Thursday, May 10, 2012

Ahmad's Dream: Era drama video Melayu-Kristian

Ahmad's Dream (1 of 3) Ahmad's Dream (2 of 3) Ahmad's Dream (3 of 3) Era drama video Melayu-Kristian.. Kes ini pernah dibangki... thumbnail 1 summary
Ahmad's Dream (1 of 3)
Ahmad's Dream (2 of 3)
Ahmad's Dream (3 of 3)


Era drama video Melayu-Kristian.. Kes ini pernah dibangkitkan pada 2011 saya rasa, Perbak mengambil langkah susulan?

"Utilising testimonies, a dramatic adaptation of a biblical parable, and a cast of over ten Malay actors this video sensitively shares Christ's message of love and reconciliation"

Di muatnaik pada Nov 4, 2008. Tapi video ni macam sebelum tahun 2000. Hatinya terang dan tenteram semenjak mendalami kitab suci Injil..

Perbak Malaysia Buat Laporan Polis Mengenai Drama Ahmad's Dream Di Youtube

PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia) membuat laporan polis mengenai klip video yang dimuat naik ke laman web perkongsian video Youtube berjudul "Ahmad's Dream", sebuah drama yang memaparkan kisah seorang lelaki tempatan menerima wahyu.

Pengerusi Tetapnya Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata laporan polis itu dibuat Selasa lalu selepas pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai mengenainya.

Beliau berkata drama yang dibahagikan kepada beberapa episod itu dilihat mengajar bagaimana cara hendak menjadi murtad, dan menurutnya ia dimuat naik kira-kira tiga tahun lalu, dengan jumlah penontonnya sehingga kini melebihi 22,000 orang.

Katanya laporan itu dibuat bagi mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); menyiasat dan menyekat penyebaran video itu, di samping mengambil tindakan ke atas para pelakon yang terbabit.

-- BERNAMA

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”