia tsiqah haafizh ‘aabid, termasuk thabaqah ke-9, wafat tahun 197 H. Dipakai Kutubus Sittah. [Taqriibut Tahdziib no. 3694]
3. Sa’iid bin Abi Ayyuub Miqlaash Al-Khuzaa’iy, Abu Yahyaa Al-Mishriy. Ahmad dan Abu Haatim berkata “tidak ada yang salah dengannya”, Ibnu Ma’iin dan An-Nasaa’iy mentautsiqnya, Ibnu Sa’d berkata “tsiqah tsabt”, Ibnu Hibbaan memasukkannya dalam Ats-Tsiqaat, dan Al-Haafizh berkata “tsiqah tsabt”, termasuk thabaqah ke-7, wafat tahun 161 H atau setelahnya. Dipakai Kutubus Sittah. [Al-Jarh wa At-Ta’diil 4/66; Mausuu’atu Aqwaal Al-Imam Ahmad 2/26; Tahdziibul Kamaal no. 2241; Taqriibut Tahdziib no. 2274]
4. Syaraahiil bin Yaziid Al-Mu’aafiriy Al-Mishriy. Ibnu Hibbaan memasukkannya dalam Ats-Tsiqaat, Adz-Dzahabiy mentautsiqnya dan Al-Haafizh berkata “shaduuq”, termasuk thabaqah ke-6, wafat tahun 120 H atau setelahnya. Dipakai Al-Bukhaariy dalam Khalqu Af’aalil ‘Ibaad, Muslim dan Abu Daawud. [Al-Kaasyif 1/482; Tahdziibut Tahdziib 4/324; Taqriibut Tahdziib no. 2763]
5. Abu ‘Alqamah Al-Mishriy Al-Qaadhiy, maulaa bani Haasyim atau dikatakan maulaa Ibnu ‘Abbaas, atau sekutu Anshaar. Seorang yang tsiqah, qaadhiy daerah Afrika, Abu Haatim berkata “hadits-haditsnya bersih”, dimasukkan Ibnu Hibbaan ke dalam Ats-Tsiqaat, Al-‘Ijliy berkata “tabi’in tsiqah”, Al-Haafizh berkata “tsiqah”, termasuk thabaqah ke-3. Dipakai Al-Bukhaariy dalam Juz’u Al-Qiraa’ah, Muslim dan 4 kitab Sunan. [Tahdziibul Kamaal no. 7524; Taqriibut Tahdziib no. 8262]
6. Abu Hurairah Ad-Dausiy Al-Yamaaniy radhiyallaahu ‘anhu. Sahabat Nabi yang mulia.
Hadits ini shahih dengan tanpa keraguan (atau hasan jika Syaraahiil dianggap “shaduuq”), muttashil dari awal hingga akhir sanad, dan kami belum mengetahui ada para imam yang ahli dalam masalah ‘ilal yang mencacatkan atau setidaknya membicarakan hadits ini.
Bagaimana dengan perkataan Abu Daawud?
Al-Imam Abu Daawud berkata setelah menyebutkan hadits ini :
رَوَاهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ شُرَيْحٍ الْإِسْكَنْدَرَانِيُّ لَمْ يَجُزْ بِهِ شَرَاحِيلَ
“Diriwayatkan oleh ‘Abdurrahman bin Syuraih Al-Iskandaraaniy, dengan tanpa melampaui Syaraahiil didalamnya.”
‘Abdurrahman bin Syuraih bin ‘Ubaidillaah bin Mahmuud Al-Mu’aafiriy, Abu Syuraih Al-Iskandaraaniy Al-Mishriy. Ahmad, Ishaaq bin Manshuur, Ibnu Ma’iin dan An-Nasaa’iy mentautsiqnya, Ahmad dalam riwayat lain menambahkan, “tidak ada yang salah dengannya”, Abu Haatim berkata “tidak mengapa dengannya”, dan ia berkata lagi “tidaklah aku menduganya bertemu dengan Syaraahiil”, Ibnu Hibbaan memasukkannya dalam Ats-Tsiqaat, Ibnu Sa’d berkata “munkarul hadiits” dan ia bersendirian dalam tajriih, Ya’quub bin Sufyaan berkata “ia bagaikan para perawi yang terbaik”, Al-‘Ijliy berkata “orang Mesir yang tsiqah”, Al-Haafizh berkata “tsiqah faadhil, tadh’if dari Ibnu Sa’d tidak melukainya”, termasuk thabaqah ke-7, wafat tahun 167 H. Dipakai Kutubus Sittah. [Tahdziibul Kamaal no. 3845; Tahdziibut Tahdziib 6/193; Taqriibut Tahdziib no. 3892]
Dari perkataan Abu Daawud ini keluarlah beberapa asumsi :
1. Beliau bermaksud mengeluarkan jalur mutaba’ah bagi Ibnu Wahb, karena seperti kita ketahui Ibnu Wahb tafarrud dalam sanadnya, sebagaimana diisyaratkan oleh Al-Imam Ath-Thabaraaniy dalam Mu’jam-nya :
لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِلا بِهَذَا الإِسْنَادِ، تَفَرَّدَ بِهِ: ابْنُ وَهْبٍ
“Tidaklah diriwayatkan hadits ini dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam kecuali dengan sanad ini, Ibnu Wahb tafarrud didalamnya.”
2. Abu Daawud menyebutkan riwayat ‘Abdurrahman ini dengan sighat “rawaahu” yang mengisyaratkan akan kelemahannya. Maka dari sini pun keluar lagi beberapa asumsi :
