Wednesday, November 15, 2017

Bayan Subuh Nizamuddin 29102017

◾ #Nota ◾ Mesyuarat Malaysia 2017 - #Nizamuddin ◾ Bayan Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu ◾ ◾◾◾▫▫▫◾◾◾ Bantuan Allah t... thumbnail 1 summary
◾ #Nota ◾ Mesyuarat Malaysia 2017 - #Nizamuddin ◾ Bayan Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu ◾

◾◾◾▫▫▫◾◾◾

Bantuan Allah tidak dtg dgn kebendaan. Org islam fikir dgn senjata dan bilangan yg ramai akan menang. Nabi2 dan sahabat mengatasi kebatilan bukan dgn bilangan yg ramai atau kekuatan yg besar. Dgn bilangan yg ramai tidak memberi kejayaan pd sahabat. Asas kejayaan sahabat ialah bila Allah bersama dgn mereka. Janji2 Allah bukan bersama dgn kebendaan atau asbab dunia. Janji Allah bukan hanya pd ibadat2 infradi. Ibadat infradi hanya bantuan pd perseorangan sahaja. Bantuan Allah pd umat syaratnya ialah dakwah illallah. Allah telah syaratkan dlm quran, intansurullahhayansurukum.. bila batil dtg menentang agama, kamu akan dpt menewaskan mereka bila kamu membantu agama Allah.

Apakah maksud kita bantu agama Allah? Siapakah mereka yg membantu agama Allah? maulana ilyas kata, org yg beramal dgn agama dlm dirinya dipanggil org beragama tapi tidak dipanggil pembantu agama. Org yg membantu agama bukan semata-mata yg belanja harta. Mereka juga tak dikira sebagai org yg membantu agama. Hari ni kita fikir, Allah bagi harta pd saya dan saya bantu agama dgn harta saya. Harta hanya bantu org islam bukan utk bantu agama islam. Sahabat yg kaya, mereka membantu sahabat yg lain dgn harta supaya dpt keluar di jln Allah. mereka hanya dpt ganjaran membelanjakan harta utk org2 islam. Bukan bermaksud bila saya belanja harta, maka t/jawab saya  pd agama telah selesai. Semua sahabat samada yg kaya atau miskin telah megembelengkan seluruh tenaga utk agama. Bantu agama Allah ialah dgn dakwah illallah. Bila bantu kaum keluarga sendiri akan dpt 2 ganjaran:

1. infaq
2. silaturahim

Apa maksud nusrah? Nusrah ialah dakwah illallah. Mengembelengkan tenaga adalah memberi nusrah pd agama. Kalau kita ada harta dari langit sampai bumi dan dihabiskan atas perkara2 kebaikan utk dpt keredaan Allah, seluruh harta yg dibelanjakan itu nak dibandingkan dgn seorang yg berada di jln Allah walaupun separuh hari tak akan sama.

Nabi s.a.w telah memahamkan umat, jgn anggap org yg memberi harta utk org keluar di jln Allah dpt menggantikan dia bedrada di jln Allah, tidak sama sekali. Nabi s.a.w kata pd abdullah bin rawahah, jika kamu mempunyai harta seluruh dunia dan dibelanjakan utk kebaikan, tak akan sama dgn kawan2 kamu yg separuh hari telah mendahului kamu dan  mereka akan masuk syurga 500 thn lebih dahulu dari kamu.

Apa maksud kita bantu agama Allah? kita jumpa setiap org dan dakwah setiap org. Dakwah infradi adalah asbab utk turunkan bantuan ghaib Allah. bantuan ghaib Allah bukan bermaksud segala keperluan di sempurnakan. Nusrah ghaib bermaksud berlaku peristiwa2 org2 kafir terpaksa menerima islam.

Dlm satu safar, nabi s.a.w dakwah satu org badwi. Tiada tuhan yg layak disembah melainkan allah dan aku adalah rasul allah. badwi tadi suruh bawa saksi. Nabi kata, pokok dihujung kpg sana akan jadi saksi terhadap dakwah yg aku sampaikan. Maka pokok tersebut membelah bumi dan dtg kpd nabi s.a.w. pokok tersebut bersaksi sebanyak 3 kali. Maka org badwi tadi telah memeluk islam. Bantu agama adalah dlm dakwah illallah. Bantu org islam dgn harta tapi bantu agama dgn bagi nyawa/diri.

