::
MAAF MESIR, SELAGI KAMU TIDAK MENGENALI MUSUH-MUSUH DI BELAKANG TABIRMU
DAN KAMU BERMAIN-MAIN BERSAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BANTUAN ALLAH SWT
TIDAK BERSAMAMU. ::
Ikhwan sekian lama duduk di sebelah Qatar
sehingga AS Obama sayap Demokrat menjadi teman tidur, setilam dan
sebantalmu. Lalu kamu dibantu CIA dan CFR memenangi
pilihanraya umum. General Al Sisi boneka Pentagon sayap kanan pro
Israel pro Saudi, bekerjasama dengan El Baridei sebagai penggerak utama
Al Tamarroud tajaan International Crisis Group. Marhaen Liberal,
Sekularis dan Moderat kena catur oleh kuasa Yakjuj Makjuj yang sama.
Lalu tumbanglah Ikhwan yang disokong sayap kiri US melalui Pakatan
sayap kanan Saudi, Pentagon & Israel. Berlainan sayap namun
melaporkan kepada "Sang Ketua Pencatur Kerosakan Mukabumi" yang sama.
Inilah hakikat Pakatan Dajjal. Kawan makan kawan. Kiri lawan kanan.
Kanan makan kiri. Kesetiaan itu hanya Ilusi sepertimana jua perjuangan,
kebebasan dan demokrasi itu hanya Ilusi dan bayangan igauan kamu
semata-mata.
Saudi sangat mendendami akan kejatuhan Saddam
Hussein dahulu. Apakah kamu sudah lupa? Saudi sangat meragui Ikhwan dan
hubungkait kamu dengan Iran. Saudi sangat meragui Qatar dan harus
diimbangi dan dihalangi kuasa Qatar dengan Ikhwan Muslimun.
Baridei sangat menginginkan No 1 namun sangat kecewa, kerana dicantas
Saudi walaupun kamu ditaja ICG George Soros. Lalu Baridei sudahpun
meletakkan jawatan. Kemana agaknya halatuju El Baridei? Tiada kesetiaan
dalam sistem percaturan ini. Fahamilah hakikat ini.
Ketika kami
menghentam habis-habisan Raja Saudi sebagai pembelot agama yang
menyerang bumi Syams, maka suara-suara sumbang inilah menuduh kami
sebagai Syiah. Apabila Raja Saud memerangi kamu sendiri, maka gelaran
apaa pula yang ingin kamu panggil mereka yang menyalahi pendapat kamu?
Dengan tidak semena-mena maka hangatlah suara-suara sumbang ini
menghentam pula Raja Saud sedangkan bukankah kamu dahulu saling
bekerjasama di bumi Suriah? Ketahuilah, sesungguhnya ALLAH SWT MAHA
BERKUASA dan DIA akan menunjukkan satu persatu tentang kebathilan sistem
pakatan Yakjuj Makjuj yang kamu anuti, maka bertaubatlah. Keluarlah
segera dari fitan-fitan ini dan bersederhanalah. Sesungguhnya RasuluLlah
SAW diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam.
Golongan
Radikalis Islamis inilah yang pertama-tama akan mengkafirkan orang,
kemudian di Syiahkan orang yang menegur mereka dengan baik. Pelbagai
tuduhan dan tohmahan caci maki akan mereka hamburkan pada mereka yang
semata-mata tidak bersependapat dengan mereka. Para 'ulama yang tidak
sepakat dengan mereka dituduh pula mengamal politik suku agama suku.
Pada hakikatnya mereka yang tiga suku. Para 'ulama ini hanya menyatakan
bahawa kamu sedang bergelut dalam suatu sistem yang bathil dan kotor dan
ia tidak ada kena mengena dengan Islam kerana ia dinajisi oleh
percaturan politik gila kuasa dan gila dunia.
Kepada Ikhwan dan
Mesir. Ini alam percaturan anjing makan anjing... Bertaubatlah kamu
umat Islam di Mesir dan hayati persanan Sayyidina 'Umar dan RasuluLlah
SAW. Tiada bantuan ALLAH SWT selagi kamu menganjingkan diri kamu pada
sistem bathil ini..
Sudah lama kamu diberi peringatan demi
peringatan, bahawa di kalangan kamu terdapat ramainya kelompok-kelompok
pembelot agama Islam dan sering ke sana dan ke mari bersekongkol dengan
pencatur-pencatur Zionis dari Kaum Yakjuj Makjuj. Hentikan menyalak kamu
mempersalahkan para 'ulama yang benar yang telah berkali-kali
menyatakan kamu tersasar dari jalan yang benar. Amaran demi amaran
diberi namun kamu tetap memilih jalan ini. Apabila kamu disembelih oleh
musuh-musuh yang nyata dan yang bersembunyi, maka menyalaklah kamu
sekali lagi menyalahkan para 'ulama ini dan setiap Muslim yang tidak
bersependapat dengan kamu sehingga kamu sahajalah pembawa obor-obor
kebenaran Islam dalam dunia ini.
Kata Sayyidina 'Umar:
"Ketahuilah! Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat
yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT
untuk menjagamu."
Sekiranya perjuangan kamu benar nescaya sudah
lama ALLAH SWT turunkan bantuan dari langit untuk kamu sehingga
terhapuslah segala bathil keatas umat Islam. Namun tahun demi tahun
berdekad-dekad lamanya hingga kini, di manakah bantuan keatas kamu?
Di sebelah kiri dan kananmu mereka duduk dalam kelompok kamu sambil
mengambil pelbagai rupa bentuk Islam namun mereka hanyalah bertindak
sebagai barua-barua Yakjuj Makjuj. Apabila kamu sedar dan kembali
kerumah-rumah kamu dalam keadaan insaf bahawa selama ini kamu telah
tertipu, maka di situlah akan bermulanya bantuan ALLAH SWT bagi kamu.
:: Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas, Ketua
Turus tentera Muslimin ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota
Parsi.
Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad !
Dan juga mereka yang bersama-samamu. Supaya bertaqwa kepada Allah SWT
dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah
sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga
sehebat-hebat strategi dalam peperangan.
Aku memerintahkan
kepadamu dan mereka yang bersama-samamu, supaya menjauhkan diri daripada
maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam
adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah
SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh,
jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam
kekuatan. Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka.
Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.
Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh,
nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka.
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas
musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat
mengalahkan mereka.
Ketahuilah!
Bahawa ada bersama
dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat
ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu.
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.
Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita,
dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat
kejahatan".
Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang
lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada
kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh
orang-orang kafir Majusi (penyembah api).
Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu.
Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu. - Saidina Umar Al-Khattab ::
:: Dari Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam), beliau berkata: "(Pada suatu hari)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam masuk ke dalam rumahnya dengan
keadaan cemas sambil bersabda, "La ilaha illallah, celaka (binasa)
bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa
mereka. ::
:: Pada hari ini telah terbuka bagian dinding Ya'juj
dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jarinya dengan
ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu
mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya,
Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami
masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi wa
Sallam bersabda, Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak." (HR.
Bukhari dan Muslim).
Saturday, August 24, 2013
"Berfikir tanpa kotak"
Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”