2.a. Abu Daawud tidak bertemu dengan ‘Abdurrahman bin Syuraih karena Ibnu Syuraih satu thabaqah dengan Sa’iid bin Abu Ayyuub (thabaqah ke-7), maka sanadnya dari sisi Abu Daawud sudah gugur dua orang perawi (mu’dhal).
2.b. Jika memang terputusnya dari sisi ‘Abdurrahman bin Syuraih yang ia meriwayatkan hadits ini dari Syaraahiil bin Yaziid sebagaimana isyarat Al-Imam Abu Daawud, maka ada beberapa kemungkinan sanadnya :
            2.b.1. Ibnu Syuraih, dari Syaraahiil, dari Abu Hurairah, dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam yang berarti riwayat ini munqathi’.
            2.b.2. Ibnu Syuraih, dari Syaraahiil, langsung kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam yang berarti riwayat ini mu’dhal.
Dari sekian asumsi ini, maka mereka yang memang berpegang dengan isyarat Abu Daawud dan lebih menerima ‘Abdurrahman bin Syuraih ketimbang Sa’iid bin Abu Ayyuub, wajib mendatangkan bukti yang jelas dari sanad ‘Abdurrahman bin Syuraih jika memang hadits Mujaddid ini lebih dirajihkan adalah hadits mu’dhal agar jelas terlihat keterputusannya dimana, karena bisa jadi ada asumsi lain yaitu ‘Abdurrahman bin Syuraih meriwayatkan dari Syaraahiil bin Yaziid namun Syaraahiil justru meriwayatkannya dari perawi lain dengan sanad yang muttashil hingga Abu Hurairah secara musnad baik dengan sanad yang shahih ataupun dha’if (dan kami belum menemukan sanad ‘Abdurrahman ini secara jelas kecuali hanya dari isyarat perkataan Abu Daawud).
Terlebih lagi, jika memang seseorang lebih menerima ‘Abdurrahman bin Syuraih, maka akankah sanad Sa’iid bin Abu Ayyuub dibuang begitu saja? Karena seperti telah kami sebutkan diatas, Sa’iid bin Abu Ayyuub tsiqah tsabt, dan ‘Abdurrahman bin Syuraih tsiqah faadhil, maka pembicaraan ini sangat dimungkinkan untuk masuk kepada Ziyaadatu Ats-Tsiqah, dan termasuk ziyaadah maqbuulah karena sanad Sa’iid memberikan faidah ilmu tambahan. Hal ini sebagaimana disinggung oleh Syaikh Al-Albaaniy dalam Ash-Shahiihah 2/148 ketika membahas hadits ini, beliau berkata :
وذلك لأن سعيد بن أبي أيوب ثقة ثبت كما في التقريب، وقد وصله وأسنده، فهي زيادة من ثقة يجب قبولها
“Dan dikarenakan Sa’iid bin Abu Ayyuub tsiqah tsabt sebagaimana dikatakan dalam At-Taqriib (Ibnu Hajar), dan ia telah memaushulkan dan memusnadkan sanadnya, maka ini adalah ziyadah dari orang yang tsiqah, wajib untuk menerimanya.”
Oleh karena itu, kami tetap berpendapat bahwa hadits ini shahih dengan tanpa keraguan hingga memang ditemukan ‘illat yang nyata yang memang merusak keshahihan hadits ini. Dan para ulama huffaazh ramai menshahihkan hadits ini diantaranya adalah :
1. Al-Haakim, sebagaimana diisyaratkan oleh Al-Munaawiy dalam Faidhul Qadiir (2/182)
2. Ibnu Muflih, Al-Furuu’ 6/392
3. As-Sakhaawiy, Al-Maqaashid Al-Hasanah hal. 238 dan dinukil Az-Zarqaaniy dalam Mukhtashar Al-Maqaashid
4. Ibnu Katsiir, seperti dinukil Al-‘Ajluuniy, Kasyful Khafaa’ 1/282-283
5. As-Suyuuthiy, seperti dinukil oleh penulis ‘Aunul Ma’buud 4/182, beliau berkata, “Para huffaazh sepakat kepada keshahihan haditsnya.”
6. Al-Albaaniy seperti kami telah nukil dalam Ash-Shahiihahnya, kemudian dalam Shahiih Abu Daawud, Shahiih Al-Jaami’ no. 1874, dan Takhriij Al-Misykaah no. 238.
7. Syu’aib Al-Arnaa’uuth dalam tahqiiq, takhriij dan ta’liiqnya terhadap Sunan Abu Daawud.
8. Para ulama Lajnah Ad-Daa’imah (Ibnu Baaz, Ibnu Ghudayyaan, ‘Abdurrazzaaq Al-‘Afiifiy).
9. Masyhuur bin Hasan aalu Salmaan, beliau berkata bahwa periwayatan Sa’iid secara musnad marfuu’ tidaklah mencacatkan hadits, sebagaimana dalam link berikut :
