Saturday, August 24, 2013

Garismasa 2015 rangkaian Sungai Sihun-Jihun Amu Darya-Syr Darya

Jalurmasa rangkaian Sungai Sihun-Jihun atau Amu Darya-Syr Darya Ada pun paparan album berikut adalah berkenaan perihal Garismasa/Tim... thumbnail 1 summary
Jalurmasa rangkaian Sungai Sihun-Jihun atau Amu Darya-Syr Darya

Ada pun paparan album berikut adalah berkenaan perihal Garismasa/Timeline Akhirul Zaman. Sebenarnya banyak lagi segmen-segmen berkenaan garismasa ini dan kita akan update lah dari masa ke semasa sebagai peringatan.

Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari: "Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam."
Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam.Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat-Tigris dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu."

Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

Setakat ini keempat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kuffar kecuali Sungai Nil saja.

Adapun Sungai Sihun-Jihun ini juga dikenal sebagai Amu Darya-Syr Darya iaitu Sungai merentangi kawasan China-Balkh-Asia Tengah. Kedua-dua Sungai ini bermula dari banjaran pergunungan Pamir/Tian Shan di persempadanan Tajikistan, Afghanistan and China merentangi kawasan Asia Tengah dan mengalir ke Laut Aral.

Sejak 10 tahun lepas pun baik sungai ini maupun laut Aral dah tercemar dan hampir kering.

Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis/pagan/sembah berhala, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini telah menjadi lebih mudah.

Kuasa Barat AS dan sekutunya telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.

Usaha untuk membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion telah pun dilancarkan sekitar tahun 2011.

Antara matlamat projek ini ialah memberi tekanan politik dan ekonomi keatas Mesir disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nile.

Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan.

Ia juga sebahagian daripada masterplan untuk Projek "The Greater Middle East" yang mana peta Israel akan akhirnya diperluaskan kepada negara-negara Arab yang telah dan sedang ditumbangkan itu.

Merujuk kembali hadits tadi;

Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

Saudara-saudara yang saya kasihi, Projek Empangan Grand Millennium dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015. Namun bila anda memandang pada garismasa 2015 sebagai "flag point" selesainya projek tersebut, anda juga harus ingat, bahawa sejak tahun 2011, secara teknikal sungai Nile sudah oun boleh dikira sebagai di bawah kawalan mereka..

Akhirul kalam buat masa ini, agak-agaklah.Kalau tersasar dan kurang tepat pun lagi lah bagus. Adalah masa sikit kita sebagai umat Nabis SAW yang hobi melepak ni.. Kot kot manalah tau kena lak masa dia, atau miss sipi sipi kappa..

Dalam keadaan negara-negara Arab sekarang sedang membuak dan bergelegak dengan peperangan dan penyembelihan umat Islam, di Iraq, Pakistan dan lebih-lebih lagi di bumi Falestin dan Gazah juga di Bangladesh. Dengan penghapusan etnik Pathan Bani Ishaq kita di Afghanistan yang berterusan serta kaum Rohynga di Myanmar, bagaimana pula dengan kita?

Ya kita tengah sibuk berebut kepimpinan dan pentadbiran negara dan bertelagah tak sudah-sudah sesama saudara seagama kita juga. Banyak masa kan? Hinggakan saudara seagama seIslam sudah tidak layak bagi kita untuk duduk semeja dan bersiap sedia menghadapi fitnah akhir zaman yang semakin menghampiri kita dari hari ke hari.

Hingga kita lebih sanggup berpakat dan berbaik-baik dengan kaum kafir yang semestinya menyimpan dendam kesumat untuk turut menghancurkan kesatuan dan jatidiri bangsa Melayu-Islam kita yang selama ini telah dapat mengekalkan autonomi pemerintahan keatas satu satu nya lah bumi yang boleh kita panggil tanahair kita sendiri. Berapa kerat sangatlah bilangan populasi umat Melayu-Islam ini kalau dibandingkan dengan jutaan umat Islam di tempat-tempat yang saya nyatakan tadi.

Yang sekarang sudah menjadi ghurabaa'.. menjadi orang asing dan hidup dalam buangan dan ditindas secara berterusan. Memang sangat tragik dan sedih apabila dikenangkan perangai orang-orang kita sekarang ini. Demikianlah apabila hanya sibuk melihat dengan pandangan mata dunia, mana mungkin kita menjangkau ke alam matahati dan mampu melihat dengan nur basirah.

Sedarlah orang Melayu-Islam. Janganlah banyak sangat senyum dan tawa mu. Kelak tersentak dari lamunan tidurmu untuk berhadapan dengan mimpi ngeri yang tiada kesudahannya.

Semoga ALLAH SWT beri kesedaran pada diri kita dan pencerahan segera untuk insaf dan kembali bersatu sebelum ALLAH SWT turunkan lebih banyak bala' dan fitnah keatas negara kita.


** NOTA **

Mohd Izzat Salam tuan, sahihkah hadis tentang rangkaian sungai sihun itu?


Al Faedah Salam tuan. Ini posting lama. Waktu saya check dulu ada beberapa hadits sohih mengenai 4 sungai ini, lalu memberatkan hati saya untuk muafakat memandangkan mmg sudah dikawal kuffar.Yang hadith ini saya jumpa yang lengkap sikit dlm bahasa Inggeris, nanti sy carik balik rujukan saya. Saya kurang pasti tapi saya lebih memandang pada rujukannya yg sohih.

Al Faedah Ini salah satu sumber yang memberatkan hati saya..
‘’Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, ‘’Seihan, Jeihan, Nil, dan Eufrat, semuanya adalah sungai-sungai surga.’’ (HR Muslim).

Seihan merupakan satu dari empat sungai yang secara khusus disebut Rasulullah SAW dalam sebuah sabdanya. Itu menunjukkan bahwa Sungai Seihan sebagai salah satu sungai yang istimewa.

Al Faedah The Prophet (saw) told us clearly about the rivers of Paradise. He said that during his Israa' (Night Journey): "...I saw four rivers flowing out from beneath Sidrat al-Muntahaa, two visible and two hidden. He asked, "O Jibreel, What are these rivers?" He said, "The two hidden rivers are rivers of Paradise, and the two visible rivers are the Nile and the Euphrates". [Muslim, Kitaab al-Imaan, Baab al-Israa', 1/150, no. 164; al-Bukhaari reports the same from Anas ibn Maalik, Jaami' al-Usool, 10/507, narrated bt Abu Awanah, al-Isma'eelee and at-Tabaranee in as-Sagheer]

Muslim reports from Abu Hurayrah that the Messenger of Allaah (saw) said, "Sihran, Jihran, the Euphrates and the Nile are all from the rivers of Paradise". [Sahih Muslim, Kitaab al-Jannah, Baab ma fid-dunyaa min anhaar al-jannah, 4/2183, no. 2839, al-Albaani attributed it, in Silsilat al-Hadith as-Saheehah 1/6, to Muslim, Ahmad, al-Ajirri and al-Khateeb]

al-Qaree' said, "These four rivers are considered to be among the rivers of paradise because they are so fresh and beneficial, and contain blessings from Allaah, and were honoured by the fact that the Prophets came to them and drank from them". [reported by al-Albaani in his footnotes on Mishkaat al-Masaabeeh, 3/80]

Al Faedah Sahih Muslim Book 040, Hadith Number 6807.
Sahih Muslim Book 40. Paradise, Its Description, Its Bounties And Its Intimates
Chapter : What rivers of the world would be found in Paradise.

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Saihan, Jaihan, Euphrates and Nile are all among the rivers of Paradise.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”