Bila kamu bantu agama Allah maka allah akan membantu kamu. Allah akan tetapkan kaki2 kamu berada atas agama. Allah akan tetapkan pendirian kamu dlm agama. Perkara yg asas ialah dakwah infradi. Maulan ilyas kata, penting infradi dakwah ini, bila seseorang sibuk dgn solat sunat, ada org baru dtg ke masjid, kita batalkan solat dan pergi jumpa dan dakwah org baru tersebut sebelum dia keluar dari masjid.

Dgn adanya alatan moden hari ini, org islam tak memahami kepentingan berdakwah. Diri org islam itu sendiri perlu digunakan utk dakwah. Ini adalah sunnah. Bila tak ada sifat mujahadah maka tiada bantuan allah. maka tiada hidayat dari allah. manusia adalah mujahid. Alatan bukan mujahid. Bila tak buat dakwah maka sifat mujahadah telah hilang dari umat. 2 perkara yg penting:


1. infradi dakwah
2. infradi ibadat

Allah akan tawajjuh pd hambaNya bila ada 2 perkara tersebut. Allah melihat nabi dgn tawajjuh dlm 2 keadaan iaitu semasa buat dakwah dan semasa beribadat/sujud. Bantuan ghaib Allah bila kita kumpulkan dakwah dan ibadat. Nizam alam bergantung pd dakwah dan ibadat. Kisah yusak bin nun, kaumnya menentang. Perang berlaku pd waktu asar. Macam mana nak solat asar. Org yg buat kerja ini dan rasa tak rugi bila tinggalkan solat maka bantuan allah tak akan turun. Sibuk dgn kerja hingga tertinggal solat. Dakwah dan ibadat tak boleh ditinggalkan. Bila sempurnakan takazah dakwah, Allah akan tundukkan nizam dunia ini. Yusak bin nun kata matahari diperintah oleh Engkau. Kami sedang buat kerja Engkau ya allah. Kamu tahanlah matahari, jangan bergerak. Selagi tak fatah terhadap  musuh, jgn biarkan matahari bergerak. Nizam dunia ini ditundukkan pd mereka yg himpunkan dakwah dan ibadat.

Sahabat telah ditangkap oleh org musyrikin. Di masukkan ke dlm jel. Dia berjunub dan terpaksa mandi. Macam mana nak solat. Kena mandi dulu. Dia minta air tapi hanya diberi sedikit utk minum sahaja. Tak boleh mandi. Maka dia telah berdoa pd Allah dan Allah telah hantar awan ke dlm jel dan diturunkan air ke atasnya. Dia mandi dgn air hujan. Allah gerakkan nizam dunia ini utk sahabat. Nizam alam ini digerakkan utk sahabat sebab dakwah dan ibadat. Bila kita bantu agama Allah, maka Allah akan bantu kita.

Allah akan tetapkan kita atas agama. Apa maksudnya? Bila dtg sesuatu perkara batil di hadapan utk menentang kamu maka bantuan Allah akan dtg dan bantu utk menghadapi kebatilan tersebut. Dakwah infradi adalah asas. Kita kena jadikan mizaj kita dakwah infradi. Naluri kita adalah dlm dakwah infradi.

Nabi s.a.w tak merendahkan sesiapa. Nabi s.a.w akan dakwah setiap org. sebab infradi dakwah adalah penting. Umat akan terbina dgn infradi dakwah. Nabi tak jadikan umat ini dlm bentuk golongan2. dakwah nabi bukan atas golongan2 tertentu. Dgn dakwah nabi membentuk umat. Dakwah nabi adalah ummumiyat. Org2 kaya dari golongan musyrikin telah minta buat satu majlis khas utk mereka tanpa dihadiri oleh sahabat2 yg miskin. Kami golongan bangsawan, mereka miskin, darjat kami berlainan. Nabi s.a.w telah bersetuju dgn permintaan tersebut. Satu surat telah ditulis. Pada hari jor tersebut, semua ketua2 kaum musyrikin telah dtg dan nabi dakwah mereka. Semua sahabat miskin ditahan tak boleh masuk. Seorang sahabat buta, abdullah ibnu maktum telah dtg dan telah masuk dlm majlis. Dia kata, ya rasulullah, ajarlah kpd kami juga apa yg tuan ajar pd mereka. Kedatangan dia tak disukai oleh nabi s.a.w. ada kerutan di dahi nabi. Maka Allah telah turunkan ayat memperingatkan nabi s.a.w. maka nabi s.a.w telah koyakkan surat yg telah ditulis oleh ali mengenai jor khawwas tersebut.