Dan masih banyak lagi yang kami tidak bisa sebutkan satu persatu. Al-Imam Ahmad bin Hanbal menjadikan hadits ini sebagai hujjah ketika beliau menyebutkan para mujaddid di awal-awal permulaan abad Hijriyyah. Al-Imam Abu Nu’aim meriwayatkan dengan sanadnya hingga Ibnu Zanjawaih, sahabat Ahmad bin Hanbal :
يَرْوِي الْحَدِيثِ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ” إِنَّ اللَّهَ يَمُنُّ عَلَى أَهْلِ دِينِهِ فِي رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ بِرَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُبَيِّنُ لَهُمْ أَمْرَ دِينِهِمْ “، وَإِنِّي نَظَرْتُ فِي سَنَةِ مِائَةٍ فَإِذَا رَجُلٌ مِنْ آلِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، وَنَظَرْتُ فِي رَأْسِ الْمِائَةِ الثَّانِيَةِ فَإِذَا هُوَ رَجُلٌ مِنْ آلِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مُحَمَّدُ بْنُ إِدْرِيسَ الشَّافِعِيِّ
Diriwayatkan hadits dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah mengkaruniakan kepada pemeluk agamaNya setiap awal 100 tahun, seorang laki-laki dari ahli baitku yang akan meluruskan diantara mereka perkara agama mereka.” (Ahmad berkata), “Dan aku telah melihat pada tahun 100 (yang pertama), lelaki dari keluarga Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam tersebut adalah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziiz, dan aku telah melihat pada tahun 100 yang kedua, lelaki dari keluarga Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam tersebut adalah Muhammad bin Idriis Asy-Syaafi’iy.”
[Hilyatul Auliyaa’ 9/98]
Al-Imam Abul Qaasim Ibnu ‘Asaakir meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Bakr Al-Bazzaar hingga ‘Abdul Malik Al-Maimuuniy, ia berkata :
كُنْتُ عِنْدَ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ وَجَرَى ذِكْرُ الشَّافِعِيِّ فَرَأَيْتُ أَحْمَدَ يَرْفَعُهُ وَقَالَ: يُرْوَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، أَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُقَرِّرُ لَهَا دِينَهَا، فَكَانَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَلَى رَأْسِ الْمِائَةِ، وَأَرْجُو أَنْ يَكُونَ الشَّافِعِيُّ عَلَى رَأْسِ الْمِائَةِ الأُخْرَى
“Aku sedang berada di sisi Ahmad bin Hanbal dan berbincang-bincang menyebutkan Asy-Syaafi’iy, lalu aku melihat Ahmad menyebutkan hadits marfuu’, ia berkata, “Diriwayatkan dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, bahwa Allah akan membangkitkan di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan menentukan perkara agama umat ini dengannya. Maka ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziiz pada 100 tahun pertama, dan aku berharap bahwa Asy-Syaafi’iy pada tahun 100 selanjutnya.”
[Taariikh Dimasyq 51/338]
Dan Ahmad bin Hanbal berkata :
إن الله يقيض للناس في رأس كل مئة من يعلمهم السنن وينفي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم الكذب قال فنظرنا فإذا في رأس المئة عمر بن عبد العزيز وفي رأس المئتين الشافعي
“Sesungguhnya Allah menakdirkan kepada manusia pada setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan mengajarkan kepada mereka sunnah-sunnah dan menyingkirkan kedustaan dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam. Maka kami melihat pada awal 100 tahun (yang pertama) adalah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziiz dan pada awal 100 tahun yang kedua adalah Asy-Syaafi’iy.”
[Siyaru A’laam An-Nubalaa’ 10/5-46]
Al-Imam Taajuddiin ‘Abdul Wahhaab bin ‘Aliy bin ‘Abdil Kaafiy As-Subkiy berkata dalam Thabaqaatusy Syaafi’iyyah Al-Kubraa 1/200 :
وهذا ثابت عن الإمام أحمد
“Atsar ini telah tetap (tsabt) dari Al-Imam Ahmad.”
Demikian yang bisa kami tuliskan. Lebih dan kurangnya kami mohon maaf.
Wallaahu a’lam.
Tangerang/Ahad, 29 Rabii’ul Akhir 1435 H
Al-Faqiir Ilallaah, Abu Ahmad Tommi Marsetio –wafaqahullah-

