PESANAN
UNTUK UMMAH: Jauhilah samasekali dari musuh² kita dibawah Pakatan
Judeo-Kristian (Yahud & Nasrani) yang sering menggunakan simbolisma²
terahsia dari sihir² sigil Iblis & Syaitan dalam agenda perjuangan
mereka untuk memesongkan kita.
[ Hadis Sunan At-Termizi Jilid
4. Hadis Nombor 2836 ] - Maksudnya :Qutaibah menceritakan kepada kami,
Ibnu Lahi'ah menceritakan kepada kami, dari
Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya bahawa Rasulullah SAW
bersabda :"Tidak termasuk golongan kami orang menyerupai selain kami,
janganlah kamu menyerupai orang Yahudi maupun orang Nasara, kerana
sesungguhnya ucapan salam orang Yahudi itu memberi isyarat dengan jari-jari, dan ucapan salam orang Nasara itu memberi isyarat dengan tapak
tangan."
[Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3628 ] -
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Sufyan bin Isa
memberitahukan kepada kami, Muhammad bin Ajlan memberitahukan kepada
kami dari Al Qa'qa' dari Abi Shaleh dari Abi Hurairah "Bahawa seseorang
berdoa dengan memberi isyarat kedua jarinya lalu Rasulullah SAW
bersabda: "Isyaratlah dengan satu jari, isyaratlah dengan satu jari".
Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Dan erti hadis ini jika seseorang
berisyarat dengan dua jarinya diwaktu berdoa ketika membaca tasyahhud,
maka tidak boleh berisyarah selain dengan jari satu.
Dan kalian
semua akan ditanya tentangku. maka apa yang akan kalian katakan?" Para
sahabat menjawab: "Kami bersaksi, bahawa engkau telah menyampaikan, dan
telah melaksanakan, serta telah memberi nasihat".
Lalu beliau
mengacungkan jari telunjuknya ke langit, dan mencondongkan telunjuk
tersebut ke arah khalayak seraya bersabda: "Ya Allah!. Saksikanlah. Ya
Allah saksikanlah." Beliau mengulang ucapannya itu tiga kali.
Kemudian Bilal mengumandangkan adzan, kemudian dia membaca iqamat. Maka
beliau solat Zuhur. Kemudian Bilal membaca iqamat, maka beliau solat
asar. Dan beliau tidak mengerjakan solat apapun diantara kedua solat
itu.. - Ibnu Majjah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا
تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ
بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا
يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi
pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi
sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka
menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
zhalim. (Al Ma'idah: 51)
1. Ini adalah berbagai-bagai hand sign
yang dibuat oleh para pemimpin dunia dan para rahib dibawah sistem
pakatan Judeo-Kristian yang menunjukkan cara-cara mereka memuja Tuhan
mereka, iaitu Lucifer atau Iblis.
2. Sebagai contoh isyarat
tangan "V" yang dibuat oleh mereka dimaksudkan kepada Vulcan, iaitu
Tuhan Romawi kuno, manakala isyarat tangan bertanduk adalah ditujukan
kepada Baphomat, salahsatu syaitan yang dianggap sebagai Tuhan kecil
bagi pengamal fahaman yang berteraskan pada Luciferian dan Satanik.
3. Mereka ini kesemuanya adalah ahli di dalam pelbagai pertubuhan dan
kabal-kabal rahsia Zionis seperti Jesuit, Freemason, Illuminati, Skull
& Bones, Knights of Malta, Shriners, Club of Rome, Bilderberg,
Olympian yang kesemuanya amat sukar untuk diketahui dengan jelas, namun
mereka kesemuanya berkerjasama di antara satu dengan yang lain
mencaturkan geostrategi politik dunia bagi mewujudkan The New World
Order (NWO) milik Zionis untuk memerintah dunia dan diakhiri dengan
kedatangan al masihud dajjal LaknatuLlah.
4. Sesiapa yang
membuat salah satu daripada isyarat tangan ini walaupun tanpa niat ianya
bererti dia telah memuja atau menyembah Tuhan Palsu yang bernama
Lucifer atau Tuhan-tuhan kecil yang lain seperti Baphomat. Syaitan dan
Iblis tidak memerlukan bagi anda memasang niat-niat tertentu. Cukup bagi
mereka dengan anda mengikut-ikut telunjuk mereka secara tanpa disedari
atau bawah sedar.
5. Ramai dari golongan pelajar, belia dan
artis kita yang sangat suka membuat isyarat tangan seperti di atas ini
tanpa mengetahui bahawa itu adalah sebenarnya kaedah pemujaan Iblis atau
pembantu Iblis yang boleh membawa mereka ini kepada syirik.
6.
Ketahuilah bahawa dgn hanya main-main dgn jari-jari anda, itu sudah
bererti bahawa anda sudah terlibat dalam permainan dan percaturan mereka
kerana ia bukanlah semata-mata isyarat tangan namun disertai oleh
mantra-mantra sihir ilmu kabbalah kuno mereka.
Saturday, August 24, 2013
"Berfikir tanpa kotak"
Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”