MUQODDIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم Ya Allah Robbul 'Izzah Moga Dikau jadikan kami hamba²mu yang... thumbnail 1 summary
بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Robbul 'Izzah Moga Dikau jadikan kami hamba²mu yang dho'if ini dari golongan yang selamat (Firqatun Najiyah) dan kelompok yang menang ( Tho'ifatul Mansurah).
Amin.


Orang-orang yang bertaqwa mengetahui dan sedar setiap masa, bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhriat jua yang kekal. Mereka mengetahui bahawa janji Allah itu benar, bahawa kematian itu adalah benar. Maka mereka tidak terpedaya dengan hiasan dan kecantikan dunia ini yang bersifat tipu daya semata-mata. Dengarlah apa yang telah Allah s.w.t firmankan dalam surah Luqman, ayat 33:


Ertinya: Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat), hari dimana seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan.

Sesungguhnya Al Masih-ul Dajjal LaknatuLlaah serta agen-agen Ya'juj & Ma'juj nya akan terus bermain dengan simbolisma serta perancangan-perancangan jahat lagi membinasakan diseluruh pelusuk bumi Allah SWT moga ALLAH SWT memberi kesedaran kepada kita semua dengan pandangan matahati, firasat serta mengurniakan kekuatan yang luarbiasa kepada Ummah Nabi Muhammad SAW di akhir zaman ini untuk terus berjuang menentang tipudaya serta kebathilan yang sedang berleluasa ini.

InnaLlaaha Ma'ana. Amin.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”