Wednesday, September 20, 2017

What machines can tell from your face

Nowhere to hide Life in the age of facial recognition THE human face is a remarkable piece of work. The astonishing variety of facial... thumbnail 1 summary
Nowhere to hide
Life in the age of facial recognition

THE human face is a remarkable piece of work. The astonishing variety of facial features helps people recognise each other and is crucial to the formation of complex societies. So is the face’s ability to send emotional signals, whether through an involuntary blush or the artifice of a false smile. People spend much of their waking lives, in the office and the courtroom as well as the bar and the bedroom, reading faces, for signs of attraction, hostility, trust and deceit. They also spend plenty of time trying to dissimulate.
 
 

Technology is rapidly catching up with the human ability to read faces. In America facial recognition is used by churches to track worshippers’ attendance; in Britain, by retailers to spot past shoplifters. This year Welsh police used it to arrest a suspect outside a football game. In China it verifies the identities of ride-hailing drivers, permits tourists to enter attractions and lets people pay for things with a smile. Apple’s new iPhone is expected to use it to unlock the homescreen (see article).

Set against human skills, such applications might seem incremental. Some breakthroughs, such as flight or the internet, obviously transform human abilities; facial recognition seems merely to encode them. Although faces are peculiar to individuals, they are also public, so technology does not, at first sight, intrude on something that is private. And yet the ability to record, store and analyse images of faces cheaply, quickly and on a vast scale promises one day to bring about fundamental changes to notions of privacy, fairness and trust.

The final frontier

Start with privacy. One big difference between faces and other biometric data, such as fingerprints, is that they work at a distance. Anyone with a phone can take a picture for facial-recognition programs to use. FindFace, an app in Russia, compares snaps of strangers with pictures on VKontakte, a social network, and can identify people with a 70% accuracy rate. Facebook’s bank of facial images cannot be scraped by others, but the Silicon Valley giant could obtain pictures of visitors to a car showroom, say, and later use facial recognition to serve them ads for cars. Even if private firms are unable to join the dots between images and identity, the state often can. China’s government keeps a record of its citizens’ faces; photographs of half of America’s adult population are stored in databases that can be used by the FBI. Law-enforcement agencies now have a powerful weapon in their ability to track criminals, but at enormous potential cost to citizens’ privacy.

The face is not just a name-tag. It displays a lot of other information—and machines can read that, too. Again, that promises benefits. Some firms are analysing faces to provide automated diagnoses of rare genetic conditions, such as Hajdu-Cheney syndrome, far earlier than would otherwise be possible. Systems that measure emotion may give autistic people a grasp of social signals they find elusive. But the technology also threatens. Researchers at Stanford University have demonstrated that, when shown pictures of one gay man, and one straight man, the algorithm could attribute their sexuality correctly 81% of the time. Humans managed only 61% (see article). In countries where homosexuality is a crime, software which promises to infer sexuality from a face is an alarming prospect.

Keys, wallet, balaclava

Less violent forms of discrimination could also become common. Employers can already act on their prejudices to deny people a job. But facial recognition could make such bias routine, enabling firms to filter all job applications for ethnicity and signs of intelligence and sexuality. Nightclubs and sports grounds may face pressure to protect people by scanning entrants’ faces for the threat of violence—even though, owing to the nature of machine-learning, all facial-recognition systems inevitably deal in probabilities. Moreover, such systems may be biased against those who do not have white skin, since algorithms trained on data sets of mostly white faces do not work well with different ethnicities. Such biases have cropped up in automated assessments used to inform courts’ decisions about bail and sentencing.

Eventually, continuous facial recording and gadgets that paint computerised data onto the real world might change the texture of social interactions. Dissembling helps grease the wheels of daily life. If your partner can spot every suppressed yawn, and your boss every grimace of irritation, marriages and working relationships will be more truthful, but less harmonious. The basis of social interactions might change, too, from a set of commitments founded on trust to calculations of risk and reward derived from the information a computer attaches to someone’s face. Relationships might become more rational, but also more transactional.