Tarbiyah umat ini dlm ijtimaiyat. Setiap lapisan masyarakat perlu berikhtilat. Akhlak dlm umat ialah kita bersama dgn golongan2 yg lain. Nabi s.a.w telah bagitahu pd seorang sahabat, aksam bin nujum, keluar di jln Allah bersama dgn org2 lain, bukan dgn kaum kamu. Maka akhlak kamu akan jadi baik dan kamu akan dimuliakan. Bila keluar dgn org yg kita tak kenal, kita akan jadi baik dan akan membentuk umat.

Apa yg dikatakan umat? Umat ialah org yg mengajak manusia kpd kebaikan. Menyampaikan kebaikan kpd umat. Sunnah yg penting ialah dakwah infradi dan nabi tak pandang rendah pd org. nabi s.a.w telah membentuk umat. Sahabat yg baru diletakkan di rumah sahabat2 lama. Dgn ikhtilat, org baru dpt tarbiyah, org lama dpt kemajuan. Wail ibnu hajar, seorang bangsawan telah dtg utk masuk islam. Nabi s.a.w telah serahkan wail ibnu hajar kpd hadrat muawiyah r.a. Muawiyah org miskin. Tiada pakaian yg sempurna.

Kasut pun tak ada. t/jawab muawiyah utk bagi wail ibnu hajar makan&minum. Wail dtg dgn kuda bangsawan. Muawiyah minta kasut dari wail nak guna sebab wail naik kuda, dia berjalan atas pasir yg panas. Wail tak bagi. Kalau tak nak bagi kasut, kau bagilah aku bonceng di belakang kamu. Itu pun wail tak bagi. Tak munasib org miskin naik kuda bersama dgn org bangsawan.

Bila org lama bawa org baru dan sabar dgn kerenah org baru maka Allah akan majukan org lama dan org baru dpt tarbiyah. Selepas peristiwa tersebut, hadrat muawiyah telah dilantik menjadi gabenor dan diletakkan di atas takhta. Allah telah muliakan beliau. Satu hari, hadrat wail telah dtg utk jumpa amirul mukminin hadrat muawiyah dan minta izin utk masuk dan duduk. Muawiyah kata, mana lebih hebat, kuda kamu atau takhta aku? Wail jawab, masa tu kami masih jahil, maafkanlah kami. Bila org awam dan ulamak bersama, maka kejahilan akan hilang. Bila org kaya bersama dgn org miskin maka kehidupan org kaya akan jadi sederhana.

Bila umat hidup secara infradi, maka akan ada pertumpahan darah. Berlaku perbezaan kerana ada lapisan2 masyarakat. Org kaya, org miskin, org khawas, org awam, kenapa ada perbezaan ini, kerana mereka hidup dgn kehidupan masing2. semua kita kena duduk antara satu sama lain. Perkara asas dlm perutusan nabi s.a.w adalah supaya tidak ada perbezaan dlm golongan manusia. Tiada perbezaan warna kulit, tiada perbezaan kaum.

Azan adalah sangat tinggi dlm islam. Org yg paling panjang tengoknya ialah muazzin. Hari ni kita memperlekehkan pekerjaan bilal. Hadrat umar r.a kata, kalau aku tak jadi khalifah, aku nak jadi muazzin. Abdullah bin zaid yg menerima mimpi pada mlm itu tapi dijadikan bilal sebagai muazzin. Org yg hitam dari habshah dijadikan muazzin. Bila nabi keluar di jln Allah, nabi jadikan abdullah maktum sebagai imam. Bilal jadi muazzin.

