Friday, August 30, 2013

ANTARA SYRIA, OBAMA & HITLER

"AL HARJ" - Memperingati Hitler & Kesatuan Soviet. Blok-blok batu-bata sedang disusun untuk pengstrukturan semula matawa... thumbnail 1 summary
"AL HARJ" - Memperingati Hitler & Kesatuan Soviet. Blok-blok batu-bata sedang disusun untuk pengstrukturan semula matawang kerana dollar Amerika adalah suatu matawang yang dicipta untuk 100 tahun dengan kadar susutnilai 1 cent setiap tahun untuk 100 tahun. Ia sudah mencapai tahap tepunya, di mana sesuatu yang berharga 1 cent dahulu, berharga 1 dollar AS sekarang. Federal Reserve AS dibentuk pada 1913 dan sekarang sudah pun 2013.

Hitler dan Nazi Germany sengaja tidak menghancurkan Rusia walaupun mempunyai banyak peluang untuknya. Namun perancangan sudah pun dibuat untuk menaikkan USSR sebagai blok kuasa dunia ketika itu dan Hitler hanya menurut skrip yang telah disiapkan. Berapa banyak negara Eropah Timur yang ditumbangkan melalui kepimpinannya bagi menyiapkan blok USSR? Akhirnya Germany pula yang kalah dan dipecah dua.

Will Russia drop Syria, and keep the nuclear options open? Apa trade-off kalau Rusia membenar laluan ke Syria dibuka lalu mendedahkan Iran untuk menjadi sasaran seterusnya?

Ada pergerakan Russia di belah Alaska & Utara Amerika. Apakah Obama telah menjual AS dan mengorbankan nasib Amerika dibawah tekanan Kuasa Globalis? Pilihan sangat terhad bagi Obama kerana kalau tidak beliau akan ditumbangkan.

Apakah sudah mencapai persetujuan bersama yang boleh memelihara kepentingannya? Apakah Russia akan "melepaskan" Syria dan dapat sebahagian AS? Apa tahap (extent) AS akan dikorbankan? Apakah Amerika Syarikat sedang disasarkan untuk menjadi negara komunis dalam penyusunan semula blok kuasa dunia?

Apakah Assad akan tumbang menjelang November dan mengalami nasib yang sama dengan Gaddafi? Kalau Syria tumbang, suatu rentetan operasi false flag akan disasarkan terhadap Iran sehingga diserang. Kedudukan Iran menjual minyak untuk emas sudah menggoyangkan kedudukan petrodollar dan dollar AS telah pun mencapai tahap luputnya.

Perhatikan China & Rusia bagi equation kuasa perekonomian pasca dollar AS sambil AS mengalami era kegelapannya. Saya tidak rasa bahawa Israel akan kehadapan sebagai kuasa ekonomi seterusnya seperti yang selalu diwar-warkan. China adalah sebahagian besar dari kuasa ekonomi New World Order oleh itu janganlah terbuai sangat dengan retorik geopolitik dunia. Blok Rusia dan China telah disusun dan direncanakan untuk menjadi memberi kekuatan yang seimbang sebagai rakan pakatan untuk dunia Islam yang lemah dan hanya diwakili oleh Iran & Pakistan.

Sepertimana yang berlaku pada dua perang dunia sebelum ini, kuasa Globalis sedang berkuasa keras menyusun semula blok-blok kuasa yang bertentangan dan sambil ini berlaku, bolehlah dijangkakan perang akan berlanjutan dan semakin melarat & membawa kepada Perang Dunia Ketiga.

Dalam kuasa-kuasa besar ini bermain-main wayang sesama mereka, berapa banyak lagi nyawa akan terkorban dalam masa yang sama? Namun masanya semakin hampir. Perkukuhkan persediaan diri dan jangan terlibat dengan percaturan yang semakin ganas. Pelihara kewarasanmu ummah. Jangan korbankan diri, maruah agama dan darah sesama Muslim kerana terbuai dengan ilusi permainan sang mata satu.

It's just a "game" where lives get cheaper by the day.

عنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :(وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ ، وَلَا الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ)، فَقِيلَ : كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ ؟ قَالَ : (الْهَرْجُ ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ) رواه مسلم (2908)

Dari Abu Hurayrah, bersabda Rasulullah : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya. Dunia tidak akan berakhir hingga datang kepada manusia suatu hari dimana seseorang tidak mengetahui mengapa ia membunuh atau dibunuh.” Seseorang berkata : Mengapa hal tersebut bisa terjadi? Rasul menjawab : “Inilah Al Harj. Yang membunuh dan yang dibunuh di neraka.”

[ Bersambung untuk dikemaskini dari masa ke semasa ]




"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”