In democracies, at least, legislation can help alter the balance of good and bad outcomes. European regulators have embedded a set of principles in forthcoming data-protection regulation, decreeing that biometric information, which would include “faceprints”, belongs to its owner and that its use requires consent—so that, in Europe, unlike America, Facebook could not just sell ads to those car-showroom visitors. Laws against discrimination can be applied to an employer screening candidates’ images. Suppliers of commercial face-recognition systems might submit to audits, to demonstrate that their systems are not propagating bias unintentionally. Firms that use such technologies should be held accountable.

Such rules cannot alter the direction of travel, however. Cameras will only become more common with the spread of wearable devices. Efforts to bamboozle facial-recognition systems, from sunglasses to make-up, are already being overtaken; research from the University of Cambridge shows that artificial intelligence can reconstruct the facial structures of people in disguise. Google has explicitly turned its back on matching faces to identities, for fear of its misuse by undemocratic regimes. Other tech firms seem less picky. Amazon and Microsoft are both using their cloud services to offer face recognition; it is central to Facebook’s plans. Governments will not want to forgo its benefits. Change is coming. Face up to it. - The Economist 9/9/2017

BAYAN LINNAS SIRI #115: FIQH JENAZAH KEBAKARAN

15 September 2017 Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Mukadimah Semalam kita dikejutkan dengan isu kematian anak-anak tahfiz kita di... thumbnail 1 summary

15 September 2017

Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Mukadimah

Semalam kita dikejutkan dengan isu kematian anak-anak tahfiz kita di Kuala Lumpur akibat kebakaran. Kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan telah melakukan sedaya upaya untuk membantu keluarga mangsa dan mangsa. Bahkan, isu ini sudah tular sehingga ke peringkat antarabangsa. Kami mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Ahmad Tayyib, Imam al-Akbar, Syeikhul Azhar yang turut merakamkan ucapan takziah atas berita kematian para pelajar tahfiz terbabit kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya keluarga mangsa. Beliau berdoa semoga Allah supaya dilimpahi rahmat, dan dikurniakan kepada kaum keuarga dengan kesabaran dan diberi kesembuhan yang segera kepada yang dirawat. Beliau memberi kenyataan ini semalam.

Dalam pada masa yang sama, banyak persoalan yang berlegar dan sampai ke meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di samping soalan melalui telefon untuk mendapat sejumlah maklumat berkenaan dengan fiqh mati kebakaran ini.  Justeru, kami dalam Bayan Linnas pada kali ini terpanggil untuk mengupas isu ini berdasarkan pengamatan kami. Antara yang kami tekankan berkenaan dengan fiqh dan permasalahan berkaitan dengan si mati dan yang masih hidup serta sebahagian hukum hakamnya. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

Kematian Adalah Pasti

Sesungguhnya mati adalah satu kepastian. Ini dinyatakan dalam nas dan telah difahami oleh semua manusia. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Setiap jiwa pasti merasai kematian dan kepada Kami pasti kami dikembalikan.” (Surah al-Ankabut: 57)

Al-Qurtubi berkata: “Sesungguhnya Allah menyebut tentang kematian pasti dirasai untuk menggambarkan betapa kecilnya dan sedikitnya perkara dunia dan apa-apa yang menakutkannya.”

Walau sehebat mana kehidupan dan pangkat di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya. Begitu juga kematian tidak mungkin bertangguh apabila sampai ajalnya. Benarlah firman Allah SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: ““Bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan), maka apabila telah sampai masanya, mereka tidak dapat menangguhkannya walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”

(Surah al-A’raf: 34)

Kematian datang dengan tiba-tiba tanpa boleh disangka seperti kata Saidina Ali RA:

الْمَوْتُ يَأْتِي بَغْتَةً  وَ الْقَبْرُ صُنْدُوقُ الْعَمَلِ‏

Maksudnya: “Mati datang secara mengejut Sedangkan kubur menjadi tabung amalan seseorang”

Kematian tak dapat dihindari, tidak mungkin ada yang dapat lari daripadanya. Namun seribu kali sayang, sedikit sahaja yang mahu mempersiapkan diri menghadapinya. Berkata Khalifah Umar Abdul Aziz rahimahullah:

مَا رَأَيْتُ يَقِينًا أَشْبَهَ بِالشَّكِّ مِنْ يَقِينِ النَّاسِ بِالْمَوْتِ ثُمَّ لَا يَسْتَعِدُّونَ لَهُ

Maksudnya: “Aku tidaklah pernah melihat suatu yang yakin kecuali keyakinan akan kematian. Kemudian mereka tidak mempersiapkan untuknya.” (Tafsir al-Qurtubi, 10/64)

Ujian Kematian

Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk: 2)

Ibn Kathir berkata: “Untuk Allah uji kamu mana yang lebih taat dan cepat mencari keredhaan-Nya. Begitu juga mana yang lebih baik amalan, bukan lebih banyak amalan seperti kata Muhammad bin Ajlan. Lihat Tafsir Ibn Kathir.

