◾ #Nota ◾ Mesyuarat Malaysia 2017 - #Nizamuddin ◾ Bayan Subuh ◾ Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu
Umat ini perlu tahu apa asbab2 pelindung api neraka. Satu orang yang sakit akan cari asbab untuk hilangkan kesakitannya. Bila datang musim sejuk manusia mencari asbab untuk lindungi diri dari kesejukan. Dunia darul asbab tapi yang menghairankan ialah asbab dunia ini adalah asbab yang tidak perlu diyaqini. Akhirat adalah perkara yang haq dan ada asbab yang perlu diusahakan. Asbab untuk pelindung Hari Akhirat adalah asbab yang perlu diyaqini.
Asbab dunia yang tidak perlu diyaqini kita usaha bersungguh2 untuk mendapatkannya. Namun asbab Akhirat yang perlu diyaqini kita tidak usahakan. Dalam Al Quran ALLAH bersumpah dgn masa bahawa ada 4 perkara menjadi pelindung api neraka. ALLAH bersumpah dengan zaman. Zaman adalah perkara yang sentiasa dengan manusia, tidak terputus darinya. Supaya manusia tahu bahawa 4 perkara ini bukan untuk zaman Nabi dan para Sahabat sahaja bahkan 4 pelindung ini adalah untuk sehingga akhir zaman iaitu hingga hari Kiamat.
Hari ini kita faham iman dan amal soleh sahaja sebagai pelindung azab di akhirat. ALLAH sebut 4 perkara. 4 perkara tersebut ialah iman, amal soleh, watawasaubilhak/dakwah manusia kepada Iman dan watawasaubissobr/dakwah manusia kepada berterusan dalam amal. Ini adalah asbab2 yang diyaqini. Keperluan utama manusia sebagai pelindung di hari akhirat. Hari ini manusia hanya ambil 2 perkara dan tinggalkan 2 perkara lagi. Quran memberitahu 4 perkara tetapi manusia beramal dengan 2 perkara sahaja. Bila azab ALLAH datang, hanya orang yang menjalankan dakwah sahaja yang terselamat. Ini bukan perkara main2. Terpulang hendak buat atau tidak buat. Tidak! Ini bukan pilihan. Terpulang, hati mahu buat atau tidak mahu. Tidak! Ini bukan Persatuan.
Selagi umat tidak buat dakwah, maka selagi itulah umat tidak diterima oleh ALLAH. Dakwah ialah syarat untuk perlindungan Allah. Lihat dalam Quran dan Hadith. Dakwah adalah pelindung dari azab ALLAH. Dalam Quran ALLAH cerita, selagi Nabi2 buat dakwah pada kaumnya, maka ALLAH lindungi mereka. Bila umat mengingkarinya, maka ALLAH amkan azabNya. Kena ada orang yang mendakwahkan manusia kepada kebesaran ALLAH.
Ada orang kata kerja ini bagus, tapi maksiat telah terlalu banyak maka tidak dapat hendak mengatasinya. Orang yang berpendapat sebegini, apabila ALLAH turunkan azab, maka mereka dahulu akan kena azab ALLAH. Dakwah adalah tanggungjawab. Dakwah untuk menghalang manusia dari berterusan melakukan maksiat. Orang yang lihat umat buat maksiat dan berputus asa, maka orang sebegini tidak akan ditarbiyah. Bila ada amalan Nubuwwah pasti ada tarbiyah dan hidayat.
Bila kita fikir perlu buat gasht hari ini? Dah lama buat gasht, tidak ada pun orang dengar. Dengar atau tidak, terima atau tidak, usaha ini bukan pengalaman. Dalam apa jua keadaan gasht perlu dijalankan. Sebagaimana ibadat adalah amalan harian umat ini. Samada suka atau tidak, ibadat tetap diteruskan. Demikian juga dengan dakwah ILLALLAH.
Bila kita solat dan hajat tidak tertunai, apakah kita akan tinggalkan solat? Tentu sekali tidak! Kita buat amal bukan untuk natijah. Buat amal sebab ia adalah perintah ALLAH. Dakwah adalah perintah ALLAH. Jangan lihat keburukan daripada dakwah. Jangan tengok apa natijah/faedah dari dakwah. Dakwah patut dijadikan amalan yang sebati dengan kehidupan manusia. Ini perintah ALLAH. Ada Nabi dihantar tapi tiada pengikut. Nabi tetap buat dakwah walau tiada seorang pun yang ikut. Nabi ini tidak gagal. Nabi ini berjaya. Tidak ada Nabi yang gagal. Semua Nabi berjaya kerana tanggungjawab para Nabi2 ialah usaha atas hidayat. Usaha tetap dijalankan samada orang ikut atau tidak, ada natijah atau tidak, samada beriman atau tidak.
Dakwah tetap dijalankan dalam setiap keadaan. Bila azab datang, orang yang buat dakwah akan dilindungi. Imam syafie kata Surah al-Asr ini sudah cukup untuk hidayat umat ini bila umat ini amalkan 4 perkara tersebut. Dalam surah ini ada 4 perkara menjadi pelindung bagi manusia: Iman, Amal Soleh, Dakwah kepada Iman, Dakwah kepada Amal.
Kita faham hari ini dakwah untuk Islah/baiki orang lain. Orang yang boleh Islah orang lain hanyalah orang Soleh. Kalau ia sendiri belum diislahkan. Macam mana hendak dakwah orang lain sedangkan kita sendiri belum beramal. Khayalan ini menjadi rintangan pada kita untuk dakwah orang lain. Inilah rintangan dakwah paling besar. Kesilapan paling besar manusia ialah meninggalkan 4 pelindungan ini. Perintahkanlah kepada kebaikan walau kamu belum beramal dengannya. Kita berhajat pada dakwah. Dakwah untuk diri sendiri. Orang yang meninggalkan dakwah kerana belum beramal seumpama orang yang tidak berpuasa kerana tidak solat. Puasa hukum yang berlainan dan solat hukum yang berlainan. Beramal hukum yang berlainan dan dakwah kepada amal adalah hukum yang lain.
Agama seumpama satu jasad. Mana2 anggota yang sakit maka seluruh badan akan menanggungnya. Kaki luka tapi sakit seluruh badan. Seluruh umat di dunia seumpama satu badan. Seluruh umat seumpama satu kapal. Bila kapal tenggelam semua akan tenggelam. Kita usahakan 4 asbab perlindungan terhasil dalam kehidupan kita. Kita sediakan setiap umat supaya mereka juga ada 4 perlindungan ini kerana kita belayar dalam satu kapal.
Dalam kapal ada banyak golongan. Golongan yang ingin minum air dengan cara menebuk kapal perlu ditegah. Tidak memadai orang yang berada di atas melihat sahaja. Perlu diberi peringatan. Tabligh bukan persatuan. Bukan tempoh untuk kursus. Dakwah adalah amalan harian umat ini. Ini perintah dari ALLAH. Tidak ada kaitan dengan hati. Hati suka kita buat, hati tidak suka kita tinggalkan. Tidak! Ini perintah ALLAH untuk bawa manusia kepada ALLAH. Orang yang tidak beramal pun dipertanggungjawabkan untuk dakwahkan agama. Bila dakwahkan agama maka amalan agama akan datang dalam kehidupan.
Semua Nabi ada keinginan yang sama iaitu seluruh kaum datang kepada hidayat. Nabi s.a.w juga ada keinginan yang sama. Di Taif, malaikat datang tawarkan khidmat untuk himpit kaum Taif. Malaikat hendak lagakan 2 gunung. Nabi doa, agar anak cucu cicit mereka dapat hidayat. Setiap Nabi ada doa khusus. Semua Nabi2 sudah gunakan doa tersebut. Ada Nabi gunakan doa untuk perolehi kerajaan. ALLAH bagi kerajaan yang tidak ada sebelum dan selepasnya. Ada Nabi gunakan doa untuk hancurkan kaum mereka, maka ALLAH hancurkan kaum tersebut. Kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Luth, apa jadi dengan semua mereka ini? Hancur binasa disebabkan doa Nabi2 mereka. Nabi s.a.w juga diberi doa yang mustajab ini. Nabi simpan doa ini untuk digunakan pada hari kiamat. Untuk seluruh umat Nabi s.a.w.
Ibarat Imam seorang musafir dan makmum bermukim. Iman solat 2 rakaat tapi makmum kena solat 4 rakaat. Imam tunggu makmum habis solat barulah angkat tangan dan doa. Demikianlah Nabi s.a.w, Nabi terakhir, Nabi telah selesai solat, Nabi sudah bagi salam tetapi seluruh umat Nabi masih lagi dalam solat. Nabi saw menunggu kita di sana untuk berdoa.
Dakwah adalah pelindung umat ini. ALLAH perintah org beriman supaya beriman. Orang kafir didakwah masuk Islam. Dakwah orang beriman supaya beriman. Supaya mukmin menjadi org yang mentaati perintah ALLAH. Inilah tuntutan daripada Iman. Wahai orang yang beriman, taatilah kamu segala perintah ALLAH. Lihat cara sahabat bagaimana mereka sempurnakan perintah ALLAH. Mereka hidupkan di masjid halaqah2 iman dan mereka panggil sahabat2 lain ke masjid. Agar duduk dalam halaqah iman.
Masjid bukan sekadar tempat untuk solat. Masjid juga tempat untuk muzakarah Iman. Masjid tempat berkumpul untuk cerita tentang Iman dan Tauhid. ALLAH telah isytiharkan Iman para Sahabat adalah Iman yg sempurna, tapi masih lagi mereka duduk dalam halaqah Iman. Sahabat jadikan amalan harian mereka bawa orang ke masjid dan duduk dalam halaqah Iman. Wa tawa sau bil haq, ialah menghidupkan halaqah Iman dan Yaqin di masjid.
Hari ini kita hanya berzikr tentang ALLAH tetapi tidak bertazkirah tentang ALLAH. Secara umum orang berzikir LAA ILAAHA ILLALLAH tapi org tak bertazkirah tentang lailahaillallah. Jadikanlah kalimah ini sebagai kalimah dakwah supaya terkeluar dari hati kita kecintaan pada makhluk. ALLAH ajar nafi terlebih dahulu. Selain dari ALLAH, engkarkan - Laa ilaaha - Kalau tidak engkar selain dari ALLAH, maka Ghairullah akan masuk antara kamu dan ALLAH. Ini hal yang pasti.