Isa a.s telah tashkil kaumnya hawariyyin utk keluar. Jemaah tersebut bagi alasan tak boleh pergi sebab tak boleh cakap bahasa di tempat itu. Macam mana nak bagi dakwah. Maka pd keesokan harinya bila bangun dari tidur semua jemaah boleh cakap bahasa tempat yg mereka ditashkilkan. Terpaksa kena pergi juga, tiada alasan dan tiada keuzuran. Allah telah buat keputusan dan kamu terpaksa pergi.

Suhail rumi (org rom), bilal habsi (org habshah), salman farsi (org parsi). Bahasa berbeza-beza. Bukan org yg asal bahasa arab. Aus dan khazraj, 2 kabilah yg besar di madinah. Mereka bangga dgn bahasa arab. Mereka memperlekehkan 3 org tadi. Muaz bin jabal lihat 3 org tadi yg telah tinggalkan negara mereka utk dtg ke madinah utk bersama nabi s.a.w, utk bagi bantuan pd agama Allah, utk taat Allah dan rasul. Kelemahan dlm kerja akan dtg bila kita faham kita yg lebih berhak dlm kerja ini drp org lain. Org aus dan khazraj kata kami yg berhak dlm kerja ini kerana kami org2 arab, Nabi org arab dan quran di turunkan dlm bahasa arab. Muaz bin jabal telah marah dgn percakapan yg sedemikian. Dia telah tarik kain qais ibnu muqtadiah dan bawa jumpa nabi. Nabi telah marah dan telah kumpulkan sahabat2 dan bayan. Nabi kata bahasa arab bukan bapa dan bukan ibu kamu. Percakapan qais ibnu muqtadiah boleh memecah-belahkan umat. Nabi suruh muaz tolak qais masuk dlm neraka. Selepas itu qais ibnu muqtadiah telah murtad dari islam. Bila kita berbangga dgn kebolehan kita dan memandang org lain rendah maka sesungguhnya kita telah menghancurkan kebolehan kita sendiri.

Usamah bin zaid org yg hitam. Rupa tak handsome. Hidung penyek. Di muka ada tanda2 penyakit. Zaid bin harithah org yg putih. Nabi kata, kalau kamu wanita wahai usamah, aku akan nikahkan kamu dan pakaikan kamu dgn pakaian yg cantik. Satu ketika usamah telah jatuh dan luka. Nabi suruh aishah bersihkan luka di kepala usamah. Aishah rasa jijik. Nabi bangun dan hisap darah usamah dgn lidah nabi sendiri. Nabi tak memandang rendah pd usamah. Jangan kita memandang hina pd org islam.

Semasa safar haji, nabi telah terlewat bergerak ke arafah. Semua sahabat telah merungut kerana dah lewat masih tak bergerak. Kenapa nabi melewatkan pergerakan ke arafah? Semua tertanya2. selepas itu, hadrat usamah dtg. Sebenarnya nabi menunggu usamah baru nak bergerak. Usamah pergi buang hajat. Ada org ahli yaman kata, kerana budak ni je kita tertangguh. Cakap dgn menghina. Sebab itulah ada org yaman murtad selepas hari kewafatan nabi s.a.w kerana bahasa menghina tersebut. Kemuliaan org islam lebih hebat drp baitullah.

Maulana ilyas kata, kita kena lihat org yg berdosa dgn pandangan yg mulia. Maqam org islam lebih mulia drp baitullah. Bila lihat org islam dgn kemuliaan maka barulah nilai2 org islam yg terpancar. Nabi s.a.w telah membina umat. Nabi s.a.w tidak membezakan antara satu sama lain. Sebab itulah dlm kerja ini tiada golongan2. sebagaimana umat dikumpulkan utk solat begitulah juga umat dikumpulkan utk dakwah.

Azan bukan utk golongan2 tertentu. Azan dilaungkan utk semua org, utk setiap lapisan masyarakat. Begitu juga dakwah utk setiap lapisan masyarakat. Kumpul org ramai di masjid utk solat begitu juga kumpul org ramai di masjid utk dakwah. Bantuan ghaib Allah tak akan turun bila umat tidak berada dlm keadaan ijtimaiyat. Keberkatan akan dtg dlm ijtimaiyat. Bila ada perbezaan maka akan dtg kesusahan dan bala.
 