Hadis Berkenaan Mati Kebakaran

Daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW bersabda:         

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: "Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111 dan al-Nasaie)

Mengkhususkan Istilah Syahid Kepada Seseorang

Hukum menentukan kesyahidan kepada individu tertentu memiliki dua sudut:

Penyaksian Umum: Yakni kita menentukan kesyahidan berdasarkan keadaan atau sifat yang berlaku berdasarkan sifat atau keadaan yang diiktiraf dalam al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW. Contohnya seperti hadis Jabir RA di atas. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan wajib untuk membenarkannya, kerana kita menyaksikannya berdasarkan sifat yang dikhabarkan oleh Rasulullah.

Penyaksian Khusus: Yakni kita mengucapkan seseorang itu syahid pada orang tertentu seperti kita berkata: “Orang itu syahid.” Maka hal ini tidak dibenarkan melainkan individu tersebut disaksikan syahid oleh Rasulullah SAW atau kesepakatan umat Islam.

Oleh sebab itu, Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitab Sahih al-Bukhari: “Larangan Mengatakan Seseorang Itu Syahid.” Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari (9/60): “Larangan itu bermaksud atas jalan yang pasti. Ini kerana kepastian hanyalah boleh diterima berdasarkan kenyataan wahyu. Justeru, dia (Imam al-Bukhari) seolah-olah menyandarkan larangan ini kepada hadis Umar (al-Khattab) yang berkhutbah: “Kalian mengatakan dalam peperangan-peperangan kalian, “si Fulan syahid” dan “si fulan mati syahid” padahal mungkin orang itu (mati kerana) membebani tunggangannya dengan terlalu berat (lalu mati jatuh kenderaan). Oleh itu, jangan kalian berkata sedemikian, sebaliknya katakanlah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ قُتِلَ فَهُوَ شَهِيدٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang mati atau terbunuh di jalan Allah, maka dia (mati) syahid.”

Kata Imam Ibn Hajar: “Hadis ini ialah hadis hasan dan ditakhrijkan oleh Imam Ahmad dan Said bin Mansur dan selain mereka.”

Oleh itu, kita mendoakan dan mengharapkan ganjaran syahid kepada orang yang mati dalam keadaan syahid seperti mana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tanpa kita menetapkannya secara qat’i dan kita bersangka baik dengannya. 

Kaedah Memandikan Mayat Mangsa Kebakaran

Hukum asal atau hak bagi jenazah adalah wajib dimandikan, samada ianya terbakar ataupun tidak. Sekiranya terdapat keuzuran seperti tahap kebakaran yang amat parah iaitu tahap ketiga (deep burn), tidak diperlukan air kerana dikhuatiri kulit yang melepuh akan tertanggal dan menyukarkan lagi keadaan. Maka, digantikan dengan tayammum. Ini adalah pandangan dalam mazhab Syafie. Dalil bagi para fuqaha’ adalah qias kepada keadaan orang yang hidup. Sekiranya seseorang yang sihat berubah daripada wudhu’ dengan air kepada tayammum disebabkan keuzuran tertentu, begitu juga bolehnya ditayammumkan jenazah kerana keuzuran pada jenazah itu sendiri.

Imam Al-Nawawi rahimahullah apabila menjelaskan hal ini berkata: Apabila terdapatnya keuzuran untuk memandikan mayat disebabkan ketiadaan air, atau jenazah terbakar, yang mana apabila ia dimandikan akan menyebabkan daging terpisah maka ia tidak dimandikan bahkan ditayammum. Dan tayammum ini wajib kerana ia adalah proses penyucian yang tidak berkaitan dengan menghilangkan najis maka wajib untuk beralih kepadanya (tayammum) ketika tidak mampu menggunakan air sama seperti mandi junub. Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab (5/178).

Dalam Raudhah al-Talibin, Imam al-Nawawi juga mengulas hal yang sama. Menurutnya, “Jikalau seseorang Islam terbakar sekira-kira jika dia dimandikan dia akan hancur lumat, dia tidaklah dimandikan, bahkan cukuplah ditayamumkan." Lihat Raudhah al-Talibin,( 2/108).

Begitu juga Syeikh Nawawi al-Bantani rahimahullah menyebutkan: "Dan mayat yang tidak dapat dimandikannya kerana ketiadaan air atau seumpamanya, seperti jenazah yang terbakar jika dimandikan akan hancur, maka ia ditayammumkan." Rujuk Nihayah aI-Zain (hal. 151)

Maka, dalam isu kebakaran yang berlaku baru-baru di ini Darul Qur’an Ittifaqiah - setelah mendengar penjelasan pihak berwajib - kami berpandangan bahawa jenazah mangsa kebakaran memadai ditayammumkan sahaja.