Ghairullah datang dalam berbagai gambaran. Dulu dalam bentuk berhala tapi sekarang dalam pelbagai bentuk. Orang dulu yaqin ALLAH yang buat, tapi perantaraannya ialah patung ini. (Ketika itu) orang yang sembah berhala pun kata ALLAH yang cipta langit.
Kisah Dhimad hendak mengubati Nabi. Bila Nabi buat dakwah, kaum musyrikin kata Nabi gila. Dhimad datang jumpa Nabi saw dan kata saya boleh ubati penyakit gila. Saya buat tapi syifaq di tangan ALLAH. Apabila tidak menafikan makhluk, maka Ghairullah akan berada antara manusia dan ALLAH.
Hari ini, berbagai-bagai gambaran Ghairullah telah wujud. "Yakin kepada kedai, tetapi yang akan bagi keuntungan ALLAH". Ini percakapan orang (yang kononnya) beriman. Kudrat ALLAH diikatkan dengan kedai. Sebaliknya kita kena engkar dengan seluruh gambaran asbab yang ada, dan sebaliknya mengiyakan hanya kudrat ALLAH. ALLAH SWT tidak berhajat pada asbab. Patung dari tanah dan kedai juga daripada tanah. Gambaran sahaja yang berlainan, tetapi fungsinya tetap sama. Kita kena nafikan makhluq.
Ada juga org kata ALLAH lakukan melalui Ahlullah. Jumpa dengan Ahlullah dan minta dengan Ahlullah. Ahlullah jadi perantaraan mereka. Putus asa dengan amalan sendiri dan bergantung harap dengan amalan orang lain. Setiap kenderaan bergerak dengan lampu sendiri. Kenderaan yang bergerak dengan lampu kenderaan lain akan jadi susah dan eksiden. Setiap orang berharap dengan amalan sendiri dan tidak mengharap pada amalan orang lain. Bila tidak menafikan makhluk maka kita akan tengok pada karomah orang lain pula. Karomah adalah kurniaan ALLAH SWT. Karomah yang ada pada para wali adalah kerana amalan dia. Kamu juga beramal agar ALLAH SWT beri karomah pada kamu. Jangan menumpang karomah yang ada pada orang lain. Jangan jadikan dia perantaraan antara kamu dan ALLAH SWT. Karomah adalah menjadi milik orang yang beramal.
Orang yang yakin dengan asbab akan kata hanya melaui asbab akan perolehi sesuatu. Kedua-dua gambaran tersebut tidak boleh mengambil manfa'at secara langsung dari ALLAH SWT. Hanya ada dua jalan sahaja untuk dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH SWT:
1. Berputus harap selain dari ALLAH SWT
2. Taat hanya kepada ALLAH SWT
LAA ILAAHA ILLALLAH menafikan ghairullah. Menaruh harapan hanya pada ALLAH. Agama adalah perantaraan. Kebendaan tidak boleh dijadikan perantaraan. Tiada perantaraan berbentuk tanah, ladang, kedai, kilang. Kebendaan dunia tidak boleh memberi menafaat atau mudharat. Kebendaan dunia tidak boleh dijadikan harapan. Tanpa kebun dan ladang ALLAH boleh bagi rezeki pada para sahabat. Kebanyakan sahabat perolehi rezeki dari cara yang ghaib. Jadi pelik apabila perolehi sesuatu dari jalan yang sedia ada.
Abu Bakar ra perah susu dari kambing yang sudah tua. Yang tidak mampu keluarkan susu lagi. Asbab adalah amalan agama. Tidak mungkin makhluk jadi asbab perantaraan kerana makhluk kosong. ALLAH yang buat segala-galanya. Hari ni kita faham dunia adalah perantaraan, kalau ada tanah baru ada tanaman. Ini hanya pengalaman.
Seorang sahabat, dalam uncang ada 17 biji kurma. Setiap kali orang datang bagi makan kurma. Jumlah yang dia sudah bagi makan ialah sebanyak 1 tan. 1 tan terhasil cuma dari uncang yang ada 17 biji kurma. Tapi akhirnya uncang telah hilang. Sahabat tiada tanah ladang, cuma ada uncang. Kerana umat yang berdosa dan tidak taat maka Allah hilangkan keberkatan uncang.
Asbab hanya dalam Muhammadur Rasulullah. Nafikan seluruh makhluk. Amalan sunnah Nabi saw itulah perantaraan hampir dengan ALLAH. Dengan perantaraan amalan sunnah akan dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH. Dalam asbab dunia tiada janji dan tiada kudrat. Janji hanya disisi ALLAH. Kudrat hanya disisi ALLAH. Jangan kita meletak harapan pada kebendaan yang tiada janji dan kudrat ALLAH di dalamnya.
Tijarah/perniagaan bukan asbab rezeki. Tijarah bukan asbab keuntungan. Tetapi berkata benar/tidak menipu dan jujur dlm tijarah adalah asbab keuntungan dalam perniagaan. Kuasa dalam kerajaan bukan asbab kemuliaan, tetapi amal agama dalam pemerintahan adalah asbab kemuliaan. Kalau tidak, pemerintahan yang ada akan jadi asbab kehinaan. Janji ALLAH bersama 'Amal. Dalam janji ALLAH ada kudrat ALLAH. Kita kena beramal dengan yaqin kepada janji-janji ALLAH. ALLAH tunaikan permintaan saya dengan kudratNya.
Ilmu dan Iman. Dua perkara yang lazim. Hari ini kita lalai dalam kedua-duanya. Sebab itu kita beramal tanpa mengharap apa2 dari ALLAH. Kita buat amal tapi harapan/sandaran kita pada makhluk dan kebendaan. Sebab itu amal kita tidak meghasilkan bantuan dari ALLAH. Ilmu dan Iman adalah perkara yang asal. Setiap kali beramal kita kena lihat apa tuntutan Ilmu.
Ilmu ialah tariqah/cara/jalan untuk beramal. Ilmu dengan ikhlas yang tidak akan jadi hujjah atas kita pada hari Akhirat. Ilmu ada dua. Satu di lidah dan satu di hati. Amalan kita kena bersandar pada ilmu. Barulah ada janji ALLAH dalam amalan tersebut. Fardu 'Ain bagi lelaki dan wanita mempelajari ilmu agama. Mempelajari Iman juga Fardu 'Ain. Ilmu dan Iman tidak boleh berpisah. Melalui dakwah bawa Ikhlas dalam Ilmu. Dalam Ilmu ada Ikhlas.
Ahli bathil kata semua pengetahuan yang ada adalah Ilmu. Kita pelajari kejahilan dan faham bahawa ia adalah ilmu. Semakin belajar, semakin bertambah kejahilan. Orang yang belajar sains, sains mereka menjauhkan manusia daripada Khaliq. Pengetahuan mengenai makhluk ialah kemahiran bukan Ilmu. Ilmu hanya kenalkan manusia pada Allah. Belajar bertahun2 untuk dapat kemahiran. Kalau diangggap Ilmu ia satu kejahilan.
Ilmu adalah perintah Allah. 3 soalan dalam kubur.
1. Maa Rob buka – Siapa Tuhan kamu?
2. Maa Nabiy yuka – Siapa lelaki/Nabi kamu?
3. Maa diin nuka – Apa Agama kamu?
Ilmu ialah mengenalkan manusia pada ALLAH. Ittibaq sunnah/sunnah Nabi akan kenalkan kita pada Nabi s.a.w . sebanyak mana kita amalkan sunnah maka sebanyak itulah kita akan kenal Nabi dalam kubur nanti. Bukan pengetahuan mengenai Nabi bahkan amalan Nabi saw. Bezakan Ilmu dengan kemahiran (fun). Kita jadikan diri kita orang yang boleh menjawab soalan dalam kubur nanti. Dalam kubur, Ilmu hanya penyuluh sahaja, sedangkan jawapan adalah berasaskan pada Iman.
Dalam kubur, Umar ra ditanya malaikat, "Siapa Tuhan kamu?" Dengan keyakinan yang ada pada Umar ra, beliau tanya malaikat kembali, "Siapa Tuhan kamu?" Ini tahap iman 'Umar ra. Padahal malaikat dihantar untuk bertanya tapi malaikat pula yang telah ditanya. Kalau tidak usaha atas Iman, maka kita akan susah dalam alam kubur.
Orang Islam hanya belajar kemahiran. Tidak belajar Ilmu. Inilah kejahilan yang paling besar. Ahli bathil paparkan kemahiran duniawi kepada orang Islam dan katakan ini adalah Ilmu. Menggunakan kemahiran yang pada hakikatnya kejahilan sebagai pengenalan diri. Saya Doktor. Saya Professor. Saya Engineer!
Alim ialah orang yang mana ALLAH SWT kurniakan 'ilmu kepadanya. 'Alim ialah orang yang berilmu. 'Ilmu yang mengenalkan manusia kepada ALLAT SWT. Seorang sahabat minta dari Nabi doakan supaya diberi sedikit kekayaan supaya dengannya kami dapat usaha atas agama. Nabi saw kata pada sahabat, kemiskinan kamu hari ini adalah jauh lebih baik dari kekayaan kamu kelak. Hari ini kita pun faham dengan banyak asbab mudah untuk buat usaha agama. Sebenarnya tidak. Orang yang banyak asbab terkebelakang dalam usaha agama. Sahabat yang paling maju dalam usaha agama semuanya faqir. Dalam kefaqiran mereka buat usaha agama, maka sandaran hati mereka adalah pada ALLAH SWT. Dalam kekayaan buat usaha agama, maka sandaran hati diletak kepada harta.
Dengan doa sahabat, kaldai yang mati hidup kembali. Kami nak safar, tiada kenderaan lain. untuk dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH, syarat pertama ialah putuskan harapan kepada makhluk. Hati tidak berharap langsung kepada makhluk. Sejauh mana kita harap pada makhluk maka sebanyak itulah kita akan jauh dari ALLAH. Harapan kita kena letak hanya kepada ALLAH SWT.
