Sayugia diingatkan masyarakat umum kurang peka tentang data² dan sumber rujukan kukuh yang menunjukkan kebanyakan para Saintis telah menolak teori global warning dan bersepakat menyatakan bahawa fenomena "Global Warming" contohnya adalah sebenarnya suatu manipulasi alam oleh sekelompok manusia elit yang sangat berkepentingan...
Semasa kemelut fenomena "Suara Langit" kedengaran di Samarahan dan Tanah Melayu kita saban hari telah banyak spekulasi kedengaran dan juga teman-teman yang bertanya tentangnya. Saya sudah mengingatkan sahabat handai semasa perkara itu berlaku supaya umat Islam jangan cepat melatah dan ghairah menerima segala input dari media arus perdana kerana bagi mereka yang peka megikuti perkembangan agenda New World Order zionis, fenomena tersebut nampak gaya berhubungkait dan memiliki banyak ciri-ciri manipulasi alam melalui pelbagai "SENJATA TEKTONIK ALAM" seperti HAARP (High Freaquency Active Aurora Research Program), Projek Blue Beam, DEW (Directed Energy Weapons), Senjata Elektro Magnetik Pulse (EMPS) dan sebagainya yang sudah lama dalam persediaan dan di eksperimentasi oleh kuasa-kuasa Ya'juj dan Ma'juj (kuncu-kuncu Dajjal) yang menguasai agenda New World Order Zionis.
Contoh disini sejak 15 Februari tahun 2011 lagi fenomena solar flare ini telah diberi liputan oleh BBC News. Apakah fenomena ribut solar pada 22 Januari 2012 (Bumi berdepan ribut solar terkuat: Metro Harian Online) ini merupakan permulaan propaganda secara lebih agresif untuk membentuk ketakutan seluruh penduduk dunia bagi kemungkinan bencana alam tahun 2012 yang telah di war-warkan secara meluas dalam arus media? (Will A Massive Solar Flare Destroy the Earth? By John P. Millis, Ph.D)
Dengan yang demikian apa yang diharapkan sambil kita mengumpul lebih banyak data untuk fenomena Ribut Solar ini, adalah bagi seluruh ummat Islam untuk lebih peka dengan perkembangan semasa pembentukan senjata-senjata alam yang sangat berbahaya ini dan mempertingkatkan usaha-usaha beriman serta beramal dalam menangani fitnah-fitnah akhir zaman yang sedang menghala kearah kita semua dalam pelbagai bentuk serta aspek kehidupan dunia. Semoga Allah SWT bersama kita.
Barang diingat termasuk juga di dalam permainan propaganda mereka adalah untuk menakut-nakutkan seluruh umat manusia ini dalam mereka membuat pelbagai persediaan untuk melaksanakan agenda-agenda rahsia mereka untuk menguasai dunia.
Dan teramat lah pelik bagi mereka yang masih tertanya-tanya apakah semua ini petanda akhir zaman! Sedangkan ALLAH SWT serta RasuLluLlah SAW telah pon memberi pelbagai isyarat bahawa sanya zaman kegemilangan Khilafat Islam itu tidak akan kembali bersinar sehingga pelbagai malapetaka serta rentetan bala' dan peristiwa yang teramat dasyat melanda Ummat akhir zaman kita terlebih dahulu dan al masih-ul Dajjal itu hampir-hampir berjaya melaksanakan tugasannya memesongkan seluruh ummat manusia kearah api neraka jahnnam sebelum bala tentera yang Haq itu menawan atas Kebathilan yang menyesatkan.
Bahawa sanya saya mengingatkan diri saya serta saudara-saudara sekelian tentang betapa liciknya musuh-musuh ISLAM ini dalam memartabatkan kuasa Dajjal LaknatuLlah. Maka dalam kita menangani fitnah akhir zaman ini dan perancangan-perancangan jahat dari musuh-musuh ALLAH SWT untuk memporakperandakan seluruh dunia khususnya dunia ISLAM, tidak ada senjata dan pertahanan yang lebih penting daripada persediaan Iman dan Amal kita kepada ALLAH SWT yang MAHA ESA. Dalam apa keadaan sekalipun marilah kita bersama-sama berusaha kearah memantapkan persediaan Iman dan Amal kita semua InsyaALlah.