Hukum Menguburkan Mayat Mangsa Kebakaran Dalam Satu Liang Lahad

Pada asalnya tidak dibolehkan menguburkan mayat dalam satu liang lahad. Diharamkan mengubur dua jenazah dalam satu kubur.

Namun, dikecualikan apabila hal tersebut dilakukan karena dalam keadaan darurat seperti karena banyaknya orang yang meninggal, dan sulit mengubur satu orang pada tiap satu kuburan, maka diperbolehkan mengubur lebih dari satu orang dalam satu kuburan. Alasan pelarangannya adalah bahawa Nabi SAW tidak pernah mengubur lebih dari satu orang dalam satu kuburan kecuali dalam keadaan darurat, seperti yang beliau kerjakan setelah perang uhud, sebagaimana diterangkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ مِنْ قَتْلَى أُحُدٍ

Maksudnya: "Bahawasanya Nabi SAW menghimpunkan antara dua orang diantara orang-orang yang terbunuh dalam satu liang pada masa perang Uhud".

Riwayat al-Bukhari (1345)

Begitu juga dalam satu hadis lain, Hisham bin Amir telah mengadu kepada Rasulullah SAW pada ketika Perang Uhud dengan berkata:  “Wahai Rasulullah, ia satu kesukaran bagi kami untuk menggali kubur bagi setiap seorang.” Maka sabda Rasulullah SAW:

احْفِرُوا وَأَعْمِقُوا وَأَحْسِنُوا وَادْفِنُوا الاِثْنَيْنِ وَالثَّلاَثَةَ فِي قَبْرٍ وَاحِدٍ

Maksudnya:“Galilah kubur, perdalamkannya dan perelokkanlah. Kuburkanlah dua jenazah dan tiga jenazah dalam satu kubur.

Riwayat al-Nasaie (2010)

Kesimpulannya, menguburkan lebih dari satu jenazah dalam satu kuburan hukumnya haram kecuali dengan sebab darurat. Untuk mendapat jawapan yang lebih tuntas, sila rujuk kitab al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi, 5/237; al-Madkhal hlm. 15 oleh Syeikh Ibn al-Haj al-Maliki, Hasyiah al-Syarwani ala Tuhfat al-Muhtaj (2/173) dan lain-lain.

Adab-Adab Menerima Berita Kematian

Kami mulakan perbahasan ini dengan mengemukakan beberapa noktah untuk difahami oleh kita semua. Antaranya:

Lafazkan dengan apa yang diajar oleh Allah

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya:  Mereka yang apabila ditimpa musibah akan mengucapkan dengan kalimah (إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kita kepada-Nya akan kembali.

(Surah al-Baqarah: 156)

Fahami maksud ayat di atas supaya keyakinan kita kepada Allah adalah benar-benar kukuh dan yakin. Ini penting supaya kefahaman yang benar, melahirkan keredhaan dan kesabaran.


Doa supaya digantikan dengan lebih baik. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RAnha

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kepadaku pahala dengan musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya.”

Riwayat Muslim (918)

Memahami bahawa musibah merupakan kifarah daripada dosa seseorang. Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا

Maksudnya: “Apa saja yang menimpa orang Islam seperti kepayahan, penderitaan, kekecewaan, dukacita, gangguan dan tekanan batin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan pastilah Allah menghapus dosa-dosa kesalahannya (dengan sebab-sebab hal tersebut)”
Riwayat al-Bukhari (5641), Muslim (2573), al-Turmudzi (966) dan Ahmad (2/303, 335)

Tidak berkata kecuali yang baik-baik sepertimana hadis yang sama di atas.

Jangan sekali-kali bercita-cita untuk mati dengan sebab mudarat yang berlaku atau musibah yang terkena. Hal ini berdasarkan hadis:


                أَلاَ لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ مُتَمَنِّيًا الْمَوْتَ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Maksudnya: “Ketahuilah, Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudaratan yang menimpamu. Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa: Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup lebih baik bagi aku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.”

Riwayat al-Bukhari (1/107-108) dan Muslim (2680)

Menggalakkan keluarga si mati supaya bersabar. Hal ini berdasarkan riwayat al-Bukhari bahawa Nabi SAW melalui berhampiran seorang wanita yang menangis di sisi kubur seraya bersabda:


                اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي

Maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.”



Riwayat al-Bukhari (1252)
    
Menyapu kepala anak-anak yatim jika ada, dengan makna menyantuni dan membantunya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada anak-anak Jaafar RA.