Zikr bukan hanya tasbehat. Zikr bukan hanya menyebut nama ALLAH bahkan seluruh perintah ALLAH adalah Zikr. Para Ulama' adalah ahli Zikr, bukan ahli 'Ilmu. Beramal dengan perintah ALLAH adalah Zikr. Ahli Zikr bukan orang yang sentiasa berzikr. Ahli Zikr ialah orang yang ada pengetahuan Agama dan mereka beramal dengannya. Zikr digunakan untuk Solat. Zikr juga digunakan untuk 'Ilmu. Zikr digunakan utk mu'amalat. Ikhlas juga adalah Zikr. Zikr digunakan untuk Dakwah. Enam sifat Sahabat semuanya adalah Zikr.
Tuntutan LAA ILAAHA ILLALLAH adalah sentiasa mengingati ALLAH. Afdhal zikri bukan hanya menyebut LAA ILAAHA ILLALLAH tetapi Meyaqini bahawa makhluk tidak boleh buat apa2. Sebaliknya yang buat hanyalah ALLAH SWT semata-mata.
Dalam Quran disebut Zikr dan Iman, yaqni Solat dan Iman. ALLAH perintah pertukaran Qiblat dari Baitulmuqaddis ke Baitullah. Solat juga adalah Iman. Dalam Quran ALLAH kata bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan iman kamu yang dahulu yaqni ALLAH tidak akan mensia-siakan solat kamu yang dahulu. Tidak ada zikir yang lebih besar selain Solat. Maksud Zikr Akbar ialah Solat. Kalimah adalah Zikir, Solat adalah Zikr, Ilmu adalah Zikr.
Mengetahui perintah2 agama bukan Zikr tetapi beramal dengan perintah2 Agama itu adalah Zikir. Sekadar maklumat bukan Zikr. Ilmu yang dipelajari akan menjadi zikr hanya bila ia diamalkan. Ingat ALLAH SWT pada setiap waktu. Oleh itu, keta'atan adalah Zikr. Mentaati perintah ALLAH SWT adalah hakikat Zikr. Zikr bukan hanya kerja lidah. Seluruh anggota badan manusia adalah alat untuk ianya berzikr. Jangan lihat perkara yang haram adalah Zikr. Jangan makan makanan yang haram adalah Zikr. Jangan mengumpat adalah Zikr. Lidah hanya satu perantaraan alat untuk berzikr. Zikr sebenarnya di dalam hati.
Ahli Zikr adalah ahli 'Ilmu. Ilmu adalah Zikr. Beramal dengan 'Ilmu yang dipelajarinya adalah Zikr. Orang yang beramal dengan perintah2 ALLAH SWT maka mereka berada dalam keadaan berzikr. Zakir adalah nama bagi penzikir iaitu hatinya yang sentiasa berzikr. Zikr bukan hanya di lidah. Zikr di hati. Kalau hanya zikir di lidah ianya tidak dipanggil Zakir tapi dipanggil Ghafir, orang yang lalai. Kalau Zikr hanya kerja lidah, maka anggota badan yang lain akan langgar perintah ALLAH.
Zikr adalah mengingati ALLAH SWT dalam setiap keadaan masa dan ketika. Hakikat Zikr ialah apabila melihat sang Zakir yaqni orang yang berzikir maka hati kita teringat kepada ALLAH SWT. Bila melihat manusia mentaati perintah ALLAH, maka kita juga akan mentaati perintah ALLAH SWT. Oleh itu, jadilah manusia yang mengingati ALLAH begitu sekali sehingga manusia melihat kita pun akan turut ingat kepada ALLAH SWT. Ahlullah ialah bila orang lihat pada dia, maka orang lain akan turut ingat kepada ALLAH SWT dan kepada Sunnah Nabi s.a.w.
Ikram ialah Zikr yang besar. Mengingati ALLAH SWT dalam menyempurnakan hak saudara kita yang lain. Kita kena sempurnakan hak makhluk ALLAH kerana ALLAH. Sempurnakan hak saudara supaya kita terlepas dari disoal di akhirat nanti.
Ikhlas adalah Zikr. Setiap amalan kita dibuat kerana ALLAH SWT. Niat adalah Zikr. Syaitan cuba untuk membolak-balik Niat manusia. Orang yang keluar di jalan ALLAH SWT dan berjuang habis-habisan, tetapi mengharap panah mengenai dirinya, maka di akhirat dia akan dapat panah sahaja.
Syaitan cuba merosakkan Niat manusia. Barangsiapa berhijrah untuk ALLAH dan Rasul maka hijrahnya untuk ALLAH dan Rasul. Barangsiapa berhijrah untuk dunia, akan dapat dunia. Barangsiapa berhijrah untuk wanita akan dapat wanita!
Mujahid ialah org yg keluar di jln Allah atas maksud hidayat semata-mata, tiada maksud lain. oleh itu, niat juga adalah zikir. Saat kita lupa Allah maka syaitan akan masuk dan rosakkan niat kita. Org yg ada maksud lain sentiasa akan kebelakang. Org ikhlas akan maju.
Satu orang telah keluar di jalan ALLAH dan memperolehi peluang untuk berniaga. Jual beli barang dan dapat keuntungan. Wang diperolehi digunakan untuk belanja di jalan ALLAH. Semasa perang dia mati. Mati ketika berjihad. 'Umar ra kata jangan panggil dia Syahid. Kerana niat telah berubah. Syahid ialah orang yang keluar di jalan ALLAH dan tidak ada keinginan lain melainkan agama ALLAH semata-mata. Semasa menunaikan haji dibolehkan berniaga. Dengan syarat tidak mengganggu urusan hajinya.
Yusuf a.s keluar dari penjara dan Allah lantik sebagai raja. Orang yang ikhlas ALLAH akan majukan. ALLAH hanya ambil usaha dari Mukhlisin. Kita kena tanya diri kenapa kita lakukan setiap amal? Wanita yang bagi minum kepada anjing yang kehausan, maka ALLAH telah majukan dia. Tiada syak dalam perbuatannya. Tiada riak dalam perbuatannya.
Sebaliknya Nabi saw kata aku lihat Quzman di dalam neraka. Dalam perang uhud, Quzman telah bunuh 8 org musyrikin. Semua orang memuji Quzman begitu hebat melawan musyrikin. Dia pun cedera teruk. Sahabat hairan bagaimana Quzman boleh masuk neraka. Quzman kata, aku buat semua ini untuk kaum aku. Dia ambil panah dan letak dileher dan tekan. Ia membunuh diri. Jika kita membantu sesiapa, kita kena tahu kenapa kita membantu. Mungkin kerana kenalan, mungkin kerana kekeluargaan, semua ini bantuan yang diberi bukan kerana ALLAH SWT. Jika kita bantu kerana ALLAH, umat ini akan bersatu. Bila kita beri bantuan atas sebab perkara lain maka umat akan berpecah.
Dakwah adalah perintah ALLAH SWT. Maka jadilah Muhajir. Muhajir ialah berhijrah daripada melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT. Bangun bagi nama. 4 bulan untuk negara jauh. 2 bulan untuk khidmat Nizamuddin. Setiap tahun bagi masa 6 bulan.
Thursday, November 16, 2017
Wednesday, November 15, 2017
Bayan Subuh Nizamuddin 29102017
Bayan Subuh Nizamuddin 29102017
◾ #Nota ◾ Mesyuarat Malaysia 2017 - #Nizamuddin ◾ Bayan Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu ◾ ◾◾◾▫▫▫◾◾◾ Bantuan Allah t... 10:52:00 PM◾◾◾▫▫▫◾◾◾
Bantuan Allah tidak dtg dgn kebendaan. Org islam fikir dgn senjata dan bilangan yg ramai akan menang. Nabi2 dan sahabat mengatasi kebatilan bukan dgn bilangan yg ramai atau kekuatan yg besar. Dgn bilangan yg ramai tidak memberi kejayaan pd sahabat. Asas kejayaan sahabat ialah bila Allah bersama dgn mereka. Janji2 Allah bukan bersama dgn kebendaan atau asbab dunia. Janji Allah bukan hanya pd ibadat2 infradi. Ibadat infradi hanya bantuan pd perseorangan sahaja. Bantuan Allah pd umat syaratnya ialah dakwah illallah. Allah telah syaratkan dlm quran, intansurullahhayansurukum.. bila batil dtg menentang agama, kamu akan dpt menewaskan mereka bila kamu membantu agama Allah.
Apakah maksud kita bantu agama Allah? Siapakah mereka yg membantu agama Allah? maulana ilyas kata, org yg beramal dgn agama dlm dirinya dipanggil org beragama tapi tidak dipanggil pembantu agama. Org yg membantu agama bukan semata-mata yg belanja harta. Mereka juga tak dikira sebagai org yg membantu agama. Hari ni kita fikir, Allah bagi harta pd saya dan saya bantu agama dgn harta saya. Harta hanya bantu org islam bukan utk bantu agama islam. Sahabat yg kaya, mereka membantu sahabat yg lain dgn harta supaya dpt keluar di jln Allah. mereka hanya dpt ganjaran membelanjakan harta utk org2 islam. Bukan bermaksud bila saya belanja harta, maka t/jawab saya pd agama telah selesai. Semua sahabat samada yg kaya atau miskin telah megembelengkan seluruh tenaga utk agama. Bantu agama Allah ialah dgn dakwah illallah. Bila bantu kaum keluarga sendiri akan dpt 2 ganjaran:
1. infaq
2. silaturahim
Apa maksud nusrah? Nusrah ialah dakwah illallah. Mengembelengkan tenaga adalah memberi nusrah pd agama. Kalau kita ada harta dari langit sampai bumi dan dihabiskan atas perkara2 kebaikan utk dpt keredaan Allah, seluruh harta yg dibelanjakan itu nak dibandingkan dgn seorang yg berada di jln Allah walaupun separuh hari tak akan sama.
Nabi s.a.w telah memahamkan umat, jgn anggap org yg memberi harta utk org keluar di jln Allah dpt menggantikan dia bedrada di jln Allah, tidak sama sekali. Nabi s.a.w kata pd abdullah bin rawahah, jika kamu mempunyai harta seluruh dunia dan dibelanjakan utk kebaikan, tak akan sama dgn kawan2 kamu yg separuh hari telah mendahului kamu dan mereka akan masuk syurga 500 thn lebih dahulu dari kamu.