Bila satu org tekan syor maka dia akan terkeluar drp ijtimaiyat. Kita kena bersatu dlm perkara2 kebaikan. Satu org yg berpegang teguh pd pendapat maka tak boleh nak bersatu. Bila tak bersatu, maka kita akan jadi lemah. Kita kena satu fikir atas setiap perkara. Maulana ilyas kata, ini kerja spt mengambil sesuatu yg berat dari tempat yg dalam. Kena bersatu baru ada kekuatan.

Dua masjid Allah telah cerita dalam Quran :


1. Masjid Quba

2. Masjid Dhirar (Surah at Taubah ayat 108/109)
 

Di masjid Quba org2 yg suka kpd kebaikan. Masjid org islam. Di masjid Dhirar org2 suka kpd perpecahan. Masjid org munafik. Disebabkan tak nak bersatu mereka telah bina masjid lain. Allah halang nabi dari pergi ke masjid tersebut. Masjid tersebut dibina utk memecah-belahkan umat. Berkumpul di situ utk memecahbelahkan org islam. Jangan kamu pijak satu kali pun ke masjid itu. Masjid Quba dibina berasaskan taqwa. Org yg berwuduk di rumah dan pergi solat di masjid Quba akan dpt pahala umrah. Nabi perintah kumpulkan kayu nak bakar masjid Dhirar. Selepas dibakar, ada satu org sahabat buat rumah diatas tanah masjid itu. Keburukan tanah tersebut menyebabkan dia tak dpt anak. Tiada keberkatan. Bila pindah baru dpt anak. Bila telor dieramkan, telor jadi tembelang. Tiada burung merpati dtg buat sarang.

Di khandak, sahabat telah tolong menolong mengali parit. Ada keberkatan dlm ijtimaiyat. Di rumah jabir r.a, makanan yg hanya cukup utk 2 org makan telah mencukupi utk dimakan oleh seluruh penduduk madinah. Kambing yg dimasak tak terusik, masih banyak tu juga. Nabi pesan makan daging tapi jgn patahkan tulang. Roti 2 biji telah mencukupi utk semua org. bila buat kerja secara ijtimai Allah akan bagi keberkatan pd umat ini.

Org lama dan org baru duduk bersama dlm ijtimaiyat. Keberkatan dlm ijtimai dan kerosakan dlm perpecahan. Nabi ikram setiap umat. Umat akan terbentuk dgn ikram bukan dgn balas dendam. Balas dendan memecah belahkan umat. Sahabat bangun atas dasar kesabaran bukan balas dendam. Org yg menyusahkan kita, kita ikram dia. Jgn kita hanya ikram org buat ihsan pd kita. Ini akan mewujudkan golongan2.

Kita buat ihsan pd org yg susahkan kita. Org yg menyusahakan nabi tapi nabi buat kebaikan maka mereka masuk islam. Alamat nabuwwah ialah nabi akan buat ihsan pd org yg menyusahakan baginda. Kisah zaid bin saanah seorang yahudi yg telah menuntut hutang dari nabi walaupun belum sampai tempoh utk bayar. Dia telah berkasar dgn nabi. Umar telah marah dan nak pancung leher dia. Nabi telah bayar hutang dan bagi lebih sebab ugutan yg dibuat oleh umar. Org yahudi itu ucap kalimah. Umar tanya kenapa dia buat macam tu padahal kamu pendeta yahudi. Sebenarnya aku dah tahu baginda adalah rasul Allah, tapi cuma satu alamat nabuwwah yg aku nak uji. Dgn aku menzalimi dia balas kebaikan dan bersabar.  Jgn kita ada sifat nak balas dendam. Kita maafkan umat. Kita beristighfar utk mereka. Nabi telah beristighfar utk org2 munafik juga walaupun Allah tak maafkan mereka.

Nabi telah berdoa utk aishah, wahai Allah maafkanlah dosa aishah yg dulu dan kemudian. Aishah begitu gembira. Nabi kata setiap kali solat baginda doa yg sama utk umat. Bila org islam berdoa utk org2 islam yg lain maka doa itu akan diterima oleh Allah. apatah lagi doa org islam utk org islam utk akhirat mereka. Ini adalah asas dlm kerja. Kita doa dan istighfar utk kawan2 kita. Kalau kita tak behajat pd kawan2 kita maka Allah tak akan ambil kerja dari kita. Kita rasa dgn kebolehan/kehebatan sendiri, kita boleh buat, sebenarnya kita tertipu. Kita berhajat pd kawan2 kita. Hadrat umar kata ada sorang yahudi akauntan, kalau dia masuk islam aku akan ambil dia bekerja di baitulmal. Walaupun bukan islam, nak ambil faedah drp mereka.