Memberi makan kepada keluarga si mati. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Jaafar RAnhuma, sabda Rasulullah SAW:

اصْنَعُوا لأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ

Maksudnya: “Jamulah kepada keluarga Jaafar makanan kerana telah datang kepada mereka ujian yang menyusah dan menyibukkan mereka.”

Riwayat al-Tirmizi (998)

Digalakkan untuk menyuruh mereka makan kerana kadang-kadang dengan sebab kesedihan, menjadikan mereka enggan makan dan lemah untuk makan. Inilah pandangan Malikiah. Lihat Maraqi al-Falah (hal. 300).

Larangan daripada amalan Jahiliah seperti menampar pipi, mengoyak baju dan berdoa secara Jahiliah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abdullah, sabda Rasulullah SAW:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ، وَشَقَّ الْجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

 Maksudnya: “Bukanlah daripada kalangan kita siapa yang menampar pipi, mengoyak baju dan berdoa dengan cara Jahiliah tatkala menerima berita musibah.

Riwayat al-Bukhari (1294)

Ibn al-Siraj berkata: “Telah ijma’ ummah bahawa haram meratap dan berdoa dengan cara Jahiliah sebagaimana yang disebut oleh al-Tahtawi.” Lihat Maraqi al-Falah, hlm. 354.

Tidak boleh meratap tetapi menangis diizinkan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW seperti di atas dan juga hadis Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْمَيِّتَ لَيُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya mayat diazab dengan sebab ratapan kaum keluarganya.”

(Riwayat al-Nasaie, no. 1855)

Kebanyakan pensyarah hadith menafsirkan dengan (بُكَاءِ) di sini dengan makna ratapan dan raungan, bukan menangis seperti biasa. Sebahagian menafsirkan dengan maksud apabila si mati mewasiatkan agar ditangisi dan diratapi kematiannya. Lihat al-Durr al-Mukhtar oleh Ibn Abidin, 1/633.

Segerakan jenazah dengan secepat mungkin seperti mandi, kafan dan mengebumikannya. Ini adalah sepakat di kalangan ulama’ bahkan tidak harus untuk kita simpan jenazah dengan melewatkannya untuk dikebumikan. Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, (16/7). Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ - لَعَلَّهُ قَالَ - تُقَدِّمُونَهَا عَلَيْهِ وَإِنْ تَكُنْ غَيْرَ ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ

Maksudnya: “Hendaklah kamu bersegera dengan urusan jenazah. Jika sekiranya dia baik maka baik baginya yang kamu sampaikan untuknya. Dan sekiranya tidak, maka kejahatan kamu lepaskannya daripada lehermu.”

Riwayat Muslim (944)

Kepada masyarakat, elakkan daripada menyebarkan gambar yang tidak baik. Ini adalah akhlak Muslim dan ia bercanggah dengan peraturan undang-undang Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyebut, “Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda melebihi RM 50,000 atau tidak lebih 1 tahun penjara.” Justeru, raikanlah kepada jenazah dan keluarga mereka.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa untuk mereka dan semoga mereka ditempatkan bersama para syuhada’.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهم ، وَارْحَمْـهم ، وَعَافِهم ، وَاعْفُ عَنْـهم ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهم ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهم ، وَاغْسِلْـهم بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهم مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ، وَأَبْـدِلْهم دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهم، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهم ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهم ، وَأَدْخِـلْهم الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهم مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

Maksudnya: “Ya Allah ampunlah mereka, rahmati, afiat dan terimalah keampunan mereka, muliakan tempat mereka, luaskanlah tempat masuk mereka, basuhlah mereka dengan air salji dan air sejuk, sucikanlah mereka dari sebarang kesalahan sebagaimana Kamu sucikan baju putih dari sebarang kotoran. Gantilah mereka tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggal mereka, keluarga yang lebih baik daripada keluarga mereka, isteri yang lebih baik daripada isteri mereka dan masuklah mereka ke dalam syurga dan jauhlah mereka daripada azab kubur dan azab neraka.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا، وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، وَصَغِيْرِنَا وَكَبِيْرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا، اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى اْلإِسْلاَمِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اْلإِيْمَانِ

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah orang yang masih hidup di antara kami dan orang yang sudah meninggal, orang yang sekarang ada dan orang yg tidak hadir,  anak kecil di antara kami dan orang dewasa,  lelaki  dan perempuan  dari kalangan kami. Ya Allah siapa yang Engkau hidupkan di antara kami maka hidupkanlah ia di atas Islam dan siapa yang Engkau wafatkan di antara kami maka wafatkanlah dia di atas iman.

Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,

Mufti Wilayah Persekutuan

15 September 2017M bersamaan 24 Zulhijjah 1438H

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”