Apa maksud kita bantu agama Allah? kita jumpa setiap org dan dakwah setiap org. Dakwah infradi adalah asbab utk turunkan bantuan ghaib Allah. bantuan ghaib Allah bukan bermaksud segala keperluan di sempurnakan. Nusrah ghaib bermaksud berlaku peristiwa2 org2 kafir terpaksa menerima islam.
Dlm satu safar, nabi s.a.w dakwah satu org badwi. Tiada tuhan yg layak disembah melainkan allah dan aku adalah rasul allah. badwi tadi suruh bawa saksi. Nabi kata, pokok dihujung kpg sana akan jadi saksi terhadap dakwah yg aku sampaikan. Maka pokok tersebut membelah bumi dan dtg kpd nabi s.a.w. pokok tersebut bersaksi sebanyak 3 kali. Maka org badwi tadi telah memeluk islam. Bantu agama adalah dlm dakwah illallah. Bantu org islam dgn harta tapi bantu agama dgn bagi nyawa/diri.
Bila kamu bantu agama Allah maka allah akan membantu kamu. Allah akan tetapkan kaki2 kamu berada atas agama. Allah akan tetapkan pendirian kamu dlm agama. Perkara yg asas ialah dakwah infradi. Maulan ilyas kata, penting infradi dakwah ini, bila seseorang sibuk dgn solat sunat, ada org baru dtg ke masjid, kita batalkan solat dan pergi jumpa dan dakwah org baru tersebut sebelum dia keluar dari masjid.
Dgn adanya alatan moden hari ini, org islam tak memahami kepentingan berdakwah. Diri org islam itu sendiri perlu digunakan utk dakwah. Ini adalah sunnah. Bila tak ada sifat mujahadah maka tiada bantuan allah. maka tiada hidayat dari allah. manusia adalah mujahid. Alatan bukan mujahid. Bila tak buat dakwah maka sifat mujahadah telah hilang dari umat. 2 perkara yg penting:
1. infradi dakwah
2. infradi ibadat
Allah akan tawajjuh pd hambaNya bila ada 2 perkara tersebut. Allah melihat nabi dgn tawajjuh dlm 2 keadaan iaitu semasa buat dakwah dan semasa beribadat/sujud. Bantuan ghaib Allah bila kita kumpulkan dakwah dan ibadat. Nizam alam bergantung pd dakwah dan ibadat. Kisah yusak bin nun, kaumnya menentang. Perang berlaku pd waktu asar. Macam mana nak solat asar. Org yg buat kerja ini dan rasa tak rugi bila tinggalkan solat maka bantuan allah tak akan turun. Sibuk dgn kerja hingga tertinggal solat. Dakwah dan ibadat tak boleh ditinggalkan. Bila sempurnakan takazah dakwah, Allah akan tundukkan nizam dunia ini. Yusak bin nun kata matahari diperintah oleh Engkau. Kami sedang buat kerja Engkau ya allah. Kamu tahanlah matahari, jangan bergerak. Selagi tak fatah terhadap musuh, jgn biarkan matahari bergerak. Nizam dunia ini ditundukkan pd mereka yg himpunkan dakwah dan ibadat.
Sahabat telah ditangkap oleh org musyrikin. Di masukkan ke dlm jel. Dia berjunub dan terpaksa mandi. Macam mana nak solat. Kena mandi dulu. Dia minta air tapi hanya diberi sedikit utk minum sahaja. Tak boleh mandi. Maka dia telah berdoa pd Allah dan Allah telah hantar awan ke dlm jel dan diturunkan air ke atasnya. Dia mandi dgn air hujan. Allah gerakkan nizam dunia ini utk sahabat. Nizam alam ini digerakkan utk sahabat sebab dakwah dan ibadat. Bila kita bantu agama Allah, maka Allah akan bantu kita.
Allah akan tetapkan kita atas agama. Apa maksudnya? Bila dtg sesuatu perkara batil di hadapan utk menentang kamu maka bantuan Allah akan dtg dan bantu utk menghadapi kebatilan tersebut. Dakwah infradi adalah asas. Kita kena jadikan mizaj kita dakwah infradi. Naluri kita adalah dlm dakwah infradi.
Nabi s.a.w tak merendahkan sesiapa. Nabi s.a.w akan dakwah setiap org. sebab infradi dakwah adalah penting. Umat akan terbina dgn infradi dakwah. Nabi tak jadikan umat ini dlm bentuk golongan2. dakwah nabi bukan atas golongan2 tertentu. Dgn dakwah nabi membentuk umat. Dakwah nabi adalah ummumiyat. Org2 kaya dari golongan musyrikin telah minta buat satu majlis khas utk mereka tanpa dihadiri oleh sahabat2 yg miskin. Kami golongan bangsawan, mereka miskin, darjat kami berlainan. Nabi s.a.w telah bersetuju dgn permintaan tersebut. Satu surat telah ditulis. Pada hari jor tersebut, semua ketua2 kaum musyrikin telah dtg dan nabi dakwah mereka. Semua sahabat miskin ditahan tak boleh masuk. Seorang sahabat buta, abdullah ibnu maktum telah dtg dan telah masuk dlm majlis. Dia kata, ya rasulullah, ajarlah kpd kami juga apa yg tuan ajar pd mereka. Kedatangan dia tak disukai oleh nabi s.a.w. ada kerutan di dahi nabi. Maka Allah telah turunkan ayat memperingatkan nabi s.a.w. maka nabi s.a.w telah koyakkan surat yg telah ditulis oleh ali mengenai jor khawwas tersebut.
Tarbiyah umat ini dlm ijtimaiyat. Setiap lapisan masyarakat perlu berikhtilat. Akhlak dlm umat ialah kita bersama dgn golongan2 yg lain. Nabi s.a.w telah bagitahu pd seorang sahabat, aksam bin nujum, keluar di jln Allah bersama dgn org2 lain, bukan dgn kaum kamu. Maka akhlak kamu akan jadi baik dan kamu akan dimuliakan. Bila keluar dgn org yg kita tak kenal, kita akan jadi baik dan akan membentuk umat.
Apa yg dikatakan umat? Umat ialah org yg mengajak manusia kpd kebaikan. Menyampaikan kebaikan kpd umat. Sunnah yg penting ialah dakwah infradi dan nabi tak pandang rendah pd org. nabi s.a.w telah membentuk umat. Sahabat yg baru diletakkan di rumah sahabat2 lama. Dgn ikhtilat, org baru dpt tarbiyah, org lama dpt kemajuan. Wail ibnu hajar, seorang bangsawan telah dtg utk masuk islam. Nabi s.a.w telah serahkan wail ibnu hajar kpd hadrat muawiyah r.a. Muawiyah org miskin. Tiada pakaian yg sempurna.
Kasut pun tak ada. t/jawab muawiyah utk bagi wail ibnu hajar makan&minum. Wail dtg dgn kuda bangsawan. Muawiyah minta kasut dari wail nak guna sebab wail naik kuda, dia berjalan atas pasir yg panas. Wail tak bagi. Kalau tak nak bagi kasut, kau bagilah aku bonceng di belakang kamu. Itu pun wail tak bagi. Tak munasib org miskin naik kuda bersama dgn org bangsawan.
Bila org lama bawa org baru dan sabar dgn kerenah org baru maka Allah akan majukan org lama dan org baru dpt tarbiyah. Selepas peristiwa tersebut, hadrat muawiyah telah dilantik menjadi gabenor dan diletakkan di atas takhta. Allah telah muliakan beliau. Satu hari, hadrat wail telah dtg utk jumpa amirul mukminin hadrat muawiyah dan minta izin utk masuk dan duduk. Muawiyah kata, mana lebih hebat, kuda kamu atau takhta aku? Wail jawab, masa tu kami masih jahil, maafkanlah kami. Bila org awam dan ulamak bersama, maka kejahilan akan hilang. Bila org kaya bersama dgn org miskin maka kehidupan org kaya akan jadi sederhana.
Bila umat hidup secara infradi, maka akan ada pertumpahan darah. Berlaku perbezaan kerana ada lapisan2 masyarakat. Org kaya, org miskin, org khawas, org awam, kenapa ada perbezaan ini, kerana mereka hidup dgn kehidupan masing2. semua kita kena duduk antara satu sama lain. Perkara asas dlm perutusan nabi s.a.w adalah supaya tidak ada perbezaan dlm golongan manusia. Tiada perbezaan warna kulit, tiada perbezaan kaum.
Azan adalah sangat tinggi dlm islam. Org yg paling panjang tengoknya ialah muazzin. Hari ni kita memperlekehkan pekerjaan bilal. Hadrat umar r.a kata, kalau aku tak jadi khalifah, aku nak jadi muazzin. Abdullah bin zaid yg menerima mimpi pada mlm itu tapi dijadikan bilal sebagai muazzin. Org yg hitam dari habshah dijadikan muazzin. Bila nabi keluar di jln Allah, nabi jadikan abdullah maktum sebagai imam. Bilal jadi muazzin.
Isa a.s telah tashkil kaumnya hawariyyin utk keluar. Jemaah tersebut bagi alasan tak boleh pergi sebab tak boleh cakap bahasa di tempat itu. Macam mana nak bagi dakwah. Maka pd keesokan harinya bila bangun dari tidur semua jemaah boleh cakap bahasa tempat yg mereka ditashkilkan. Terpaksa kena pergi juga, tiada alasan dan tiada keuzuran. Allah telah buat keputusan dan kamu terpaksa pergi.