Walaupun sahabat berada dlm fitnah/ujian, jgn biarkan mereka. Ujian dtg dari keluarga, ujian dtg dari perniagaan. Macam2 ujian dtg. Kita selamatkan dia dari ujian2 tersebut. Kita bantu dia. Hadrat abu darda telah melihat satu org bersangka buruk. Kita kena keluarkan dia dari sangkaan tersebut.

Seorang sahabat, Ayaz ibni abi rabiah, telah berhijrah ke madinah. Abu jahal telah hantar satu org utk ambil ayaz balik ke mekah. Ibu kamu telah bersumpah tak nak makan dan tak nak sikat rambut, akan duduk di tengah panas matahari. Kamu kena balik, nanti ibu kamu akan mati. Madinah adalah markaz utk buat kerja. Syaitan usahakan supaya keluarkan dia dari markaz. Bila keluar dari markaz maka akan mudah terkena fitnah. Tinggal di madinah akan selamat dari ujian. Ayaz buat keputusan utk balik ke mekah. Umar nasihat ayaz supaya jgn pergi nanti kamu akan diuji dan disusahkan. Umar suruh ambil kuda dia. Kuda yg pantas. Kalau ada masalah dlm perjalanan patah balik ke madinah. Umar sedaya upaya nak bantu ayaz. Abu jahal telah tipu ayaz. Ayaz diikat dan dipukul sehingga dia telah murtad. Umar fikir macam mana nak bawa ayaz kembali ke islam. Dlm quran kata; mereka yg telah menzalimi diri mereka janganlah mereka berputus asa dari rahmat Allah. umar telah tulis ayat tu dan hantar kpd ayaz di mekah. Ayaz kembali masuk islam dan dtg ke madinah. Kita bawa kawan2 kita bersama dlm kerja. Walaupun berbagai-bagai ujian dtg, kita doa utk mereka.

Syaitan berusaha utk timbulkan perasaan buruk sangka sesama kita. Dgn buruk sangka, org akan tinggalkan kerja. Satu org sahabat yg telah mengaku berzina dihadapan nabi. Nabi menginkarinya. Jgn kita buruk sangka pd org islam. Buruk sangka akan memecah belahkan. Org munafik tak boleh tengok org islam bersatu.

Nabi hantar sahabat sebagai amil utk ambil zakat dari kabilah banu mustalib. Nabi hantar seorang sahaja. Seluruh kabilah telah keluar dari kpg utk istiqbal sahabat nabi. Mereka nak bagi zakat dgn gembira sekali. Tapi satu org munafik telah bagitahu sahabat tu jangan pergi kerana seluruh kabilah telah keluar utk bunuh kamu. Kerja munafik memecah belahkan. Sahabat tadi telah pulang dan cerita pd nabi bahawa mereka nak bunuh dia. Sahabat telah bermesyuarat dan nak serang kabilah tu malam ini juga dgn alasan tak nak bayar zakat dan nak bunuh utusan nabi. Khabar dari seorang munafik, membawa khabar yg bohong. Turun wahyu dari Allah, wahai org2 yg beriman, bila dtg berita pd kamu, hendaklah kamu tahkikkan/selidik berita tersebut. Jgn percaya dgn khabar org munafik. Nanti kamu akan menyesal.

Untuk membentuk umat, perkara yg asas ialah infradi dakwah. Jumpa dan dakwah setiap org islam. Amali dakwah ialah kita bergerak bawa agama keluar di jln Allah. kita masuk dlm umat. Kita buat kerja dgn ijtimaiyat. Kita buat kerja mengikut sirah nabi s.a.w. Utk belajar agama banyak cara tapi utk satukan umat hanya satu cara iaitu dakwah dan tabligh. Bantuan Allah akan dtg bila kita bersatu. Bangun bagi azam utk keluar di jln Allah…

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”