Perihal nasihat jumhur 'ulama ahlus sunnah mengenai kepimpinan
JALAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH ITU MENASIHATI PEMIMPIN YANG ZALIM Al-Karmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’... 1:37:00 PMAl-Karmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekufuran yang nyata. Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)
Asy-Syarqawi berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq diambil daripada ijma’ para ulama dari kalangan para tabi’in.” (Hasyiyah asy-Syarqawi, 2/398)
al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan berkenaan kesepakatan (ijma’) dalam hal ini setelah mengulas berkaitan biografi dan celaan terhadap perawi yang membolehkan mengangkat pedang (walaupun asalnya perawi tersebut tsiqah dan fasiq):
كان يرى السيف يعني كان
يرى الخروج بالسيف على أئمة الجور وهذا مذهب للسلف قديم لكن أستقر الأمر
على ترك ذلك لما رأوه قد أفضى إلى أشد منه ففي وقعة الحرة ووقعة بن الأشعث
وغيرهما عظة لمن تدبر
“Sebagaimana yang diriwayatkan berkenaan pendapat yang menyatakan bolehnya keluar (khuruj) mengangkat pedang (senjata) terhadap para pemimpin yang zalim (tirani). Maka, ini adalah mazhab salaf qadim (mazhab sebahagian orang-orang salaf terdahulu dari minoriti sahabat dan tabi’in).
Akan tetapi, kemudiannya ada sebuah ketetapan untuk meninggalkan perkara (kefahaman) tersebut, kerana ia menimbulkan kesan yang jauh lebih buruk. Apa yang terjadi dalam peristiwa al-Harrah dan Ibnu al-Asy’ats menjadi pengajaran yang baik bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran.” (Ibnu Hajar, Tahdzibut Tahdzib, 2/250)
Al-Hafiz Abu Bakar al-Ismaili rahimahullah (Wafat: 371H) berkata:
ويرون الدعاء لهم بالإصلاح والعطف إلى العدل ، ولا يرون الخروج بالسيف
عليهم ولا قتال الفتنة ، ويرون قتال الفئة الباغية مع الإمام العدل ، إذا
كان وجد على شرطهم في ذلك
“Dan mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan para pemimpin umat Islam dan supaya mereka berubah untuk bersikap adil dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka dengan senjata dan hendaklah orang muslim tidak turut serta berperang ketika terjadi fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin sendiri) dan mereka juga berpandangan tentang wajibnya memerangi golongan yang zalim yang dilakukan bersama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaian dengan syarat yang mereka tetapkan dalam perkara tersebut.” (Abu Bakar Ismaili, I'tiqad A'immatul Hadits, m/s. 75-76)
Disebutkan oleh imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) daripada Abu ‘Utsman:
فانصح للسلطان و أكثر له من الدعاء بالصلاح و الرشاد بالقول و العمل و الحكم فإنهم إذا صلحوا صلح العباد بصلاحهم
و إياك أن تدعو عليهم باللعنة فيزدادوا شرا و يزداد البلاء على المسلمين و
لكن ادع لهم بالتوبة فيتركة الشر فيرتفع البلاء عن المؤمنين
“Nasihatilah para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenaran nya dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka, apabila mereka baik, maka akan baiklahlah rakyatnya.
Berhati-hatilah kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam. Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan musibah umat Islam pula.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)
Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):
"Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah."
Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih).
Kita
diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan,
walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan
kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila
mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin
akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh
Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah,
Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)