Suhail rumi (org rom), bilal habsi (org habshah), salman farsi (org parsi). Bahasa berbeza-beza. Bukan org yg asal bahasa arab. Aus dan khazraj, 2 kabilah yg besar di madinah. Mereka bangga dgn bahasa arab. Mereka memperlekehkan 3 org tadi. Muaz bin jabal lihat 3 org tadi yg telah tinggalkan negara mereka utk dtg ke madinah utk bersama nabi s.a.w, utk bagi bantuan pd agama Allah, utk taat Allah dan rasul. Kelemahan dlm kerja akan dtg bila kita faham kita yg lebih berhak dlm kerja ini drp org lain. Org aus dan khazraj kata kami yg berhak dlm kerja ini kerana kami org2 arab, Nabi org arab dan quran di turunkan dlm bahasa arab. Muaz bin jabal telah marah dgn percakapan yg sedemikian. Dia telah tarik kain qais ibnu muqtadiah dan bawa jumpa nabi. Nabi telah marah dan telah kumpulkan sahabat2 dan bayan. Nabi kata bahasa arab bukan bapa dan bukan ibu kamu. Percakapan qais ibnu muqtadiah boleh memecah-belahkan umat. Nabi suruh muaz tolak qais masuk dlm neraka. Selepas itu qais ibnu muqtadiah telah murtad dari islam. Bila kita berbangga dgn kebolehan kita dan memandang org lain rendah maka sesungguhnya kita telah menghancurkan kebolehan kita sendiri.
Usamah bin zaid org yg hitam. Rupa tak handsome. Hidung penyek. Di muka ada tanda2 penyakit. Zaid bin harithah org yg putih. Nabi kata, kalau kamu wanita wahai usamah, aku akan nikahkan kamu dan pakaikan kamu dgn pakaian yg cantik. Satu ketika usamah telah jatuh dan luka. Nabi suruh aishah bersihkan luka di kepala usamah. Aishah rasa jijik. Nabi bangun dan hisap darah usamah dgn lidah nabi sendiri. Nabi tak memandang rendah pd usamah. Jangan kita memandang hina pd org islam.
Semasa safar haji, nabi telah terlewat bergerak ke arafah. Semua sahabat telah merungut kerana dah lewat masih tak bergerak. Kenapa nabi melewatkan pergerakan ke arafah? Semua tertanya2. selepas itu, hadrat usamah dtg. Sebenarnya nabi menunggu usamah baru nak bergerak. Usamah pergi buang hajat. Ada org ahli yaman kata, kerana budak ni je kita tertangguh. Cakap dgn menghina. Sebab itulah ada org yaman murtad selepas hari kewafatan nabi s.a.w kerana bahasa menghina tersebut. Kemuliaan org islam lebih hebat drp baitullah.
Maulana ilyas kata, kita kena lihat org yg berdosa dgn pandangan yg mulia. Maqam org islam lebih mulia drp baitullah. Bila lihat org islam dgn kemuliaan maka barulah nilai2 org islam yg terpancar. Nabi s.a.w telah membina umat. Nabi s.a.w tidak membezakan antara satu sama lain. Sebab itulah dlm kerja ini tiada golongan2. sebagaimana umat dikumpulkan utk solat begitulah juga umat dikumpulkan utk dakwah.
Azan bukan utk golongan2 tertentu. Azan dilaungkan utk semua org, utk setiap lapisan masyarakat. Begitu juga dakwah utk setiap lapisan masyarakat. Kumpul org ramai di masjid utk solat begitu juga kumpul org ramai di masjid utk dakwah. Bantuan ghaib Allah tak akan turun bila umat tidak berada dlm keadaan ijtimaiyat. Keberkatan akan dtg dlm ijtimaiyat. Bila ada perbezaan maka akan dtg kesusahan dan bala.
Bila satu org tekan syor maka dia akan terkeluar drp ijtimaiyat. Kita kena bersatu dlm perkara2 kebaikan. Satu org yg berpegang teguh pd pendapat maka tak boleh nak bersatu. Bila tak bersatu, maka kita akan jadi lemah. Kita kena satu fikir atas setiap perkara. Maulana ilyas kata, ini kerja spt mengambil sesuatu yg berat dari tempat yg dalam. Kena bersatu baru ada kekuatan.
Dua masjid Allah telah cerita dalam Quran :
1. Masjid Quba
2. Masjid Dhirar (Surah at Taubah ayat 108/109)
Di masjid Quba org2 yg suka kpd kebaikan. Masjid org islam. Di masjid Dhirar org2 suka kpd perpecahan. Masjid org munafik. Disebabkan tak nak bersatu mereka telah bina masjid lain. Allah halang nabi dari pergi ke masjid tersebut. Masjid tersebut dibina utk memecah-belahkan umat. Berkumpul di situ utk memecahbelahkan org islam. Jangan kamu pijak satu kali pun ke masjid itu. Masjid Quba dibina berasaskan taqwa. Org yg berwuduk di rumah dan pergi solat di masjid Quba akan dpt pahala umrah. Nabi perintah kumpulkan kayu nak bakar masjid Dhirar. Selepas dibakar, ada satu org sahabat buat rumah diatas tanah masjid itu. Keburukan tanah tersebut menyebabkan dia tak dpt anak. Tiada keberkatan. Bila pindah baru dpt anak. Bila telor dieramkan, telor jadi tembelang. Tiada burung merpati dtg buat sarang.
Di khandak, sahabat telah tolong menolong mengali parit. Ada keberkatan dlm ijtimaiyat. Di rumah jabir r.a, makanan yg hanya cukup utk 2 org makan telah mencukupi utk dimakan oleh seluruh penduduk madinah. Kambing yg dimasak tak terusik, masih banyak tu juga. Nabi pesan makan daging tapi jgn patahkan tulang. Roti 2 biji telah mencukupi utk semua org. bila buat kerja secara ijtimai Allah akan bagi keberkatan pd umat ini.
Org lama dan org baru duduk bersama dlm ijtimaiyat. Keberkatan dlm ijtimai dan kerosakan dlm perpecahan. Nabi ikram setiap umat. Umat akan terbentuk dgn ikram bukan dgn balas dendam. Balas dendan memecah belahkan umat. Sahabat bangun atas dasar kesabaran bukan balas dendam. Org yg menyusahkan kita, kita ikram dia. Jgn kita hanya ikram org buat ihsan pd kita. Ini akan mewujudkan golongan2.
Kita buat ihsan pd org yg susahkan kita. Org yg menyusahakan nabi tapi nabi buat kebaikan maka mereka masuk islam. Alamat nabuwwah ialah nabi akan buat ihsan pd org yg menyusahakan baginda. Kisah zaid bin saanah seorang yahudi yg telah menuntut hutang dari nabi walaupun belum sampai tempoh utk bayar. Dia telah berkasar dgn nabi. Umar telah marah dan nak pancung leher dia. Nabi telah bayar hutang dan bagi lebih sebab ugutan yg dibuat oleh umar. Org yahudi itu ucap kalimah. Umar tanya kenapa dia buat macam tu padahal kamu pendeta yahudi. Sebenarnya aku dah tahu baginda adalah rasul Allah, tapi cuma satu alamat nabuwwah yg aku nak uji. Dgn aku menzalimi dia balas kebaikan dan bersabar. Jgn kita ada sifat nak balas dendam. Kita maafkan umat. Kita beristighfar utk mereka. Nabi telah beristighfar utk org2 munafik juga walaupun Allah tak maafkan mereka.
Nabi telah berdoa utk aishah, wahai Allah maafkanlah dosa aishah yg dulu dan kemudian. Aishah begitu gembira. Nabi kata setiap kali solat baginda doa yg sama utk umat. Bila org islam berdoa utk org2 islam yg lain maka doa itu akan diterima oleh Allah. apatah lagi doa org islam utk org islam utk akhirat mereka. Ini adalah asas dlm kerja. Kita doa dan istighfar utk kawan2 kita. Kalau kita tak behajat pd kawan2 kita maka Allah tak akan ambil kerja dari kita. Kita rasa dgn kebolehan/kehebatan sendiri, kita boleh buat, sebenarnya kita tertipu. Kita berhajat pd kawan2 kita. Hadrat umar kata ada sorang yahudi akauntan, kalau dia masuk islam aku akan ambil dia bekerja di baitulmal. Walaupun bukan islam, nak ambil faedah drp mereka.
Walaupun sahabat berada dlm fitnah/ujian, jgn biarkan mereka. Ujian dtg dari keluarga, ujian dtg dari perniagaan. Macam2 ujian dtg. Kita selamatkan dia dari ujian2 tersebut. Kita bantu dia. Hadrat abu darda telah melihat satu org bersangka buruk. Kita kena keluarkan dia dari sangkaan tersebut.
Seorang sahabat, Ayaz ibni abi rabiah, telah berhijrah ke madinah. Abu jahal telah hantar satu org utk ambil ayaz balik ke mekah. Ibu kamu telah bersumpah tak nak makan dan tak nak sikat rambut, akan duduk di tengah panas matahari. Kamu kena balik, nanti ibu kamu akan mati. Madinah adalah markaz utk buat kerja. Syaitan usahakan supaya keluarkan dia dari markaz. Bila keluar dari markaz maka akan mudah terkena fitnah. Tinggal di madinah akan selamat dari ujian. Ayaz buat keputusan utk balik ke mekah. Umar nasihat ayaz supaya jgn pergi nanti kamu akan diuji dan disusahkan. Umar suruh ambil kuda dia. Kuda yg pantas. Kalau ada masalah dlm perjalanan patah balik ke madinah. Umar sedaya upaya nak bantu ayaz. Abu jahal telah tipu ayaz. Ayaz diikat dan dipukul sehingga dia telah murtad. Umar fikir macam mana nak bawa ayaz kembali ke islam. Dlm quran kata; mereka yg telah menzalimi diri mereka janganlah mereka berputus asa dari rahmat Allah. umar telah tulis ayat tu dan hantar kpd ayaz di mekah. Ayaz kembali masuk islam dan dtg ke madinah. Kita bawa kawan2 kita bersama dlm kerja. Walaupun berbagai-bagai ujian dtg, kita doa utk mereka.
Syaitan berusaha utk timbulkan perasaan buruk sangka sesama kita. Dgn buruk sangka, org akan tinggalkan kerja. Satu org sahabat yg telah mengaku berzina dihadapan nabi. Nabi menginkarinya. Jgn kita buruk sangka pd org islam. Buruk sangka akan memecah belahkan. Org munafik tak boleh tengok org islam bersatu.
