Tuesday, September 18, 2012

Pengubatan Altenatif : Makhluk Halus

Kisah Pertama Ahmad, Al-Darimi, Al-Tabrani, Abu Nuaim dan Al-Baihaqi mentakhrijkan secara bersama-sama dari Ibnu Abbas, Bahawa isteriny... thumbnail 1 summary
Kisah Pertama
Ahmad, Al-Darimi, Al-Tabrani, Abu Nuaim dan Al-Baihaqi mentakhrijkan secara bersama-sama dari Ibnu Abbas, Bahawa isterinya menemui Nabi saw sambil membawa anaknya, kemudian ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada yang tak kena pada anakku ini yang melihat (sesuatu) ketika ia makan di siang hari dan juga ketika makan di malam hari. Sehingga suasana kerananya (di rumah) kami menjadi kelam kabut."

Maka Rasulullah saw mengusap dada anak itu sambil membaca doa baginya. Lalu anak itu muntah dengan mengeluarkan cairan yang berwarna hitam. Selepas itu ia kembali sedar seperti biasa.

Kisah Kedua
Ahmad, Abu Daud dan Al-Tabrani mentakhrijkan dari hadis Ummu Abban binti al-Wazi’ dari ayahnya bahawa saudaranya pernah pergi menemui Rasulullah saw sambil membawa anaknya yang dirasuk jin/syaitan. Maka Baginda saw bersabda, mahfumnya, “Bawa dia ke mari dan tidurkan dia dengan bahunya menghala ke arahku.”

Kemudian Rasulullah saw mengusap seluruh pakaian anak itu dari bahagian atas sehingga bahagian bawah lalu memukul bahu anak itu dan bersabda,” Keluarlah wahai musuh Allah.” Selepas itu anak itu sedar kembali seperti biasa.

Kisah Ketiga
Abu Yakla, Abu Nuaim dan Al-Baihaqi metakhrijkan dari Usamah bin Laid r.a, dia berkata, “Kami pergi bersama Rasulullah saw untuk menunaikan haji. (Ketika sampai) di perkampungan Al-Rauha’, ada seorang wanita datang menemui Rasulullah saw sambil membawa anaknya . Dia berkata, “Wahai Rasulullah saw, ini adalah anakku yang tak pernah sedar semejak ia dilahirkan sehingga sekarang ini.”

Rasulullah saw mengambil anak itu dari dukungan ibunya kemudian ditelentangkan. Baginda meludah kemulut anak itu sambil bersabda, “Keluarlah wahai musuh Allah. Sesungguhnya aku adalah Rasul Allah.” Kemudian baginda saw menyerahkan kembali anak itu dengan bersabda ,” Terimalah kembali anak ini kerana ianya sudah sihat.”

(Petikkan dari kitab : Luqutul Marjan Fi Ahkamil Jan / Al-Imam As-Suyuti)

Khulasah dari kisah-kisah diatas
Dari kisah di atas, bolehlah kita rumuskan bahawa penyakit berpunca dari dua sebab. Satu dari pemakanan/zahiriah dan kedua dari sebab makhluk halus. Dari kedua-dua penyakit ini Allah swt meletakkan penawarnya. Penawarnya juga dari pemakanan (yang nampak) dan juga ayat Quran dan doa (sesuatu yang tak nampak).

Maknanya sesuatu penyakit yang zahir kita perlu mengubat dengan cara zahir (ambil ubat) dan yang tidak zahir pula perlu mengambil ubat namun dalam bentuk doa-doa dan ayat-ayat Quran. Kedua-duanya perlu kita berubat dengan kaedah masing-masing. Kedua-dua cara ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Zahiriah dengan madu, hibbatus sauda’ dan lain-lain, manakala yang satu lagi dengan ayat Quran dan doa.

Ada sesetengah orang yang kekadang berpenyakit yang disebabkan oleh makhluk halus namun jika hanya berubat dengan kaedah zahiriah maka sudah tentu penyakit itu tidak akan sembuh. Maka berdasar ketiga kisah di atas membuktikan bahawa rawatan makhluk halus semistinya dengan Quran dan doa. Jika mengunakan mentera dan jampi serapah maka kaedah itu bertentangan dengan kaedah Rasulullah saw. Jika ini berlaku maka pesakit akan terjebak dengan syirik dan kurafat.

Jika penyakit zahiriah kita tersalah ambil rawatan dan ubat kita akan berdepan dengan sakit yang bertambah kronik, begitu juga dengan tersalah ambil rawatan dengan penyakit makhluk halus ini maka seseorang itu akan berdepan dengan perkara yang lebih besar iaitu syirik dan kurafat.

Wallahualam.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”