Monday, January 23, 2012

Perkuburan Baqi’ Madinah

Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umra... thumbnail 1 summary
Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah.



Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi’, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan  serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ.

Perkuburan Baqi’ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Kini ia dilingkungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung dibenarkan masuk sewaktu ada janazah yang hendak dikebumikan.

Walaubagaimanapun kebenaran hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.

Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka termasuklah keluarga Rasulullah SAW seperti Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Abbas bin Abdul Muttalib, Jaafar as-Sodiq, Ruqayyah binti Rasulullah, Ummu Kalthum binti Rasulullah, Zainab binti Rasulullah dan Ibrahim bin Rasulullah SAW.

Begitu juga para isteri baginda seperti Aisyah binti Abu Bakar, Sauda binti Zam’ah, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyyah binti al-Harith, Ummu Habibah, Safiyyah binti Huyai dan Zainab binti Jahsyh.

Antara sahabat terkemuka yang dikebumikan di kawasan ini ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Sayyidina Uthman bin Affan, Abu Said al-Khudri, Saad bin Muaz, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain Radhiyallahu anhum ajma’in.

Pagi isnin (15 Mac 2010), saya sempat masuk menziarahi kawasan perkuburan ini bersama ribuan umat Islam yang lain, berdoa kepada Allah buat mereka yang telah mendahului kita.

Saya turut ambil maklum, antara yang dikebumikan di sini baru-baru ini ialah Sheikhul Azhar yang kembali kerahmatullah, Dr Muhammad Sayyid Tantawi RH.

Kelebihan perkuburan Baqi’

BEBERAPA tahun lalu, saya pernah menziarahi dan berbual dengan ulama Melayu, Tuan Guru Haji Salleh Penanti yang disegani di negara ini dan juga di Mekah. Beliau tinggal di Mekah tetapi kadang kala pulang ke tanah air. Beliau adalah salah seorang Syura Tabligh bagi Malaysia.
Tuan Guru pernah menceritakan kepada saya mengenai hasrat dan cita-cita ayahnya, Syeikh Uthman Jalaluddin yang merupakan ulama tersohor nusantara dan tanah Arab.

 (Nama lengkap ayahnya ialah Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, lahir di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1297 H/1880 M. Ada riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1300 H/1882 M dan wafat di Mekah, hari Jumaat, 30 Zulhijjah 1371 H/19 September 1952 M.)

Tuan Guru Haji Salleh pernah memberitahu bahawa ayahnya itu amat bercita-cita hendak meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.
Beliau berkata, ayahnya berdoa secara khusus terhadap hajatnya itu dan akhirnya Allah mengambil nyawanya di Mekah dan dikebumikan di sana iaitu di tanah perkuburan jannat al-Ma’ulla (Mekah).

Antara yang dikebumikan di Ma’ulla ialah isteri baginda s.a.w,Khadijah r.hu turut dikebumikan di Ma’ulla dan anak lelaki baginda s.a.w, Qasimyang meninggal dunia sebagai bayi yang baru lahir.

Bagaimanapun makam-makam tersebut telah diratakan (dimusnahkan) oleh Raja Saud iaitu Ibnu Saud pada tahun 1925, iaitu pada tahun yang sama makam-makam para sahabat r.hum di perkuburan Baqi di Madinah turut dimusnahkan oleh Ibnu Saud.

Tanah perkuburan baqi’ yang secara harfiah ‘al-baqi’ bererti taman pepohonan. Dikenal juga sebagai ‘Jannat al-baqi’

Hadith dari Aisyah ra.berkata: “Adalah Nabi saw. pada tiap malam gilirannya bersamaku, Baginda keluar pada tengah malam kekuburan Baqi’ lalu berkata:

“Assalamualaikum penghuni perkampungan Islam, nanti pada waktu yang telah ditentukan kamu akan menemui apa yang dijanjikan. Dan insya Allah kami akan menyusulmu dibelakang. Ya Allah berilah ampunan bagi ahli kubur Baqi’ yang berbahagia ini”. (HR. Muslim).

Pada malam giliran Baginda bersama Aisyah r.a., Baginda akan keluar pada waktu tengah malam untuk ke kubur Baqi. Giliran Baginda bersama Aisyah menjadi dua malam kerana Saudah r.a. telah menyerahkan gilirannya kepada Aisyah. Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saudah r.anha setelah kematian Khadijah r.anha. Saudah r.a. berumur 52 tahun ketika Rasulullah s.a.w. mengahwininya.

Di dalam hadith disebut bahawa orang yang ditanam di kubur Baqi’ mendapat keamanan daripada azab kubur.

Maulana Zakariya, pengarang kitab Fadhail Amal adalah antara ulama dalam jemaah tabligh juga telah dikebumikan di kubur Baqi’, bersebelahan kubur Imam Malik dan beliau juga telah mensyarahkan kitab Muwatto, Imam Malik.

Sumber

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”