Nabi hantar sahabat sebagai amil utk ambil zakat dari kabilah banu mustalib. Nabi hantar seorang sahaja. Seluruh kabilah telah keluar dari kpg utk istiqbal sahabat nabi. Mereka nak bagi zakat dgn gembira sekali. Tapi satu org munafik telah bagitahu sahabat tu jangan pergi kerana seluruh kabilah telah keluar utk bunuh kamu. Kerja munafik memecah belahkan. Sahabat tadi telah pulang dan cerita pd nabi bahawa mereka nak bunuh dia. Sahabat telah bermesyuarat dan nak serang kabilah tu malam ini juga dgn alasan tak nak bayar zakat dan nak bunuh utusan nabi. Khabar dari seorang munafik, membawa khabar yg bohong. Turun wahyu dari Allah, wahai org2 yg beriman, bila dtg berita pd kamu, hendaklah kamu tahkikkan/selidik berita tersebut. Jgn percaya dgn khabar org munafik. Nanti kamu akan menyesal.
Untuk membentuk umat, perkara yg asas ialah infradi dakwah. Jumpa dan dakwah setiap org islam. Amali dakwah ialah kita bergerak bawa agama keluar di jln Allah. kita masuk dlm umat. Kita buat kerja dgn ijtimaiyat. Kita buat kerja mengikut sirah nabi s.a.w. Utk belajar agama banyak cara tapi utk satukan umat hanya satu cara iaitu dakwah dan tabligh. Bantuan Allah akan dtg bila kita bersatu. Bangun bagi azam utk keluar di jln Allah…
Saturday, October 21, 2017
Bayan Subuh 1 Muharram 1439h
Bayan Subuh 1 Muharram 1439h
Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawy damat barakatuh, Markaz 'Alami Nizamuddin - 1 Muharram 1439 (21 September 2017) ↘↙ ↘↙ ↘↙ ↘↙ ↘↙... 4:52:00 PM↘↙ ↘↙ ↘↙ ↘↙ ↘↙ ↘↙ ↘↙
Hari ini setiap orang di dunia ini mempunyai usahanya masing-masing, samada usaha tersebut merupakan usaha agama maupun usaha yang berbentuk duniawi.
Dan setiap orang yang berusaha selalunya akan meyakini bahawa dalam usaha yang dijalankan ada kejayaan. Namun demikian, kenyataannya apa yang kita lihat bahawa tidak semua perkara yang di usahakan itu berhasil (berjaya).
Kerana di sisi Allah (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) kejayaan yang hakiki hanya akan tercapai apabila usaha yang di lakukan itu menepati sunnah Rasulullah ﷺ
Di samping itu kita juga melihat bahawa setiap yang berusaha itu pasti akan menanggung kesusahpayahan di dalam usahanya masing-masing. Di dalam bahasa Arab susah payah dinamakan mujahadah atau masyaqqah.
Namun demikian, menurut alim ulamak terdapat perbezaan yang besar antara masyaqqah dan mujahadah sekalipun pada zahirnya makna keduanya seakan sama.
Maksud masyaqqah ialah sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang demi agama tanpa mengikuti pedoman sunnah Nabi ﷺ Justeru itu, dalam masyaqqah tiada janji pertolongan dari Allah (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) bahkan amalan yang tersebut adalah tertolak disisi Allah (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى).
Sedangkan mujahadah pula merupakan sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang di jalan Allah (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) dengan menepati sunnah Rasulullah ﷺ yang mana di sebalik mujahadah itu ada janji pertolongan dari ALLAH.
Yang dimaksudkan dengan nusratullah di sini bukanlah semata-mata pertolongan ghaib yang di datangkan ALLAH kepada para da'ie, bahkan lebih besar dari itu adalah pengorbanan yg dilakukan telah menjadi asbab kepada terbukanya pintu hidayah kepada umat ini hingga mereka berduyun-duyun memeluk Islam. (Rujuk surah An Nasr).
Dalil yang mengatakan bahawa masyaqqah itu tertolak di sisi ALLAH ialah kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar (رضي الله عنه) di waktu itu di Madinah terdapat seorang rahib yang begitu hebat mujahadahnya atas agama.
Melihat keadaannya Hazrat Umar (رضي الله عنه) menangis seraya membaca ayat ini dari surah Al Ghoshiyah:
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
"(Di dunia) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah," (Al-Ghasyiyah 88: Ayat 3)
تَصْلٰى نَارًا حَامِيَةً
"(Di akhirat) Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas membara.. "(Al-Ghasyiyah 88: Ayat 4)
Ini terjadi kerana si rahib tadi bersusah payah untuk Allah tetapi tidak mengikuti petunjuk dari Rasulullah ﷺ
Di dalam Al-Quran dan hadis ada di sebutkan mengenai tanda-tanda iman dan tanda-tanda nifak.
Kedua sifat ini (iman dan nifak) dijelaskan oleh ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) di dalam Al-Quran agar orang-orang beriman mengambil iktibar darinya.
Hakikatnya, iman merupakan tanda bahawa seorang mukmin itu sihat di sisi ALLAH sementara nifak pula merupakan tanda bahawa pemilik sifat nifak ini sedang menderita sebuah penyakit iaitu penyakit nifak.
Selalunya penyakit itu tersembunyi dan yang kelihatan hanyalah symtomnya saja. Begitulah iman dan nifak kita hanya mampu melihat kepada tanda-tandanya saja. Al Quran menyebut bahawa di dalam hati orang munafik itu ada penyakit.
Tanda roh kita sihat adalah apabila kita yakin kepada janji Allah (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) sementara tanda roh kita sakit adalah apabila kita merasa ragu terhadap janji-janji ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) .
Dan sudah sunnatullah bahawa ALLAH akan menaburkan janjiNya kepada orang mukmin di saat mereka sedang hebat di uji oleh ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى).
Contohnya dalam peperangan khandak umat Islam sedang menghadapi ujian yang besar, dengan bilangan musuh yg begitu ramai, tambahan diwaktu itu mereka sedang bertarung menghadapi kebuluran.
Di kala itulah Nabi ﷺ menyampaikan berita gembira tentang kejatuhan empayar Romawi dan Parsi bahkan kerajaan Arab di tangan umat Islam.
Orang-orang munafik mencibir-cibirkan janji Nabi ﷺ tersebut dengan mengatakan: Nak makan saja pun kita tak mampu bagaimana kita akan mampu menakluki kerajaan Kaisar dan Kisra.
Sementara orang beriman keimanan mereka semakin bertambah dengan berita gembira tersebut.
Sebesar nikmat yang ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) kurniakan kepada para hambanya adalah ilmu dan harta.
Pada kedua nikmat ini ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) meletakkan kebaikan yang besar malah kedua nikmat inilah yang menjadi asbab kemuliaan bagi para pemiliknya.
Tujuan ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) menganugerahkan kedua nikmat ini kepada para hambanya adalah untuk menguji dan menilai sejauh manakah kesungguhan mereka dalam menyampaikan amanah-amanah ini kepada para mustahiqin (golongan yang berhak menerima kedua pemberian yang besar ini) dan siapa pula yang berkhianat terhadap amanah ini..
Sebagaimana seorang hartawan perlu bergerak untuk sampaikan amanah harta kepada mereka yang berhak menerima hartanya maka demikianlah juga dengan para alim ulama' wajib bergerak untuk menyampaikan amanah ilmunya ke seluruh alam.
Dan di samping itu sebagaimana harta itu akan bertambah bila dibelanjakan dan akan akan berkurang bila disimpan maka begitu jugalah halnya dengan ilmu akan bertambah bila disebarkan dan akan berkurang bila tidak disebarkan.
Seorang da'ie memerlukan dua modal untuk menjalankan dakwah. Pertamanya dakwah dan keduanya ilmu.
Antara dakwah dan ilmu terdapat kesinambungan dan kelaziman yang tak boleh di pisahkan, sehingga tak dapat diterima akal bahawa seorang daie akan mampu berdakwah tanpa bimbingan ilmu dan begitu juga sebaliknya seorang berilmu yang tidak terbayangkan bahawa mereka berilmu namun tidak menjalankan dakwah.
Di medan dakwah ini ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) akan meletakkan halangan yang banyak dan besar dihadapan para daie untuk menguji sejauh mana keikhlasan dan istiqamahnya para da'ie tersebut di jalanNya.
Hari ni kebanyakan orang berfikir bahawa saat menghadapi ujian kita perlu menyelesaikan masalah kita terlebih dahulu sebelum meneruskan dakwah.
Hakikatnya berdasarkan amalan dan pengalaman para anbiya alaihimussalam di saat mereka hebat di uji oleh ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) mereka bukan sekadar memilih untuk meneruskan dakwah bahkan mereka meyakini bahawa melalui cara beristiqamah di atas dakwahlah ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) akan menyelesaikan seluruh masalah yang dihadapi.
Nabi Yusuf عليه السلام difitnah oleh Zulaikha hingakan baginda disumbatkan ke dalam penjara.
Dalam keadaan ujian yang begitu berat sekalipun baginda عليه السلام tidak meninggalkan tanggungjawab dakwahnya yang di amanahkan oleh ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) kepadanya.
Telah menjadi sifat semulajadi para anbiya dan para sahabat bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, samaada senang maupun susah, mulia atau hina, mereka tidak terkesan dengan suasana bahkan mereka hanya terkesan dengan perintah ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) .
Dan di dalam melaksanakan perintah ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) mereka tidak pernah mencari alasan dan sebab bagi hukum tersebut. Bahkan yang mereka tahu hanyalah bagaimana untuk menyempurnakan hukum tersebut.
Ujian pertama yang ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) turunkan ke atas para hambanya adalah ujian taat lalu di ciptakan Nabi Adam عليه السلام untuk menguji ketaatan para Malaikat dan Iblis laknatullah alaih.
Para malaikat sebaik saja menerima hukum tersebut langsung taat tanpa bertanya sebab dan alasan bagi hukum tersebut.
Sebaliknya Iblis laknatullah sibuk bertanyakan sebab dan alasan sebelum melaksanakan hukum tersebut. Jika perintah tersebut menepati apa yg dikehendaki maka dia akan taat, namun jika sebaliknya maka dia akan ingkar.
Tatkala Iblis ditanya apakah sebabnya beliau enggan bersujud kepada Adam عليه السلام maka alasan yang diberikan adalah kerana Adam lebih rendah martabatnya berbanding dirinya.
Adam orang baru sementara saya orang lama, Adam dari tanah yang berada di bawah sebaliknya saya dari api yang secara adatnya berada di atas.
Kerana sudah terbiasa dengan tabiat mencari alasan untuk tidak taat maka sejak di usir dari syurga lagi dia telah berazam untuk terus ingkar kepada ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) sehingga ke hari kiamat.
Bahkan dia akan menggunakan cara yg sama untuk mengeluarkan Adam عليه السلام dari syurga iaitu dengan cara mengajar Adam عليه السلام untuk mencari sebab mengapa ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) melarang baginda dan pasangannya (Hawa عليه السلام) dari menghampiri pohon khuldi.
Dewasa ini meskipun umat Islam sibuk dengan urusan agama (ilmu, ibadah dll) namun demikian kita melihat ada dua kekurangan yang ketara wujud dalam diri mereka iaitu pertamanya ialah hilangnya keindahan dalam amal ibadah mereka dan keduanya lenyapnya sifat istiqamah dan kemantapan pendirian mereka dalam agama.
Puncanya adalah kerana umat ini secara ijtima'ienya sudah meninggalkan tanggungjawab dakwah diperingkat #alami.
Kerana sesungguhnya dakwah merupakan satu-satunya amal dalam Islam yang mampu mengembalikan keindahan dalam amalan umat serta akan melenyapkan kebatilan dalam diri mereka.
Di samping itu untuk mengeluarkan umat ini dari kegelapan maka dakwah harus dijalankan dengan mengeluarkan umat ini dari kaedah penyebaran maklumat secara biasa.
Keluarkan mereka dari kefahaman bahawa tiada salahnya menyebarkan dakwah melalui media massa atau elektronik.
Dan keluarkan mereka dari kefahaman bahawa setelah berdakwah melalui media maka dengan itu tanggungjawab dakwah saya sudah terlaksana.
Hakikat sesungguhnya, menurut Maulana Ilyas (رحمة الله عليه) bahawa perkara haq tidak akan tersebar melalui perantara (medium) yang batil kerana perkara haq hanya akan tersebar melalui jalan yang haq. Jika seandainya kita menyebarkan perkara haq melalui perantara bathil maka natijahnya kebathilan yang akan tersebar.
Mengapa kita dilarang berdakwah melalui media? Apakah sememangnya salah?
Hadhrat Maulana Sa'ad mengatakan bahawa pertanyaan di atas adalah keliru.
Kerana menggunakan media untuk urusan duniawi dan menyelesaikan keperluan manusia maka sudah tentu dibolehkan di sisi syara'.
Namun untuk urusan agama tidak digalakkan menggunakan teknologi kerana dakwah harus dijalankan mengikut sunnah iaitu manusia berjumpa manusia (menggunakan tenaga manusia bukan mesin).
Dalilnya, azan merupakan dakwah yang sempurna. Selepas perintah solat disyariatkan Nabi ﷺ mengumpulkan para sahabatnya untuk bermesyuarat tentang bagaimana mahu menjemput umatnya menunaikan solat berjemaah. Dan solat ini urusan ijtima'ie bukan infiradi harus menepati tuntunan syarak.
Lalu para sahabat mulai menyampaikan syor (cadangan) masing-masing dan setiap cadangan tersebut adalah berdasarkan amalan yang biasa dilakukan masyarakat sedunia untuk mengumpulkan manusia.
Menyalakan api, memukul gendang, menggoncangkan loceng dan sebagainya. Kesemua adat kebiasaan tersebut dinafikan oleh Baginda ﷺ kerana adat tidak terpakai untuk urusan syara'.
Akhirnya selepas menafikan kaedah tersebut maka ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) tunjukkan caranya bagaimana untuk menjemput umat ini ke mesjid iaitu melalui cara melaungkan azan.
Hari ini ramai orang menyangka bahawa cara berdakwah itu luas, bergantung kepada cara masing-masing. Tiada salahnya berdakwah melalui media.
Hakikatnya berdakwah melalui media hanya akan menyebarkan maklumat agama tetapi bukan menyebarkan agama.
Memajukan #teknologi tetapi tidak memajukan agama. Bahkan maklumat yg tersebar melalui media tidak mampu memacu ummat kepada amal kerana tiadanya mujahadah di dalamnya.
Nabi ﷺ disamping menuliskan surat mengajak Raja Romawi dan Parsi memeluk Islam, namun baginda ﷺ tidak menganggap bahawa surat tersebut sudah memadai sebagai medium dakwah.
Bahkan baginda ﷺ tetap saja mengutuskan sahabatnya untuk membawa surat tersebut (dakwah bersama sifat mujahadah), kerana Nabi ﷺ memahami bahawa dakwah dalam keadaan mujahadah itu akan menarik pertolongan ghaib.
Justeru itu, ketika mana Raja Kisra mengoyakkan surat tersebut maka Nabi ﷺ mendoakan bahawa semoga ALLAH mengoyakkan kerajaan Kisra sebagaimana dia mengoyakkan suratku.
Hasil dari dakwah Nabi ﷺ yang menepati kehendak ALLAH (سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى) maka pertolongan ghaib telah datang iaitu hanya dengan doanya saja boleh meruntuhkan empayar Kisra.
Berdakwah melalui media tidak mampu meruntuhkan kebathilan juga tidak akan berhasil untuk membuka pintu hidayah kerana syarat untuk membuka pintu hidayah adalah mujahadah dan syarat untuk meruntuhkan kebathilan adalah berdakwah mengikut sunahnya Rasulullah ﷺ.
Ada sebahagian orang yang mengkritik saya kerana melarang mereka membaca Al-Quran melalui telefon bimbit.
Kalau ditanya dimanakah salahnya? Memang tak nampak salahnya. Tetapi keadaan seorang yang membaca Al Quran melalui telefon bimbit itu tak ubah seperti seorang yang menghidangkan air sharbat kepada tetamunya (niatnya baik) tapi dengan menggunakan bekas (lotha) yang selalu digunakan di tandas (WC).
Malah kalau bekas tersebut baru dibeli sekalipun namun begitu amatlah tidak patut menghidangkan air sharbat dengan bekas tersebut untuk tamu kita.
Apa bezanya membaca Al Quran melalui telefon bimbit dengan melihat mushaf?
1.Takzim - Saidina Ikrimah (رضي الله عنه) ketika membaca Al Quran beliau membaca sambil memegangnya seraya mengatakan: Ini merupakan kalam dari Tuhanku.[1]
Sementara membaca Quran melalui telefon bimbit tiada takzim didalamnya.
[ 1. Redaksi: Diriwayatkan : Ketika Ikrimah bin Abu Jahal (رضي الله عنه) membuka Mushaf Alquran , maka pengsanlah dia. Dan saat dia sedar, ia berkata “Ini adalah Kalam“. Oleh karena itu barang siapa mengagungkan Kalam Nya berarti mengagungkan Dzat Allah 'Azza Wajalla. ]
2. Membaca Al Quran dengan mushaf wajib dalam keadaan berwudhu sementara telefon bimbit tiada syarat berwudhu.
3. Al Quran tidak bercampur dengan perkara batil sedangkan telefon bimbit bercampur baur dengan perkara batil.
Oleh kerana itulah saya mengatakan bahawa sangat penting dalam berdakwah untuk mengeluarkan umat ini dari keselesaan ("dakwah" melalui telefon bimbit) dan bawa mereka kepada jalan mujahadah.
Friday, September 22, 2017
IMAM MAHDI MENURUT PANDANGAN AHLUS SUNNAH
IMAM MAHDI MENURUT PANDANGAN AHLUS SUNNAH
BAYAN LINNAS SIRI 43 : Oleh Mufti Wilayah Persekutuan, 21 Disember 2015 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1437 H. Mukadimah Baru-baru in... 8:31:00 PM
BAYAN LINNAS SIRI 43 :
Oleh Mufti Wilayah Persekutuan, 21 Disember 2015 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1437 H.
Mukadimah
Baru-baru ini seorang lelaki warganegara Indonesia bernama Muhammad Zubir Amir Abdullah telah mendakwa bahawa dirinya adalah Imam al-Mahdi. Dirinya dikatakan telah dibaiah oleh para pengikutnya dalam satu upacara di Makkah pada bulan Julai yang lalu.Dalam usaha memberi penjelasan kepada masyarakat umum, Bayan Linnas kali ini akan memfokuskan dengan lebih khusus berkenaan hakikat sebenar Imam Mahdi menurut sudut pandang Ahli Sunnah wal Jamaah.
Hadis-Hadis Berkaitan Al-Mahdi
Berkata guru kami Fadhilat al-Syaikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad hafizahullah: Aku telah meneliti kebanyakan hadis-hadis berkaitan al-Mahdi dan aku telah mendapatinya sebagaimana yang telah dikatakan oleh al-Syaukani, Ibn al-Qayyim dan selainnya: Padanya hadis-hadis yang sahih, hasan, hadis dhaif yang boleh dikuatkan, dan terdapat juga hadis-hadis palsu berkaitannya (Al-Mahdi). Memadailah bagi kita hadis-hadis yang elok sanadnya. Sama ada ia sahih lizaatih atau sahih lighayrih. Begitu juga sama ada ia hasan lizaatih atau hasan lighayrih dan demikian jugalah hadis-hadis dhaif yang apabila ia digabungkan akan menguatkan antara satu sama lain maka ia juga turut menjadi hujah di sisi para ulama. Kebenarannya, sesungguhnya majoriti ahli ilmu bahkan ia adalah satu kesepakatan bahawa sabitnya khabar berkenaal al-Mahdi bahkan dia adalah benar dan akan keluar pada akhir zaman. Adapun, mereka yang syaz dari kalangan ahli ilmu dalam hal ini maka tidak diberi perhatian pada pendapatnya dalam hal tersebut.[1]
Berikut kami nyatakan beberapa hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kemunculan al-Mahdi dan kekhalifahannya:
1- Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
Maksudnya: Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku.
Riwayat al-Tirmizi (2230) Beliau berkata: Hasan Sahih.
2- Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي أَوْ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا
Maksudnya: Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.
Riwayat Abu Dawud (4282)
3- Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
Maksudnya: Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.
Riwayat Abu Dawud (4285)
4- Dari Ummu Salamah R.Anha berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ
Maksudnya: Al-Mahdi dari itrah(keturunan) ku dari anak Fathimah.
Riwayat Abu Dawud (4284)
5- Dari Saidina Ali bin Abi Thalib R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya: Al-Mahdi dari kalangan kami - ahli bait - yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.
Riwayat Ibn Majah (4085)
Kata al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah: Iaitu Allah mengampunkannya dan memberi taufiq kepadanya serta Allah memberi ilham dan petunjuk kepadanya sedangkan dia tidak diberikan perkara tersebut sebelumnya. Lihat Al-Nihayah fil Fitan wal Malahim (1/29).
6- Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا رَأَيتُمْ الرَّايَاتَ السُّودِ قَدْ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ خُرَاسَانَ فَأتوهَا، فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَة الله المَهْدِي
Maksudnya: Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/502)
Demikianlah hadis-hadis di atas merupakan antara hadis-hadis sahih yang diriwayatkan berkaitan dengan al-Mahdi dan kemunculannya. Hadis-hadis tersebut telah disepakati dan dikuatkan kesahihannya oleh majoriti para ulama Islam. Pada keseluruhan hadis di atas, ia merupakan tanda penguat dari Rasulullah SAW bahawa al-Mahdi akan keluar di akhir zaman dan tidak ada syak lagi padanya. Beliau akan keluar dan menguasai keseluruhan bangsa Arab serta akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan saksama. Kekuasaannya juga selama tempoh tujuh tahun sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis.
Kata Samahah al-Syaikh Abd Al-Aziz bin Abd Allah bin Baaz Rahimahullah: Isu al-Mahdi adalah perkara yang diketahui. Hadis-hadis yang berkaitan dengannya sangat banyak bahkan ia mutawatir yang saling menguatkan. Kebanyakan ulama telah menyatakan bahawa ia sampai ke tahap mutawatir dan mutawatirnya ia adalah mutawatir maknawi disebabkan banyaknya jalan periwayatannya. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa individu yang dijanjikan ini akan benar-benar muncul pada akhir zaman kelak. Beliau adalah Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib Radhiallahu anhum. Imam ini (al-Mahdi) adalah di antara rahmat Allah kepada umat yang keluar pada akhir zaman lalu dia akan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menghalang kezaliman dan kejahatan. Allah akan menaburkan dengannya panji kebaikan ke atas umat serta menjadi hidayah dan taufiq serta memberi petunjuk kepada sekalian manusia.[2]
Kelahiran Al-Mahdi
Para Ulama telah berbeza pendapat tentang tempat kelahiran Imam Mahdi kepada beberapa pendapat. Di dalam kitab al-Tazkirah, al-Imam al-Qurthubi menyebut bahawa kelahiran Imam al-Mahdi adalah di negara Maghrib. Sebahagian pula berkata bahawa al-Mahdi dilahirkan di Andalus. Adapun pendapat yang paling tepat dan sahih ialah pendapat yang diriwayatkan dari Abu Nu’aim dari Hammad dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu anh bahawa al-Mahdi dilahirkan di Madinah.[3]
Tanda-Tanda Al-Mahdi
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada diri al-Imam al-Mahdi[4]:
- Di bahagian bahunya ada tanda yang sama pada bahu Nabi SAW.
- Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa A.S dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya.
- Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar.
- Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.
Sifat-Sifat Keperibadian Imam Al-Mahdi
Di antara sifat-sifat keperibadian al-Imam al-Mahdi A.S adalah seperti berikut[5]:
- Beliau merupan seorang anak Adam.
- Dahinya luas dan hidungnya mancung.
- Kedua-dua matanya bercelak.
- Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.
- Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.
- Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuh badannya seperti tubuh orang Israel.
- Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.
- Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi S.A.W.
Waktu Keluarnya Imam al-Mahdi
Di dalam kitab al-Fitan wal- Malahim, al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah berkata: Aku menyangka bahawa keluarnya al-Mahdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa A.S.
Ini berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا . فَيَقُولُ لاَ . إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ . تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الأُمَّةَ
Maksudnya: Isa bin Maryam S.A.W turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini.
Riwayat Muslim (247)
Beberapa Pendapat Tentang Imam Mahdi
Di dalam membicarakan berkenaan kemunculan Imam al-Mahdi, para ilmuan terbahagi kepada beberapa pendapat:
Pendapat pertama: Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) sesame mereka dalam isu al-Mahdi. Akidah mereka sama dan bertepatan dengan hadis-hadis sahih yang telah kita nyatakan. Di sisi Ahli Sunnah, Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini.
Berkata al-Allamah Ibn Khaldun: Ketahuilah bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya, bahawa tidak boleh tidak di akhir zaman kelak akan kemunculan seorang lelaki dari kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan, dan diikuti oleh kaum muslimin, dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan-kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai al Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya.[6]
Pendapat kedua: Terdapat juga golongan yang menisbahkan diri mereka kepada Ahli Sunnah akan tetapi mereka tidak mempunyai tangan yang panjang (keluasan ilmu) dalam mentahqiqkan nas-nas serta mengetahui selok beloknya dengan baik. Justeru, mereka menolak kewujudan al-Mahdi dan menafikan kemunculannya pada akhir zaman.
Beberapa Contoh Individu Yang Pernah Mendakwa Mereka Adalah Al-Mahdi
Dalam sejarah Islam, telah terlalu banyak golongan pembohong yang mendakwa mereka adalah Al-Mahdi al-Munthazar (yang dinantikan). Justeru, tidak pelik jika terdapat mana-mana individu dari seberang atau dari negara kita sendiri yang mengeluarkan dakwaan seperti ini. Di antara individu yang membuat dakwaan batil tersebut adalah:
1- Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah. Lahir pada tahun 259 H dan meninggal pada tahun 322 H. Datuknya merupakan seorang Yahudi yang dinisbahkan kepada keluarga Majusi. Dinisbahkan secara palsu dan jahat bahawa mereka dari keturunan Rasulullah S.A.W. Mereka adalah pembesar Rafidhah al-Qaramithah al-Bathiniyah yang memusuhi agama yang berselindung di sebalik penisbahan kepada keluarga Rasulullah. Dia juga merupakan pengasas Daulah Fathimiyah.[7]
2- Muhammad bin Tumart. Lahir pada tahun 485 H dan meninggal dunia pada tahun 524 H. Seorang lelaki munafik lagi pembohong. Dia membuat dakwaan jahat lagi dusta bahawa dirinya adalah al-Mahdi al-Muntazhar. Dia juga merupakan seorang yang sangat zalim.[8]
3- Mahdi kelompok Kaisan. Mereka menyangka bahawa al-Mahdi adalah Muhammad bin al-Hanafiah. Dia dikatakan sedang hidup dan bermukim di bukit Radhwa. Dia juga dikatakan berada di tengah-tengah dua ekor singa yang menjaganya.[9]
Malangnya, ada juga umat Islam di nusantara ini yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Fatwa Institusi Agama Di Malaysia Tentang Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
1- Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-81 pada 19 April 2012 telah membincangkan dan memutuskan bahawa ciri-ciri ajaran sesat yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ia adalah sesat dan menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar serta haram dilakukan. Antaranya ialah : Mendakwa sebagai Imam Mahdi.
2- Di Malaysia, setiap individu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi telah difatwakan sebagai ajaran sesat. Ini boleh dilihat dalam kes pengharaman ajaran sesat Qadiani[10], Al-Arqam atau Rufaqa[11], dan juga kelompok Syiah yang mengatakan Muhammad bin Hasan al-Askari sebagai Imam Mahdi[12].
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, selesai sudah satu pengamatan berkenaan dengan Imam Mahdi berasaskan kepada nas serta kefahaman daripadanya. Jelas menunjukkan kepada kita dakwaan yang dikemukakan oleh saudara Muhammad Zubir Abdullah sebagai Imam Mahdi adalah tertolak dan tidak benar sama sekali. Ini kerana, segala muwasafat berasaskan kepada nas-nas nabawi yang telah dibincangkan amat menyeleweng daripada yang terdapat pada watak, syakhsiah, nama, fizikal, serta bangsa yang dimiliki oleh saudara Muhammad Zubir.
Justeru, saya menyeru kepadanya supaya kembali kepada Islam yang sebenar tanpa membuat sebarang dakwaan. Begitu juga kepada masyarakat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakwaan seperti ini. Sebaliknya, rujuklah kepada sumber yang sahih lagi benar iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasulullah S.A.W serta melihat kepada tafsir-tafsir dan syarahan para ulama yang Rabbani lagi mendalam ilmu mereka.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita perbaharui tekad dan azam kita untuk mempelajari ilmu dan beriltizam dengan syariat Islam yang sebenar. Amin.
Akhukum Fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
21 Disember 2015 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1437 H.
Nota hujung:
[1] Kitab al-Radd ‘Ala Man Kazaba Bil Ahaadith Al-Waaridah Fil Mahdi, Abd al-Muhsin Abbad. Hlm. 157.
[2] Asyrath al-Sa’ah, Maher Ahmad al-Sufi. Hlm. 30. Cet. Al-Maktabah al-Asriyyah, Beirut.
[3] Ibid. Hlm. 36
[4] Tanda-tanda ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim Al-Asfahani di dalam kitab al-Sa’ah Li Asyrath al-Sa’ah. Hlm. 85
[5] Kitab al-Isya’ah Li Asyrath al-Sa’ah, Muhammad bin Rasul Al-Husaini al-Barzanji. Hlm 85.
[6] Muqaddimah Ibn Khaldun. Hlm. 555
[7] Rujuk : Minhaj al-Sunnah, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. (Juz.49 No.318)
[8] Rujuk : Bahas tulisan Fadhilat al-Syeikh Hamud bin Abd Allah al-Tuwaijiri edaran Idarah al-Buhuuth al-Ilmiyyah.
[9] Rujuk : Al-Manar al-Munif, Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Hlm. 153.
[10] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-ahmadiahqadiani
[11] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/usaha-usaha-menghidupkan-semula-al-arqam-melalui-syarikat-rufaqa-corporation-sdn-bhd
[12] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-fahaman-syiah
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Berfikir tanpa kotak"
Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”